-Memain Ye, Kan Dah Kene Sergah Ngan Aku-

Oh, pernah tak korang tengah sibuk buat kerja (apa-apa jerla pun...) tetiba dapat message alert kat hand phone? Tak kira la, berbentuk lagu ke, orang cakap ke mahupun vibrato sahaja la kan. Mesti korang segera nak tengok sapa sms, mungkihkah kekasih hati, mungkinkah mak ayah, mungkinkah best friend nak belanja makan mahupun bank suruh bayar kad kredit, betul? Tapi bukak-bukak je, tengok-tengok Celcom..mesti hangin kan??

Ok...kalau celcom takpe, tapi apa yang berlaku kat saya semalam, sedang sibuk melayan pelanggan tetiba bertalu-talu sms masuk, berderet-deret plak tu...mana saya tau? Sebabnya phone di dalam handbag dan diletakkan di vontot. [ayat kak red] So, bertalu-talula rasa vibrato nye sebab dah silentkan phone awal-awal tadi. Lepas je abih layan kastemer, terusla aku check sapa yang sms tu, adakah encik suami belahan jiwa nak ajak deting malam nih?

Tapi bukak-bukak je, aku dapat sms yang kat bawah nih...


Siapa plak ni, bertalu-talu plak tu menghantar sms. Nak kata kastemer USANA, aku tak pablish nombor enset lagi. Ko tengoklah tu, berderet-deret masuk sms.

Lepas tu aku bukak la sms tu satu-satu....kurang asam!!! Ko tengok tu, semua sms kosong!!!

Aku mana boleh tahan, terus la call nombor tu...nasib baik ringing...

Aku : Hello, I nak bagitau la, your number keep sending email sms to my number repeteadly. Boleh saya tau nih siapa ye?
Mr X: Saya *tuuuuuttt*.. oh, sorry, salah nombor kutt...sapa nih ye?
(huh, ada ati lagik nak tanya aku sapa? Ko yang antar sms kat aku kan?? Aku dah tinggi suara masa nih)
Aku : Eh, you yang hantar sms kosong kat nombor saya, lagi nak tanya nama saya. Tak payah, cuma you better stop doing that sms thingy, kalau tidak saya repot sebab mengganggu saya!"

Terus aku put down the phone dah hasilnya, sampai sekarang takde sms-sms lagik dah..haaa, baru ko tau kene sergah ngan aku!!!!

No comments: