Road to Kuala Tembeling

Raya aritu, sempatla aidamanap menjejakkan kaki ke kuala tembeling, pahang...tempat jeti nak ke taman negara berlepas. Yg kelakarnya, encik suami pun first time jugak sampai..[huh, kata lahir kat jerantut..chitt]

Jalan dr jerantut ke sana agak smooth, maybe sbb raya, so tak ramai org...jalan straight, tapi berbukit-bukit la jugak...on the way back, hujan rahmat dengan lebatnya [konon..]

Nothing much yg aidamanap blh cerita..anyway, some pics utk jadik proof yg aidamanap dah sampai kat sana..heheheh



-ala, kecik la plak gambar nih..tp patutnya kat bumbung tu dia tulis, Pejabat Daerah & Tanah Jerantut.. [ada member tak keje sana? hmm..]-


-pandangan dari atas..-


-petugas kat jeti tu...tak dpt cuti raya agaknya..-

-muka orang pahang yg kagum ngan jeti taman negara-

-cantik scenery dia....-


-saja je nak bergambar-



-another beautiful scenery-


-korang tgk piring kat bot nih....-


-astro tu beb...i wonder, mcm mana dia nak tulis addres sumah dia ek? hmmm...-
-with.lots.of.love-

update new product

stop jap citer pasal raya..aidamanap nak citer pasal update guna elianto hair product aritu..

mmg betulla org kata olive oil is good for u...lepas aidamanap guna produk tu, my hair feels softer, shinier and manageable la skett...[kalau dulu rasanya rambutku dah macam singa betina dah kembangnya...]
cuma rasanya dia belum nampak blh melebatkan rambut aidamanap la...aiseh, perlukah melumurkan rambutku dengan santan kelapa??

yg tak bestnya, elianto maybe belum buat travel kit utk product ni, so raya aritu i mengangkutle semua tetiga sekali...tambah la berat beg ku...huh..

latest advert yg aidamanap dapat from cleo...watson's pun dah keluarkan olive oil range..siap ada travel kit....hmm, lepas habis yg nih nak try watson's range la [plus cheaper...]

Resipi Ayam BBQ

Macam yg aidamanap dah postkan, malam raya pertama, family in lawku bercadang nak buat bbq, tak panggil ramai..makan sendiri2 je..encik suami plak, dengan rela hati bersetuju nak memerap ayam tu [in other words, bini dia la kene perapnya]

-encik suami dan bil dilantik khas untuk membbq-

so, ayam tu dah perap pagi2 raya lagi..bila tiba time bbq, walaupun ada jenis yg lain : udang, sotong, ikan berjenis-jenis, tp ayam bbq aidamanap yg abih dulu, sampai aidamanap and encik suami tak sempat merasa [mind you, 2 ekor ayam ye yang dibbqkan...]

-see, ada sotong, udang, ikan kembung, bawah tu ada ikan pari lagi..-

aidamanap dpt feedback yg ayam yg diperap tu rasa cam satay, tu yg habis awal tu.. hehehhehehe
well, utk sesapa yg nak buat bbq, here are the recipes, kalau ada yg nak try la..gerenti sedap.. *nyam nyam nyam*

-hasil ayam BBQ resepi i...-
BAHAN A
-bawang putih
-bawang merah
-bawang besar
-halia


BAHAN B
-serbuk cili
-serbuk jintan putih
-serbuk jintan manis
-serbuk ketumbar
-serbuk kunyit
-garam


Cara-cara:
1. Kisar bahan A sampai halus, gaulkan bahan a dengan bahan b dan perap dengan ayam...make sure ayam dah dicuci bersih-bersih..
2. Masa nak bbq ayam, sapukan madu untuk menambahkan kesedapannya...

-lenkali tak blh nak bbq sotong, kecut jadiknya..-

-dah sahla tetap dan berpencen memarinate ayam lepas nih...-

Renjis-renjis dipilis - Part One

Ye....sesuai dengan tajuknya, dah dekat2 dgn cuti sekolah nih, lepas ni banyaklah surat saman yg diterima kan? Dalam bulan syawal nih pun aidamanap dan enciksuami dah terima 2-3 kad jemputan. Insyaallah, kalau takde aral melintang akan sampai juga...bulan disember nih jugak kalau tiada apa-apa halangan, rumah encik suami di alor setar pun akan merasa nasik minyak la...adik ipar aidamanap akan berkenduri bulan disember nanti..

