::Mari Join Kem Agama::

Cuti sekolah secara officially sudah mula. Maka mak ayah pun peninglah kepala, yerla, nak kena plan holiday kat mana plak tahun nih kan? Untuk selamatkan keadaan, maka anak-anak akan dihantar balik ke kampung dengan alasan menemankan atuk nenek kat kampung. Tapi diaorang tak tahu, bila hantar anak-anak balik kampung, atuk nenek plak pening kepala..Heh!!

Masa aku dulu, mak ayah ambik satu langkah ke hadapan (wah cam lagu DPA plak). Memandangkan kat area rumah aku nih sekolah agama pun ikut time sekolah kebangsaan, so aku ngan kakak adik aku dihantar pergi sekolah agama kat kampung. Memang kat sekolah agama ni dia ajar complete pasal agama, especially bab sembahyang (wajib dan sunat), ajar mengaji, ajar tulisan khat. Dan yang paling best, kelas dia takdela mendera sangat. Cuma kena bangun pukul 5.30 pagi nak qiamullail pastu tidur pukul 10.00 malam, kira okla kan?


So bagi parents yang tak tau nak hantar anak pegi mana cuti-cuti sekolah nih, bolehla try hantar anak kat kem agama ni. Err, jangan tanya aku lelebih, sebab aku cuma menyampaikan sahaja. Anything, sila call nombor yang tertera kat brosur tu ye..

klik kat gambar kalau nak enlarge image

klik kat gambar kalau nak enlarge image

::Oh, How Time Flies...::

Suddenly rasa teringat plak geng-geng lama zaman sekolah ngan universiti dulu. So, saja nak tempek gambar zaman dedulu. Err, korang sori tak mintak ijin, main tempek je gambar ek>


SRK SULTAN ALAM SHAH (1), PETALING JAYA
L-R : Lin, Akhma, Awatif, Ayu, Maryam. Kat depan pakai spectacle tu adalah writer of this blog. Abaikan aku yang begitu syahdu wajahnya.
Dari 1985 - 1990 aku sekolah kat sini, macam-macam pengalaman yang aku dapat. Hampir-hampir lost contact with them tapi nasib baik ada facebook, bolehlah sambung balik friendship dulu..


L-R : Yap, Leeysh, Elina, Manda, Farah, Azreen, Hazirah
Below : Hanitah and me with tudung
Been friends with them since 1991-1995, yang kelakarnya, all of us are in the same class during Form 1, err, except Farah I guess but we've become really close when we are in Form 3. And masa Form 4, aku je yang tersesat masuk kelas sastera while all of them are in Science stream but it doesnt stop us from being friends tho..

Belakang : Norly

Depan : Ryndot, Fara, Lat, Kuzie, Lily, Aku, Enol

During Uni time (1996-2000), memang aku rasa kalau bernasib baik korang akan jumpa kawan sejati and alhamdulillah I've met mine. Eventhough kitaorang huhahuha tapi masa exam tetap score jugak beb!!

How time flies..dulu rasa cam lama je nak habis exam, nak grad, nak kerja. Now kalau dapat jumpa diaorang lepak-lepak pun dah cukup bagus dah...Ni macam kena plan buat gathering besar-besaran ni..

::Arrgghhh...Addicted Sudah!!!!!!::

When my friend, Hazirah told me few years ago yang dia aktif with eBay, aku macam sedikit skeptikal. Selalu aku pening-peningkan kepala aku (walaupun bukan aku yang terlibat) with this kind of question:
- macam mana nak tau yang orang tu jual barang bagus?
- kalau dia amik duit kita tapi barang tak sampai, how?
- can trust ke this online transaction ni?
And banyak lagila, tapi she told me sepanjang she joined eBay, no bad things happened, and lagi banyak duit dia dapat adala... kan Hazirah? Dapat barang free pun ada...

Tapi disebabkan peredaran zaman, aku pun sudah sedikit yakin dengan online shopping ni. Starting with kain ela, lepas tu gift for my nikah sehinggalah story books and baju, aku dah addicted with online shopping.

Well, you can't blame me, ok? Online shopping is soooo easy, you just choose what you want, klik sana, klik sini, bayar dan tunggu barang sampai, tak yah hassle mau start engine kereta, jalan jam, parking takde. Ini senang sahaja.

And thanx to online fashion shopping directory, lagila senang kerja aku. Semua ada ok, dari jewelry, kasut, baju, lingerie..aaaaahhh, takyah nak pegi MidValley!!! Tapi tengok jugakla, kalau barang dia lagi murah kat store, baik aku beli kat store!!!

So, bagi korang book lovers yang sama macam aku, malas nak keluar, nak buku best tapi murah, jangan lupa visit online store aku - http://sellnletgo.blogspot.com/

Promote, jangan tak promote....

::Korban, satu Ibadah::

Dalam hidup ni, kita tak lari dari membuat pengorbanan. Kengkadang nampak kecik, tapi pengorbanan kita tu mungkin dapat membahagiakan orang lain.

Saya beri contoh, katakan kamu bershopping di Mid Valley dan telah tertarik dengan kasut Charles and Keith, memang cun gila, kebetulan pulak tinggal last pair plak tu. Tapi disebabkan masalah ekonomi, maka telah tak mampu dan "berkorban" untuk tidak membeli kasut tu. Rupa-rupanya ada shopper lain pun minat kasut tu tapi sebab kamu dah pegang dulu, dia pun tengok jelah. Bila kamu beredar tanpa membawa kasut tu, sepantas kilat shopper tu beli dan sepanjang hari tu dia tersengeh sebab dapat kasut idaman. See, dengan kamu "berkorban", orang lain akan gembira..

Nampak macam tak relevan aje kan, tapi itulah hakikat sebenarnya. Aku malas la nak cerita orang yang berkorban buah pinggang untuk derma kat orang, berkorban benarkan suami kahwin lagi, berkorban jiwa raga untuk orang tersayang, sebab itu pengorbanan yang terlalu besar dan amat Mahakarya Cinta (err, Faizal Tahir, pinjam title lagu sekejap).

Pengorbanan aku selama ni pun sebenarnya tak berapa nampak, tapi mungkin mendatangkan kesan dalam family aku. Contohnya, disebabkan oleh ekonomi family aku yang agak kurang baik (kami hidup tak mewah, tapi setakat cukup-cukup sahaja), maka aku korbankan niat untuk masuk boarding school walaupun result UPSR dan PMR aku quite good. Dengan pengorbanan aku ni, takdela susah mak ayah nak carik duit semata-mata nak sekolahkan aku kan? Admit it..sekolah harian dan sekolah berasrama, memang jauh beza belanjanya. Alhamdulillah aku tetap berjaya.

Sebelum aku kahwin pun, since aku sahaja yang tinggal ngan mak ayah dan masih single, aku banyak "korban"kan time free aku bersama-sama kawan and ehem, boyfriend untuk temankan my parents shopping/balik kampung/holiday/pegi wedding. Walaupun tak selalu, at least aku rasa itu mampu buat parents aku happy.

So, cuba korang nilai balik, pengorbanan korang dan kesannya. Kalau tak banyak, cuba niat untuk tambahkan lagi. Kalau takde langsung, nampak sangatlah korang ni sungguh self centered"..huh, takmo kawan!!!!

Oh...sebelum saya lupa..SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!!!

::Sehari Lagi, Boleh Lepas Ke?::

Sangat tension tengok opis kosong....almaklumla ramai jugak yang dah ambik cuti berhari-hari untuk raya aidiladha ngan cuti sekolah. Bagi pegawai yang rajin kumpul cuti plak, masa nihla nak kasi abih cuti-cuti dia kan?

Aku nak bercerita mengenai ketidakcekapan aku untuk menguruskan cuti tahun ini menyebabkan cuti tahun aku tinggal sehari je tahun ni. Ni yang tengah sakit nih, orang lain cuti, aku terkulat-kulat tengok cuti tinggal sehari. Nak kena simpan untuk wedding sister in law lagik. Aiseh..

Well, mostly it's not my faultla kan, tahun ni kebetulan banyak events yang memerlukan cuti. First sekali, aku kahwin, tu dah cuti lama dah. Lepas tu pegi Langkawi plak. And then raya belah utara lagi. Yang menyebabkan aku memang lost track ngan cuti aku ni sebab administration opis aku silap rekod cuti, dia tulis baki cuti aku ada 50++. Bila aku mintak update, tak update2, so aku pun main cuti jela...sekali hambik ko, "BAKI CUTI ANDA TINGGAL 1 HARI."

