tips for any interview...



NOW and then without fail, aidamanap akan terima panggilan telefon, email, sms, mimpi...(err, yg nih tipulaa...) on tips to excel in any interviews, particularly if the interview is for any post in government sector...memula tu aidamanap sedikit terkagum dan bangga sbb macam jadi bahan rujuk...tp lepas tu terfikir balik...*mungkinkah sbb aidamanap pun dah pergi interview 457 kali sebelum nih?? hmmm....*

Anyway, untuk assessment sblm dapat jawatan yg dipangku sekarang, aidamanap buat topic regarding "managing urself before attending any interview" bawah topic management...relevenkah?? tak kisahla...janji mana tau kalau aida anak-anak yg baca nih and excel dalam interview, aida manap jugak dpt pahala... :D

BEFORE THE INTERVIEW:
Do some homework regarding the position - sedar atau tidak, ini antara banyak kesilapan yang orang buat, especially new graduates...aidamanap akui, tak semua org ada info on this ttpi sekurang-kurangnya basic info on job applied mestilah ambil tau jugak...ada byk cara, surf internet, tanya sedara mara yg penah kerja, tanya kengkawan...

Ambil tahu pasal hal semasa - enough said la...kalau nak mintak kerja kerajaan pun, nama KPPA or KSN pun tak ingat (kengkadang yg dah kerja kerajaan pun tak tau....), baik tak yah apply terus...aidamanap pernah berdepan dengan calon fresh graduates di mana nama penuh mantan PM pun tak ingat...yang dia ingat, Pak Lah sahaja...apakah??

Baca arahan dalam surat panggilan temu duga - kalau arahan adalah "bawa sesalinan sijil yang disahkan oleh pegawai Kumpulan A", silalah buat begitu SEBELUM HARI TEMU DUGA. Ini jugak nak mengelakkan calon rasa tertekan dan gabra...aidamanap pernah berjumpa calon interview yang pada hari interview baru nak cari tukang pengesah dokumen sokongan...nasib baik interview kat SPA, semua pegawai boleh sahkan...tp nampak sangat la kamu tak prepare kan??

SEMASA HARI INTERVIEW:
Datang awal - when you come early, you have enough time to calm yourself. Make friends with other candidates sbb diaorg nih mungkin akan jd your colleague...kalau tak pun, tak salah menambahkan sahabat...lebih elok kalau dptkan nama panel penemuduga dr urusetia sebab kadang2 yg dtg interview tu mungkin Datuk, Doktor, Professor dan sebagainya.

Take extra time with pemilihan pakaian - nampak simple but first impression do count ye...utk lelaki, kalau mintak jawatan tahap diploma ke atas, sila pastikan pakai shirt long sleeve with tie...kalau blh pakai plain colour shirt and pilih soft colour. Paling selamat, white shirt. Kalau ada suit, lebih elok..kasut pulak...sila la kiwikan kasut tu....perempuan, pakaila baju kurung, lebih sopan. Dinasihatkan pakai baju kurung yg mempunyai maksimum 3 kaler sahaja dan elakkan pakai baju liplap bagai nih...bukan nak pegi kenduri kawen nih..paling selamat pilih paster colour ataupun baju unsur-unsur kaler putih, hitam, kelabu..kasut, sila pakai courtshoes (kalau tak tau surf kat internet...) TOLONG jangan pakai kasut seksi yg berlambak kat vincci or nose or xes (eee, apala nama kasut xes nih....)

Confident and be yourself - bila dah masuk dlm bilik interview tu, jawab soalan dengan confident...kalau perlukan masa, think before jawab dan panggil penemuduga dengan panggilan sopan, tuan atau puan...TOLONG JANGAN PANGGIL PENEMUDUGA ABANG ATAU KAKAK!!! sangatla tak profesional sungguh....and dont being cute by saying..."ish, saya tak pandai sangat kak, tapi *subjek berkenaan* dapat la jugak A... *muka riak..*

SELEPAS INTERVIEW

Selepas selesai interview...bertawakal sajalah..kalau dah rezeki anda, baru sekali interview pun dah dapat..kalau bukan rezeki, cuba juta-juta kali pun tak dapat...tp mungkin calon pun perlu muhasabah diri..kalau dah 10 kali interview masih tak dapat, mungkin ada kekurangan diri...jgnla asyik menyalahkan SPA atau JPA dengan alasan, "bawak masuk kroni"..dan ingatlah, kalau CGPA kita 3.00, dah rasa bagus and tak dapat kerja jugak, ingatla..mungkin CGPA org lain lagik bagus dr kita...RENUNG-RENUNGKANLA...

No comments: