His Majesty's Trolley

Aku ni ada sifat pelik aku yang bagi sesetengah orang agak mengada-ngada. Iaitu aku kalau nak start buat satu-satu benda, mesti dah complete baru aku akan teruskan.

Contohnya masa aku nak start buat stock expressed breastmilk untuk Encik Anak. Aku kena make sure aku dah beli semua peralatan (walaupun tak penting) macam sterilizer, warmer, rak pengering, tempat khas nak cuci botol, label, storage plastic, macam-macam lagila, dah complete..BARULAH aku rasa selamat untuk aku buat stok susu.

Same goes masa aku nak masak untuk Encik Anak. Aku kena ada semua benda, baru aku raa selamat untuk masak dan untuk memudahkan aku jugak, semua aku longgok kat satu tempat, aku letak dalam trolley yang aku panggil His Majesty's Trolley.

His Majesty's Trolley
Bagi aku lebih mudah macam ni, semua ada. Plastic container nak simpan food dia, makanan kering untuk dia (plus all types of pasta, raisins, dates, figs), cookie cutter, apple cutter..semua adalah! Tu yang Encik Suami kata aku mengengada tu!!!

Oh ye. Encik Anak pun ada periuk, senduk sudip, pisau, papan pemotong sendiri ye. Aku tak campur dengan kegunaan harian punya.

BTW, His Majesty tu refer pada Encik Anak.




Hand, Foot, Mouth Disease

Dulu selalu dengar pasal HFM (Hand, Foot, Mouth Disease). Awal-awal masa tau pasal epidermic ni, memang mengerikan la ye tak? Ramai budak maut sebab lambat di bawa ke hospital.  

Sekali tu tengok-tengok Encik Anak plak kena. Ish.


Ni masa aku baru dapat detect dia kena. Bintat-bintat tu belum naik banyak lagi.

Ni masa dah 3-4 hari dah, makin teruk especially kat area tangan, kaki dan mulut. Pasal tu la nama dia penyakit kaki, tangan dan mulut. Duh..


Encik Anak kena tak lama. Dia start demam ari Sabtu. Meragam ya amat, makan tak nak, menyusu je nak. Tidur sekejap terjaga-terjaga. Nak berdukung je. Aku notice ada bintat satu kat tangan dia. Ingatkan kena gigit semut.

Esoknya masih demam, masih meragam tapi bila tengah hari, aku notice bintat makin banyak, ada jugak kat tapak kaki dan tapak tangan. Aku tanya kat best friend aku yang dah ada anak 4 orang, "is it measles or chicken pox?" Dia kata most probably HFM, pegi bawak ke hospital cepat!!! So, aku pun terus la ke PPUM. Nak dijadikan cite, paediatric on call aritu adalah ex-classmate aku. Heheh. 

Encik Anak demam 4 hari sahaja. Meragam teruk pun 4 hari sahaja. Walaupun selera makan xde, tapi dia masih nak menyusu, alhamdulillah. By hari ke 5, dia dah ada selera makan balik.

All in all, HFM ni takdelah mengerikan sangat. Kalau dapat detect awal and pastikan anak amik lots of fluid, in shaa Allah, cepatlah dia recover. Yang awal-awal dulu, ramai budak mati kemungkinan besar sebabnya lambat detect, thus budak tu dah dehydrate dah.

 Sedikit info pasal HFM ni:
1.  Simptom dia adalah demam panas, anak refused to eat/menyusu and tetiba naik bintat-bintat kat area tangan, kaki dan mulut (macam ulcer). So please ibu-ibu, bapak-bapak, kalau ana meragam demam and takmau makan, check kalau timbul bintat-bintat ni.

2. HFM takde ubat. Kita cuma kena monital oral intake anak-anak. Kena pastikan dia minum banyak fluid. Budak-budak yang kena warded tu adalah sebab dah dehydrate teruk dan kena monitor water intake dia. Alhamdulillah, Encik Anak tak payah warded sebab aku dapat detect dalam masa sehari je.

3. HFM ni adalah disebabkan virus yang senang merebak through udara, air ngan sentuhan. Please quarantine anak kalau kena dan jaga kebersihan semasa menjaga anak kena HFM.

Entry Luahan Perasaan Kenapa Orang Tak Suka Nak Search Kat Group KIM

Nota : Entry ini adalah lebih kepada luahan hati aku, tidak ditujukan kepada sesiapa.

Hobi aku adalah membaca, without any doubt lagi. Tanyalah mana-mana orang yang rapat dengan aku.  Dalam apa situasi pun, aku akan pastikan reading materials sentiasa dengan aku, whether buku, magazines or newspapers.  Sadly, bila aku dah menjadi seorang ibu, aku kena kurangkan (read lupakan!!) hobi aku ni for a while sebab masa tak mengizinkan. In shaa Allah kalau encik anak dah besar sikit, aku continue hobi aku ni.

Why aku cerita pasal hobi aku? Sebabnya aku rasa Gen Y kita sekarang terlalu dispoonfeed dan malas membaca or mencari maklumat, walaupun sema information dah ada di hujung jari diaorang. Just search, tanya pakcik google and wallah!!! Dapatla jawapannya.  

Aku ambil contoh. DI fb aku join group untuk breastfeeding mom. Kat situ memang ada bermacam-macam maklumat, tips, penerangan...hish, bak kata kalau kau nak cari apa-apa maklumat pasal breastfeeding, semua adalah!! Kalau nak cari tu cuma perlu pergi ke search button and macam-macam jawapan related akan keluar.  But this youngster, instead of using that search button, cukuplah suka bertanyakan repeated question kat wall sampai selang satu minit, akan ada soalan yang sama.

Aku paham...kau adalah ibu muda yang baru dapat anak seorang dan niat anda murni, untuk menyusukan anak. Aku pun anak seorang baru. Beza aku dan engkau, aku lebih suka search dan dapatkan jawapan dari post kat wall pastu tunggu orang jawab. Kalau orang tak jawab, mulalah meroyan!

Ok, dah lepas geram. Silalah teruskan membaca blog ini di minggu-minggu hadapan untuk cerita yang lebih menarik ye.. sekian.