I was lucky aritu ada kursus satu hari masa hari Sabtu, bolehla dapat cuti gantian. Kalau tidak mau pening kepala aku nak balik cuti wedding sister in law nanti.

Nasib baik la jugak dah hujung tahun. Kalau baru bulan Jun nih, mau aku kena tarbiyah ngan bos sebab tak pandai manage cuti..abihla plan nak cuti panjang ujung tahun ni!!!!

::Jarak Jauh? Takde Hal...::

Terpanggil untuk membangkitkan isu yang didengar di Sinar Pagi sinar.fm (huh takde siaran lain la kamu nak dengar kan Aida?). Topik dia adalah "penantian satu penyeksaan".
Nope, not going to go further with that, semua orang pun tau kan? Cuma aku tertarik dengan sorang caller nih, dia cakap penantian satu penyeksaan sebab tunang dia dapat sambung belajar ke UK, dia tak sanggup nak tunggu 2 tahun untuk tunang dia balik sini. Oh, by the way, caller tu perempuan.

Bila aku dengar tu, terus aku rasa cam nak pegi kat perempuan tu and cakap, "Hello, dah cukup bagus la bakal tunang kamu dapat belajar overseas, mana tau balik terus dapat kerja yang best, tak bagus ke?? Issshhh...wake up la woman!!! Berchenta tak semestinya berkepit!!!!"

Terus terang, aku tak paham kenapa orang sangat-sangat make a big fuss dengan berchenta jarak jauh ni. Nama pun tengah berchenta kan? Takde ikatan pun. Sedangkan orang dah berkahwin pun ada yang kena duduk different country/state, rileks aja kan?

Aku dulu pun berchenta jarak jauh jugak. Sorang kat ibu kota, sorang kat Utara. Tak pernah dapat nak beraya bersama-sama, celebrate birthday, valentine's, anniversary dan tah apa-apa lagi bersama-sama, tapi tu tak jadi masalah. As long as I trust him and he trust me, things will be ok kan? Cuma bil telefon tu ada sedikit sakit jantung la kalau tengok.

And what happened? Bila dedua dah kerja kat ibukota, di mana semua celebration --> raya, birthday, anniversary, valentine's--->boleh buat sesama, tapi entah mengapa masih chenta itu mati di tengah jalan.

So, kesimpulannya, bukanlah jarak yang tentukan kekuatan chenta tu. I understand, masa berchenta tu nak selalu jumpa, nak selalu gediks-gediks together, tapi kalau dah keadaan tak mengizinkan, nak buat camana, kena terima kan? Make the best out of it. Lagi satu, peganglah pepatah orang tua nih, "Jauh bau bunga, dekat bau tahi..." errr, takyah la aku nak explain kutt, sendiri paham la ek? :D

Atau, kalau nak lebih ekstrem, kalau rasa tak sanggup, terus putuskan dan pegang pada "kalau dia memang jodoh saya, dia datang baliklah.." ada sanggup kamu???

::Takde Nippon Boleh Pakai Kaler-kaler::

Aku nih memang pelik sikit. I like colours orang baya-baya mak aku minat. Kalau boleh baju kurung aku suka colour dark brown, dark purple, dark green. Pendek kata lagi dark lagi aku suka la!!! Macam tu jugak ngan my shirt/tee shirt and so on. Kalau aku pakai yang berkaler-kaler tu maksudnya i bought that with other people (dapat second opinion lebih kurang) or someone bought it for me. Konon ada slimming effect la (kalau dah badan berisi, pakai serba hitam dari atas sampai bawah pun tetap berisi jugak Aida oiii!!!)

But while I was browsing dekat gerai-gerai yang jual dress kain lycra tu, aku terpegun dengan dua colour nih..

-Cantik..cantik...cantik!!!! Richnya kaler biru, pink, hijau dia..so vibrant!!!-


-wahhh.....ini design cam ala-ala victorian je, rich je design dia kan?!!!


Disebabkan kaler dan design dialah, maka telah tergoda untuk membeli kedua-duanya!!!! Satu lengan panjang, satu ala-ala seksi-i-kena-pakai-inner....


-lengan panjang...sopan sikit-


-kena pakai inner, kalau tidak ada yang menaga suruh tukar baju kang-

When i tried in front of encik suami, agak takut jugak...almaklumla, semenjak sedar badan dah dipam-pam ni, memang dah tak beli baju baru dah. But when aku tried and he approved, siap cakap cantik and nampak kurus...WAAAAA, SANGAT SUKA HATI!!!!!

Nota Kaki: Tak sesia aku consume USANA, nampak jugak kesan keslimmannya...heheheheh. Nak tau how? Just email me at cikcipunz@yahoo.com

::Not All Fake Stuff Tak Bagus Ye..::

Dalam entry yang ni, aku dah cite pasal kegilaan aku di mana dalam satu hari boleh shopping lima enam alat make up. Itu baru pegi dua store tu, kalau aku masuk either BB or MAC, lagi rabak la purse aku agaknya. Walaupun cenggitu, dalam banyak-banyak make up, aku tak penah beli fake eyelashes. For me macam susah je nak pakai. Pakai dulu masa tunang ngan nikah/sanding aje tapi effect dia memang memuaskan hati!!

So, bila melawat blog kak red, peej, chics and xiaxue yang ada entry-entry pasal fake eyelashes ni maka aku pun teruja la nak beli.

Dan memang dah nasib nak menghabiskan duit beli fake eyelash ni, di opis aku seperti biasa bila gaji je akan ada bukak gerai-gerai menjual baju, foods, brooches, fake make up and fake perfume. All this while, memang aku langsung tak teruja beli fake MAC make up tu, walaupun colour dia oh-so-pretty-and-it's-cheap!! Takutla, muka nak pakai lama, tah chemical apa yang dia letak tu. So, aku just tengok-tengok jelah. But then sungguh happy bila nampak satu benda kat bawah nih..
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*



Waaahhh, cam tetau je aku nak cari bulu mata pelesu ni...dahla panjang dan cantik kan? Tapi dia nih kan ke kira fake MAC make up kan? Tadi baru beriya-iya takmo beli make up pelesu. Oleh itu kena pujuk hati sendiri dan siap berdialog,"takpela, ni bukan make up, so kalau beli yang pelesu pun takpe, tak mendatangkan kesan.."

Maka telah membeli satu set (nasib baik RM5 je) dan telah mencari di youtube cara-cara memakai fake eyelashes. Jadi sudah confident dan mau cuba pakai di rumah balik nanti. Kalau nasib baik, ada lah gambar aku dan bulu mata baruku ye..

Wahh, orang nak berperangkah? Atau orang tengah merespek kat Christmas Tree kah??

Sungguh aku respect diaorang yang menari i khalayak ramai, dekat Pavillion pulak tu!!!

Aku rasa masa nih tengah Line Dancing kutt...ala, macam Pocho-Pocho jugak tapi lain sikit step dia. And ini je gambar yang aku sempat ambik.

Oh, tetiba nampak ada group of youngsters pakai tali hijau lilit-lilit lepas tu sibuk nak ambik gambar. Waahh, diaorang tu berazam nak menang Peraduan Generasi Hebat yang appear dalam blog Kak Red ngan Hanis ke??

Kalau iye, memang Generasi Hebat sungguh!!

::Kalau Roboh Jaya di PJ, Papan di Jawa Hamba Berikan::

Siapa yang lama duduk di sekitar Petaling Jaya, mesti familiar dengan dua landmark dia yang paling famous - Masjid Bulat and Jaya Shopping Complex.

Itu jugaklah landmark yang aku selalu mention kat orang kalau nak cerita aku tinggal kat mana.

Ok, itu sebelum tahun 2009 ye, sebab sekarang nih dah macam-macam ada, Jaya 33 la Jaya One la, Dataran 3 2 la...aku pun kengkadang tak tau kat manala tempat-tempat tu.

Disebabkan kedua-dua landmark ini begitu sinonim dengan Seksyen 14, maka bila berita Jaya Shopping Complex collapsed dulu, memang ramai yang terkejut. Mungkin banyak kenangan manis di situ, dating di Johnny's, kerja di Reject Shop, makan di Cable Car, dan macam-macam lagi. Bukan kenangan aku la..kenangan orang lain. Tak kuasa I nak dating dekat belakang rumah sendiri.

Selepas berita runtuhan tu (and bila kawasan tu dah kena blocked) kalau lalu kat situ, memang tak nampak pun perubahan dari masa dia runtuh. Kalau ikut suratkhabar, kerja-kerja untuk terus meruntuhkan Jaya masih tak dapat diteruskan sebab kena freeze. Tapi semalam masa aku lalu kat situ, dah ada perubahan.


Wahh, sudah clear sedikit!!! Dulu still ada lagi bangunan tinggi-tinggi, skang dah licin dah!!

At least dah nampak la perubahannya, dah start dirobohkan balik. Oklah tu, tak sabar nak tunggu building apa pulak yang dirancang untuk ganti Jaya Shopping Complex. Kalau complete macam One Utama or Mid Valley, harus aku lepas nih melepak jalan kaki saja!

::Why I Heart USANA::

"Isshhh...apa bagusnya USANA nih? Perempuan ni asyik citer pasal USANA je lah kan?"

Mungkin itu yang korang dok fikirkan betul tak??

To tell you the truth, masa aku terbloghop kat Mrs Imran's blog, and when she always mentioning USANA, aku pun tertanya-tanya soalan yang sama. But what makes me interested is because she mentioned that one of her customer yang ada problem with fibroid sungguh puas hati dengan USANA sebab because of taking USANA's supplement, maka fibroid dia pun sudah mengecut.

And I was like...oh, aku kena try sebab aku pun ada problem tu jugak (at that time, doctor kata aku ada cyst). So, first try, aku beli essentials and proflavanol. And to my delight, memang ada perubahan!!!

Lepas tu, ternampak plak entry Mrs Imran pasal she's taking nutrimeal and fibergy untuk sedikit err "transforming", and aku pun beli (sambil enroll myself as member) and unbelievable, memang perubahan yang agak ketara jugak walaupun aku baru je amik produk ni.

"Apa changes dia?" Korang mesti tanya kan? So, aku listkan changes-changes dia bila aku amik Essentials, Proflavanol ngan diet food dia..:

1. Aku sudah tidak ada masalah untuk ke tandas!!! Yepp, aku ada problem dengan ehem pembuangan bahan toksik di mana kadang-kadang dua tiga hari pun belum membuang lagi. Dah try itu faber-max pun tak jalan, tapi bila aku consume essentials nih, alhamdulillah every morning without failed akan membuang which aku sangat lega!!

2. Sudah kurang pening-pening kepala. Dulu, pantang panas sikit, mesti dah pening dah. Tapi I dont have migraine ye, sebab pening aku nih masih boleh ditoleratekan lagi, cuma tidak selesa. Bila dah amik essentials, memang dah kurang sangat la masalah ni. Bukan takde langsung, ada...tapi jaraknya sudah jauh-jauh, tak macam dulu, dua hari sekali.

3. Kulit pun sudah berseri. Pimple dah malas nak naik kat muka saya. Yeay!!

4. Bila amik diet food dia plak, ramai orang kata aku dah kecik sedikit berbanding dulu (adakah bermaksud dulu masa aku bersanding memang badan berisi?? cissss)

Disebabkan product USANA memang tiptop, aku pun extendkan la kat parents aku. Alhamdulillah, both also nampak ada kesan, sugar level ayah aku memang turun mencanak-canak, while my mom rasa lebih healthier than before.

So, ada sesiapa yang nak tanya pasal USANA, feel free to email me - cikcipunz@yahoo.com

::Why Oh Why Ko Macam Tu??::

Sungguh aku tak paham, kenapa ada orang bila dah berjanji tapi suka tak tepati?? Or better still, tak guna inisiatif sendiri untuk check sesuatu perkara???

Ok, aku faham dan aku memang arif, Malaysian ni memang susah nak tepati masa. Tengok jelah, kengkadang time penting pun ada yang "terbabas", masa exam, masa interview, in fact ada yang masa nikah pun lambat!!! Yer, aku ni takdela begitu sucihati yang selalu on time, tapi at least kalau lambat tu takdelah aku mendiamkan diri aje, paling koman pun aku sms/call bagitau.

Ceritanya, hari Sabtu lepas aku dah berjanji dengan Mr. X (bukan nama sebenar) untuk collect things. Dahla nak jumpa kat Pavillion, pukul 1 petang pulak tu!! Dah sah-sahla masa tu jam teruk so aku mintak postpone pukul 5 petang and Mr. X agrees with this. But then, aku dan encik suami manage to arrive there awal. So aku sms Mr. X, kira kalau dapat jumpa awal pun oraitla..tapi kalau dia tengah tengok movie, nak buat macam mana, kena tunggu sebab aku yang sampai awal.

To my delight, Mr. X reply sms kata he can be in Pavillion in 30 minutes time. Masa tu jam tangan aku dah tunjuk pukul 3.30 petang. Aku ngan encik suami pun happy la, sebab bolehla balik awal (tak sanggup aku lepak kat situ tengok gelagat muda mudi sekarang...pening kepala!!!). So, aku sms dia, dah sampai inform me untuk jumpa kat mana-mana, sebab aku pun memang jarang datang Pavillion, so aku tak paham sangat layout dia.

Tunggu, punya tunggu, sudah pukul 4.15 petang dia tak sms nak jumpa kat mana. Pukul 4.30 petang pun tak sms, so aku pun amik inisiatif untuk sms dia. Pun no reply. Pukul 4.55 petang aku sms lagi sekali, macam tu jugak, senyap. Pukul 5.10 petang, aku dah naik angin dah. Yerla, aku tau, mungkin aku yang salah sebab datang awal, tapi dia jugak yang janji boleh jumpa lagi 30 minit. Tapi nih dah lepas pukul 5 petang, apahal plak takde news pun.

Last-last pukul 5.15 petang aku call Mr. X, baaaaiiikkkk punya dia tengah makan kat Noodle House. Bila aku tanya, kenapa tak reply sms aku, alasan dia.. "Oh, saya dah sms you, twice, tak dapat ke?"

Wahhhhhh, angin la aku!!! Don't give stupid excuses kengkonon salahkan service provider, please!!!! Jaman dulu, bolehlah line tak bagus, ini kat Pavillion!! Ayah aku sms aku boleh terima, takkan orang satu Pavillion sms, tak dapat kutt...

Lagi satu, aku taula aku yang nak ambik barang kat kau, but takkan la takde courtesy untuk call kalau kau betul kata dah sms tapi aku tak return sms. Lagipun aku yang mintak jumpa awal, maksudnya memang aku dah ada kat Pavillion la!!

Yang aku betul marah sangat tu, kalau dia kata tak dapat datang awal tu takpe, tapi dia dah setuju boleh datang awal dan dia tau aku dah ada kat sini, boleh plak sebab aku tak return sms (kononnya) sempat lagi makan mee??

Note to myself : Please Aida, kalau dah janji, tak dapat datang awal pun at least datang on time.

Gambar di atas, takde kena mengena dengan entry ini. Itu tengah try nak snap gambar sendiri tapi asyik tak jadi je. Huh!!

::Duit Jatuh Dari Langit - Second Entry::

Betullah....rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk..kengkadang bila tak tersangka pun dia datang kan?

Ada dua nasihat yang aku pegang sampai sekarang berkaitan dengan rezeki:

(i) segeralah bayar hutang sebab kalau melewatkan bayar hutang, maka rezeki pun lambat nak masuk
Itu pasal la aku tak senang duduk kalau tau ada hutang ngan orang (kecuali hutang credit card, ok?). Mesti cecepat nak bayar kalau ada extra income, termasuk kalau hutang ngan Siti Bank..bukan Citibank ye, sebab Siti Bank ni adalah hutang aku ngan mak...huhuhu

(ii) kalau ada duit lebih, dan kalau ada orang yang memerlukan nak guna, bagilah dia duit tu, insyaallah rezeki tu ada
Itu jugak yang aku selau buat. Recently, walaupun kalau ramai kakitangan Gomen agak kering sebab dua bulan berturut-turut gaji masuk awal, tapi bila ada *somebody* nak pinjam duit, aku bagi jugak dia pinjam sebab for me, masa tu dia lagi memerlukan duit tu.

Dan mungkin rezeki ku jugak, balik-balik dari opis semalam, ada 2 surat untuk aku. Surat pertama dari Celcom, biasalah, bil telefon la tu (huh...kopak aku...). Surat kedua, payment order dari Etika Insurance sebab aku keluar dari polisi insurans. Jumlah dia?



Hehehe, korang teka jelah berapa jumlah dia ek? Nak tunggu aku letak gambar cheque dari Nuffnang, tak tau tahun bila la kan? So, tunjuk cheque insurans ni pun ok la jugak. :D

Oh, sekadar penjelasan tambahan. Aku keluar dari Etika Insurans nih sebab aku masuk insurans lain plak. Reason aku keluar Etika ni sebab agent aku dah lama berenti kerja ngan Etika, so bagi aku kalau agent aku pun tak yakin ngan company dia, baiklah aku pun cabut kan? Maklumla, kalau ada apa-apa jadi kat aku, sapa nak tolong aku nanti kan?

