Mesti ramai dah tau pasal kemalangan membabitkan empat keluarga (semua perempuan) somewhere dekat Putrajaya tu kan?
Kemalangan nih rasanya sungguh dekat di hati aku, bukan sebab aku kenal keluarga nih, tidak...tapi cara kematian yang memang tak dijangka dan jalan tu memang jalan yang familiar jugakla.
Bagi you all yang terlepas berita nih, empat sekeluarga nih maut selepas sebuah kereta arah bertentangan (juga dibawa oleh perempuan) gagal mengawal kereta dia so terbabas dan terlanggar kereta arah bertentangan. Pemandu nih cuma patah kaki dan masih dirawat di hospital.
Aku rasa aku tak payah nak say out loud apa-apa tapi dah jelas, bawalah kenderaan tu berhati-hati. Kalau kita tak sayang nyawa kita, ingatlah nyawa orang lain. Kalau bawa laju tapi skil kurang, tak payah berangan nak pecut. Memang ajal maut di tangan tuhan, tetapi kalau kereta tu tak laju, mungkin impaknya lain dan tak begitu terasa.
Ini sebenarnya peringatan jugak untuk aku...memang aku bawak kete laju, tapi bertempat. Aku berani memecut bila dirasakan tiada kereta aje sebab aku nih pun bukannya a good driver..
Apa-apapun al-fatihah untuk arwah-arwah dan takziah untuk keluarga si mati. Nampak tenang si ayah menerima hakikat ini... Untuk pemandu kenderaan yang satu lagi, moga ini jadi pengajaran dan semoga cepat sembuh...
2 comments:
hye sis
bloghopping.n tetiba tersuka.
so sy follow eh kak??
ehehe
hi sis..:)
thank you...thank you...
takpe, follow lah, i like...:D
Post a Comment