Sebagaimana yang korang tau, aku selalulah bercerita mengenai ketidakbestan aku kerja kat opis baru ni (ada ke word tu?). Dengan member-member pun, bila bukak citer je, mulalah bagitau kerja tak best, tak mencabar minda, tak membangunkan prestasi dan berjuta-juta tak lagi la?
Belum masuk dari segi psychologically, bangun tidur je, takde pikiran lain. Asyik cari peluang untuk ponteng or skip kerja la kan. Sebab punyalah tak tahan, maka macam entry yang lepas-lepas, telah memohon sambung belajar Master in Management Science at INTAN. Cheh, masa tunggu result tu, buat kerja pun nak tak nak je, yerla, konon-konon bulan Mac dah nak sambung belajar.
Sekali ambik ko!! Tak terpilih!!! Jadilah macam meludah air ke atas, jatuh balik ke atas muka.. err, cenggitula bunyi peribahasa dia, aku pun dah lupa. :p
Cuma sebenarnya bila aku tak berjaya sambung belajar tu, aku review balik apa yang aku dah buat selama aku berada di tempat baru ni. Orang kata muhasabah diri la. Dan sesungguhnya, aku sedar, bahawa sebenarnya aku yang tidak berusaha untuk memahami tugas aku ni, tak berusaha untuk menyayangi apa yang aku buat sekarang. Jadi bila aku tak paham, tak cinta maka aku tak redha nak buat, itu yang bermacam-macam masalah timbul, especially psychological part where aku rasa malas je nak kerja.
And now, alhamdulillah, aku lebih sayang kerja aku, aku lebih bersemangat untuk bekerja. After all, kerja, mana-mana pun sama kan? Kita la yang kena wujudkan keadaan on how to bring satisfactory in our work right? And actually dengan menghadiri seminar "developing an excellence mind" tu memang banyak merubah cara pemikiran aku terhadap sesuatuperkara which aku sekarang lebih optimistik.
Hopefully aku akan sentiasa berperasaan contented macam kat gambar di atas ni. Insyaallah, jika DIA merasakan aku sesuai di tempat lain, ada peluang untuk aku pindah jugak, amin.
No comments:
Post a Comment