Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah, dapat jugak aku merasa Ramadhan tahun ni lagi.. and seperti biasa la, azam tetiap tahun, adalah nak make sure tahun ni aku berpuasa mengikut tertib sebenar, bukan setakat menahan lapar dan dahaga je. Insya-Allah, kali ni boleh.

Ramadhan tahun ni jugak barulah aku merasa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Yerla, walaupun ni Ramadhan yang kedua ngan encik suami, tapi last year mak ayah masih ada kat rumah (dalam erti kata lain, bolehlah mengelat-ngelat masak iftar and masak sahur..). Kali ni dah tinggal berdua je, haruslah aku yang memikirkan menu sebulan. Nasib baikla encik suami tak banyak ragam, yang penting lauk untuk bersahur mesti berkuah.

Dan sedihnya, ini jugak kali kedua yang aku ingatkan aku dapat berpuasa penuh kerana mengandung, tapi disebabkan takde rezeki, dua-dua kandungan aku tak jadi.

Takpelah, Allah Maha Esa, moga berkat Ramadhan tahun ini, rezeki aku bertambah bukan setakat kewangan, malah kalau boleh rezeki anak-anak, kasih-sayang encik suami, kasih-sayang keluarga dan kawan-kawan pun bertambah.

Oh, untuk anda semua, selamat berpuasa!!!!

Nota Kaki Tambahan:
Nak letak la fadhilat solat tarawih for every day, nanti boleh jadi ingatan...so, here goes..
Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

No comments: