Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Kisah di Negeri K.O.R.

NOTA : Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, siapa yang terasa pedas, dialah makan cili berkg-kg..jangan salahkan aku kalau korang pun kena warded sebab cirit-birit and muntah-muntah jugak.

Di dalam sebuah Negeri (yang dinamakan Negeri K.O.R.) terdapat sebuah Bandar V yang diterajui oleh ketua bandar (KBV) dan disokong oleh Ahli-ahli Majlis. Negeri K.O.R. sendiri diterajui oleh Sultanah K.O.R.(SK).


Entah di mana silapnya, KBV yang dilantik rupanya berpenyakit. Sebut aja penyakit apa, semua dia ada. Darah Tinggi? Check. Kencing Manis? Check. Sakit otot? Check. Sakit gigi? Check. Dan perangai KBV ni jugak, apabila dia ada temujanji rawatan di hospital kerajaan, dia akan ambil cuti. Tak kiralah masa tu ada mesyuarat, kerja penting atau sebagainya. Walaupun Ahli Majlis pernah suarakan supaya dia dapatkan cuti sakit (kadang-kadang doktor bagi) atau dapatkan time slip, alasan KBV tidak suka ambil cuti sakit. Kira rekod tak cantik.Konon!

Yang menyebabkan Ahli-ahli Majlis tidak puas hati adalah dalam sebulan, 3-4 kali jugakla KBV akan ambil cuti atas alasan menghadiri temujanji rawatan yang macam-macam tu, kira semua disiplin rawatan dia dah pernah rasa, dentistry, O&G, medical, surgical, cuma Psikiatri je tak pernah. Andai kata ada Ahli Majlis yang dah plan cuti lebih awal, tapi tetiba KBV teringat yang dia ada temujanji rawatan pada hari yang sama, KBV akan selidik sampai ke akar umbi sebelum sokong cuti di HRMIS (sokong je pun..) dengan alasan SK tak benarkan satu bandar sampai dua orang mengambil cuti. Masalahnya, Ahli Majlis dah apply lama, KBV yang baru apply, tapi kengkonon atas alasan ada temujanji rawatan hospital, maka dialah yang berhak cuti walaupun orang lain dah apply 6 bulan terlebih dahulu.

Bukan setakat itu, sekiranya KBV terpaksa untuk menukar tarikh rawatan, dengan mudah beliau dapat tarikh yang baru dan mesti tarikh tu secara "kebetulan" ada mesyuarat. Yang kelakarnya, KBV ni mendapat rawatan di HKL. Mudah sangatkah menukar tarikh rawatan di situ? Bukan kalau kat HKL tu, nak tukar tarikh rawatan memakan masa berbulan-bulan untuk dapatkan tarikh rawatan yang baru bergantung kepada kekosongan tarikh??

Dan kalau tetiba ada kerja penting yang memerlukan dia menggantikan SK sekiranya SK tiada, maka masa tu jugaklah tetiba Ahli-ahli Majlis akan mendapat pesanan ringkas memaklumkan yang dia berada di klinik atas alasan blood pressure naik, demam panas, nak dressing luka, filling gigi tercabut dan sebagainya. Dalam masa setengah jam lepas tu pulak, maka Ahli-ahli Majlis akan terima pesanan ringkas yang KBV diberikan cuti sakit oleh doktor Kerajaan. Amboi, masa ni tak terfikir ke cuti sakit tu akan memburukkan rekod?

Ada jugak kes di mana apabila hari itu terdapat mesyuarat penting yang melibatkan pembentangan oleh KBV, pagi itu jugaklah beliau akan memaklumkan kepada Ahli Majlis yang dia sakit dan diwardedkan. Sakit apa? Cirit-birit dan muntah-muntah hari sebelumnya. Lepas tu dalam siri mesyuarat yang lain pulak, tetiba pulak dimaklumkan beliau warded kerana food poisoning. Dan seperti biasa, beliau dapat sijil cuti sakit dari doktor Kerajaan.

Ahli Majlis yang dah tak tahan dengan perangai KBV ni, telah meluahkan perasaan kat FB...waahhh, banyak betul maklumbalas yang diterima.


Hmm...ramai yang menyarankan Ahli Majlis untuk menyemak samada sijil cuti sakit KBV yang diberikan oleh doktor Kerajaan itu benar-benar authentic atau tidak. Nampaknya kenalah Ahli Majlis menjadi Sherlock Holmes pulak la lepas ni.

Masa nihla terfikir.. masa Ahli Majlis rezeki dinaikkan pangkat, ramai yang mencemuh kumpulan kami katanya terlalu junior dan belum layak untuk naik pangkat, tetapi senior macam KBV itukah yang diharapkan untuk memimpin negeri nanti??

Bergambar Jugak Akhirnya

Aku selalu beranggapan kalau orang suka bergambar ni, orang yang vain. Yelah, pantang nampak benda pelik sikit, mulalah sibuk nak bergambar. Padahal dulu masa student life, memang itu pun kerja aku, bergambar je.

Tu yang masa aku kerja kat opis lama tu, memang takde gambar sangatla walaupun aku memang selalu masuk tempat yang orang lain tak pernah masuk (read : Balairung Seri). Kononnya malu and tak kelas kalau orang nampak aku bergambar kat situ.

Tapi entah macam mana, aku tetiba teringin plak nak bergambar kat Dataran Perdana, Putrajaya. Masa tu terdetik, "ish, kalau aku dah tak keje kat sini, takdelah gambar kenangan lagi dah..".

So, aku pun mintak la tolong sorang office mate to snap my photo dengan berlatarbelakangkan Pejabat PM lepas habis perhimpunan bulanan. Nasib baik aku bergambar kat situ, sebab lepas tu aku terus dapat surat tukar kat KL..heh..


p/s: Abaikan pipi tembam aku tu dan encik S, sori, muka terpaksa dihitamkan..

Berhijrah pulaklah kita ye...

Sesungguhnya berhijrah itu satu benda yang dituntut. Hey, Rasulullah S.A.W. dulu pun berhijrah sebelum agama Islam diterima di Makkah, kan?

Cheh, siap cerita berhijrah segala...padahal tukar tempat kerja pun dalam kawasan WP jugak...heheheh..



Apa-apapun, aku sebenarnya bersyukur sangat bahawa permohonan aku untuk bertukar ke tempat kerja di sekitar KL diluluskan. Yepp, officially, 1st September aritu aku dah bertugas di Pusat Bandar Damansara.

Memang banyak advantage aku kerja dekat dengan rumah ni. Yang paling important, time aku tak membazir kat atas jalan. 20 minit je you dari PJ ke PBD tu (7km), berbanding dekat 45mins-1hr from PJ to Putrajaya (45km++). Advantage yang lain, duit minyak, duit tol, duit service kereta dapat melabur ke baby plak (insyaallah).

And yang paling best, jimat duit makan malam sebab berbanding dulu yang aku maybe masak cuma sekali sehari (alasan sampai rumah lambat...), kali ni aku boleh masak everyday plus buat minum petang untuk encik suami sekali..:) takdelah rusty skill memasak aku, heh!!

Walaupun katanya kementerian ni akan pindah jugak ke Putrajaya, tapi takpelah, at least 2 tahun aku merasa kerja dekat ngan rumah. Dan yang paling penting semoga penghijrahan aku ke WPKL ini juga merupakan satu cara untuk aku pregnant nanti...insyaallah..