::Dua Kali Lima Jugak::

Selfish..aku rasa semua orang ada perasaan ni, tak sikit, banyak, eh silap, tak banyak, sikit. Aku pun macam tu jugak. Selfish..

Napa aku kata aku selfish? Contoh-contoh adalah seperti di bawah

Contoh 1
Aku ajak encik suami makan luar. Aku dah siap, tapi dia belum siap. Sangat marah dan jengkel (eh, perkataan Kamus Dewan!!!) sebab sudah lapar, lalu telah tarik muka 14 depa. Tetiba teringat satu insiden, aku siap lambat tapi encik suami tak marah pun, sanggup tunggu lagi. Selfish kan?

Contoh 2
Masa tengah driving, adalah lepak di lane tengah sebab tak yah rushing-rushing. Tiba-tiba ada kereta kat belakang aku mencocok-cocok kereta aku bagi sign suruh laju, tapi aku dengan selambanya suruh dia potong kanan (dalam hati siap bebel, dah tau nak laju, potong kanan la...). Padahal, pagi tadi aku baru marah satu kereta tu sebab alasan yang sama (kali nih aku plak duduk belakang kereta tu dan cocok-cocok suruh dia laju..). Selfish kan?

Contoh 3
Sangat marah kalau aku tengah tengok cerita best, lepas tu ada orang datang dan sibuk tanya jalan cerita. Padahal sebelum tu, mak baru je tengok cerita tu, aku dah sibuk tanya ending dia macam mana. Selfish kan?

Contoh 4
Marah kat encik suami sebab dia kene outstation 2 hari tinggalkan aku sorang-sorang tapi aku dulu outstation dekat seminggu kat Ipoh, encik suami tak bising-bising pun.Selfish kan?

OK...cukup-cukupla contoh tu ye? Maka lepas ni kalau terasa tak puas hati dengan orang atau tetiba jengkel ngan orang, aku kene check balik. Adalah tak adil kalau aku marah orang buat sesuatu, tapi aku pun pernah buat perkara yang sama jugak...kan?

::To Gift or Not Gift::

Life kat kampus memang fun kan?? Okla...tolak pening kepala masa nak exam, tolak pening kepala nak buat assignment, tolak pening kepala kalau duit tak cukup, tapi if I were given a chance, rasanya nak aku balik ke zaman Universiti dulu...err..lynn, ayong, nak exchange place tak?? :D

Paling best bila boleh dikatakan tetiap bulan buat gathering, padahal masing-masing pun memang ada dalam kampus US tu, tapi mesti ada wings gathering la, blok gathering la, 1st sem class gathering la, 2nd sem class gathering la dan macam-macam gathering lagik. Siap satu aktiviti yang paling penting, is exchange gifts. Semua orang beli hadiah, masa kat location gathering tu baru cabut-cabut nama, lepas tu tukarla hadiah ngan sapa yang dah cabut nama kita tu. Tengok nasibla kan, kalau yg dapat ko tu pompuan, hadiah kira ok la jugak. Kalau dapat lelaki, hmmm, tetau sendiri la.. :p


-tapi tak pernahla plak aku dapat hadiah besar nih..-
*photos taken from www.google.com.my*

Sebut pasal hadiah ni, ada sedikit cerita menarik. Semasa kat Universiti dulu, aku adalah sedikit romantic..ehem..sikit je ok? Skang takde kuasa aku!!!

Antara hadiah idaman aku adalah musical box, tak kisahlah apa bentuk, kaler mahupun harga. Janji musical box, siap berazam, siapa yang bagi aku musical box, automatic terus jadik bf aku. Tapi nobody knows about this, except my beloved room-mate, Lily. Yang kelakarnya, sampai aku nak grad, takde orang pun bagi aku musical box ok!!!!! Last-last Lily kesian kat aku, towards the end of our student life, dia la yang bagi kat aku, dan nasib baik masa tu aku dah ada somebody, tak yah aku nak couple ngan Lily. Heheh...

Well, point of this entry is bukanlah aku nih mata duitan, mata hadiah, tapi come to think of it, aku rasa aku pun sudah mula selfish sedikit sekarang. Dah lama aku tak bagi gifts untuk orang-orang yang aku sayang. I take them for granted. Be it my parents, my siblings, my nephews, my closest friends even my beloved encik suami. Bagi gifts pun masa raya je. Ishkkkk, tak sensitive betul aku ni.

Lepas ni, will show them how affectionate I am to them. Berazam untuk bagi gifts kat diaorg, murah pun takpe..janji yang penting tu ingatan. It's the thought that count...kan??

::Time and Tide Waits for No Man::

Kalau dulu masa tengah belajar memasak dengan mak, memang jenuh tadah telinga asik kena marah je. Especially part how to susun kerja/tak membazir masa.

Mak saya ni walaupun tak sekolah tinggi, tapi somehow through experience, dia lebih berjaya dari anak dia yang belajar tinggi ni tapi experience ciput. Banyak tips atau idea menjimatkan masa yang aku dapat cedok dari mak aku lebih-lebih lagi kalau kita working wife/working mother. Benda ni bagi sesetengah orang nampak remeh, tapi kalau dibuat bebetul, memang jimatkan masa, time effective tu yang penting.
photos taken from www.library.duke.edu

First thing, masak nasi
Tindakan ni yang paling aku ingat sekali. Dulu aku selalu argue ngan mak aku, why nak masak nasi dulu, masakla lauk dulu. Tapi explanation mak aku memang tepat. Katanya, bila kita masak nasi dulu, masa dah jimat sebab sementara tunggu nasi masak, boleh masak lauk. So by the time nasi masak, lauk pun dah masak. Kalau masak lauk dulu, by the time lauk masak, kena tunggu nasik plak masak, kan ke dah membazir masa tu..

Kalau tengah masak and ada baju kotor, sederap terus boleh mesin
Haaa, yang nih aku rasa common sense sahaja. Let the machine do the work, tapi at the same time, kita takdela tercongok-congok nak tunggu mesin tu siap mencuci kan? Jadi reason dia sama cam kat atas, by the time lauk masak, nasik masak, washine machine pun abis cuci. Wah sudah boleh siap 2 kerja dalam satu masa.

Balik pasar terus kemas bahan-bahan basah
By doing this, memang jimat masa. Yerla, kalau bahan basah - ikan, sotong, daging, ayam dah siap disiang, dicuci dan dipackkan, bila nak masak, just keluarkan je plastic bag yang related, terus rendam and terus masak. Apa yang dimaksudkan dengan siap pack tu, takdela simpan semua dalam satu plastik, bahan-bahan tu diagihkan jumlahnya ikut hari.

Baju siap gosok seminggu
Aku still ingat masa zaman mak and ayah aku masih kerja. Setiap hari Sabtu/Ahad, selepas minum petang dah siap untuk family, mak akan allocatekan almost 2-3 hours untuk dia menggosok baju seminggu. So, the next morning, takdela mak aku terkejar-kejar untuk gosok baju kan? Main capai je yang dah siap gosok tu.

Tengok tv tapi tangan bergerak
Mak kalau tengok tv memang takkan tengok melangut kosong, ada saja kerja yang dibuat, sambil tengok tv sambil tu lipat kain, kupas kulit bawang, gunting cili, siang sayur..ada sajala. Bukan macam anak dia ni, sambil tengok tv, sambil baring, tapi tangan tak jalan.

Now, bila aku dah kahwin walaupun belum ada anak, baru tahu memang penting time planning ni. Walaupun tak banyak, tapi apa yang mak aku ajar melekat la jugak kat anak dia ni. For example, before aku mandi, aku akan masak air dulu, so that lepas aku siap mandi, pakai baju semua, air dah didih dan terus boleh buat air. Baju pulak, cuci malam, so pagi-pagi dah boleh sangkut. Petang je lepas angkat, terus lipat sambil tengok tv.

So, sapa kata 24 jam tak cukup? Cukup kalau pandai susun masa...kan?

::Happy Birthday You::

photos taken from bublepics.blogspot.com

Happy birthday Nuraida Manap





::Azam Akhir Tahun::

Hahah!! Orang lain semua azam awal tahun, aku azam akhir tahun. Tapi tak salah kan? Dalam tahun perakaunan pun, tak semestinya Penyata Perakaunan korang dari 1 Januari sampai 31 Disember kan? It can be from 1 Julai sampai 30 Jun kan?

Motif aku bukak citer pasal akaun ni kenapa? Nak tunjuk terer akaun ke?

Sebenarnya macam yang aku tulis dalam entry wake up call nih, sekarang nih aku dah mula sedar, dalam proses kerja aku memang banyak kelemahan aku. Especiallay bila last weekend, semua officer dari yang junior sampailah yang senior telah digrilled dan disedarkan oleh Jeneral kat opis ni. Well, for me whatever he explained and informed make sense to me tapi tak tau la apa pandangan orang lain.

Untuk memastikan aku ni pegawai kerajaan yang ada tambah nilai (value added) aku VOW untuk memastikan perkara-perkara di bawah diLAKSANAkan sehingga aku pencen!!!

Teliti sikit dalam Kerja
This one aku akui, my weakness sangat-sangat. Aku punya prinsip senang je, kalau nama aku salah selain yang ditulis dicek, aku takkan kisah sebab bagi aku it is a small matter. Macam tu jugak dengan kalau tersalah-salah sikit, tuan/puan and so on. Tapi sebenarnya impak dia amat besar!!! Penerima akan terus pandang rendah kalau dapat surat macam tu seolah-olah agensi cuai. Aku rasa aku pun kalau dapat surat yang caca merba, kejap tuan, kejap puan, mesti rasa orang yang buat kerja tu cincai je kan?
SOLUTION - semak surat/memo/dokumen at least 3 kali before sign.

Ambil serius dengan kerja
Selama nih aku bukan tak serius tapi sebab kurang rasa cinta degnan kerja sekarang, maka kurang effort yang diletakkan dalam kerja. Tapi lepas explanation from Jeneral, especially part yang orang takkan cari kita kalau takde problem, aku mula sedar. Mungkin apa yang aku buat tu kecik saja, tapi mungkin disebabkan aku, sebarang keputusan yang diambil oleh Kementerian mendatangkan perubahan dan kesan yang drastik keseluruhannya.
SOLUTION - ambil serius dalam sebarang kerja. Put your 100% effort in it!!!.

Be creative in Your Work For God Sake!!!
Cuba la kamu ni Aida, think out of the box sikit!!! Sistem tu memanglah ada untuk diikuti tapi mestilah creative sikit untuk selesaikan kerja. Ok??
SOLUTION - aiseh, pergi kursus creative thinking nak?

Knowledge must tambah...lagi dan lagi
Selalu orang kata kerja kami ni posmen, sebab takde ilmu pengetahuan lebih. Tapi now, kena study lebih sikit...lebih knowledge, lebihla orang respect, kan?
SOLUTION - study..study...study lagik!!

Love what you do!!
Tajuk dia pun dah jelas,no need solution and whatsoeverla kan.

All in all, i am grateful having Jeneral to guide me, walaupun dari jauh. Memang dia berbeza dengan Jeneral aku yang dulu. And now, I respect him more and look him through different perspectives. Thank you sir!!!

::Abis Plan Aku::

Hari ini sudah 16 November. Dalam entry saya yang ini, konon-kononnya masa birthday nanti nak amik cuti and nak merilekskan diri. Maklumlah semenjak dah matang nih (ehem), rasanya body I nih dah tak larat dah. Kena la rileks sikit.
Tapi nampaknya niat nak rileks tu tak dapat diteruskan. Semua salah sendiri. Tau kenapa?
Sebabnya diri sendiri telah set miting/lawatan tapak masa birthday sendiri. Sangat lawak kan? Yang kelakarnya, boleh pulak masa nak set tarikh tu, dalam hati berkata-kata.. "eh, ada something la on this day, tapi tak ingat..."
Rupanya birthday sendiri. Jadi masa hari lahirku, akan disia-siakan dengan membuat lawatan tapak yang tak best.
Huh...

::Asik Nak Yang Kecik Je...Bila Nak Yang Besar??::

Macam yang aku dah mengarut dalam entry-entry yang dedulu, aku nih memangla bercinta kalau nak drive. Kalau terpaksa ok, tapi kalau sesaja, mula la fikir, "ish, tempat tu susah parking, ish, tempat tu jem, ish, ramai road bully situ.." dan macam-macam ish lagikla!!! Tapi itu bukan bermaksud aku malas ye, aku lebih rela naik public transport kalau terpaksa daripada nak kene drive.

Tapi ayah aku lain plak, kalau dah ada lesen, seboleh-bolehnya dia suruh anak dia bawak kereta sendiri, berdikari katanya. Kecuali kakak aku terlepas, sebab belum sempat beli kereta, dia dah kahwin...cisss!!

Maka, sebab tuhla kereta pertama yang aku beli (dipaksa beli sebenarnya) adalah kereta kancil kaler hijau secondhand, kecik dan auto. Masa ni mahal gila eventho secondhand sebab interest tengah tinggi pastu reason taknak pakai kancil baru sebab design dia tak cantik. Boleh tak alasan cenggitu?


-anak nombor satu....-

Kereta kancil hijau aku nih banyak betul pengalaman ngan aku. Yang paling aku tak boleh nak lupa, tengah drive tetiba bila aku tengok cermin belakang, asap putih berkepul-kepul keluar dari ekzos aku. Kecut makcik ok? Aku ingat kereta nak terbakar ke apa, cecepat aku stop tepi. Rupanya ayah aku terlebih letak minyak hitam. Ingatkan bila minyak hitam habis je keluar asap, rupanya terlebih letak pun berasap gak kereta...

Pastu bila rasa dah mampu sikit (dalam erti kata lain gaji dah meningkat), maka nak rasa kereta baru plak,tukarlah kancil dengan MyVi hijau, jugak kecik dan auto. HIJAU LAGIK??? Sebagai rekod, aku tak nak kaler hijau, aku booked kaler gold, tapi dekat 2 bulan takde stock sedangkan nombor plate aku dah beli, last-last amik jugak kaler hijau yang stock memang available..huh

-anak nombor dua..-

Korang tengok, dedua kereta aku saiz nye kecik sebab aku memang tak reti kereta besar rasa kalau parking macam tak lepas je. Adik aku ada gak offer suruh aku try test drive kereta vios dia, aku tak berani laa. Abih tu cemana kalau aku dah beranak pinak nih?? MyVi ni, masuk satu stroller je dah penuh...

Encik suami, kena ajar I parking kereta balikla plak...kali nih pakai kereta besar plak ok? :D

Note : Nampak aku highlight perkataan kecik situ? Jangan plak nak kata tajuk entry aku ngan isi entry tak berkaitan ye Hazirah??

::Patience sayang..Patience::

Orang tua selalu pesan, dalam hidup ini, setelah apa usaha yang kita rasa kita dah buat sehabis baik, tapi masih tak menampakkan kesan, maka bersabar dan bertawakallah...mungkin belum tiba masanya for us to claim the benefit or hasil or any related words yang setaraf dengannya.

Aku ni memang rasanya mempunyai tahap kesabaran yang agak tinggi kutt.. eh, bila aku maksud tahap kesabaran tinggi, I mean dalam keseluruhan ye? Tapi kalau aku dah lapar, order makan dekat 30 minit tak sampai, aku yang sabar nih pun boleh jadi incredible hulk..

Contoh significant tentang "sabarnya" aku nak dapatkan hasil dalam hidup:

Contoh 1
Aku kerja dari serendah-rendahnya (sambilan, gaji hari, kerja kilang) for almost 3 years before aku berada dalam situasi selamat. Apply kerja dengan government dekat puluh-puluh kali tapi bila masih tak dapat panggilan, aku tak blame SPA lembab or pilih bulu sebab maybe rezeki aku belum tiba...sabar beb!!!

Contoh 2
Aku tunggu 10 tahun sebelum jodoh aku dengan encik suami tiba. Ok, along the way tu ada la cerita broken hearted, menangis air mata darah dan ada jugak prince charming lain dan minah bedah mana yang terselit tetengah tapi disebabkan kesabaran both of us, now we are officially secara halal suami isteri.. sabar beb!!!

Contoh 3
Masa aku baru nak promote my secondhand books tu, memang dekat 4 minggu kutt, takde news, dah dekat bersawang blog tu...sampai makcik iklankan kat mudah pun kene rejek, ampess...tapi berkat kesabaran, skang ni adala sale. Sabar beb!!
note : Special thank you note to my buyer - Dhila, Lynn, Sya, Jasmine and Ainol with the message, "jemputlah browse thru buku2 yang ada di blog itu lagi..:D"

-sedikit promotion, buku yang dah jual semalam-

So my fellow friends, lepas ni kalau apa yang kita harapkan tak dapat, bersabarlah. Mungkin apa yang kita betul-betul inginkan tapi tak dapat sebab sebenarnya ianya tidak bagus untuk kita tapi benda yang kita menyampah sangat, tetiba kita dapat plak...semua ini bukan kehendak kita..jadi sabarlah.

