Kalau dulu masa tengah belajar memasak dengan mak, memang jenuh tadah telinga asik kena marah je. Especially part how to susun kerja/tak membazir masa.
Mak saya ni walaupun tak sekolah tinggi, tapi somehow through experience, dia lebih berjaya dari anak dia yang belajar tinggi ni tapi experience ciput. Banyak tips atau idea menjimatkan masa yang aku dapat cedok dari mak aku lebih-lebih lagi kalau kita working wife/working mother. Benda ni bagi sesetengah orang nampak remeh, tapi kalau dibuat bebetul, memang jimatkan masa, time effective tu yang penting.
photos taken from www.library.duke.edu
First thing, masak nasi
Tindakan ni yang paling aku ingat sekali. Dulu aku selalu argue ngan mak aku, why nak masak nasi dulu, masakla lauk dulu. Tapi explanation mak aku memang tepat. Katanya, bila kita masak nasi dulu, masa dah jimat sebab sementara tunggu nasi masak, boleh masak lauk. So by the time nasi masak, lauk pun dah masak. Kalau masak lauk dulu, by the time lauk masak, kena tunggu nasik plak masak, kan ke dah membazir masa tu..
Kalau tengah masak and ada baju kotor, sederap terus boleh mesin
Haaa, yang nih aku rasa common sense sahaja. Let the machine do the work, tapi at the same time, kita takdela tercongok-congok nak tunggu mesin tu siap mencuci kan? Jadi reason dia sama cam kat atas, by the time lauk masak, nasik masak, washine machine pun abis cuci. Wah sudah boleh siap 2 kerja dalam satu masa.
Balik pasar terus kemas bahan-bahan basah
By doing this, memang jimat masa. Yerla, kalau bahan basah - ikan, sotong, daging, ayam dah siap disiang, dicuci dan dipackkan, bila nak masak, just keluarkan je plastic bag yang related, terus rendam and terus masak. Apa yang dimaksudkan dengan siap pack tu, takdela simpan semua dalam satu plastik, bahan-bahan tu diagihkan jumlahnya ikut hari.
Baju siap gosok seminggu
Aku still ingat masa zaman mak and ayah aku masih kerja. Setiap hari Sabtu/Ahad, selepas minum petang dah siap untuk family, mak akan allocatekan almost 2-3 hours untuk dia menggosok baju seminggu. So, the next morning, takdela mak aku terkejar-kejar untuk gosok baju kan? Main capai je yang dah siap gosok tu.
Tengok tv tapi tangan bergerak
Mak kalau tengok tv memang takkan tengok melangut kosong, ada saja kerja yang dibuat, sambil tengok tv sambil tu lipat kain, kupas kulit bawang, gunting cili, siang sayur..ada sajala. Bukan macam anak dia ni, sambil tengok tv, sambil baring, tapi tangan tak jalan.
Now, bila aku dah kahwin walaupun belum ada anak, baru tahu memang penting time planning ni. Walaupun tak banyak, tapi apa yang mak aku ajar melekat la jugak kat anak dia ni. For example, before aku mandi, aku akan masak air dulu, so that lepas aku siap mandi, pakai baju semua, air dah didih dan terus boleh buat air. Baju pulak, cuci malam, so pagi-pagi dah boleh sangkut. Petang je lepas angkat, terus lipat sambil tengok tv.
So, sapa kata 24 jam tak cukup? Cukup kalau pandai susun masa...kan?
No comments:
Post a Comment