Aku ni suka mencuba benda baru. Minat tak minat belakang kira, yang penting kena cuba dulu, dah cuba kalau tak minat tak yah la continue kan?
Bila aku tengok ramai orang asyik pakai bulu mata palsu, aku pun nak try la. Sebab kalau pakai maskara nak clean dia kena thoroughly, kan? Jadi telah membeli la bulu mata palsu MAC dan terus cuba kat rumah. Jenuh I cuba you, tak jadi-jadi, hangin aku satu badan. So aku biarkan jerla dalam drawer, sehingga satu hari aku takde kerja kat opis dan telah mensearch di youtube pasal nak pakai bulu mata palsu nih.
Maka telah berjumpa seorang yang gorgeous di sini, and cara dia pakai tu senang bangat. Balik rumah, excited nak try tu...nak buat surprise untuk encik suami balik dan di bawah ini adalah hasilnya..
::tadaaa!!! memang darah jawa, sepet habis..::
Ok aku tau, aku pakai tu tak perfect, ada la nampak crooked-crooked sikit. Bukan setakat crooked, memang nampak double bulu mata!! Sebab tu tak berani nak pakai kat luar, pakai kat rumah je dulu. Ni macam kena prektis sampai lenguh tangan nak kasi perfect pakai ni.
No comments:
Post a Comment