Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Supplement for Diabetic - Debtin 6 Plus

Kalau benda baik, tak salah kita berkongsi kan? So, aku nak kongsi satu supplement lagi yang boleh membantu bagi sesiapa yang ada masalah diabetes. Mana tau, kalau berkesan, doakan aku dan encik suami cepat timang baby ek? :D


Maklumat mengenai ubat ni pun ayah aku dapat masa dia tengah ambil ubat kat PPUM. One of the pharmacist recommend ubat ni kat ayah aku - Debtin 6 Plus. Katanya boleh dapat kat mana-mana farmasi. Ayah aku pun survey la ubat ni, yerla kut main recommend-recommend rupanya tak sesuai dimakan oleh pengidap diabetes, macam Jus Tok Guru tu. Bila ayah aku tengok ingredient dia, memang boleh dipercayai la sebab mengandungi bitter melon (peria katak), fenugreek (halba), baker's yeast extract (ragi roti) dan Gymnema Sylvestre. Kalau google pasal ingredients ini memang semuanya boleh membantu sekiranya ada masalah kencing manis.

Alhamdulillah, ayah aku dan abang ipar aku pun dah try makan supplement ni, memang boleh mengurangkan kadar gula dalam darah. Tapi nama pun supplement, ubat doktor still kena makan jugak. Lagi satu pesan pharmacist ni, hanya diabetic je yang boleh makan, kalau takde tu dinasihatkan jangan makan. Maybe dikhuatiri gula yang sedia sihat tu pun habis dihilangkan agaknya.

Anyway, aku dengan encik suami pun dah survey supplement ni. Kat Tesco Mutiara Damansara ada, harga dia dalam RM70++ jugakla. Kalau berminat nak beli, kat bawah ni packaging dia.

Mari Kita Berjazzercise

Setiap kali beli majalah Rapi, aku akan without failed baca kolum pengalaman bagaimana mereka kurus. 8 out of 10 stories akan kata diaorang kurus sebab join aerobic classes. Maka aku yang pemalas nak joging ataupun bersukan cara lain, mulalah mencari-cari kelas aerobic yang dekat dengan rumah (sampai nak bersenam pun cari dekat dengan rumah, punyalah pemalas...), tetapi NAN HADO!!!! Yang ada pun kalau kau join True Fitness kat Jaya 33 tu (which aku dah join dua tahun lepas tapi burn je membership sebab tak datang regularly).




Jadinya bila aku dapat tau ada kelas jazzercise yang dekat dengan rumah, of course lah aku excited nak join. Masa aku dapat tau tu, bulan November 2010, tapi masa tu busy dengan kerja-kerja opis, so tangguh sampai bulan Disember. Bila bulan Disember, encik suami pulak suggest, joinlah tahun 2011 nanti (azam baru konon). Masuk pulak Januari 2011, tak nak join sebab waswas, kalau preggie dah sah-sahla tak boleh lompat-lompat kan?



Sampailah 1 Februari 2011, barulah aku terjaga dari tidur yang lena. Kalau asyik waswas pregnant tapi tak pregnant-pregnant, sampai bila pun tak buat apa-apa kan? So, nekad pergi jugaklah kelas tu. And surprisingly, I enjoyed it!!!!



Now, tak sabar nak pergi kelas jazzercise ni. Lagi-lagi pulak, bulan Mac 2011 nanti dia pindah kat Right Angle, Section 14, Pee Jay. Walking distance aja

Oh, for you guys yang tak tau, jazzercise ni macam dance class, tapi lebih on fitness..dia combine semua yoga la, plies la, so bukan ajar menari bodoh-bodoh. Kalau korang memang tak reti menari sekali pun boleh follow sebab step dia senang.



To learn more about Jazzercise, silalah masuk sini dan sini and mari kita join jazzercise ramei-ramei!!!!

Vertigo Datang Lagi

Hari ini aku cuti sakit sebab vertigo aku datang lagi.

