Dulu masa aku kekecik as in masa aku primary school, kerap jugak la mak bawak balik tupperware yang dia beli dari kawan opis dia. Masa tu tak banyak lagi MLM, so kira tupperware tu "in thing" la masa tu. Tapi yag tensionnya, mak aku beli je, pakainya idak. Bawak bekal masih lagi kena pakai tipuware..huh!!
Lepas tu, bila dah kerja ni, ada la jugak aku tengok orang bukak booth jual tupperware, tapi aku memang tak teringin pun nak beli. Yerla, aku pun dah terikut-ikut mak aku, "pakai tipuware je, senang, boleh pakai buang lagi."
Tapi entah macam mana, dalam tak hingin nak beli tu, aku dah terbrowse thru website tupperware and my god!!! Bila dah tengok tu, terus jatuh centa dengan tupperware!!! Satu yang memang tupperware boleh proud of is design dia yang memang menjimatkan space. Bukanlah aku kata yang lain-lain tak boleh, tapi berbanding dengan tupperware, kebolehpercayaan dia tu lebih sikit.
Lagi-lagi pulak bila dapat beli tupperware ni dengan harga dealer..lagila aku bertambah jatuh centa dengan tupperware!!! Hai, nampaknya aku pun dah kena la join kelab penchenta tupperware lepas ni... heh!!
Tengokla tu, buy 8 free 8...dah tak payah penuh fridge dengan bekas plastik yang boleh membahayakan kesihatan tu lagi
Waaahhh..bekas bawang pun ada!!!!! takpe..takpe..aku amik rice dispenser dulu, lain tawon baru amik bekas bawang...heheheh
2 comments:
Aku pun hantu tupperware gak. Husband aku cakap "kalau takpakai tupperware basi/buruk ke makanan?"
Aku jawab "duit I.. ikut I la" (huh! kalau la boleh jawab camtu haha)
Aku suka sebab nampak uniformed dan bekas tu tak tinggalkan bau. Cantik je tersusun dlm pantry kan..
p/s : bekas bawang aku dah beli ngeeee
jeles..jeles...tuhla angah..org lain dah bersusun tupperware, aku baru nak collect.. :p
dah try beli ikea punya, tak bape ngam laa...
Post a Comment