Air Halia Awet Muda

Yer aku tau, nescafe tak bagus, sebab banyak kafein and banyak angin. Yer aku tau air masak tu elok walaupun tak berperisa. So, sekarang ni azam memang nak kurangkan minum nescafe (ni bukan azam kau dari 2 tahun lepas ke Aida??) and jugak nak kurangkan ais. So far, berjaya lah dah dua hari tak minum nescafe and also ice-ice ni, minum air milo ngan air masak je.

Oh, kalau nak kurangkan angin, anda juga digalakkan untuk minum air halia. So kat bawah ni aku post resepi nak buat air halia kawkaw punya, takyah pegi kedai mamak nak minum air halia lepas ni!!
Halia Muda


Daun Pandan

Gula Batu

1. Cuci halia muda sebersih-bersihnya (tak payah buang kulit). Tumbuk just nak bagi halia muda tersebut pecah dan masukkan dalam periuk berisi air.
2. Tunggu sampai air tersebut menggelegak. Masukkan daun pandan. Bila dah terbit bau halia, tutup api.
3. Masukkan gula batu (jangan manis sangat, agak-agak manis buah gitu), dan kacau sampai larut gula.

Air halia ni elok diminum semasa suam-suam cenggitu. Tapi kalau ada lebihan, boleh disejukkan dan everytime nak minum, just panaskan je air halia tu balik. Kalau selalu diamalkan, gerenti perut tak rasa bloated and takyah nak detox-detox ni sebab angin semua dah keluar sendiri.

Note:
1. Gambar saja diletak bagi bebudak moden yang tak kenal halia muda, gula batu jugak daun pandan. Gambar dikebas dari Google.
2. Tajuk tu tak mencerminkan entry sebenarnya..heheheh

3 comments:

Unknown said...

waaah baguss.
nak cubaa la. angin mcm puting beliung dlm perut

enimoon said...

Aida, ada gak satu resipi lain yg lebih sedap. Dalam rebusan air halia tadi tu dicampur serai yang dah dititik. Lagi wangi & segar baunya.
Selain guna gula batu, boleh diganti dengan brown sugar. So, colornya nanti nampak macam air teh gitu. Selamat mencuba.

Aida Manap said...

lynn - yepp...better buat sendiri, yg jus halia instant tu pun lebih kurang je..
enimoon - ye? serai biasa or serai wangi? nanti i pun nak try jugakla..