Apa itu Vertigo? Bahasa mudahnya, vertigo adalah satu simptom di mana bila dia datang, pengidap dia akan rasa objek di sekelilingnya berpusing dengan laju. Dia tak sama dengan rasa giddiness sebab kalau giddy atau pening, kita boleh tahan lagi. Kalau vertigo, sampai termuntah rasanya. Ianya berkait rapat dengan masalah keseimbangan dalam telinga yang tak berapa nak seimbang.

Aku mula-mula kena Vertigo pada tahun 2008, semasa hari lahirku. Memang masa memula kena tu aku rasa "tamatlah riwayat aku...". Masa tu aku tengah tidur mengiring, bila aku nak pusing je, tetiba aku rasa pening berpusing yang amat melampau. Bila aku bukak mata je, aku tengok dunia berpusing. Tak tahan, aku terus pejam mata and baring stagnant-tak bergerak. Lama jugak aku baring macam tu, tapi rasa tu tak hilang-hilang jugak.

Dahla aku tidur bilik berkunci. Bila rasa pening tu tak hilang-hilang, memang aku tak tahan, sampai kena tepon mak aku bukakkan pintu guna spare key. Muntah tak payah cakaplah, banyak kali jugak la..last-last mak aku tenyeh minyak cap kapak, urut belakang aku, pakaikan koyok, paksa jugak aku tidur. Dapatla aku tidur balik. Bila dah sedar-sedar, memang rasa penat teramat tapi alhamdulillah, pening tu dah hilang. Petang tu bila aku jumpa doktor baru aku tahu yang aku kena Vertigo.

Vertigo ni, dia datang tak kira masa. At least macam pening kepala kamu dah boleh bajet, kalau makan lambat or tak cukup tidur, mesti pening tapi Vertigo ni, kalau dia kena, ya Allah. Tensen yang teramat ok!

Takpela, dah diberikannya cubaan, aku redha je. Dalam menaip-naip ni pun, aku dah mula terasa balik dia nak datang balik. So, time to take some rest balik...

Kena urut sengkak rahim lagi..

Pakej urutan aku dekat Spa Artiyana dah habis. Tapi sebab service dia bagus, maka aku pun menyambunglah pakej urutan tradisional dia lagi. Yerla, kalau tak pregnant, aku ingat nak buat urutan sebulan sekali, kasi rileks badan. Kalau dah pregnant, start 4 months nanti la baru start mengurut.


Tapi plan semua tak menjadi. Last monday, kena jugak berurut semula kat Spa Artiyana lepas aku miscarriage second time. Yepp, second time dah aku miscarriage. Ramai jugak yang tanya, "Kenapa?" , "Angkat berat-berat ke?", "Ada jatuh tak?"



In a way, aku terharu ada jugak orang ambil berat pasal aku, tapi sedikit perasaan marah tu ada apabila ditanya begitu, macam miscarriage kali ni disebabkan angkara aku. Padahal pregnancy yg second time ni, memang aku berpantang habis. No cold drinks, no nescafe, no benda sejuk yang lain, no mee, no laksa...sigh...tapi dah bukan rezeki kan?


Anyhoo...aku bukan nak citer pasal tu, aku just nak share sedikit info yang aku dapat dari kak gee berkaitan dengan penjagaan wanita ni. Menurut kak gee, perempuan memang tak elok makan benda sesejuk ni, especially ais. Sayur, yang paling tak elok adalah petola. Kalau sawi tu paling elok. And pantang paling besar untuk perempuan adalah pisang embun. Buah plak, dia kata masa gugur ni, jangan makan buah anggur, gerenti tumpah darah lagi teruk.



Aku tak tanya plak rasionalnya, tapi dah dikatakan begitu, aku pun iyekan ajela. Janji sihat, rahim aku strong balik untuk aku try to get pregnant for the 3rd time.



Tu pasal bila aku tengok baby dibuang-buang, aku sangat sedih. Dulu sedihla jugak, tapi bila dah miscarriage dua kali ni, sedih dia bertambah. Napa aku yang dah "halal" untuk mengandung ni susah betul nak tahan kandungan, yang "haram" mengandung tu senang je, pastu dah bersalin dibuang aje. Tak nak baby tu kasi kat aku nihaa....



p/s: Angah, aku pun dah minum jus bidadari tu. Thanx ye.. :)

Sakitla Doktor oiiii!!!!


