Taman Herba Part One

1Selepas sahaja emak dan ayah selamat memindahkan diri ke Melaka, aku dengan encik suami memang berazam untuk mewujudkan taman herba kami sendiri. Almaklumla, sebelum ni pokok bunga mak memang la ada, tapi aku rasa poko tu pun hidup segan mati tak mau!! Yang penuh pasu bukan pokok bunga, tapi rumput rampai.

Memula tu, encik suami memang dah start menanam herba yang senang-senang. Now dah ada serai (wajib tu) dan daun pandan (pun wajib kedua). Dalam list, nak tanam daun kari, daun limau purut, daun pegaga, daun kesum dan lain-lain herba yang senang.

Aktiviti menanam herba dapat diteruskan masa menyinggah ke Pesta Floria aritu. Heh, orang lain sibuk memborong pokok bunga, aku ngan encik suami sibuk mencari tanaman herba yang susah nak didapat. Rupanya dalam banyak-banyak gerai tu, hanya ada satu gerai je yang kitaorang perasan menjual tanaman herba, jadi kitaorang pun borong pokok kesum, pokok limau purut dengan pokok tutup bumi. Lepas tu sempat memborong dua lagi pokok yang cantik, tapi tak tau nama pokok-pokok tu..

Pokok Limau Purut

Daun Kesum (siapla, hari-hari boleh masak asam pedas..)

Daun tutup bumi (elok untuk mengecutkan rahim lepas bersalin/gugur)

Pokok bunga 1 (tak tau nama)

Pokok bunga 2 (pun tak tau nama)

Pokok bunga 2 tu actually kaler dia lagi rich dari ni, macam dark purple yang oh so beautiful!! Sebab aku amik gambar ni malam, so kaler dia ada sikit lari. Anyway, pokok ni banyak kat Putrajaya (on the way to Taman Warisan from roundabout besar tu, digantungkan di tiang lampu jalan).

Menu Sahur dan Berbuka 1 Ramadhan

Bulan Ramadhan yang dulu-dulu, aku suka baca blog orang yang bercerita pasal menu bersahur atau berbuka dia. Bukan apa, kengkadang kepala dah buntu nak masak/beli apa. Bila tengok menu orang, barulah teringin nak makan masakan yang sama, jadi takyah la susah payah nak fikir lagi.

Untuk sahur 1 Ramadhan, menu aku simple je :-
1. Ayam Masak Lemak (kentang mesti banyak)
2. Kobis Goreng diselangselikan dengan Lobak Merah

Lauk lemak tu aku dah masak awal, before tidur. Nasi pun camtu, aku masak awal, biarkan dia keep warm je. Esok pagi, kol 4.30pagi bangun, cuma masak sayur and kejut encik suami. Kol 4.45pagi, semua dah siap. Encik suami plak dah bagitau, sahur dia tak gemar minum air panas yang manis, nak air suam je. Lagi senang kerja aku.

Ini personal view aku, ada jugak orang bagitau aku, dah tinggal berdua tu, takyah bangun sahurla. Makan je kol 12 tengah malam tu, boleh sambung tidur. Aku plak memang dah dididik oleh mak ayah, mesti bangun sahur. Masa kat U je, liat sikit, takde orang kejutkan. Heheheh

Anyway, 1st day berjalan lancar. Hopefully hari-hari lain macam tu jugak. Insyaallah.

Okay, tambahan entry. Untuk memudahkan, aku cantum menu sahur and buka and fadhilat tarawih ikut hari, orait (macam ada orang kisah!!!!)

