Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Baik Punyaaaa!!!!!

Aku ngan encik suami ni memang takde aktiviti tertentu. Yerla, ada sesetengah couple, activites diaorang pergi vacation la, makan-makan la, jogging la, tengok wayang la. As for us, apa yang terasa nak buat, terus buat on the spot tak yah plan, sebab plan mesti selalu tak jadi.

So, last saturday, kitaorang pun teruslah buat plan nak pergi tengok movie. Terlanjur dah ada kat area The Curve tu, teruslah membeli ticket midnight (ye, sebab kitaorang tak suka booking, nanti rushing..selalu beli untuk later show...motif mengexplain???)

Dah berjaya beli ticket, Inception pukul 2350. Sangat suka walaupun dalam hati dah bajet dah, mesti aku tidur macam citer Sherlock Holmes tu. Tapi surprisingly, aku langsung tak tidur!! Either cerita dia terlalu best or memang cerita dia best! Heheh..

Anyway, yang buat aku sakit hati tu, bukan Leonardo Dicaprio ngan pelakon-pelakon tu jangan "umpama mimpi dalam mimpi", tapi ada jugak la penonton yang join sama nak mengincept mimpi orang...siap dengkur2 lagi ko!!! Bukan stakat slow punya dengkur, ni dengkur dengar satu cinema tu!!! Yang lawaknya, time citer dah nak dekat habis, boleh plak dia terjaga pastu bebuat minum air, konon tengah concentrate movie tuhla..huh!!!

Kesimpulannya, next time kalau korang nak tengok midnight, pastikan tak mengantuk, and kalau nak tidur pun, silalah bawak Breath Right untuk kesenangan orang lain. Sekian.

Sayangnya aku dengan kesihatan aku!!!!

Aku rasa dalam dunia ni takde orang yang suka nak pegi klinik or hospital, let alone nak buat check up-check up nihla kan. Kalau dah terpaksa, barulah pergi. Pernah la jugak terasa nak buat full medical check up tu, siap dah tanya klinik dah. Tapi harapan tinggal harapan la kan.

Kalau ikut family history, memanglah aku patut rasa risau, mana taknya, Tuan Haji Manap ada diabetes, Puan Hajah Fatimah pulak ada hypertension. Elok sangatlah tu.

Tapi aku tak risau dengan blood pressure aku sebab setakat ni apabila aku pening kepala je, aku akan check and bacaan masih ok. Yang aku risau adalah kandungan gula dalam darah aku. Apatah lagi masa aku miscarriage aritu, doktor pun ada mention, kalau diabetes pun boleh penyebab miscarriage.

Jadinya, bila hari ni opis aku ada buat hari pemeriksaan kesihatan, maka dengan hati yang berat, aku pun pergila check. As expected la, aku mengalami masalah berat badan berlebihan, itu memang dah agak dah. Nasib baik belum obese. Bila time blood pressure and rest heart beat, pun ok. Bila time, glukose je, aku dah berdebar-debar.

Tapi alhamdulillah, turn out bacaan glukose aku masih ok, eventhough aku tak bekpes lagi. Lega aku...tapi bila dapat konsultation, doktor masih pesan, sebab aku ada family history and ada masalah berat badan berlebihan, masih kena jaga makan, eksesais semua-semua tuhla.

Bacaan kalau nak tau korang ok ke tak, adalah seperti di bawah ini:
Tekanan Darah
>130/85mmHg : Tekanan darah tinggi
Glukos Darah
(Berpuasa :>6.0 mmol/L = berisiko)
(Tidak berpuasa: >8.0 mmol/L = berisiko)
*sumber : Pejabat Kesihatan Putrajaya

So, bagi korang yang agak was-was nak check macam aku ni, pergilah check. Cheh..ayat berlagak sebab dah sudah check!!

TERASA GLAMOUR PART ONE

Seperti biasa, pada satu hari Sabtu somewhere in June..aku menjalani sesi pengurutan dan bertangas di Spa Artiyana selepas aku miscarriage the 2nd time. Seperti biasa, apabila sesi pengurutan tu, aku either akan diurut oleh Puteri or Kak Gee and aku rasa kalau dioffer pun, aku tak nak tukar masseur (betul ke eja ni?), because they are good!!!

Anyway, sambil berurut tu, tak sahla kalau tak bercerita kan? Jadi sambil-sambil tu, cerita la the usual stuffs dengan Puteri sehingga dia mention,
"Kak Aida, kawan Kak Aida yang datang tu pun dah pregnant, lebih kurang time Kak Aida jugak laa..."

Aku masa tu blur-blur, iyekan aje, tapi otak dok berpusing, sapa plak kawan aku yang datang berurut kat sini? Setahu aku takde..so, sambung-sambung cerita, rupanya, she's one of my silent reader merangkap my customer for sellnletgo..

Sungguh aku tak sangka, rambling aku yang mengarut-mengarut pasal everyday life pun dapat jugak bagi sedikit kebaikan kat orang. :D.

To my silent reader tu, congratulations on your pregnancy dear!!! Take care and moga dapat lebih babies after this.. :) errr, cuma silap saya tu, I forgot to ask your name..

Ni yang berusaha gigih nak menambahkan entry lagik ni...*hnsss..hnsss...*

Entry Warm Up...

Masuk ni dah dekat empat puloh enam kali aku tekan button new post. Tengah half way menaip, idea takde, delete balik..sebab tuhla korang tengok macam tak berhapdet je blog aku ni.

Cheh, mau explain pepanjang, buat apa..macam la ada orang baca blog ko ni, Aida oiii!!!!

Tapi ada dua insiden sebagai bukti bukan aku sorang je follow blog orang as silent reader, ada jugak orang follow blog aku as silent reader kan? To all of you, thank you!!! And I'm glad at least blog aku ni ada jugak mendatangkan faedah secara langsung dan tidak langsung kat my reader.. :D

Ok, insiden-insiden tu akan diceritakan dalam post lain...hehehehe...tektik nak menambahkan entry la ni...