Contohnya last week aku berkesempatan attend a course dekat INTAN. Well, kalau orang government attend course, memang makan sentiasa cukup. Ada satu hari tu, masa morning tea break, aku dihidangkan dengan kuih macam sandwich roll, tapi dia bukan sandwich roll, tapi tetengah tu ada sausage. Since aku tengok senang, aku pun buatlah kat rumah. Memang senang!!! And aku panggil nama dia, roti goreng (aku pun tak tau nama betul kuih/menu nih apa..)
Gambar from left to right, atas dulu baru bawah (pepandai la korang ek):
1. Bahan-bahan yang diperlukan | roti | sausage |tepung gandum (sedikit sahaja)
2. Sausage direbus sampai masak
3. Tepung gandum dicairkan dalam air (jangan cair sangat) ~ guna nak jadi gam untuk roti nanti
4. Gelek roti sampai leper. Letak sausage yang dah direbus dan gulungkan roti. Hujung roti tu, letak tepung gandum as glue.
5. Goreng roti dan hidangkan dengan mayonis and chilli sauce.
Sedap beb!! U have to try it laa...
No comments:
Post a Comment