-Cherating Trip - Makan mesti nombor satu!-

Kalau pergi holiday trip, takde gambar food yang menarik kat lokasi tu tak sah. Kat Cherating ni ada beberapa prominet food places yang selera dia serasi ngan aku and family aku.



Kedai : Kedai Kopi Hai Peng
Lokasi : Dekat Town Kemaman, dekat ngan pasaraya apatah lupa nama
Specialty : Konon-kononnya the first kopitiam kat Malaysia ni. Tapi classic kopi O ngan roti bakar dia memang power!!!


Kedai : Nasi Briyani style India
Lokasi : Dekat town Kemaman jugak
Specialty : Rasa nasi briyani dia memang different from yang Batu Pahat punya. Ini lebih rempah. Sedikit pedas.


Kedai : Aziz Satar ke apa tah (sebelah kedai keropok Wawasan Jaya)
Lokasi : Belakang Masjid Geliga, Kemaman
Specialty : Biasala, sini Satar ngan Kopok Lekor ngan Otak-otak la number one.

-Cherating Trip - Jalan-jalan Kat Pantai-

Encik suami I nih pantang nampak air. Mesti nak mandi punya, tak kira la air laut ke, pool ke, sungai ke. Yang aku nih, semenjak dah bertambah matang ehem malas la nak mandi laut ni. Lekit satu, nak kena hangkut segala barang-barang lagi. Jadi, jalan-jalan kat pantai jelah. Tapi hajat encik suami nak mandi laut tercapai jugak, dia pergi sendiri.

So, sambil berjalan di pantai, sambil try teknik mengambil gambar. Sebab takde DSLR, pakai Olympus Digicam pun ok la...

::tumbuhan hutan. Kalau tanam kat umah nih sure cantik::
::masa jalan-jalan kat pantai, aku nampak kayu nih menceracak. So try la teknik ambik gambar close up::
::nih plak teknik ambik gambar close up tapi camera diletakkan di bawah. Boleh tahan..::

::teknik encik suami ambik gambar sendiri. Aku saja nyorok belakang. Nampak kurus sikit. heheh::

::nih teknik ambik gambar shot atas, kasi nampak kurus. HARUS!!! ::

Teruknya eyebag aku!!!! Balik pj je terus aku sambar garnier roll on eye apa tah, nak kasik kurang sikit eyebag tu, not sure working or not.

-Cherating Trip - First Day-

Aku pun tak tau la kenapa kali ni nak pegi Cherating aku excited lebih, padahal dah pernah pergi Cherating pun dulu. And actually Cherating takde apa pun, laut dia pun tak cantik, tapi pegi sini ada rasa macam Bali la agaknya sebab ramai surfer wanabe suka lepak kat sini.

Anyway, entry akan diselang-selikan dengan gambar.


::On the way. Seperti biasa kalau aku yg snap gambar sendiri, haruslah senget kan?::

::Wohooo, Cherating 750m lagi!!! sebenarnya dari simpang nih jauh lagi ok!!::


::Dah sampai yeay!! Tapi wet weather, cuaca mendung je::


::Nihla tempat menginap kitaorang. Kalau korang nak bajet, dudukla guest house ni. Bilik bersih, cuma toilet ala-ala asrama, sharing kat luar tapi pun still tip top condition. Location? Kat Kg Cherating, dekat dengan beach::


::Tengokla tu, ecited nak pegi makan kedai kopi Hai Peng. Dari jauh amik gambar ni. Sekali tu, tutup sebab hari Jumaat. Ciss!!::

::Melentiknya bulu mata I::

Aku ni suka mencuba benda baru. Minat tak minat belakang kira, yang penting kena cuba dulu, dah cuba kalau tak minat tak yah la continue kan?