Aku berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan doktor Obgyn perempuan, yang julung-julung kali sebab sebelum ni masa pergi A&E kat PPUM, aku dapat 2 orang Obgyn Male. Of courselah aku suka, bolehlah aku tanya secara detail pasal problem yang aku ada sekarang ni.

Unfortunately, bila dah dapat doctor perempuan, persepsi aku terus berubah. Aku ingatkan bila dapat doktor perempuan, she will be more gentle especially when handling my vayjayjay, tapi rupanya lagi kasar!! Tak pernah-pernah aku sound kat doktor apa yang dia buat tu menyakitkan aku, tapi dengan doktor perempuan tu, aku terpaksa sound macam tu sebab sakit ok!! Tapi dia buat derk je, cakap sorry pun tak..huh!

Aku pun tak sure if doktor perempuan yang aku jumpa tu memang macam tu ke or semua doktor perempuan memang kasar macam tu. Yang peliknya, tengok luaran and the way she talk, sungguh soft dan lemah lembut. But when she do her work, adeehhh!!! Yang doktor lelaki tu pulak, luaran memang la clumsy, tapi when he did the check up, very gentle and even dia yang cakap sorry kenkonon kalau sakit, walhal aku tak cakap apa pun.

Bila aku cerita kat encik suami, point of view dia lagi bagus. Katanya,
"Yerla dengan doktor perempuan tu, dia pun ada jugak. So dia taulah kalau dia buat tu sakit ke tidak. Yang doktor lelaki tu takde, mestilah dia kena berhati-hati sebab tak tau sakit ke tidak..."

Huh...macam tu punya point of view pun ada?

Nak Sihat Kena Urut Dik....

Masa aku gugur dulu, memang aku tak berpantang teruk-teruk. Ok, awal-awal tu kontrol makan je la, especially bab makan (tak boleh makan sayur yang sejuk-sejuk, tak boleh amik food yang unsur gatal-gatal, tak boleh minum nescafe) and pakai stokin. Tapi sekejap je, dalam 7 hari je. lepas tu, semua tinggal. Kontrol jalan slow-slow lagilah takde kan. Sampai bila mak aku ajak balik kampung berurut, aku siap cakap, takyahla kutt mak.



Bila baca entry Angah pasal dia berpantang macam bersalin masa gugur aritu, aku terfikir jugak nak buat, tapi biasalah, kat area PJ ni, susah nak cari orang yang masih expert buat benda-benda macam tu. Lagi pulak mak aku masa tu tengah kelam kabut jaga adik ipar aku yang bersalin twin, aku pun batalkan la niat nak berpantang ni.


Tapi semua tu berubah bila aku join Bengkel Sihat anjuran majalah Rapi. One of the penceramah is Kak Gee, from Spa Artiyana. Memula dengar talk dia tu, dalam hati dah bajet dah, "ala, dia ni nak promote spa dia, mestilah cakap macam-macam.." tapi bila dia sentuh cerita pasal kalau pernah gugur, pantangnya patut lagi teruk dari pantang bersalin, terus aku interested nak tau. She explained, sepatutnya bila gugur, masih kena buat apa yang dibuat masa pantang untuk bersalin, especially berurut. Sebabnya kalau gugur pun, rahim kena jaga, takut jatuh or kembang. Itu yang menyebabkan ada kes dua tiga kali pregnant pun masih gugur sebab rahim tak kuat.


Gambar kebas dari facebook Spa Artiyana


And because aku memang tengah process trying to conceive, aku akan try apa sahaja cara yang elok untuk mudah mengandung (except benda pepelik la macam yang dibuat dalam cerita Mayang Mengurai tu). Kebetulannya, lepas gugur aritu aku rasa badan aku macam tak sihat, tak selesa, lemah saja. That is because angin dah masuk dalam badan, itu yang tambah lesu je. Lagi pulak aku ni tak minat nak berurut regularly, itu yang perjalanan darah tak betul tu.

