Dah dekat dua tahun tak masuk blog, rupanya interface semua sudah berubah. Susah makcik nak hapdet tau!! (excuses kalau ai termenyelam lagi dua tahun. Tapi ada orang kesah ke?Hewhewhew)
Ok, intro tidak mencerminkan tajuk. Sila kembali ke dunia yang nyata ye Aida.
Pada aku, as a woman, kenapa kita nak kena sacrifice health kita, konon-konon pantang tu melecehkan? Trust me, aku dah merasa lemah, lemau, letihnya badan tak berpantang masa miscarriage aritu so aku dah insaf.
Aku bernasib baik my confinement lady (CL) boleh dikatakan di pertengahan, moden pun tak, tradisional pun tak. Kira banyak aku dan mak aku belajar petua dan cara baru berpantang with her. Yang buat aku yakin dengan dia adalah sebelum ni dia pun berkerjaya jugak tapi sebab minat dia, maka dia pursue her dream as CL and she pergi tuntut ilmu sehingga ke Jepun sana hokeh!!
Aku tempah CL ni for 2 weeks, which aku rasa berbaloi. Kalau ada duit lebih, memang aku nak amik dia sebulan, tapi apakan daya..huhuhu. Service dia macam biasa la, mandikan kita, urut, tungku, bengkung, mandikan baby kita, tungku baby kita dan nasihat untuk menjaga kecantikan luar dan dalam. Petua dia paling best dia bagi adalah Jus Pegaga dan Air Rebusan Manjakani, Sirih ngan Asam Keping. Tu masuk entry lain ye.. (kes nak banyakkan entry. Hahahaha!!!). Dia pun boleh dirunding untuk masak food for kita yang tengah berpantang ni.
Oh, nama CL aku adalah Kak Maz. Sesapa yang nak contact no dia, bolehlah mengemail ai ye. (kalau nombor dia x bertukar..) Cuma satu peringatan, skang ni almost semua orang nak pakai CL, jadi please book as early as pregnancy korang masuk bulan ke-4. I did that.
No comments:
Post a Comment