Bila aku tengok ramai orang asyik pakai bulu mata palsu, aku pun nak try la. Sebab kalau pakai maskara nak clean dia kena thoroughly, kan? Jadi telah membeli la bulu mata palsu MAC dan terus cuba kat rumah. Jenuh I cuba you, tak jadi-jadi, hangin aku satu badan. So aku biarkan jerla dalam drawer, sehingga satu hari aku takde kerja kat opis dan telah mensearch di youtube pasal nak pakai bulu mata palsu nih.

Maka telah berjumpa seorang yang gorgeous di sini, and cara dia pakai tu senang bangat. Balik rumah, excited nak try tu...nak buat surprise untuk encik suami balik dan di bawah ini adalah hasilnya..


::errr...aku pun takut tengok, melentik terlebih!!::

::tadaaa!!! memang darah jawa, sepet habis..::

Ok aku tau, aku pakai tu tak perfect, ada la nampak crooked-crooked sikit. Bukan setakat crooked, memang nampak double bulu mata!! Sebab tu tak berani nak pakai kat luar, pakai kat rumah je dulu. Ni macam kena prektis sampai lenguh tangan nak kasi perfect pakai ni.

-Pening Tak Boleh Tahan, Adehhh-

Last day of 2009, aku saja ambik cuti. Habiskan peruntukan cuti dan konon-kononnya nak settlekan personal things, pegi bank bukak accountla, kemas bilik and rumah la, update blog la...tapi as usual, itu semua angan-angan. Makan tengah hari ngan mak ayah pun dah pukul 3 petang, nak ke bank apanya dah cenggitu, kan?

Note : bila aku cuti, aku memang malas nak drive and akan mengharapkan belas ihsan encik suami/Pak Manap untuk drive ke mana-mana. Tapi hari tu encik suami tak cuti. Pak Manap plak dah bikin hal sendiri, so KIV la nak bukak akaun bank.

Plan ngan encik suami plak, nak ke Cherating aritu jugak. Bertolak dalam pukul 9 malam cenggitu la. Masa keluar ngan mak ayah tu memang aku dah rasa pening, tapi aku tak ambik panadol sebab takut di dalam perut ada isi..ehemm..so, tahan ajerla. Aku siap ambik pesanan encik suami lagi nak masak apa malam tu, sempat dipesannya masak ayam masak merah. Masa shopping barang2 masak kat Carrefour Mid Valley tu aku still tahan lagi tapi by the time sampai rumah (pukul 6 petang masa tu) memang aku tak tahan, baring terus tidur.

Selalunya pening kepala aku ni, lepas baring and tidur dalam sejam dua dia ok. Yang ni, bila aku terjaga memula ok, tapi lepas tu terus sakit bertambah teruk. Aku tak tahan, terus ambik panadol actifast, bukannya makin elok, makin teruk! By the time encik suami sampai rumah, kondisi aku memang dah worse. Aku bukan setakat pening kepala, rasa badan seram sejuk, peluh sejuk mencurah-curah keluar. Muntah plak adalah dekat 3 kali. Aku kena breath guna mulut, and terus lie down kejung aje, tak pusing-pusing sebab kalau pusing, lagi pening. Adalah dekat 3 jam aku macam tu. Yang aku sedar, encik suami tanya nak makan apa sebab dia nak tapau lepas tu dia ambik temperature aku.

Sedar-sedar je dah pukul 10 malam, baru rasa ok sikit. Badan still lemah tapi dah tak pening. Terus encik suami tarik paksa aku gi klinik. Doktor diagnose, maybe perut aku masuk angin, luckily tak demam and blood pressure normal. Kalau tidak, plan nak ke Cherating pun cancelled. And nope, aku tak pregnant. *Sedeh*

Anyway, masa ni barulah terasa kalau betul-betul pregnant camane la aku nak buat kalau everyday sakit macam ni. Aku nih dah la jenis makan ubat punya orang. Sakit sikit memang aku carik panadol, aku bukan macam sesetengah orang boleh tahan sakit takmo makan pain killer konon-kononnya.

Hopefully kalau aku dah pregnant, aku jarang kena sakit-sakit camni. Insyaallah.