Oh, dan lagi satu, jemput-jemputlah ke kedai buku secondhand saya juga.. ngeeehh!!!

::Rumah Ku Opis Ku..Nyamannya::

Kalau kat oversea, style working from home ni dah biasa..dah nothing, tapi kat sini, perkara ni baru saja nak diperkenalkan dan kebetulan pelukis pelan JKR bernasib baik diberikan peluang bekerja di rumah.

Aku kalau dioffer la kerja kat rumah, dah lama aku amik..sebab line kerja aku yang sekarang ni memang boleh dibuat di rumah. Semua dalam sistem, kalau ada internet connection kat rumah, maka kerja pun boleh jalan. Itu pasal la kalau aku cuti pun kena buat kerja kat rumah jugak, jadi bila cuti pun kerja kat rumah, lebih baiklah hari-hari aku kerja kat umah??

Sebenarnya kilang-kilang pun dah banyak amalkan style ni, lagi jimat in fact. My cousin used to work at home pasang parts untuk kilang. Tapi bayaran tu lebih rendah la, but tak kisahlah. Main point is you are at home and kau boleh jimat duit hantar anak gi nursery, jimat duit makan kat luar, jimat duit bayar minyak, tol and everything.


alalalalala....bila nak kerja cenggini ni

Memanglah tak semua kerja yang boleh based kat rumah, tapi I think government kita should look into this matters seriously. Even Y.B. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun ada fight for this thing.

Tapi korang nanti ada peluang kerja kat rumah, janganlah kurang displin plak...sedangkan kat opis pun pukul 12 dah hilang, beli lunch..kalau kat umah, agaknya kerja 10 minit, yang lebih tengok sinetron Indon..kalau macam tu, memang hancuss la jawabnya!!!

::Mengerbang? Tak sempat nak Mengerbang Pun::

Semua orang kata rambut tu mahkota perempuan, betul? Tak kira lah rambut pendek ke panjang ke kerinting ke staright rebonding ke ikal mayang ke, tapi perempuan memanglah sangat menjaga rambut dia.

Termasuklah aku...

Tapi entah mana silapnya dah dijaga pun gugurlah jugak rambut aku ni. Masalahnya rambut mak aku, kakak aku ikal mayang ok? Minus rambut ayah aku la...rambut ayah aku memangla ala-ala reduan hashim tu (pepaham sendiri la ek?)

Aku sudah menerai banyak produk, tapi nampaknya tak berkesan, maka terailah petua orang tua-tua nih. Murah pun murah, kan?

Buah keras dan minyak kelapa

Senang je, buah keras digoreng tanpa minyak dalam 3-4 ketul. Bila dah keluar minyak sikit, tumbuk lumat pastu campur ngan minyak kelapa. Pakai 2 kali seminggu selama 15-30 minit, lepas tu cuci la bersih-bersih. Kalau dibiarkan semalaman lepas tu kepala korang kena gigit ngan lipas ke semut ke cicak ke jangan salahkan aku. Bau dia...sedap giller!!! Rasa nak gigit je kepala sendiri sebab bau dia macam kerisek.

Nasib baikla Vie Onn semua ada, senang...oh, bagi yang tak tau, kalau siapa biasa ke Digital Mall, Pee Jay, Vie Onn just round the corner..

Hopefully rambut aku menjadi ikal mayang semula..korang takyahla nak suruh aku terai yun nam ke, neeta's herbal ke apa ke, sebab tu semua mahal ok!!!

::Tips Membaca Blog Ini Menggunakan Label::

Ok...idea nak buat tips ni pun aku dapat from Hanis. Dia buat tips ni untuk memudahkan readers dia yang juta-juta untuk baca blog dia. Aku? Ish...anggaplah niat aku jujur untuk membantu readers aku yang sikit-sikit, lama-lama jadik bukit..heh.. Ini dia...jengjengjeng..tapi saya amik label yang besar-besar ajela ye.

1. Anak Itik Tok Wi
Entry yang random, rubbish, mengarut dan sebagainya. Dipilih nama ini sebab encik suami suka sangat lagu rakyat ni.

2. Belahan Jiwa
Entry-entry cinta kasih sayang rindu dendam saya dan encik suami.. :D

3. Singer Keluarga Bahagia
Sebab ada "keluarga" di situ, maka entry ini khas untuk cerita-cerita keluarga saya..

4. Pakcik Kayo
Berkaitan dengan usaha saya untuk tambah income dengan buat business, samada USANA atau sellnletgo

5. Promotion Baik Punya
Bila saya mention sebarang blog/produk dan sebagainya, saya akan guna label ini dan ditambah dengan blog/produk yang saya nak perkenalkan tu

6. Tips
Sebarang entry berkaitan dengan unsur-unsur tips..contohnya entry ini

Diharapkan dengan adanya entry ni, senangla readers saya nak baca blog ini ye..Hoh..nampak sangat entry yang tidak membawa apa-apa maksud!!!!

::Copy Cat oooo Copy Cat::

Cuaca kat Putrajaya skang nih tengah ala-ala mendung..bila cenggitu cuacanya, mood aku pun ala-ala mendung la jugak, tetiba masa tu teringat nak carik maklumat pasal pregnancy and haid and subur and...okla, korang paham la kan apa aku nak cuba sampaikan ye..

Memula masuk google, aku pun search la pasal kitaran haid and aku sampai kat blog GH Syukri. Penerangan memang jelas dan tiptop. Pastu aku survey-survey la entry lain dan ada la entry pasal petua untuk mengandung.

Ok fine la, dapat jugak aku tips-tips untuk mengandung...

So, aku pun bloghopping la ke web yang lain dan sampailah ke blog asida. Dan kebetulan blog ni pun cerita pasal haid, hamil, pregnant and whatsoever..aku tertarik dengan satu entry dia - antara punca isteri sukar mengandung and to my surprise, sebijik sepotet entry dia sama ngan entry kat atas tu!!!! Starting pun sama, jiran pun sama ok!!!!!

Cuma web GH Syukri tu ada letak ayat yang perlu dibaca, siap scan lagik handwriting tu tapi blog Asida takde...so I guess kita boleh tau la sapa yang copy sapa kutt..

Kalau korang tak caya aku tulis nih, bukak kedua-dua entry tu and nilai sendiri....sejibik ok!!!!

::THE FAB FOUR::

Aku rasa korang semua tau Fab Four tu stands for what kan? Bukan Fab Buku laa...itu buat cuci baju bolehlah!!! Nih Fab Four, Fabulous Four or widely known as The Beatles..


Back (L-R) : George and Ringgo
Front (L-R) : John and Paul

Aku memang MINAT GILA sama ini empat mamat...I know most of fans, bila tanya sapa diaorang minat mesti either john or paul tapi aku plak minat Ringgo. Why? I think hidung dia cute la..hehehe

And their songs...marvelous!!! Simple lyrics, catchy tune...what can you ask more kan? Aku dah hafal almost all of their songs, yang famous la. Some of the songs yang tutup mata pun aku boleh nyanyi is like Can't Buy Me Love, Eight Days A Week, Help, A Hard Day's Night, If I Fell, And I Love Her...I can go on and on and on and on and on and on macam battery energizer ok?

Why tetiba aku timbulkan pasal the Fab Four nih plak? Sebab tak lama lagi, movie twillight keluar balik kan? Tahap kegilaan terhadap twillight pun akan bertambah..tapi aku rasa tak boleh lawan tahap kegilaan masa zaman the beatles...

Oh The Beatles, I heart You All laaa!!!

::Kalau Aku Kata Sedap, Mesti Sedap Punya::

Rasanya aku nih boleh influence orang kalau bab makan-makan sedap...contohnya, dulu mak aku tak berani nak try california rolls or teppanyaki. Bila aku introduce kat dia, terus ketagih..terus aku yakin yang aku nih memang capable menginfluencekan orang bab makan-makan nih..contoh seterusnya adalah berdasarkan scene-scene di bawah

Scene 1
Aku baru saja diintroducekan dengan roti butterscotch ni dalam 3 minggu yang lepas secara tak sengaja. Tapi sekali makan terus cantikmenariktertarikkaumemangdabomb!!!!!!! Sedap, lembut, cukup perisa..pergghhh...musykil, kenapa aku tak pernah notice pon roti nih sebelum nih..

Inilah rupanya butterscotch itu. Picture taken from here

Bila dah sedap tu, takkan makan sorang kan? So, bawaklah balik sebungkus untuk kaum kerabat di rumah. Haaaa amik ko!!! Tak sampai 2 jam, dah licin, tukang beli pun tak dapat. Sekarang encik suami pun sudah ketagih walaupun harganya RM4.00 sebungkus...huh

Oh, masa aku search gambar nih kat google, dah banyak blog buat entry pasal roti ni rupanya...kenapa aku baru tau?? Hmmm.. (taknak mengaku ketinggalan zaman....)

Scene 2
Bila makan kat Burger King plak, aku memanglah ketagih dengan mozarella cheese stick dia tu..dengan lemak, masin, pejal, kenyal apa semua cukuplah. Memula masa amik cheese stick nih memanglah mengoffer kat encik suami dia taknak. Tapi ada satu kejadian di mana memang dedua dah lapar, apa yang aku offer semua dia amik. Kan orang dah kata sedap, takmo percaya..sehingga ada satu kejadian tu, kitaorg keluar pukul 1.00 pg pastu cuma mengorder 2 sets of cheese stick (satu set tu ada 2 ketul panjang je..kedekut..) ngan air mineral je kat drive thru Burger King Sri Hartamas...mesti orang yang amik order tu pun tension je...

I heart youla, cheese stick!! Picture taken from here

Tapi ada jugak yang aku suka tapi tak berjaya influence encik suami, contohnya steamboat..aku suka bangat steamboat...tapi itu orang tak suka...oh, sudah rindu mau makan johnny's!!!!!

::Thank You Ms Read::

Aku suka baju kat Ms. Read fullstop

Why?

Sebab kalau pergi bershopping di Ms. Read, automatik terasa badan kurus. Di Ms. Read size saya between 12 to 14 yer (and betul kata Meg Cabot, size 14 is not fat ye...)

Pernah try plus size collection dekat JJ, tak menarik.

Disebabkan selalu shopping di Ms. Read, maka saya pun join jadi member sebab kalau dah jadi member banyak benefitnya.


-membership card yang oh so exclusive...-

One of the benefits (besides than everytime I shop there, I'll get 10% discount..) is that bila our birthday month, Ms. Read akan hantar voucher. November sudah menjelma, sudah pasti voucher saya akan sampai bila-bila masa. Dan voucher saya sampai hari Jumaat lalu. Apa yang dihantar oleh Ms. Read?

-cover Ms. Read. Envelope saya tak snap sebab tak suka Ms. Read eja nama saya salah-


-Ms. Read wish saya Happy Birthday...the first one in fact. Yeay-


-Dapat cash voucher and free dessert if dine kat delicious-

Ok, walaupun RM20 sajork tapi boleh jugaklah membantu nak shopping-shopping nanti. Oh, saya juga membership untuk lain-lain store jugak. Tengah tunggu voucher from them also.

Encik suami, bila mau shopping?

-Go Away, Don't Come Again!!!-

Macam yang telah diceritakan dalam entry yang ini, maka pada 5 November hari tu, menenggeklah aku di klinik gynaecology PPUM tu untuk check up yang dah ke berapa dah. Sekarang nih masuk hospital dah biasa dah, sampai dah tau selok belok hospital. Macam tu jugak agaknya perasaan orang yang memang kerap keluar masuk hospital kan?

Dan aku rasa kengkadang aku nih ada sixth sense, tapi sixth sense nih hanya relevan dengan diri aku je. Contohnya kalau aku rasa aku terpilih untuk buat kerja, hati aku dah terdetik dah, memang aku yang kena, and suddenly bos panggil nama aku. Or kalau aku rasa benda tu nothing, aku takkan rasa takut, sama macam bila aku dapat tau aku ada fibroid nih, aku cool sahaja.

Bila number aku dipanggil, aku pun dengan confidentnya mengadap foreign doctor (middle east la, aku tak sure which country) and masa nih la bersyukur sebab sekolah kat Sri Aman (ehem) maksudnya, bolehlah converse baik dengan doctor tu.

Tunggu turn punyalah lama kan, jumpa doctor tu sekejap dia, dia bagitau fibroid aku tu tidak merbahaya, still kecil so nothing to worry about. But they will monitor my situation, in 4 months time, i have to come again and buat ultrasound. Doctor nak tengok fibroid tu dah shrink or makin besar. Kalau besar, kena lah operate..

So, USANA, please do your miracle to me, ya?? Kalau fibroid saya mengecil, sungguh gumbira hati ini!!! Dalam hati jugak berdoa, hopefully masa tu si kecil dah berenang-renang di dalam tummy saya..:) aaaaammmiiinnn

-Wake Up..Wake Up!!!!-

Orang kalau nak sedar nih ada macam-macam cara. No, aku tak maksudkan sedar yang pagi-pagi tu, sebab itu dengar azan subuh pun dah boleh tersedar. Nih aku maksudkan, kalau orang melayu kata sedor diri, kalau orang jowo bilang "wake up call".

Wake up call ni jugak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu perkara, perbuatan atau percakapan yang bila terkena kat batang hidung korang yang kemek tu, terus zaaappp, tersedar, dan mulalah berazam untuk jadi yang lebih baik. Dia mungkin datang dalam bentuk teguran, kemalangan, dan sebagainya.

Wake up call aku datang dalam bentuk teguran yang agak memalukan jugaklah sebab ditegur di dalam meeting. You see, before this, I take for granted yang aku nih "budak baru belajar" sebab baru transfer kat opis tu (padahal dah dekat 7 bulan dah..). Pastu amik lagi kesempatan, senior-senior kat opis tu cakap, ala, tak yah buat kerja lebih-lebih pun takpe...so, aku pun rileks sahaja la...sekali ko hambik!!! Bila my immediate boss bentangkan prestasi, aku second tercorot ok!!!

Am I am not proud of it!!! Mas tu barulah rasa macam kena curah air kawkaw sejuk kat muka dan terus tersedar. Yang boss plak, mesti dok tertanya dalam hati, apalah yang budak sorang nih buat kat bilik dia kalau prestasi dia tak bagus...UWAAAAA!!! Abihla aku nyer appraisal cenggini.

Disebabkan dah dapat wake up call, ari tu jugak balik lambat. Kol 7.30 malam baru terhegeh-hegeh nak carik kunci kereta dan hari-hari seterusnya, aku make sure settlekan kerja dulu baru balik.

And memang dah berazam dah, takmo dapat wake up call lagik. Aku kena always alert and do MORE than expected. And itu jugak yang aku buat sekarang, Insyaallah...

-Real Testimonial!!!-

Sebelum nak promote kat orang sesuatu tu, kita kene terai dulu dengan diri sendiri betul? Kira trial and error la..kalau bebetul berkesan, barulah promote kat orang lain, rite?

So, same goes with me, disebabkan aku rasa USANA bagus, aku pun promote lah kat mak ayah aku. Mind you, kedua-dua diaorang tu YB so, terpaksa lah aku sponsor dulu the first bottles tu. YB?? Bukan Yang Berhormat, Yang Bersara!!!

Before try tu, aku memang dah pesan kat mak ayah aku, makan tu biar berdisplin sikit, baru nampak kesan. Bukan apa, both of them memang dah try macam2 supplement, yang moden, yang tradisional, tapi semua tak nampak hasil, sebab try seminggu dua, lepas tu stop. Oh, lupa nak mention, my dad ada diabetes, my mom ada sedikit sakit pinggang.

Tapi alhamdulillah, lepas seminggu my dad tried USANA, sugar level dia terus turun menjunam!!! Dulu selalu la berbelas-belas, siap asyik kena sound ngan doctor je bila check up. Bila dah amik USANA nih, merundum terus 3.6 you!!

Yang mak plak, baru lah rasa badan dia ringan-ringan sikit and pinggang dah kurang sakit. Kalau idak, nak jalan pun susah.

Bila dah ada real and live testimonial nih, barulah aku betul-betul boleh concentrate with USANA..so, saya dah cuba, anda bila lagi?? :D

-Duit Jatuh Dari Langit.....-

Memula masa aku start jual secondhand books online tu, manalah reti sangat marketing, aku harapkan dok mengshout-outkan kat FB ngan blog ni ajela...tapi lupa plak, macam la blog aku nih selalu sangat orang baca kan?

Hari-hari bersemangat untuk check online blog tu, mana tau order masuk, sekali tengok kosong je. Aku pun bercadangla nak mngglamerkan link aku nih kat blog yang jual secondhand book jugak, tapi fikir balik, takkan la diaorang nak linkkan ye tak? Dah diaorang pun jual sama.
-tetiba jadi mata duitan kalau buku habis dijual..-

So aku pun teraila masuk mudah.com.my tu. Ingatkan senang, rupanya terus kena reject, sebabnya nak masuk advert situ satu barang sahaja ye!!! Yang aku nak pomot, siap blog skalik, terus dia reject!!!