Jalan punyalah jam balik semalam!!! Ingatkan nak masak, tadi apa cara nak masak kalau kol 6.30petang baru kuar dari Putrajaya?? Nasib baik encik suami sampai awal, so dia sesiap beli lauk ngan nasi untuk buka (ye, sebab dia malas masak nasi...). Aku sampai rumah, kol 7.00 petang tengok semua dah siap terhidang...hiiii, sayang sama encik suami.. :D

Menu berbuka :
1. Kuih bengkang, agar-agar milo, agar-agar santan
2. Rendang ayam
3. Kari daging
4. Lauk lemak ayam sahur

Fadhilat Tarawih
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah, dapat jugak aku merasa Ramadhan tahun ni lagi.. and seperti biasa la, azam tetiap tahun, adalah nak make sure tahun ni aku berpuasa mengikut tertib sebenar, bukan setakat menahan lapar dan dahaga je. Insya-Allah, kali ni boleh.

Ramadhan tahun ni jugak barulah aku merasa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Yerla, walaupun ni Ramadhan yang kedua ngan encik suami, tapi last year mak ayah masih ada kat rumah (dalam erti kata lain, bolehlah mengelat-ngelat masak iftar and masak sahur..). Kali ni dah tinggal berdua je, haruslah aku yang memikirkan menu sebulan. Nasib baikla encik suami tak banyak ragam, yang penting lauk untuk bersahur mesti berkuah.

Dan sedihnya, ini jugak kali kedua yang aku ingatkan aku dapat berpuasa penuh kerana mengandung, tapi disebabkan takde rezeki, dua-dua kandungan aku tak jadi.

Takpelah, Allah Maha Esa, moga berkat Ramadhan tahun ini, rezeki aku bertambah bukan setakat kewangan, malah kalau boleh rezeki anak-anak, kasih-sayang encik suami, kasih-sayang keluarga dan kawan-kawan pun bertambah.

Oh, untuk anda semua, selamat berpuasa!!!!

Nota Kaki Tambahan:
Nak letak la fadhilat solat tarawih for every day, nanti boleh jadi ingatan...so, here goes..
Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Entry ni untuk kamu Ap Bujan!!!

Sebaik sahaja saya mengupdatekan blog saya dengan entry ni, sahabat seperjuangan saya yang sekarang ada di Holland telah me"yM" saya, bercerita mengenai entry saya yang itu. Kiranya dia taklah 100% silent reader, bila diperlukan, dia akan mensurfacekan dirinya..

Apa-apapun, saya memang tak sangka bila dia mengoffer untuk membelikan saya sleepwear sebagai ole-ole merangkap wedding gift katanya. Alahai, tak sangka saya, sahabat saya ni sanggup menghadiahkan sesuatu yang berharga buat saya.

bungkusan yang ditunggu-tunggu telah tiba.. :D

jauh perjalanan bungkusan ni, aku pun tak sampai lagi...

dear, kalau you post card ni je pun, i dah boleh tersengeh lebar...


my...i HEART the colour and the sleepwear..salute you laaa

Apa-apapun, memang sleepwear hadiahnya itu memang sangat comfy. And encik suami pun bertambah sayang..heh, need I elaborate more??

To Ap Bujan (aku suka panggil ko tu la.. :D), thanx dear...really appreciate the gift. And sebelum nak balik Malaysia, sila maklumkan saya terlebih dulu, I nak buat tempahan sleepwear lagik...

p/s: motif tetiba membahasakan diri dengan "saya" ni, apa halnya??

TERASA GLAMOUR PART TWO

Dalam entry yang ni, aku ada terangkan sikit-sikit cara nak menabung duit. Aku ada gak mention, sapa yang nak tau silalah email aku dengan lebih lanjut. Aku takdelah menyangka ada yang interested, maklumlah blog aku nih pun hidup segan mati tak mahu. Check-check email, ada one reader by the name of CK request kalau dia boleh dapatkan Money Master Plan tu. Wahhh...walopon baru sorang yang mintak, terasa jugak terharu, kira macam aku bagitau awal-awal la, ada jugak gunanya entry aku tu ek?

Anyway, to CK, thank you and soooo sorry sebab reply your email lambat. But I hope you can fully used the Money Master Plan, and trust me, kalau betul2 rekodkan your expenses tu, insyaallah you will succeed in planning your financial more wisely.