Jatoh chenta dengan Tupperware!!!!

Dulu masa aku kekecik as in masa aku primary school, kerap jugak la mak bawak balik tupperware yang dia beli dari kawan opis dia. Masa tu tak banyak lagi MLM, so kira tupperware tu "in thing" la masa tu. Tapi yag tensionnya, mak aku beli je, pakainya idak. Bawak bekal masih lagi kena pakai tipuware..huh!!

Lepas tu, bila dah kerja ni, ada la jugak aku tengok orang bukak booth jual tupperware, tapi aku memang tak teringin pun nak beli. Yerla, aku pun dah terikut-ikut mak aku, "pakai tipuware je, senang, boleh pakai buang lagi."

Tapi entah macam mana, dalam tak hingin nak beli tu, aku dah terbrowse thru website tupperware and my god!!! Bila dah tengok tu, terus jatuh centa dengan tupperware!!! Satu yang memang tupperware boleh proud of is design dia yang memang menjimatkan space. Bukanlah aku kata yang lain-lain tak boleh, tapi berbanding dengan tupperware, kebolehpercayaan dia tu lebih sikit.

Lagi-lagi pulak bila dapat beli tupperware ni dengan harga dealer..lagila aku bertambah jatuh centa dengan tupperware!!! Hai, nampaknya aku pun dah kena la join kelab penchenta tupperware lepas ni... heh!!


Tengokla tu, buy 8 free 8...dah tak payah penuh fridge dengan bekas plastik yang boleh membahayakan kesihatan tu lagi

Waaahhh..bekas bawang pun ada!!!!! takpe..takpe..aku amik rice dispenser dulu, lain tawon baru amik bekas bawang...heheheh

Baju Kelawar, anda boleh duduk dendiam sekarang!!!

Mulai minggu depan, confirmla aku dan encik suami tinggal berdua aje di rumah yang mempunyai empat bilik dan dua bilik air tu. Sebabnya, tuan haji Manap dan puan hajah Siti Fatimah dah mengambil kata putus untuk mengangkut barang-barangnya (kecuali yang diaorang dah taknak) untuk dibawa ke rumah baru di Melaka. Congratulations ayah!!! Walaupun dah pencen, masih tetap merasa rumah baru ek? :)

Dengan confirmnya ayah ngan mak berpindah ke rumah baru, maka confirmlah jugak pencarian aku bermula. Nope...bukanlah pencarian perabot or household items yang lain sebab itu tak berapa penting, ini pencarian baju seksi untuk tinggal berdua dengan encik suami nanti....hiiiiiiii. Sebelum ni, pakaian rasmi aku di rumah sebaik sahaja bangun tidur sehingga nak tidur adalah baju kelawar. Hahahahahah...kelakar tak? Yerla, aku rimas la nak pakai t-shirt ngan seluar or kain batik. Pakai baju kelawar je lagi senang, sarung sekali, abih cite.

Yerla, cuba korang imagine *sila letak jari telunjuk di dahi dan buat muka berkerut sekarang...* Semenjak dari aku ngan encik suami memula kahwin, memang dah sah-sah duduk ngan parents aku sementara nak tunggu rumah Melaka siap, maka bila masanya nak berpakaian ala-ala sexy summer dress di hadapan encik suami? Tak kosa aku setakat pakai dalam bilik, bila nak kuar tengok tv ke nak gi toilet ke, kena tukar...dahla sememangnya sepanjang-panjang aku tinggal dengan mak ayah aku, short pun tak pernah pakai...anak yang alim katakan.. heeeee

Jadinya, aku telah bercadang nak beli baju ala-ala summer dress untuk lepak-lepak kat rumah nanti. In case tengah lepak-lepak, encik suami ajak keluar, aku sarung je legging/jeans ngan cardigan, dah selesai.
pic courtesy from Elegant-Extravaganza

pic courtesy of Cheap-Summer-Dresses

Santeeekkknyaaa!!! Boleh aku pakai ngan earrings labuh yang aku dah siap-siap beli tapi tak tau bila tahun nak pakai. Now tak sabar plak nak tunggu hari tinggal berdua je ngan encik suami.. Ngeeeee.....

Oh ya....baju kelawar, sekarang anda boleh duduk dendiam di dalam gerobok sehingga tiba waktu saya nak tidur..

Puji Ada Maknakah???

Orang tua-tua dah banyak kali berpesan, "kalau kena marah selalu, bukan bermaksud orang tak sayang, kalau kena puji selalu bukan bermaksud bagus sangat..kalau kena marah, cepat-cepatlah betulkan kesalahan yang dibuat, kalau kena puji cepat-cepatlah merendah diri, takut terlebih mendongak, jatuh tersungkur, tak bangun-bangun terus!"

Ok tipu. Sebenarnya aku tak tau pun orang tua mana yang banyak cakap macam tu, sebab aku mereka-reka je dialog kat atas tu. Heh..tapi for sure memang aku pernah dengar orang tua berpesan, kengkadang orang yang memuji-muji kita tu sebenarnya nak menjatuhkan kita, jadi beringatla.

Jadi, bila hari ni dipuji, tidaklah hidung aku terkembang. Bukanlah jugak nak kata ada udang sebalik batu, tapi lebih baik berhati-hati dan berwaspada. Kutt bila dah lena diulit pujian, sekali kena sound sedas dua, tak boleh bangun aku kang!!

Kena urut sengkak rahim lagi..

Pakej urutan aku dekat Spa Artiyana dah habis. Tapi sebab service dia bagus, maka aku pun menyambunglah pakej urutan tradisional dia lagi. Yerla, kalau tak pregnant, aku ingat nak buat urutan sebulan sekali, kasi rileks badan. Kalau dah pregnant, start 4 months nanti la baru start mengurut.


Tapi plan semua tak menjadi. Last monday, kena jugak berurut semula kat Spa Artiyana lepas aku miscarriage second time. Yepp, second time dah aku miscarriage. Ramai jugak yang tanya, "Kenapa?" , "Angkat berat-berat ke?", "Ada jatuh tak?"



In a way, aku terharu ada jugak orang ambil berat pasal aku, tapi sedikit perasaan marah tu ada apabila ditanya begitu, macam miscarriage kali ni disebabkan angkara aku. Padahal pregnancy yg second time ni, memang aku berpantang habis. No cold drinks, no nescafe, no benda sejuk yang lain, no mee, no laksa...sigh...tapi dah bukan rezeki kan?


Anyhoo...aku bukan nak citer pasal tu, aku just nak share sedikit info yang aku dapat dari kak gee berkaitan dengan penjagaan wanita ni. Menurut kak gee, perempuan memang tak elok makan benda sesejuk ni, especially ais. Sayur, yang paling tak elok adalah petola. Kalau sawi tu paling elok. And pantang paling besar untuk perempuan adalah pisang embun. Buah plak, dia kata masa gugur ni, jangan makan buah anggur, gerenti tumpah darah lagi teruk.



Aku tak tanya plak rasionalnya, tapi dah dikatakan begitu, aku pun iyekan ajela. Janji sihat, rahim aku strong balik untuk aku try to get pregnant for the 3rd time.



Tu pasal bila aku tengok baby dibuang-buang, aku sangat sedih. Dulu sedihla jugak, tapi bila dah miscarriage dua kali ni, sedih dia bertambah. Napa aku yang dah "halal" untuk mengandung ni susah betul nak tahan kandungan, yang "haram" mengandung tu senang je, pastu dah bersalin dibuang aje. Tak nak baby tu kasi kat aku nihaa....



p/s: Angah, aku pun dah minum jus bidadari tu. Thanx ye.. :)