-Wake Up..Wake Up!!!!-

Orang kalau nak sedar nih ada macam-macam cara. No, aku tak maksudkan sedar yang pagi-pagi tu, sebab itu dengar azan subuh pun dah boleh tersedar. Nih aku maksudkan, kalau orang melayu kata sedor diri, kalau orang jowo bilang "wake up call".

Wake up call ni jugak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu perkara, perbuatan atau percakapan yang bila terkena kat batang hidung korang yang kemek tu, terus zaaappp, tersedar, dan mulalah berazam untuk jadi yang lebih baik. Dia mungkin datang dalam bentuk teguran, kemalangan, dan sebagainya.

Wake up call aku datang dalam bentuk teguran yang agak memalukan jugaklah sebab ditegur di dalam meeting. You see, before this, I take for granted yang aku nih "budak baru belajar" sebab baru transfer kat opis tu (padahal dah dekat 7 bulan dah..). Pastu amik lagi kesempatan, senior-senior kat opis tu cakap, ala, tak yah buat kerja lebih-lebih pun takpe...so, aku pun rileks sahaja la...sekali ko hambik!!! Bila my immediate boss bentangkan prestasi, aku second tercorot ok!!!

Am I am not proud of it!!! Mas tu barulah rasa macam kena curah air kawkaw sejuk kat muka dan terus tersedar. Yang boss plak, mesti dok tertanya dalam hati, apalah yang budak sorang nih buat kat bilik dia kalau prestasi dia tak bagus...UWAAAAA!!! Abihla aku nyer appraisal cenggini.

Disebabkan dah dapat wake up call, ari tu jugak balik lambat. Kol 7.30 malam baru terhegeh-hegeh nak carik kunci kereta dan hari-hari seterusnya, aku make sure settlekan kerja dulu baru balik.

And memang dah berazam dah, takmo dapat wake up call lagik. Aku kena always alert and do MORE than expected. And itu jugak yang aku buat sekarang, Insyaallah...

4 comments:

Farah . 5577 said...

hi aida..
wake up call mmg sentap kan..
my wake up call skrg adalah utk mencari kerja baru..
collegues lama yg fun semua dh berenti n plan nk berenti, disebabkan oleh politik yg mcm tuuuuut!

salam kenal..

Aida Manap said...

salam kenal...err, can i just call u fiver sahaja? :D

memang sentap bila dah kene wake up call tu..tapi in your case lagi susah kan?

oh...office politics memang sucks!!! but insyallah, saya doakan awak dapat kerja yang lagi ok.. :D

Anonymous said...

salam aida, baca wake up call ni membuatkn aku rasa cam ngeri jer nk tgk prestasi aku nnti..rasa nyer cam ley agak2 jer markahnya (huhuhu) sebelom ni markah mmg best jer, tapi since wat kejer baru ni (baru 6 bln)big boss aku cam x satisfied jer ngan aku(boleh dilihat ketika meeting,aku yg sll kena BOMM)..

Aida Manap said...

hi ms/mr anonymous..

itula...the same goes with me..sakit bila asik kita je yg tak perform, tp what to do...kenela usaha lebih sikit...