-Fibroid Plak-

Aku dah explain on previous entry, reason aku ambil USANA is because doctor suspect aku ada cyst masa buat scanning. Tapi based on blood test, katanya clear of any tumour mark, but disebabkan aku dah booked kat Radiology Department to do ultrasound yang lagi complete, so, aku pun pegila 29 aribulan aritu.

Nasib baik la tak tunggu lama..why? sebab kalau nak buat utrasound bahagian perut for women, kena bagi bladder penuh and kena tahan kencing. Aku memula ok, bila dah tak tahan inform la kat atendan situ. Punya lah lambat, so aku dah terkencing baru panggil nama, kena la isi balik bladder (kembong aku ok?)

Anyway, dulu scan biasa, nampak cyst je..now dah nampak fibroid plak. So, aku tanya la jugak does this mean aku kena go through operation nak buang fibroid tu, tapi the officer kata tak yah and the best part is dia kata insyaallah boleh pregnant lagi.

Cuma aku musykil, aku nih takde masalah with "bendera merah" aku. Kehadirannya memanglah tidak selesa, tetapi tidak mengganggu dan takde plak senggugut yang nak tergolek bawah pokok ketapang tu. But sometimes (I think selalu jugak) aku rasa macam lower part of my abdomen tu penuh selalu and asyik nak terkucil je rasanya.

Biasa lah aku nih, sebab skang nih senang nak surf internet, (sebab saya dah potong, of course!!! -bagi yang blur, sila tengok iklan P1 WIMAX..) maka telah mencari info pasal fibroid. Telah jumpa dua site yang interesting, here and here. Maklumat yang diberikan memang sangat memuaskan, secara amnya fibroid adalah benign, tidak perlu dibuang kecuali berbahaya. And turned out yang aku rasa penuh je kat lower abdomen and also rasa nak terkucil aje tu is because of fibroid nih. Kiranya aku miscarriage hari tu mungkin sebagai petunjuk supaya aku tau yang aku ada fibroid and cyst. Yerla, kalau tak gugur, sure tak buat scan yang cenggini, so end up tak tahu ada fibroid and cyst, kan?

Apa-apa pun, aku ada appointment wih gynaecologist to discuss on this. Tengoklah apa plak yang dia advice nanti..

No comments: