Puasa Kekecik Dulu...

Setiap kali puasa, setiap kali jugaklah kita dengar cerita ibu bapa yang baru nak mendidik anak berpuasa ni tentang pujukan terhadap anak-anak dengan cara bagi duit raya. Selalunya RM1.00 sehari, kalau penuh, dapatlah RM30.00, kalau tak penuh, ikut hari berpuasa la. Ada jugak yang kencang dengarnya, ikut kemampuan la kan?


Lain orang, lain pandangan. Personally, aku tak berapa bersetuju dengan kaedah tu, tapi yelah, belum ada anak, bolehlah cakap. Sok-sok aku ada anak, tah lagi teruk aku "merasuah" anak aku semata-mata nak dia puasa gamaknya!



Teringat pulak bagaimana Haji Manap ngan Hajah Fatimah latih kitaorang berpuasa dulu. Yang paling penting, kitaorang by umur 7 tahun dah mula berpuasa. Aku tak ingat pulak kalau dari 6 tahun, sebab memory aku dari 7 tahun ke atas je. Mak ayah aku tak pernah merasuah kitaorang. Maksudnya, puasa penuh ke, tak puasa penuh ke, memang allocation duit raya takdelah untuk kitaorang. Tapi dari segi baju raya tu, mewah!!!



Lepas tu, yang paling aku ingat, kitaorang memang wajib bangun sahur! Takdenya nak cakap, "Ngantukla mak..", pastu mak kata, "Ala, siannya, oklah...tak yah sahur..". Jangan harap!!! Selagi tak bangun, selagi tu lah kena kejut ok!! Dah bangun satu hal, dipaksa makan satu hal! Tersengguk-sengguk kat meja tu biasalah kan? Jadi taktik mak ayah aku, nak suruh anak-anak dia jegil bukak mata jugak, maka pepagi buta tu dipasangnya la tape cartoon tom and jerry ke, mickey mouse ke, janji kitaorang bukak mata, tengok cartoon sambil makan.


Time nak buka puasa pun satu hal jugak. Masa pukul 6 petang tuh la, masing-masing dah merengek laparlah, hauslah, letihlah. Ada kejadian sampai goncang air botol dalam fridge tu!!! (Hahahaha, aku takmo citer siapa yang buat, nanti kena marah.. :p). Taktik ayah aku plak, pukul 6 petang je, dia dah bawak kitaorang naik kereta pergi round-round taman. Kalau tak pun, pergi kat Jaya Supermarket (yang dah roboh tu) pastu pergi tingkat atas sekali. Dulu kat dalam Jaya, ada kedai toys, Kathy's Toys kalau tak silap and kat situ ada la tempat bebudak main. Ayah aku bawak kitaorang lepak kat sana lah, to kill time, orang jawa cakap. Bila kitaorang dah leka tu, takdelah meroyan nak buka puasa walaupun dah pukul 6 petang kan? Dah nak dekat waktu berbuka, kitaorang baliklah..


So, nampaknya orang-orang tua ni lagi kreatif dalam mendidik anak-anak kan? Dan insyaallah, aku pun cuba nak amalkan bahawa money is not everything dalam mendidik anak-anak aku nanti. Memanglah aku mampu, tapi baiklah aku simpan kemampuan aku tu untuk masa tua aku, dah nanti nak harapkan anak bagi duit pun belum tentu kan? Apa-apapun, itu pandangan masing-masing, kalau korang nak bagi duit pun takpe, dah duit korang kan?

2 comments:

Hambali ® said...

mase sekolah rendah banyak puase yang yok ... sebelum balik sekolah rasa macam nak mati ... balik sekolah terus mandi ... lepas mandi segar bugar bleh main bola lagi hahaha.... pastu bila besar sikit, petang2 ada cerita rumah kedai

Aida Manap said...

hahahaha...tuh sambil menyelam minum air ke apa tu??? terus segar tu...moskil aku.. :D