Maka hari Khamis yang lepas telah berjaya ke Spa Artiyana untuk try urut tradisional kat sana. Kak Gee kena urut aku dulu baru dia boleh advise apa yang aku perlu consume untuk jadi lebih sihat. Memula tu badan diurut biasa oleh Puteri, one of masseur kat sana. Bila tang perut, Kak Gee yang akan urut. Sepuluh kali aku tanya sakit ke idak, sebab aku pernah dengar kakak aku mengerang kena urut untuk naikkan rahim dia lepas bersalin first dulu (dia tu dahla memang jenis tahan sakit.)


Bila Kak Gee urut je perut aku, terus dia comment, "perut Aida ni dah masuk angin. Keras kat ulu hati ni..," which I can't deny la, dah nama pun minum nescafe hari-hari. Bila dia pegang part ari-ari, memang confirm katanya rahim aku jatuh sikit and dah kembang. Yerla, dah dekat 8 bulan aku gugur kan. Surprisingly, masa Kak Gee alihkan balik rahim tu, tak rasa sakit, cuma sengal sikit. And alhamdulillah, Kak Gee told me I don't have any other problem, senang nak mengandung cuma maybe rezeki belum ada. She also told me, I need to have another 2 sessions urut sebab kalau sekali je belum betul-betul sembuh which I am gladly will comply. Next session nanti Kak Gee akan bagi jamu to eat and also bengkung untuk mengecutkan rahim yang dah kembang tu. And not forgetting to bertangas.


Keseluruhannya, memang aku puas hati dengan service Kak Gee walaupun baru pergi first time. Insyaallah, aku nak jadikan urut ni aktiviti wajib every month, well, if it can make me healthier, why not kan? :)


Spa Artiyana is located at 1st Floor, Jalan Tun Mohd Fuad 3, TTDI. Ala, sebelah KFC besar kat TTDI tu or siapa yang biasa pergi pasar malam TTDI, dekat situlah areanya. Spa Artiyana pun ada kat Facebook. Kalau interested, check them out!!!

-Standby Mode ON-

Dulu aku selalu "tegur" mak aku kalau dia pakai handbag besar. Kalau korang tengok dalam bag dia tu, aku rasa lesung batu je takde kut. Yang lain-lain semua dia angkut, ketip kuku, gunting, ubat-ubat, emas berlian dia, buku bank, semua lengkap.

Aku selalu jugak cakap ngan mak aku,
Me : Mak, kenapa bawak banyak-banyak nih? Kang rebeh bahu tu kang..
Mak : Tuhla, ko tak tau, kang kalau nak guna dah ada, kene la selalu standby
Me : Takdenya sambil berjalan nak guna ketip kuku tu mak, kat umah pun boleh ketip..
Mak : Jangan cakap..masin mulut mak kang, kejap lagik sure ko mintak ketip kuku..

Memang masin mulut mak aku, sebab tu dia ada hypertension. Heh...takla, memang betul pun, selang 15 minit lepas tu aku mintak ketip kuku kat dia sebab kuku aku terkoyak.

Bila dah selalu aku didendangkan dengan perkataan be prepared nih, akhirnya aku pun dah terbiasa. Kalau nak outstation, memang ubat-ubat penuh beg, especially yang kat bawah nih..
-Wajib ada, pil chi kit, salonpas, panadol actifast, minyak yuyee ngan bonjela-

Pernah sekali aku outstation memang tak sempat nak bawak ubat-ubat, pastu sampai kat airport stok pun tak beli. Nak dijadikan cite, dekat hotel aku punyala pening kepala, terpaksa mintak housekeeping panadol. Tapi yang hangin tu, nama je 5 star hotel, aku mintak tolong belikan panadol, ko nak charge 15% tax pun charge la sebab aku tak tahan, dia boleh cakap apa,
"I'm sorry miss, we dont have panadol here...". Hampeh, aku ingat duduk hotel semua ada!!!

So, masa raya hari tu, aku pun stokkanla semua ubat-ubat nih sampai encik suami pun moskil, banyak sangat ubat. Anyway, tak sesia aku hangkut semua ubat nih sebab sampai kat umah encik suami, berguna jugak bonjela aku tu, and pil chi kit tu memang setiap tahun berjasa kat aku....