Aidamanap akan cuba detail out persiapan perkahwinan yang boleh bakal-bakal pengantin gunakan..maklumla masa kita nak berkahwin dulu, sibuk dan tak sempat mengupdate..hopefully ini boleh membantu serba sikit la hendaknya..

Bajet Perkahwinan
Call me stingy, call me cheapskate, tp bagi aidamanap the most important thing yg bakal pengantin kena buat is kene ada a set of bajet perkahwinan. Takyah susah-susah, buat guna excell and listkan semua persediaan kahwin plus bajet yg bersesuaian. Ini sgt penting untuk elakkan over budget nanti..at least kalau dah ada bajet tu, kita dah ada siling perbelanjaan..cthnya kad jemputan, bajet RM1.00 sekeping, doorgifts, bajet RM2.00 satu and so on...so, takdela bila nak bayar tu bankrupt!!! Ini main order ikut suka hati, nak bayar mulalah carik "along" la kan..



Kursus Perkahwinan

Kepentingan pergi kursus kahwin ni adalah untuk dptkan sijil kursus kahwin, satu elemen yg penting dalam urusan pendaftaran pernikahan, selain nak tau tanggungjawab suami isteri, kepentingan berkahwin..yadaa..yadaa...aidamanap suggestkan Zura's Academy dekat Bangsar...ala, yg artis banyak pergi tu...


Kad Kahwin
Haaa, yg nih pun penting jugak...paling ideal masa untuk selesaikan urusan kad kahwin nih sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum majlis..ni pun kira dah lambat..kene jugak ambil kira nak menghantar kad jemputan tu...kot dah lagi dua minggu majlis baru kad kahwin siap,bila nak mengantarnya...skang nih dah byk company buat kad kahwin ni dah cantik-cantik jugak..pun ikut bajet la...aidamanap dulu pakai Gedung Kad Kahwin, tp kalau diberi pilihan yg lain, aidamanap akan cari yg lain kutt..hehehe


Ok..nih baru part one of renjis-renjis dipilis....akan disambung kemudiannya nanti..

-with.lots.of.love-

Hari Raya updates...

wahhhh...iye-iye je aidamanap bawak laptop ke hulu ke hilir, dgn harapan nak update blog selalu masa raya nih, tp harapan tinggal harapan je la...now nak citer pasal raya pun dah basi la kan..so, aidamanap updates what is happening in summary je la....senang sikit nak citer...

1st raya
First time raya dengan in laws family...aidamanap bayangkan mestilah syahdu ala drama rashid sibir tu masa dgr takbir raya...almaklumla, malam pertama di hari raya..ehem...tp unsangkarable, jgn kata syahdu, salam in laws pon blh senyum gembira lagik... [tp tepon mak wish ari raya tu syahdu jugakla kan..]

2nd raya
Penat berjalan-jalan keliling alor setar. Sempat beli ikan pekasam utk along, nasib baik pekan rabu bukak...

3rd raya
Tua di dalam kereta ke jerantut...just imagine, from alor setar lalu highway PLUS utara selatan, keluar ke slim river, masuk kuala kubu bharu, lalu bukit fravers, keluarkat raub terus ke jerantut..dr alor setar kol 10.30 pagi, sampai jerantut kol 10.30 malam...dah la air cond rosak...huhu

4th raya
Dah sampai jerantut tu amik kesempatan pegi tengok jeti nak ke Taman Negara la...berazam nak ke sana..hehehhehe

5th raya
Heading back to pj with mil....sempat singgah ke janda baik tgk new collections of anak buah aidamanap...si kembar athif and afif....malam sempa bawak mil to taman seri gombak ke rumah sedara mil

6th raya
Nothing much... zzzzz

7th raya
Small gathering for families kat kl...kecik2 pun sakit pinggang aidamanap preparing the food semua...adehhh

8th raya
My turn untuk beraya rumah orang plak...heheheheh
Well, tu serba sikit updates instant raya aidamanap tahun nih...will try to citer yg mana interesting untuk next posts..

