Mulai minggu depan, confirmla aku dan encik suami tinggal berdua aje di rumah yang mempunyai empat bilik dan dua bilik air tu. Sebabnya, tuan haji Manap dan puan hajah Siti Fatimah dah mengambil kata putus untuk mengangkut barang-barangnya (kecuali yang diaorang dah taknak) untuk dibawa ke rumah baru di Melaka. Congratulations ayah!!! Walaupun dah pencen, masih tetap merasa rumah baru ek? :)
Dengan confirmnya ayah ngan mak berpindah ke rumah baru, maka confirmlah jugak pencarian aku bermula. Nope...bukanlah pencarian perabot or household items yang lain sebab itu tak berapa penting, ini pencarian baju seksi untuk tinggal berdua dengan encik suami nanti....hiiiiiiii. Sebelum ni, pakaian rasmi aku di rumah sebaik sahaja bangun tidur sehingga nak tidur adalah baju kelawar. Hahahahahah...kelakar tak? Yerla, aku rimas la nak pakai t-shirt ngan seluar or kain batik. Pakai baju kelawar je lagi senang, sarung sekali, abih cite.
Yerla, cuba korang imagine *sila letak jari telunjuk di dahi dan buat muka berkerut sekarang...* Semenjak dari aku ngan encik suami memula kahwin, memang dah sah-sah duduk ngan parents aku sementara nak tunggu rumah Melaka siap, maka bila masanya nak berpakaian ala-ala sexy summer dress di hadapan encik suami? Tak kosa aku setakat pakai dalam bilik, bila nak kuar tengok tv ke nak gi toilet ke, kena tukar...dahla sememangnya sepanjang-panjang aku tinggal dengan mak ayah aku, short pun tak pernah pakai...anak yang alim katakan.. heeeee
Jadinya, aku telah bercadang nak beli baju ala-ala summer dress untuk lepak-lepak kat rumah nanti. In case tengah lepak-lepak, encik suami ajak keluar, aku sarung je legging/jeans ngan cardigan, dah selesai.
pic courtesy of Cheap-Summer-Dresses
Santeeekkknyaaa!!! Boleh aku pakai ngan earrings labuh yang aku dah siap-siap beli tapi tak tau bila tahun nak pakai. Now tak sabar plak nak tunggu hari tinggal berdua je ngan encik suami.. Ngeeeee.....
Oh ya....baju kelawar, sekarang anda boleh duduk dendiam di dalam gerobok sehingga tiba waktu saya nak tidur..
2 comments:
oh kakak, lingerie tak nak hapdet, heheh?
untung saya duduk umah sengsorang. dari dulu bleh pakai baju summer, spring, autumn yg cantik2 :)
anyway, LENO collection not bad. harga dia pon bleh tahan even yg ada lace. give a peek!
adik..lingerie hapdet lite2 je, sbb nanti macam pakai sekejap saja gamaknya *hiiiiii*
eh, i still remember the sexy lingerie u wore masa kita tidur kat putra hotel ke apa tah kat perlis...nice ok!!!!
leno? will have o take a peek jugak nanti tu... :)
Post a Comment