Maka pada satu hari semasa menyinggah blog Kak Red, baru aku terfikir, "eh, kalau aku masukkan kat GBM nih pun macam good idea kan?" Dan telah selamat meregister di situ. First few days cenggitu jugak, excited untuk check, tapi takde jugak sebarang good news sehingga aku dah malas check.

Tapi entah macam mana, hari ni aku check email dan alhamdulillah sudah ada buyer untuk buku-buku aku tu!!! First buyer terus borong 5 buah sekali!!!!

To Kak Red, thanx a lot. Kalau Kak Red takde Column GBM tu, mungkin buku-buku saya masih terperuk dan tak laku. Dan untuk bakal-bakal buyer, jemputlah singgah ke blog buku secondhand saya nih...

Sehingga hari ini saya masih tersenyum sendiri.. alhamdulillah rezeki...

-Cherish Them While They Are Still Around-

Sometimes we take for granted everything and everyone around us. Bila dah takde, barulah kita terasa and menyesal. "I wish I could spend more time with you.." Itu dialog biasa kita dengar kalau ada orang yang kita sayang dah tiada.

While you still have the time, enjoy and spend some time with your friends..tak kiralah outing ke, shopping ke or leisure shaja, janji spend time. Macam kitaorang, aktiviti wajib every year (kengkadang 3-4 kali..) mestilah BBQ and selalunya kat rumah Manda la..heheh...thanx Manda..

These are some of the pictures yang sempat disnap during BBQ time, tak ingat date dia, yang penting, we had such a great time masa nih...eh, guys, bila mau pegi Alang Sendayu la???
-the babes, Elina (L) and Farah (R). Wah, pandai you "cover line" ek Elina?

-another babes, Hanitah (L), her SIL (M) and Manda (R). Manda, sori gambar lain takde...heheh-
-the BBQ stuffs, chicken, beef, sausages and balls, prawns and squids-

-the tender beefs..-

-the mamats and the kids, tak yah promote, all taken!!!-

-the kids berangan kat Hawaii-

-the kids, hopefully the will stay as friends throughout the coming years... :) -

And yes Hazirah, we missed you during this BBQ thingy!!! And not forgetting, you too, Aleysha and Yap!!!!!

-Comelnya gantung-gantung!!!-

Aku nih bukanlah seorang yang suka ikut trend. Kalau korang tengok closet aku dari zaman sekolah, zaman U sampai la kerja dah tua-tua cenggini, sama je. Kalau kerja, memang baju kurung memanjang, kalau nak horey-horey, adalah suka dengan memakai jeans dan top yang ala-ala tee shirt. Tudung plak, memang tetap dan berpencen, tudung bawal, tak kiralah bawal first class ke second class ke bawal putih ke bawal hitam ke, yang penting bawal. Bila pakai tudung bawal ni terasa...ohsayasungguhcun!!!!!

Bukannya tak pernah cadang nak tukar style. Adalah jugak buat baju kurung moden dua tiga pasang, baju kurung pesak ngan baju kebaya, tapi sudahnya tetap tarik baju kurung jugak untuk dipakai. Tudung pun macam tu, penat beli tudung munawarah la, tudung ekin la, tetap nak pakai jugak tudung style makcik-makcik.
- bila la aku nak pakai tudung macam kat atas ni? gambar pinjaman site ni -

Di satu malam, masa berjalan-jalan di MV ngan encik suami, tetiba tersinggah kat stall-stall yang jual barangan comel-comel kat tetengah laluan tu. Tengok punya tengok, ternampak earring yang tergantung-gantung tu..ish, saya memang suka tengok orang pakai earring tu, tapi tak terasa nak beli sebab macam tak praktikal, bila plak aku nak memakainya kan?

Tapi sebab aritu niat menyopping telah menggila, teruslah terbeli tiga..cantik kan? Ada kaler hijau, hitam dan purple. Oh, i am SOOOO in love with the green earring tu.. :)
-cantik tak? tak cantik pun please la bagitau cantik, kalau tak saya merajuk nanti..-

Oh, disebabkan tidak boleh pakai ini di luar, maka saya melawa memakai earring ini di rumah sahaja dan untuk encik suami :)

-To MC or Not To MC, That Is The Question..-

Aku nih sejak dari dulu lagi, cukup anti kalau orang sakit tapi still nak pegi kerja. I mean, kalau you memang dah tak larat nak buat kerja, amik leave and rest at home la kan? I know some of you nak jaga "sucinya" kehadiran to the office, kira kalau memang tak amik mc or sick leave setahun tu, kira pekerja yang paling cemerlang la ye??

And aku tak nafikan, ada sesetengah orang tu, gunakan mc sebab cuti tak lepas, yerla, kalau dah asik mc ari Isnin ngan Jumaat aje, apa kah maksudnya pulak kan??

So, sekarang nih aku di dalam dilemma...sebabnya semenjak aku miscarriage aritu, memang aku kerap mc. Aku tau, macam tak relevan je kan, mc sebab demam, kaitkan ngan miscarriage plak. So, dah beberapa hari nih coughing je kat opis sebab nak amik sick leave pun dah segan. Cuti tahunan? Huh...worst ok?? Tahun nih sebab cuti kawen je habis burnt my leave!!!! (tapi masa cuti kahwin tu tak ingat plak.. :p)

picture from this site

Kiranya aku nih terpaksa la menjilat sendiri ludah aku..laa, korang janganlah bayangkan secara literally, memangla geli!!!! Ini kan peribahasa, so, aku kata aku anti orang yang sakit tapi datang opis, last-last aku pun buat cenggitu jugak..

So, pengajaran untuk entry aku kali ini adalah bila nak anti sesuatu tu, sila tengok diri sendiri..mana tau one day engkau pun akan buat benda yang sama, Aida Manap ooiiii....

-Rest In Peace My Friend-

Memang jiwa rasa tersentap kalau dapat tau ada antara kawan-kawan kita ditimpa kemalangan. Apatah lagi kalau nyawanya dicabut dengan sekejap, masa tu mula terasa, kenapa la aku tak spend time dengan dia sungguh-sungguh...

Macam yang aku tulis, clan 334 last year dah jadi 333 dan semalam, officially dah jadi 332. Batch 2/2004 kehilangan seorang ahli, Wellingon...doctor suspected dia kene meningitis and terus attack his brain. Dia meninggal pun sebab doctor dah pronounce brain dead and alat bantuan pernafasan dicabut.

Personally aku tak kenal Well, tak pernah pun berborak dengan dia cuma setakat hi hi sahaja, tapi memang Well seorang yang baik, lemah lembut, tak banyak cakap. Dia memang tak pernah menimbulkan masalah dalam batch kami, bukan macam sesetengah tu...

Apa yang ditulis oleh Tariq memang menyentuh perasaan aku walaupun aku tak kenal Well. Hanya sedikit bantuan aku dapat bagi kat keluarga dia..moga dapat membantu..

Dearest Well, eventhough I dont know you that much, but you always have a place in our heart, batch 2/2004...rest in peace my friend....

-Saya Bukan Gadis Jingga-

Well, dengan adanya photo kat atas nih, memang sah-sah korang tau aku nak tulis pasal apa, kan? Takkanlah nak tulis pasal Forum Islam plak, ye tak? Oh, apa hal plak title gadis jingga tuh plak kan? heheheh...gadis jingga tu kengkonon flight attendant untuk ada satu syarikat penerbangan tu laa....tak paham? pegi tengok citer Awan Dania, barula paham!!!

Sebenarnya nak kata aku minat sangat cite Awan Dania ni tak jugak, nak kata melekat kena tunggu setiap hari Isnin, kol 10.00 malam di Astro Ria, channel 104 tu takla sangat..(huh, kata tak minat, tapi siap hafal bila siaran tu..) Macam Nur Kasih jugak, kira kalau sempat tengok, I tengok la..kalau tak sempat, takde hal..

Aku dah menyampah nak tengok beriya-iya cite bersiri ni lepas tertipu cerita Jelatang. Siapa yang pernah dan terasa tertipu macam aku masa tengok citer tu, sila angkat tangan!!!

By the way, cerita awan dania nih, ok saja la..ada part yang kelakar best, ada part yang macam tahapahapatah, especially bab Dania mula mengarut buat muka kengkononlawaksukamasukkantangandalammulut... tuh aku menyampah.

Anyway, sempat mensnap citer nih masa tengah keluar kat tv aritu sampai encik suami pun tegur...hehh..sori encik, mau gambar yang original maaa!!!


So, enjoy....