Ish you all nih, tak susah lah nak simpan duit nih...kalau tau cara, you all mesti boleh punya.. Captain Cash pun ada ajar sikit-sikit kan kat tv3 tu..Ok you all, trip untuk simpan duit dah nak mula..please buckle up your seat belt and enjoy you ride!!!!
1) Mesti ada rekod pasal saving and expenses
Ala, tak susah pun...you all pakai microsoft excel tu je, or kalau duit dah berlebih, beli buku akaun kat Popular tu, yang penting kene ada column on expenditure and saving...baru tau berapa banyak yang korang dah guna for that particular month kan? kalau nak tengok contoh dia, email me at cikcipunz@yahoo.com, kan sharing is caring!!!
PERINGATAN : email adalah strictly untuk dapatkan format expenditure and saving nih ye, bukan nak pinjam duit!!! Makcik nih bukannya along..
2) Dapat je gaji, the first thing yang perlu dibuat is bayar diri sendiri!!!
Apa maksudnya tu??? Meaning, dapat je duit, benda yang penting korang kene buat adalah masukkan duit dalam saving, bukan bayar hutang dulu. Ini tak, bila dah bayar hutang, dah belanja tak hingat, baru teringat.."eh, saving tak masuk lagik...duit tak cukup la plak. Masuk bulan depan la..." Kalau begini gayanya, tak kaya-kaya la kamu ye!!!
3) Saving untuk diri sendiri secara RELIGIOUSLY EVERY MONTH!!!
Banyak expert, dia advise wajib saving minimum 10% of your income...bagi aku, tak semestinya 10% of your income. Kalau gaji tetengah bulan pun dah tak cukup, takyahla saving 10% pastu korek balik, takde maknanya...korang at least saving setakat yang termampu, kalau RM20, haa, savingla RM20 tu..tapi jangan la keluarkan...
4) Sediakan different account untuk different saving/purposes.
Jangan berangan la konon akaun yang masuk gaji tu adalah akaun untuk saving korang..memang tak menjadi la jawabnya. Duit tu makin habis lagi adalah..For starting, boleh bukak satu akaun lain and name it as emergency account...kalau segan nak masuk RM20 tetiap bulan tu, masukkan je guna ATM Machine...takde pun orang tau, dan yang penting, every month duit bertambah.. :D. The most important, different account is for different purposes, baru banyak sikit saving.
5) DO NOT UNDER ESTIMATE THE POWER OF COINS!!!!
Ce cite (gaya cakap, tiru awie dalam citer Zombie Kampung Pisang) apa yang korang buat dengan duit syiling korang? Mesti campak-campak aje kan? Apa kata, lepas nih korang collect cuit-duit syiling tu masukkan dalam tabung (ala macam zaman kita kekecik dulu). Diam tak diam, makin banyak you!!! Pastu bolehla shopping ngan duit tu...yerla, bayangkan kalau korang terdesak, tetiba teringat ada duit syiling, kira-kira dapat dalam rm100.00, tak ke banyak membantu semasa tengah sengkek??
6) Last sekali, walau macam manapun jangan miss untuk bayar hutang-hutang korang termasuklah hutang PTPTN ye
Haruslah diingat, bila skip bayar, dia akan bertambah dan accumulate..itu yang banyak orang terus kene declare bankrap sebab hutang dah menimbun. Tapi kalau korang bayar secara berhemah every month memang tak timbul masalah ni..Dan takyah bayar banyak, janji minimum amount lepas, cukuplah..gerenti orang citibank tak kacau korang tanya bile nak bayar credit card...
Nih serba sedikit tips untuk simpan duit yang memang aku sendiri buat dan berkesan..namapk susah, tapi bila dah buat every month, ianya akan jadi automatik...kalau nak kaya plak, aku tak expert sangat, tapi do click petua Mentor Jutawan kat link belah kanan aku tu, for further info...
2 comments:
aku mmg boros!!! ada saja yg PERLU dibeli....... tension aaa! thing is, bila ada duit, takde benda pulak yg rosak or habis or koyak. cuba time takde duit..... siapla! rosak la... habis la... koyak la.....
huh...i nih pun dah tua bangka nih barula belajar nak saving..dulu jgn harapla, duit ptptn tu abih asik tukar enset je ok??
Post a Comment