Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Puasa Kekecik Dulu...

Setiap kali puasa, setiap kali jugaklah kita dengar cerita ibu bapa yang baru nak mendidik anak berpuasa ni tentang pujukan terhadap anak-anak dengan cara bagi duit raya. Selalunya RM1.00 sehari, kalau penuh, dapatlah RM30.00, kalau tak penuh, ikut hari berpuasa la. Ada jugak yang kencang dengarnya, ikut kemampuan la kan?


Lain orang, lain pandangan. Personally, aku tak berapa bersetuju dengan kaedah tu, tapi yelah, belum ada anak, bolehlah cakap. Sok-sok aku ada anak, tah lagi teruk aku "merasuah" anak aku semata-mata nak dia puasa gamaknya!



Teringat pulak bagaimana Haji Manap ngan Hajah Fatimah latih kitaorang berpuasa dulu. Yang paling penting, kitaorang by umur 7 tahun dah mula berpuasa. Aku tak ingat pulak kalau dari 6 tahun, sebab memory aku dari 7 tahun ke atas je. Mak ayah aku tak pernah merasuah kitaorang. Maksudnya, puasa penuh ke, tak puasa penuh ke, memang allocation duit raya takdelah untuk kitaorang. Tapi dari segi baju raya tu, mewah!!!



Lepas tu, yang paling aku ingat, kitaorang memang wajib bangun sahur! Takdenya nak cakap, "Ngantukla mak..", pastu mak kata, "Ala, siannya, oklah...tak yah sahur..". Jangan harap!!! Selagi tak bangun, selagi tu lah kena kejut ok!! Dah bangun satu hal, dipaksa makan satu hal! Tersengguk-sengguk kat meja tu biasalah kan? Jadi taktik mak ayah aku, nak suruh anak-anak dia jegil bukak mata jugak, maka pepagi buta tu dipasangnya la tape cartoon tom and jerry ke, mickey mouse ke, janji kitaorang bukak mata, tengok cartoon sambil makan.


Time nak buka puasa pun satu hal jugak. Masa pukul 6 petang tuh la, masing-masing dah merengek laparlah, hauslah, letihlah. Ada kejadian sampai goncang air botol dalam fridge tu!!! (Hahahaha, aku takmo citer siapa yang buat, nanti kena marah.. :p). Taktik ayah aku plak, pukul 6 petang je, dia dah bawak kitaorang naik kereta pergi round-round taman. Kalau tak pun, pergi kat Jaya Supermarket (yang dah roboh tu) pastu pergi tingkat atas sekali. Dulu kat dalam Jaya, ada kedai toys, Kathy's Toys kalau tak silap and kat situ ada la tempat bebudak main. Ayah aku bawak kitaorang lepak kat sana lah, to kill time, orang jawa cakap. Bila kitaorang dah leka tu, takdelah meroyan nak buka puasa walaupun dah pukul 6 petang kan? Dah nak dekat waktu berbuka, kitaorang baliklah..


So, nampaknya orang-orang tua ni lagi kreatif dalam mendidik anak-anak kan? Dan insyaallah, aku pun cuba nak amalkan bahawa money is not everything dalam mendidik anak-anak aku nanti. Memanglah aku mampu, tapi baiklah aku simpan kemampuan aku tu untuk masa tua aku, dah nanti nak harapkan anak bagi duit pun belum tentu kan? Apa-apapun, itu pandangan masing-masing, kalau korang nak bagi duit pun takpe, dah duit korang kan?

Miscarriage First Time

First time aku sah mengandung, sangatlah gembiranya, macam dunia ini ana yang punya!! Yerla, aku nikah Mei 2009, Julai 2009 kutt aku dah sah pregnant and aku memang nak baby cepat. Dahla masa tu adik ipar aku jugak tengah mengandung twins, so macam rasa bestnya anak aku ada geng nanti. Heh. Masa tu aku tak fikir pun yang aku akan miscarriage. Maybe bila tiada keguguran dalam family aku, so aku pun take for granted benda tu.


Masa aku mengandung, istilah morning sickness tak wujud. Aku tak mengalami pun simptom-simptom orang mengandung - loya, muntah, fatigue, swollen breast...semua takde. Bila aku cerita kat orang, semua bagitau yang aku beruntung tak mabuk-mabuk. Rupanya lepas aku browse babycenter.com and buku "What To Expect, When You're Expecting", baru aku tau lagi kuat morning sickness kau, lagi tinggi kebarangkalian pregnancy kau akan berjaya.


Kesilapan pertama aku adalah aku tak jumpa specialist terus. Aku just pergi klinik yang biasa-biasa untuk buat urine test and bila dia kata memang aku pregnant, itu sajalah. Bila aku check dengan PPUM plak, dia kata the earliest aku boleh datang untuk buat antenatal examination ke hapatah is when I'm 4 mths pregnant. So sepanjang aku pregnant tu, takde specialist to advise me on the do's and dont's lah lebih kurangnya.


Kesilapan kedua ialah dah tahu pregnant, tapi tak jaga bebetul. Korang bayangkanlah, dalam pregnant yang baru 5-6 weeks tu, aku boleh lagi tengok midnight, pastu round uptown Setapak tu dari pukul 12 malam sampai 2-3 pagi. Maksudnya di sini, aku berjalan tu macam orang tak mengandung. Masa tu mak aku dah pesan, pregnancy awal lagi, rest lebih-lebih, tapi aku ni bodoh sombong. Kengkonon kalau kakak aku, adik ipar aku pregnant ok, meaning aku pun ok.


Kesilapan ketiga ialah aku tak stop kafein. Ok, walaupun masih tak 100% sure yang kafein boleh mempercepatkan keguguran, tapi doctor pun advise kena kurangkan. Dah aku ni, pagi wajib teh tarik/nes tarik, tengah hari nes ais, malam pun camtu jugak. Take ke dah berkoyan-koyan kafein tu namanya. Dahla tu, liat plak nak makan folic acid, celam celum orang tua-tua cakap - satu hari amik, esok lupa, lusa amik balik, camtuhla.


The final straw adalah apabila aku kena attend Kursus PTK untuk kenaikan pangkat dari 12 sampai 20 Ogos 2009. Masa kursus ni aku dah notice spotting sesikit tapi aku still buat derk je. Tapi bila spotting everyday and dah macam size 10sen tu, aku baru check klinik yang ada ultrasound. Masa ni hati aku dah 50-50, gugur ke tak. Masa buat ultrasound tu, doctor kata tak boleh detect heartbeat baby and tinggal kantung je. Kalau ikutkan aku masa tu dah almost 8 weeks, tapi kata doctor kalau ikut size kantung, macam baru 5 weeks. Meaning tidak berkembang or aku salah kira.


Doctor bagi aku mc 3 hari dengan pesanan keras - bed rest sahaja, bangun hanya untuk makan dan sembahyang!. Tapi memikirkan aku tengah kursus and kursus pun tinggal 3 hari (last day exam), aku malas nak mc. Lagipun aku rasa kalau kat rumah pun takdenye nak bedrest. Aku mana ada maid, tak masak kang, kebulur la aku. Natijahnya, 2 hari lepas tu, aku rasa severe cramp (macam senggugut period tu) and bleeding makin banyak. Habis je exam aku terus ke PPUM. Nak dijadikan cerita, time lebih kurang aku pregnant ni, Angah pun pregnant. Dan jugak masa dia gugur tu, dia cerita kene warded sebab doctor nak buat D&C. Maka aku ni sebelum ke PPUM, sempatlah mengemas beg mana tau kena warded jugak tapi alhamdulillah doctor tu kata tak payah D&C sebab semua kandungan (ye ke kandungan/) gugur habis. Yepp, 20 Ogos 2009. date aku miscarriage.


Masa doctor beritahu tu, aku macam sedikit tak berperasaan. Mungkin sebab aku dah expect atau mungkin sebab memang aku tak rasa aku pregnant. Dan terasa "padan muka kau", sebab tak menjaga pregnancy tu pun ye jugak. Bila aku tanya reason, katanya miscarriage dalam first trimester (0-12 weeks) adalah biasa sebab masa tu kromosom-kromosom baru nak bercantum dan kemungkinan jugak kromosom baby aku rosak. Makanya, badan akan automatik mereject barang tak elok, tu yang gugur tu.


Yerla, nak kata lelebih pun tak guna. Tapi memang dari gugur kali ini aku belajar banyak benda especially pasal diri aku.