-with.lots.of.love-

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Di hari mulia, bulan mulia ni..aidamanap nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua..

Bagi yg balik beraya di kampung tu, drive carefully, take your time, rushing2 pun tak best jugak...kalau boleh ikut jadual perjalanan yang PLUS dah siapkan tu...bukan apa, nak mengsmoothkan flow [ada ke ayat nih??]

kalau tak clear tu, masuklah link PLUS ye...

Bagi yang tak balik beraya tu, takpe..raya sebulan kan? sekurang-kurangnya dengan tidak balik kampung tu, kurangla sikit kesesakan kat highway tu..

Aidamanap akan balik alor setar esok, preferably ikut time table yang PLUS sediakan [atau pukul berapa pilot ngan co-pilot blh bgn pagi esok..]

Akhir kata...mohon maaf sekali lagi, semoga bergembira bersama yang tercinta di hari raya..

tata.....

Holiday Villa Subang - Part Loro

Kenapa pemandu-pemandu di KL ni sangat takut akan hujan? Kalau tak percaya, cuba tengok, kalau KL hujan, akan sesakla satu KL termasuk Selangor, tp kalau tmp2 lain hujan dulu, gerenti tak sesat KL...Aidamanap sangat marah semalam sbb tak pernah2 keluar dr opis jam 5.45ptg dan sampai rumah 7.30mlm!!! nasib sempat membatalkan puasa dlm kereta lepas azan maghrib.. :). Ni semua angkara hujan semalam la...


Disebabkan sampai lambat, maka bertolak ke Holiday Villa Subang pun lambatla, dengan masalah parking lagi...by the time kami sampai sana, semua dah dtg except us..sampai-sampai je, khairil and manda dah pesan.."u better take ur food now, diaorg tak tambah food, so most of the food dah abis dah..."


Anyway, buka puasa di situ tidak seronok...yg seronoknya jumpa the girls and the little ones...some of the photos taken...ye, gambar saya ada satu je..so, enjoy!!!


:: khairil sempat interframe::



:: maiya so cute.. ::

:: farah and hanitah ::

:: dua org busy talking, sorang busy eating ::

:: some of the foods left..bukan yg tinggal tak habis makan, tp nih je yg dah tinggal untuk dimakan ::


:: l - r : elina, amanda, farah, hanitah
missing : leeysh, yap and me of course!! ::

:: encik suami - eee, org nak makan barula nak amik gambar ::

USANA oh USANA

Macam yg aidamanap citer dalam entry yang lepas, aidamanap opted untuk try supplements untuk try kecikkan cyst yg dah mmg sedia kecil tu.. and thanx to lady imran, kalau tidak aidamanap pun takkan tau pasal USANA ni..

my first order sampai last thursday..since aidamanap tak tau what to take, lady imran suggestkan aidamanap amik Essentials (AO Pro and Chelated Mineral) and Proflavanol.

:: berjaya mengambil suplemen dengan mengikut tertibnya ::

According to this site, benefits of taking these supplements are as below:

Chelated Mineral
Chelated Mineral provides an ideal balance of the essential minerals your body needs:
  • Supplies a broad spectrum of essential minerals
  • Provides a balanced formula of safe and effective doses of minerals in highly bioavailable forms
  • Complements Mega Antioxidant to form the USANA® Essentials™
AO Pro
Together with Chelated Mineral, .AO Pro provide the advanced nutritional foundation that every adult needs every day for lifelong health.
Daily stress and environmental pollutants bombard us with ever more free radicals. Diets high in processed foods and fewer whole, unrefined foods have further increased the need for antioxidant supplementation. AO Pro offers advanced levels of high quality, highly bio-available antioxidants to meet this increased need. In addition to comprehensive antioxidant protection, AO Pro offers nutritional support.
  • Delivers a spectrum of essential vitamins, minerals and cofactors needed for optimal health
  • Contains a range of antioxidants for body protection from oxidative stress
Proflavanol
Proflavanol, with its high concentration of grape-seed extract (30 mg in each tablet) and a healthy dose of USANA’s exclusive Poly C® formulation, supports the body's fight against free-radical damage.
  • Supplies a unique antioxidant formula based on a combination of grape-seed bioflavonoids and Poly C
  • Helps retain sound cardiovascular function, immune function, and circulation
  • Provides a first line of defense against oxidative stress
So far, aidamanap tak blh nak cakap kesan yg aidamanap nampak, sebab aidamanap hanya akan pegi buat complete ultrasound on 29th october...tp yg pasti aidamanap dah senang nak ke tandas.. :)

