Dulu selalu dengar pasal HFM (Hand, Foot, Mouth Disease). Awal-awal masa tau pasal epidermic ni, memang mengerikan la ye tak? Ramai budak maut sebab lambat di bawa ke hospital.
Sekali tu tengok-tengok Encik Anak plak kena. Ish.
Ni masa aku baru dapat detect dia kena. Bintat-bintat tu belum naik banyak lagi.
Ni masa dah 3-4 hari dah, makin teruk especially kat area tangan, kaki dan mulut. Pasal tu la nama dia penyakit kaki, tangan dan mulut. Duh.. |
Encik Anak kena tak lama. Dia start demam ari Sabtu. Meragam ya amat, makan tak nak, menyusu je nak. Tidur sekejap terjaga-terjaga. Nak berdukung je. Aku notice ada bintat satu kat tangan dia. Ingatkan kena gigit semut.
Esoknya masih demam, masih meragam tapi bila tengah hari, aku notice bintat makin banyak, ada jugak kat tapak kaki dan tapak tangan. Aku tanya kat best friend aku yang dah ada anak 4 orang, "is it measles or chicken pox?" Dia kata most probably HFM, pegi bawak ke hospital cepat!!! So, aku pun terus la ke PPUM. Nak dijadikan cite, paediatric on call aritu adalah ex-classmate aku. Heheh.
Encik Anak demam 4 hari sahaja. Meragam teruk pun 4 hari sahaja. Walaupun selera makan xde, tapi dia masih nak menyusu, alhamdulillah. By hari ke 5, dia dah ada selera makan balik.
All in all, HFM ni takdelah mengerikan sangat. Kalau dapat detect awal and pastikan anak amik lots of fluid, in shaa Allah, cepatlah dia recover. Yang awal-awal dulu, ramai budak mati kemungkinan besar sebabnya lambat detect, thus budak tu dah dehydrate dah.
1. Simptom dia adalah demam panas, anak refused to eat/menyusu and tetiba naik bintat-bintat kat area tangan, kaki dan mulut (macam ulcer). So please ibu-ibu, bapak-bapak, kalau ana meragam demam and takmau makan, check kalau timbul bintat-bintat ni.
2. HFM takde ubat. Kita cuma kena monital oral intake anak-anak. Kena pastikan dia minum banyak fluid. Budak-budak yang kena warded tu adalah sebab dah dehydrate teruk dan kena monitor water intake dia. Alhamdulillah, Encik Anak tak payah warded sebab aku dapat detect dalam masa sehari je.
3. HFM ni adalah disebabkan virus yang senang merebak through udara, air ngan sentuhan. Please quarantine anak kalau kena dan jaga kebersihan semasa menjaga anak kena HFM.
No comments:
Post a Comment