Taman Herba Part One

1Selepas sahaja emak dan ayah selamat memindahkan diri ke Melaka, aku dengan encik suami memang berazam untuk mewujudkan taman herba kami sendiri. Almaklumla, sebelum ni pokok bunga mak memang la ada, tapi aku rasa poko tu pun hidup segan mati tak mau!! Yang penuh pasu bukan pokok bunga, tapi rumput rampai.

Memula tu, encik suami memang dah start menanam herba yang senang-senang. Now dah ada serai (wajib tu) dan daun pandan (pun wajib kedua). Dalam list, nak tanam daun kari, daun limau purut, daun pegaga, daun kesum dan lain-lain herba yang senang.

Aktiviti menanam herba dapat diteruskan masa menyinggah ke Pesta Floria aritu. Heh, orang lain sibuk memborong pokok bunga, aku ngan encik suami sibuk mencari tanaman herba yang susah nak didapat. Rupanya dalam banyak-banyak gerai tu, hanya ada satu gerai je yang kitaorang perasan menjual tanaman herba, jadi kitaorang pun borong pokok kesum, pokok limau purut dengan pokok tutup bumi. Lepas tu sempat memborong dua lagi pokok yang cantik, tapi tak tau nama pokok-pokok tu..

Pokok Limau Purut

Daun Kesum (siapla, hari-hari boleh masak asam pedas..)

Daun tutup bumi (elok untuk mengecutkan rahim lepas bersalin/gugur)

Pokok bunga 1 (tak tau nama)

Pokok bunga 2 (pun tak tau nama)

Pokok bunga 2 tu actually kaler dia lagi rich dari ni, macam dark purple yang oh so beautiful!! Sebab aku amik gambar ni malam, so kaler dia ada sikit lari. Anyway, pokok ni banyak kat Putrajaya (on the way to Taman Warisan from roundabout besar tu, digantungkan di tiang lampu jalan).

3 comments:

Angah said...

nama pokok bunga purple tu petunia. Aku pun beli gantung kat porch.

Pepokok herba aku tanam kat tanah je (mode riak sbb umah corner lot haha)

afzan said...

bilenye nak masuk Taman Herba Part Two aida?ehehehe

herba & tumbuhan said...

Assalamalaikum.

mintak izin menggunakan gambar dari blog puan.
Helmi.: http://herbadantumbuhan.blogspot.com