Holiday Villa Subang - Part Siji

Sangat suka hari ni kerana dapat berbuka dengan geng-geng sri aman...eventho ada yg takde, hazirah, yap, leeysha but then yg dah ada ni pun kira orait... hanitah (without zik), amanda and faizal, elina and khairil, farah and of course plus the little ones... :D

macam la duduk jauh sangat kiteorg nih, tapi nak get together PUNYALAH SUSAH!!! i guess when u have ur own family, life changes tak banyak pun mesti sedikit kan? aidamanap plak, life changes A LOT, coz i have my own chaffeur now!!! [saya sayang awak, encik suami!!]

well, buka puasa tonite will be at holiday villa subang...will try to take as many pics as i can sbb nak tunggu elina/khairil uploadkan sangatla lama, ye? so..till then...

esok hari raya part loro...

Ye...selalu org dok kira 1,2,3 bahasa omputih la, bahasa spanish la...aidamanap nak kira bahasa jawa plak, gigih tu tak lupa asal usul [padahal cakap jawa pun tak lulus lagi]. Kiraan 1,2, 3 kalau bahasa jawa macam ni:

satu - siji
dua - loro
tiga - telu
empat - papat
lima - limo
enam - nenem
tujuh - pitu
lapan - wolu
sembilan - sungo
sepuluh - sepuluh
*kalau salah, sila salahkan emak saya ye...

tuh jelah yg aidamanap sempat belajar dr mak ngan a few words lagi...eh, sudah berubah topik lagi..

sebab aidamanap dah citer pasal baju raya, entry akan disambung plak ngan entry kuih raya. memandangkan aidamanap baru kawen kan, gigih la nak buat kuih untuk jadi buah tangan mak mertua tahun nih...siap beli electric oven baru lagi sebab yg lama tu wayar dia dah digigit tikus[alasan..padahal dah lama tak guna]

:: electric oven baru beli nih, baru 2 minggu yg lepas.. ::

nilah hasilnya dari electric oven yang baru tu...kat blakang tu gambar mak ayah memuda...kasik feel sikit..








korang perasan tak aidamanap tak bubuh nama biskut tu? tak perasan????? cisss korang nih..

tujuannya aidamanap tak bubuh tu sebab bukan aidamanap yg masak!!!! tak sempat nak buat..so sesia je makcik rushing beli electric oven tu...ye, saya tau membazir...sampai encik suami pun dah sound dah...takper, raya aidiladha kan ada??

esok hari raya... :)

Diam tak diam, tak lama lagi berakhirlah Ramadan 1430H..moga-moga puasa kita semua diberkati oleh Yang Maha Esa...aaammiiinn...

Aidamanap masih ingat lagi, zaman kecik2 dulu, kalau berpuasa adalah satu penyeksaan, bila jam masuk je pukul 1 ptg, mulalah dok mengira bilalah nak buka...mulut nih plak, mulalah gatal tanya mak, "nak buka apa mak ari nih?" Tapi semenjak dah matang nih [ehem] puasa pun tak terasa dah..al-maklumlah, bukan bulan Ramadan pun kengkadang lunch pun termiss...cuma tak niat puasa ganti/puasa sunat je..kalau tidak, mau berbakul2 pahala sunat agaknya...amiiin kali kedua..

eh, lari topik...aidamanap sebenarnya nak citer pasal baju raya tahun nih...walaupun dah beberapa tahun tak buat baju raya, memandangkan tahun nih 1st time beraya as mrs encik suami, kene la bergaya sikit [bergaya ke???].

tuh dia, siap ngan kasut raya sekali..tp macam rasa-rasanya akhirnya akan memakai selipar jepun berharga RM10.00 je...

:: kasut raya merangkap kasut pegi kenduri kawen lepas nih ::

:: nih plak kasut nak jenjalan, takde kene mengena ngan kasut raya ::


:: jubah first dibeli kat ampang park..sepatutnya kaler maroon.. hmmm ::

:: kain ela yang dibeli dari internet, kain murah, upah tempah mahal plak..cisss ::


:: jubah second dibeli, sebab suka ngan yg first..kain dia jenis t-shirt, gerenti x yah gosok... ::

tapi dlm baju berhelai-helai tu, tak satu pun yg akan dipakai untuk pagi raya...kalau nak tau baju pagi raya nanti, tunggu entry hari raya plak.. :D

sahabat2 yg lain cemana, dah siap preparation utk aidilfitri??

orang blogging, ko pun nak blog jugak!!!

Ada jugak orang tanya aidamanap, kenapa join blog?

Adakah kerana:
a) suka-suka ikut orang?
b) banyak sangat citer nak bagitau?
c) nak kaya cepat?
d) kurang kasih sayang?

*sila pilih yang mana yang berkenan...*

Dulu when aidamanap baca blog orang, aidamanap tergelak sendiri [siap mengumpat, itu pun nak cite kat orang ke?] tapi bila dah join, baru aidamanap tau, ada byk benefitnya tulis blog nih.. but for me, alasan-alasan bela diri di bawah nihla yg menyebabkan aidamanap still berblogging....

i) kaunselor suruh tulis

Macam aidamanap tulis kat 1st posting, i have issues dekat office lama and counselor yang baik hati itu, Y.M. Raja Kamariah suggest me to write a blog...and wujudlah blog aidamanap nih..

ii) for wedding preparation

Second valid reason why i'm still blogging is because nak jadikan ni platform as wedding preparation. Kira kenangan hari tua nanti kalau anak tanya, "caner mami ngan abah kawen dulu?" bolehla aku bilang, "u go to this website ye darling, i've written everything there..." *huh, berangan kuat...*

tapi sebab pemalas tu lagi menebal, tak jalan jugakla blog untuk wedding preparation nih...gambar kawen pun letak mcm tak berminat je...[tahapahapatah makcik nih...]




iii) updates for pregnancy

Nih pun satu...konon nak jadikan blog ni penuh dengan cite2 as ibu mengandung la macam lady imran , tapi baru nak publish post pasal my first pregnancy, dah miscarriage plak...tapi takpe, hopefully after this i will tell my reader as detail as possible about my pregnancy nanti..okeh??? *kalau rajin..*



iv) place to sharpen my writing (or typing) and imaginary skills, p'haps?

I used to luuurrrvveee writing stories, during primary school, aidamanap siap ada buat novel sendiri [hmmm, mana pegi novel tu skang ek?]. Ala, pakai exercise book yg ada logo sekolah depan dia je tuha....Dulu jugak masa sekolah rendah every year naik kelas, without failed mesti kene tulis pasal cita-cita, ingat tak? Dan penulis termasuklah dalam satu senarai aidamanap..tp sebab tak pernah dilatih, diasah, makin lama makin tumpul sampai dah nak berlumut gamaknya. So, dengan memblogging nih, kononnya bolehla asah balik hobi menulis tu, konon-kononnya la kan... bahasa pun rojak, konon mau jadi writer....

Becoming Health Conscious...

Cheh..tajuk mcm being john malkovich plak..

Aidamanap bertukar jadi health freak nih lepas miscarriage aritu. Doctor at first suspect me ada ovarian cyst [it's just a small cyst but we need to be sure..] Yang aidamanap plak, terpana sekejap...how come? kalau datang menstrual pun tak penah senggugut...

Dalam tgh risau2 tu, aidamanap sempat jugak la mengbloghopping ke blog ni and dalam satu post tu, ada pasal her friend citer yg cyst dia dah kecik when she took the supplement. So, aidamanap pun contactla lady imran, owner of that blog. She explained to me about product from USANA.