Cuti CNY

Memang ramai orang berebut-rebut ambil peluang cuti Hari Wilayah plus CNY. Mana taknya, kalau apply cuti extra dua hari (or tiga hari kalau korang tak kerja kat wilayah), jumlah cuti semua lebih kurang 9 hari, termasuk Sabtu dan Ahad minggu sebelum tu.


Nasib baiklah aku dan encik suami sama-sama berpakat taknak ke mana-mana cuti ni, satu sebab mestilah tempoh perjalanan akan bertambah sebab jem dan kedua, bila dah sampai kat satu-satu tempat tu, punyalah ramai orang, masyaallah!!! Baik kitaorang lepak kat PJ, balik Melaka pun tidak, balik Kedah pun tidak.

Walaupun duduk kat PJ je, tak bermaksud kitaorang tak ke mana-mana ye? Macam biasalah, masa nihla nak berjenjalan tempat yang asyik penuh je kalau hari minggu kan? Jadinya telah berjaya ke Mid Valley, The Curve, Fahrenheit 98 dan jugak ke Jalan TAR. Tapi betullah, takde orang pun boring jugak nak shopping. Hmm...



Anyway, berjaya jugak singgah ke Janda Baik untuk mengambil batu sungai dan berenang-renang ke tepian. Ingatkan nak ajak nephew aku sekali, Ajim, tapi dia pulak dah demam..so, encik suami jelah bermandi-manda hari tu. Yer, dia sorang je mandi. Aku tak bermandi-manda. Huh. Nyampah!

singgah tengok budak demam..kesian terbaring. yang adik-adik kembarnya sihat walafiat..


encik suami me"reccee" tempat yang sesuai untuk bermandi-manda


antara batu sungai yang dijumpai. macam bentuk love kan?


gaya orang seronok dapat mandi manda


ada sebab aku amik gambar dekat cenggini...


sebabnya, tension tak dapat mandi...tengok, encik suami...baaeeekkk punya lepak dalam sungai..huh

Junior-junior, Cepat Datang Ye....

Orang kata "a picture is worth a thousand words.." Jadinya, azam tahun baru aku, tak kiralah 1432H or 2011 adalah seperti di atas, iatu mempunyai junior-junior. Lagi ramai lagi bagus. Bak kata orang, "the more the merrier"



Moga-moga azam [dan doa] aku ini diperkenankan Yang Maha Esa.



p/s: Untuk reader-reader saya, tolong doakan saya sama-sama ye? :D

Cuti-cuti di Kampung Sendiri.. MELAKA!!!!

After spending some quality time with encik suami kat Sabah, baru aku realised, aku ni selalu overlook benda-benda yang orang lain enjoy...in the end, aku yang menyesal. Contohnya masa pegi outstation to Langkawi, instead of naik cable car, pergi island hopping, bagi makan helang, melawat Pulau Dayang Bunting, aku lebih rela shopping kat Pekan Kuah. Tapi bila tengok orang amik gambar kat tempat-tempat macam tu, aku plak terasa, "why masa aku kat sana aritu, aku tak pegi tempat-tempat macam tu?"


Jadinya, when I had the opportunity to come back to Melaka aritu, aku dah cakap dengan encik suami, by hook or by crook, aku nak naik river cruise, aku nak pergi Jonker Street, aku nak naik beca...ok, naik beca tu tipula sebab aku tak sampai hati tengok pakcik/abang beca tu kayuh aku yang agak ehem comel ini...Oh, percaya tak, sepanjang-panjang aku hidup ni, walaupun kampung aku kat Melaka, aku memang tak pernah pergi tempat-tempat tu..


Makan-makan di Sg Duyong dulu...terbaaaeeeekkk!!!

And surprisingly, aku memang enjoy Jonker Street...banyak things yang menarik. Rasa macam tourist pun ada. And masa tu memang aku respect la kat YAB KM Melaka, sebab dari Melaka yang dulu
blurrggghhhh boleh transform jadi wow!!!!Cuma tak sempat naik river cruise sebab dah tutup. Masa kiteorang nak beli tiket, dah pukul 12.05 mlm (ke pagi?) Apa, kau ingat orang yang bawak bot tu takde rumah ke Aida oooiiii????

Next trip, balik Alor Setar nanti aku dah cakap dengan encik suami, nak pergi Gunung Jerai and other interesting places kat Kedah...