-Sherlock Holmes vs Tidur, Tidur Menang!!!-

Korang ingat tak zaman belajar dulu, tak kira lah UPSR ke, PMR ke, SPM ke, STPM ke, diploma ke, degree ke...kalau nak stay up mesti ambik kopi O bergelen-gelen. Kalau tak pun minum nescafe bergelas-gelas. Konon tahan mengantuk. Berjaya tak?

Personally, bagi aku tektik tu amatlah tak menjadinya! Kalau aku ngantuk, minumla kopi O satu kole, nescafe tarik 6 gelas, mesti tidur jugak. Tapi kalau tak mengantuk, minumla susu panas sampai kembung, memang tak tidur jugak jawabnya!!!

Pernah ada satu ketika masa aku ngan encik suami tengah gila bergayut telefon, aku dah ngantuk ya amat ni, tapi tak nak letak tepon lagi (gedik la sangat kan??) sampai aku dah terdoze off sambil gagang tepon kat telinga. Yang aku tersedar bila encik suami tanya aku, "apa yang kasut ainol* tu??". Rupanya aku dah terlelap dan termimpi something related ngan kasut ainol sampai terkeluar perkataan tu kat encik suami. Sampai skang ni dia akan ungkit perkara tu. Huh.

Anyway, aku nak cerita on 30th december aritu aku bermovie-date dengan encik suami. Since both of us tak minat Avatar (tak boleh terimalah cerita orang biru nih...), so end up kitaorang pilih Sherlock Holmes la. Show paling lewat is 11.45pm. Aku bagitau encik suami, lewat tu, dia kerja 31st nanti, kesian la kat dia. Yang aku nih tak kerja, takpela kan..but he said no problem, so Sherlock Holmes lah kami pada 30 aribulan tu.

Masa dinner, memang saja amik nescafe tarik, buat penebat ngantuk kononnya. Memang tak jalan la. Aku rasa aku tengok citer nih, 2/4 aje lepas tu aku dah tidur betul. Bukan setakat tidur-tidur ayam. Tersedar balik bila orang jahat Blackwood tu dah nak mati tergantung sendiri kat jambatan tu. Bangun-bangun je bising tanya encik suami apa berlaku. Nasib baiklah tahap kesabaran encik suami memang tinggi, dia jawablah jugak soalan aku padahal dalam hati agaknya dia cakap, "huh, rugi RM8.00 aku bawak dia tengok movie, tertidur plak dia.."

So, entry kali nih bukanlah pasal citer Sherlock Holmes ye, tapi pasal aku nih yang tak tahan mengantuk. Siapa lagi ada petua camana nak tahan mengantuk??
*Ainol tu geng aku semasa di UUM. Aku pun tak sure pesal nama dia pulak yang aku tersebut masa tu.

-First Entry Dah Kena Quick Update-

First entry for 2010..wooohhhooooooo!!!!

So far life has been good to me, to encik suami and to my family. Insya-Allah berterusan la hendaknya sehingga bila-bila. Aku mulakan entry tahun 2010 ni dengan quick update yang akan diupdate dengan panjang lebarnya dalam entry-entry berikutnya..

1. Cherating and it's surrounding....
Manage to have a short and memorable honeymoon on 1st-3rd January 2010. Getaway kali ni adalah pantai Cherating. I know, I know, korang akan cakap, "Apa ada kat Cherating?", tapi sebenarnya getaway kali ni sambil menyelam minum air. Sambil honeymoon, sambil nak jumpa bestfriend encik suami yang ada guesthouse kat sana.

2. New online business for me
After discussing with encik suami (my piggy bank) and also setelah buat sedikit research, aku decide to do another online business. Okla, yang sellnletgo tu tak boleh dikira online business la. Tu kira aku cuma jual je buku aku yang dah berhabuk ni. Yang online business ni kira better sikitla dari kedai buku aku tu. Heh..

So, nak continue kerja balik. Azam tahun baru la nih, kerja mesti kuat...heh