And today, aidamanap baru dapat 3 product USANA. Officially i'm one of USANA's user...will blog about USANA when i see the results.. :D

Oh ye...4th september aritu, another check up with Dr. Ali and alhamdulillah aidamanap dimaklumkan yg berdasarkan tumour marker dalam darah aidamanap, cyst tu tak perlu dirisaukan. But i still have to go for ultrasound kat radiology lab to betul2 confirm yg cyst tu tak merbahaya...so, better be prepared by taking and consume USANA dulu..ye tak anak-anak...

kuasa RM1 - part two

Dalam posting yg lepas-lepas, telah dimaklumkan yg antara positive trait (ehem...) yang aidamanap dan encik suami share is menabung, especially duit syiling and duit hinggit (sebutan anak buah aidamanap, haikal...). Baru 3 bulan we share our piggy bank, we managed to buy phillips dvd player (yang lama, i gave to ayah and mak...).

Oh ye, tiga minggu lepas, aidamanap mendapat bungkusan dari satu unknown company, isinya adalah portable sony dvd player. Katanya hadiah percuma sebab apply housing loan dari satu bank yg terkemuka di Malaysia [agaknya..]. Cantik..green colour, cuma mengapa setelah dibeli, baru dpt yg percuma?? KENAPA?? KENAPA?? Eh, sudah lari topik...

Ok, pasal duit RM1....pagi ni selepas sahur, aidamanap mengira tabung yang telah penuh semula. Cadang di hati nak belanja tapi encik suami bagi idea bernas :

ES : Napa nak shopping, duit tu boleh buat benda lain..
AM : Shoppingla...nak raya nih..
ES : Baik duit tu bagi kat bebudak, buat duit raya, tak yah nak tukar2 duit
AM : .........

Nota :
ES - Encik Suami
AM - Aida Manap

Betul jugak...dan disebabkan idea bernas tu, untuk tahun ni akan ada bebudak yang dapat duit kepam berhelai-helai dalam sampul raya..maafkan saya, saya nak tukar duit, encik suami tak bagi....
sampul duit raya tak santek..

kerja la janji ada income...

Semasa saya berkesempatan menjadi panel penemuduga di ipoh dulu, agak kehairanan jugak dengan pemikiran sesetengah calon yang datang. Katanya tak memilih kerja tetapi bila ditanya kenapa tak bekerja? Katanya menunggu kerja dengan Kerajaan [?] memilih jugak la tu namanya...

Jika ditanya, aidamanap tidak pernah memilih kerja. Malah pernah merasa hampir semua kerja kecuali operator pengeluaran dan jugak pump atendant..kalau diberi peluang, mahu juga rasanya.

Pengalaman pertama aidamanap bekerja adalah semasa menunggu keputusan SPM. Masa tu sempatlah kerja dengan Guardian di Jaya Shopping Complex, Section 14 (ye, bangunan yg roboh itu). Teman sekerja masa tu, Hanitah dan Aleysha...sungguh bangga memakai uniform biru, dan sungguh bangga jugak dapat memegang duit sendiri.. :). Tak lama di Guardian, berpindah pula ke syarikat guaman perumahan, Nordin Torji & Yussoff Ahmad di Menara MPPJ (sekarang MBPJ). Kerja sini rileks bangat, menguruskan fail-fail perumahan, tapi gajinya kencang bah...seminggu sebelum kemasukan ke U, aidamanap berhenti untuk merilekskan diri di rumah.

Selepas dari itu, semasa semester break, without failed aidamanap akan kerja..apatah lagi ayahanda bonda dah bagi warning, nak keluar KL, sila pakai duit sendiri, peruntukan tidak diluluskan..huh!!

Aidamanap dah kerja di Mc. Donald (bukan Mc. Curry yer...), Kedai Buku Koperasi DBP, Kilang Kicap Campbell (admin staff), PTPTN (haah, PTPTPu..) dan satu company swasta yag lain (nama dirahsiakan). Alhamdulillah, aidamanap tak pernah menganggur..tp rasanya semua adalah disebabkan oleh tidak memilih kerja...kalau nak harapkan tunggu kerja Kerajaan je, sampai sekarang pun belum tentu...

Adik-adik kat luar tu, jangan memilih kerja...even kalau kerja Mc. D pon, peluang naik pangkat ada....janji berusaha lebih..