Thank you mak, sebab train anak mak yang sorang nih sentiasa standy mode ON.....

-Fibroid Plak-

Aku dah explain on previous entry, reason aku ambil USANA is because doctor suspect aku ada cyst masa buat scanning. Tapi based on blood test, katanya clear of any tumour mark, but disebabkan aku dah booked kat Radiology Department to do ultrasound yang lagi complete, so, aku pun pegila 29 aribulan aritu.

Nasib baik la tak tunggu lama..why? sebab kalau nak buat utrasound bahagian perut for women, kena bagi bladder penuh and kena tahan kencing. Aku memula ok, bila dah tak tahan inform la kat atendan situ. Punya lah lambat, so aku dah terkencing baru panggil nama, kena la isi balik bladder (kembong aku ok?)

Anyway, dulu scan biasa, nampak cyst je..now dah nampak fibroid plak. So, aku tanya la jugak does this mean aku kena go through operation nak buang fibroid tu, tapi the officer kata tak yah and the best part is dia kata insyaallah boleh pregnant lagi.

Cuma aku musykil, aku nih takde masalah with "bendera merah" aku. Kehadirannya memanglah tidak selesa, tetapi tidak mengganggu dan takde plak senggugut yang nak tergolek bawah pokok ketapang tu. But sometimes (I think selalu jugak) aku rasa macam lower part of my abdomen tu penuh selalu and asyik nak terkucil je rasanya.

Biasa lah aku nih, sebab skang nih senang nak surf internet, (sebab saya dah potong, of course!!! -bagi yang blur, sila tengok iklan P1 WIMAX..) maka telah mencari info pasal fibroid. Telah jumpa dua site yang interesting, here and here. Maklumat yang diberikan memang sangat memuaskan, secara amnya fibroid adalah benign, tidak perlu dibuang kecuali berbahaya. And turned out yang aku rasa penuh je kat lower abdomen and also rasa nak terkucil aje tu is because of fibroid nih. Kiranya aku miscarriage hari tu mungkin sebagai petunjuk supaya aku tau yang aku ada fibroid and cyst. Yerla, kalau tak gugur, sure tak buat scan yang cenggini, so end up tak tahu ada fibroid and cyst, kan?

Apa-apa pun, aku ada appointment wih gynaecologist to discuss on this. Tengoklah apa plak yang dia advice nanti..

-Sugar Level Turun? That's Good News!!!-

Bagi orang-orang lama (ehem) yang ada diabetes, berita gembira bagi diaorang bila jumpa doktor adalah sugar level turun masa buat check up. Selalunya ramai yang akan puasa sunat dan berpantang sebelum nak jumpa doktor, especially 2 hari sebelum. Dan selepas jumpa doktor, diaorang masih berpantang jugak, tapi kali nih "pantang jumpa", teh tarik pun dibedalnya!!

Macam tu jugak ngan ayah aku. Sebelum ni, sugar levelnya memang la memanjang belas-belas je, yerla, makan tak berpantang, eksesais tak buat, macam mana? Lepas tu memang dah try macam-macam supplement, dari Luxor, Alpha Lipid, sampailah ubat style kampung nih, misai kucing la, jarum emas la, tah apa-apa lagi tapi keputusannya tetap belas jugak.

So, bila aku tengok testimonial Lady Imran yang ramai customer puas hati sebab sugar level akan turun, aku pun suruh la ayah try. Eh, bukan try kosong ye, aku la kene belikan, ala, invest 1st time, lepas tu kenela tuntut bayaran balik dari ayah. Eheh.

Good news?? Ayah aku check sugar level yesterday, turun 3.6!!! Padahal baru makan seminggu lebih. Now he's excited, sudah eksesais pagi petang dan skip makan malam.

Ayah aku akan ada appointment doktor bulan disember nanti. Kalau doktor pun puas hati, barulah terbukti USANA nih memang berkesan!

Tumpang lalu - bagi yang nak tau apa nih USANA, feel free to email me.. thank you!!