No Celebration This Year, Honey..

Right after aku dengan encik suami selamat dinikahkan, aku dah bervow dengan diri sendiri, aku nak celebrate our anniversary dengan holiday. No pressie pun takpe, as long as dapat pegi holiday dengan encik suami. For our first anniversary, cadangnya nak pergi Sabah. Encik suami tak pernah pergi Sabah, so why not pergi sana, cantik pun cantik..tapi knowing encik suami and his commitment with work, bila aku dah nak beli flight ticket online je, dialog utama encik suami, "tak surela boleh cuti ke tak..."

Sampai aku dah fed-up dah. Sebab malas nak terlibat dengan urusan burnt tiket flight, maka bercadang nak ke Pulau Perhentian plak. Ok, fair enough sebab aku pun tak pernah ke sana..and takyah la macam nak beriya-iya booked ticket flight bagai, just booked untuk accommodation je.


But kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Disebabkan oleh ketidaksihatan aku yang tidak membenarkan aku travel jejauh maka, our first anniversary tak dapat dicelebrate semeriah mana. Cuma sekadar ke Port Dickson sahaja.

Well, takpela..dapat jugak aku celebrate kan? Apa-apapun, bukan celebration tu yang penting. Yang penting aku dengan encik suami still together, and hopefully berkekalan jodoh kami. Aaaammmiiin..

Oh, sebab pergi dekat je, so boleh berharap dapat hadiah yang grande...heheh!!

Sakitla Doktor oiiii!!!!


Aku berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan doktor Obgyn perempuan, yang julung-julung kali sebab sebelum ni masa pergi A&E kat PPUM, aku dapat 2 orang Obgyn Male. Of courselah aku suka, bolehlah aku tanya secara detail pasal problem yang aku ada sekarang ni.

Unfortunately, bila dah dapat doctor perempuan, persepsi aku terus berubah. Aku ingatkan bila dapat doktor perempuan, she will be more gentle especially when handling my vayjayjay, tapi rupanya lagi kasar!! Tak pernah-pernah aku sound kat doktor apa yang dia buat tu menyakitkan aku, tapi dengan doktor perempuan tu, aku terpaksa sound macam tu sebab sakit ok!! Tapi dia buat derk je, cakap sorry pun tak..huh!

Aku pun tak sure if doktor perempuan yang aku jumpa tu memang macam tu ke or semua doktor perempuan memang kasar macam tu. Yang peliknya, tengok luaran and the way she talk, sungguh soft dan lemah lembut. But when she do her work, adeehhh!!! Yang doktor lelaki tu pulak, luaran memang la clumsy, tapi when he did the check up, very gentle and even dia yang cakap sorry kenkonon kalau sakit, walhal aku tak cakap apa pun.

Bila aku cerita kat encik suami, point of view dia lagi bagus. Katanya,
"Yerla dengan doktor perempuan tu, dia pun ada jugak. So dia taulah kalau dia buat tu sakit ke tidak. Yang doktor lelaki tu takde, mestilah dia kena berhati-hati sebab tak tau sakit ke tidak..."

Huh...macam tu punya point of view pun ada?

Mari membuat duit..

Ye..sebab pemilik blog ini juga mempunyai online shopping blog, maka tak sah kalau blog dia ni tidak mewar-warkan shawl baru di online blogshop dia tu.

Memandangkan aku nak menghabiskan stok lama dan nak menambah stok baru, maka aku dah membuat jualan super murah untuk shawl-shawl yang ada. Bagi sesiapa yang berminat, silalah melawat shawltillyoudrop.

Oh, some of the pics of shawls yang dijual. Enjoy...

Update Merapu

Blog ku ini tidak berjaga lagi..


Bukan taknak dikemaskini, tapi tak tahu apa yang hendak ditulis. Eventhough there are so many things in my mind right now.


Yang pasti, telah tiga hari diarahkan oleh doktor untuk "bed rest" walaupun deep down inside, aku rasa tiada gunanya arahan "bed rest" itu.


Sigh..sangat berharap yang untuk kali ini I can announce happily what is going to happen to me, but I guess history repeat itself. Aku hanya mampu berdoa dan berdoa atau mungkin doaku belum diterima?


Ya Allah, tidak pernah menyalahkan-Mu, segala yang berlaku ada hikmahnya...