New Product Tested

My hair is a mess!!!! I used to love my hair but now, rasa cam nak botakkan aje rambut...remember ekin AF when she shaved her hair sampai botak due to hair problem? I wish I can do that, tp baru cadangkan kat encik suami, jelingan maut yang diterima...huh...

kalau jadik cenggini kan senang

My problem is that rambutku gugur dengan banyaknya...orang kata disebabkan oleh stress, tp mmg stress!!! Tgk rambut pun dah sejemput je, walaupun rambut ku wavy..(nak jugak memuji diri..). Yg tensionnya bila menyapu tgk rambut yg ikal mayang tapi berhelai-helai kat lantai..sedihnya!!!

Nak try yun nam ke, neeta's herbal ke dan yang seangkatan dengannya rasanya amatlah expensive and tak tau keberkesanannya...nak try cara org tua2, guna santan yg dibiarkan semalaman plak, aidamanap dah try dan baunya merudum gitu!!!

So, bila elianto keluarkan new products, iaitu organic olive hair care, aidamanap pun berkobar-kobar le nak try...

Shampoo elianto, conditioner and serum...

I bought the moisturising shampoo, the illuminating conditioner and revilatiling serum. baru guna sekali tp mcm sudah ada perubahan and bau dia...hmmmm...encik suami pun tersenyum gembira...

Lets give elianto a month, kalau ok akan diwar-warkan keberkesanannya...

Berbuka Puasa With Encik Suami

Yesterday was the 1st time me and encik suami berbuka puasa together-gether. Normally, mak, ayah and kerabats yg lain ada (maklumla, duduk with parents)...

Disebabkan semalam cuti Nuzul Quran (selangor je cuti harap maklum!), aidamanap pun telah mengforce encik suami untuk menghantar aidamanap ke opis. Memandangkan balik nanti dia nak amik, so we planned to buka puasa at alamanda aje.

Memandangkan encik suami sampai lambat untuk menjemput aidamanap, so we change plan...beli something light-light kat param (pasar ramadhan putrajaya), pastu solat maghrib kat masjid putrajaya, baru buka puasa kat alamanda. Semalam sempatla beli agar-agar, kaya ball and ayam goreng, tp instead of solat kat masjid, kiteorg buka kat petronas and solat kat petronas jugak. Hmm...good choice sebab takde org langsung....

Kat alamanda plak, dah bukan jadi aktiviti berbuka puasa, tp aktiviti bershopping kat esprit..last-last, makan kat food court je...huh...there goes my dating time!!!!

THIRD QUICK UPDATE

huh...asik quick update je la kan? tp mmg hampir bersawang ice age rupanya blog ini...
azam kene kuatkan lagik nak update blog....*walopon takde orang baca... :)*

so...update pantas sepanjang blog ini bersawang adalah seperti berikut: *macam buat kertas kerja plak..*

confirmed i pregnant...
takyah citer panjangla...

kursus PTK
kalau siapa yg kerja G (sila rujuk balik buku ekonomi asas kalau nak tau G tu apa..), sebut je PTK semua menyampah, termasuk la aku...tp kursus PTK di PICC on 12-20th August mmg different...calon tidak hanya dinilai based on exam tapi ada kriteria lain, which is fair la. Belum tentu org yg theory bagus, practical bagus jugak..
semasa PTK nih la aku notice bleeding aku makin worse. Buat ultrasound kat Klinik Lita Alis pun dia cakap mcm threatened abortion and gave me mc 3 hari for strictly rest in bed...tp after discussing matters with encik suami, aku continue PTK dulu sampai abih, tak larat nak amik semula..

my baby gone...
as expected, abih je exam PTK on the 20th, aku rush balik and tunggu encik suami untuk pegi PPUM. Before that, kene mintak referral letter from Klinik Wong dulu...gedebak, gedebuk, mmg pun miscarriage sudah. Dr. Chong, pakar gynaecology kat wad kecemasan advise me not to do d&c, instead dia kata biar bende tu turun sendiri sebab aku pun baru lagi, dalam 2 mths...

berpantang
apa tu? nope...tak berpantang teruk sangat sbb dah nak masuk bulan ramadhan, kesian mak terkejar-kejar...