-Fibroid Plak-

Aku dah explain on previous entry, reason aku ambil USANA is because doctor suspect aku ada cyst masa buat scanning. Tapi based on blood test, katanya clear of any tumour mark, but disebabkan aku dah booked kat Radiology Department to do ultrasound yang lagi complete, so, aku pun pegila 29 aribulan aritu.

Nasib baik la tak tunggu lama..why? sebab kalau nak buat utrasound bahagian perut for women, kena bagi bladder penuh and kena tahan kencing. Aku memula ok, bila dah tak tahan inform la kat atendan situ. Punya lah lambat, so aku dah terkencing baru panggil nama, kena la isi balik bladder (kembong aku ok?)

Anyway, dulu scan biasa, nampak cyst je..now dah nampak fibroid plak. So, aku tanya la jugak does this mean aku kena go through operation nak buang fibroid tu, tapi the officer kata tak yah and the best part is dia kata insyaallah boleh pregnant lagi.

Cuma aku musykil, aku nih takde masalah with "bendera merah" aku. Kehadirannya memanglah tidak selesa, tetapi tidak mengganggu dan takde plak senggugut yang nak tergolek bawah pokok ketapang tu. But sometimes (I think selalu jugak) aku rasa macam lower part of my abdomen tu penuh selalu and asyik nak terkucil je rasanya.

Biasa lah aku nih, sebab skang nih senang nak surf internet, (sebab saya dah potong, of course!!! -bagi yang blur, sila tengok iklan P1 WIMAX..) maka telah mencari info pasal fibroid. Telah jumpa dua site yang interesting, here and here. Maklumat yang diberikan memang sangat memuaskan, secara amnya fibroid adalah benign, tidak perlu dibuang kecuali berbahaya. And turned out yang aku rasa penuh je kat lower abdomen and also rasa nak terkucil aje tu is because of fibroid nih. Kiranya aku miscarriage hari tu mungkin sebagai petunjuk supaya aku tau yang aku ada fibroid and cyst. Yerla, kalau tak gugur, sure tak buat scan yang cenggini, so end up tak tahu ada fibroid and cyst, kan?

Apa-apa pun, aku ada appointment wih gynaecologist to discuss on this. Tengoklah apa plak yang dia advice nanti..

-Dedicated For My First Customer..-



Kamu nampak itu dua gambar kotak di atas? Harap-harap kedua-dua kotak ni selamat sampai ke Adelaide, South Australia la hendaknya.

Apa ada di dalam? Dua nutrimeal dan dua fibergy serta satu shaker (hadiah khas) untuk my first customer...adi!!!! Thank you darling!!!

Serious, aku tak sangka plak ada orang nak order USANA ni lepas tengok gambar "dagu runcingku" (encik suami, eat your heart out!!!!!), tapi I guess you know me kan adi? tak pernah-pernah daguku runcing and thanx to USANA, runcing sudah jadinya.. :D

Oh, and today telah bloghop to Mrs. Kown's blog, ada satu entry regarding her picture when she was errr huge (sori, I dont mean it..) until last week, she lose weight. Sangat kagum okeh!!! Orait, one of the day aku buat jugak entry macam nih ek??

-2nd Week Update, Sudah Boleh Buat Breast Stroke Style!!!-

Ini entry yang update life ok? Selalu yang korang baca tu, tu semua schedule entry. Tapi untuk swimming progress, aku akan buat entry on the spot sebab excited nih!!!

Memula ingat kelas hari nih cancelled sebab ada hujan rintik-rintik, tapi that was around 12.20 tgh hari. My class at 1.00pm, so gigih jugak la drive ke Presint 16 tu. Nasib baik pegi, sebab sampai sana tak hujan pun.

Untuk hari ini, saya dah belajar untuk berenang cara breast stroke..yeay!!! Apa itu breast stroke style?? According this website, "The breaststroke is a swimming style in which the swimmer is on their chest and the torso does not rotate. It is the most popular recreational style due to its stability and the ability to keep the head out of the water a large portion of the time. In most swimming classes, beginners learn either the breaststroke or the front crawl first. But in competitive swimming, the breaststroke is regarded as one of the most difficult strokes, requiring comparable endurance and leg strength to other strokes."


::Kalau dah terer aku nanti, cenggini la gayanya..hoh!!::

Tapi kalau ada orang record aku masa tengah berenang tu, amatlah hodoh ok?? Last week belajar kick, skang masuk tangan and nak breathe. So, aku jadik robot dalam air. Sambil tahan napas, dalam hati kena ingat, " kick kaki, 1, 2, 3, kuak tangan, angkat kepala...Kick kaki, 1, 2,3, kuak tangan, angkat kepala.."

Anyway, happy sebab dalam 2 minggu je dah belajar satu style. Aku rasa aku dah ok, cuma kena lebih prektis. Kak latifah pun cakap, aku nih songsang plak, orang guna kaki untuk kick kuat, aku tang tangan plak lagi kuat. Takpe..takpe..lepas nih boleh la berlagak pegi swimming ngan bebudak tu...heheheheheh

-Air Tangan Isteri Lagi Sedap Dari Air Tangan Chef-

Cheh. Tajuk over ok??

Tapi betul apa? Ramai pun cakap macam tu, jadi bagi readers yang dalam proses nak kahwin (heh), trust me, sekali skala masak lah kat rumah, tak kisah masak apa pun, janji masak. Kan ke buku resipi banyak, saji, rasa, women's weekly, semua ada. Kalau kamu tahu nak hidupkan dapur gas tu, boleh masak la tu namanya.

Aku nih sebenarnya dah lama berjanji dengan encik suami nak masak ayam masak merah, tapi janji tinggal janji la kan. Bukan apa, bila nak masak, bahan tak cukup. Dah kata namanya ayam masak merah, kalau ayam pun takde, nak masak apa, ye tak? Bila bahan memasak dah cukup, mood I plak lari beribu batu jauhnya. (sebenarnya takut sebab tak penah masak lauk nih before)

Jadi malam semalam sebab tak mahu dicap durhaka, masak la jugak ayam masak merah tu. Memang senang rupanya, main campak-campak, ini lah hasilnya!!!

::Ingat, rupa luaran tak penting, yang penting isi dalamannya...::

Lepas tu, mestilah masak sayur sikit kan? Nasib baik dah sempat beli sayur senang. Sayur senang? Ye readers, sayur kobis, brokoli, kobis bunga, kacang panjang adalah sayur yang senang di"siang". Sayur susah plak seperti (seperti? wah, ayat...) bayam, sawi, kangkung..paham?? Jadi ini pun dicampak-campak dan hasilnya??? Wallllaaa!!


Tadi ingatkan nak buat kelas memasak, tapi tukang masak lapar gila ari nih, tak sempat nak snap sambil memasak, amik yang siap je la ok? Enjoy...

-Dah Tercapai Ke Belum?-

Diam tak diam, dah nak end of october dah ye? Another two months to go and then, bye bye 2009...

Selalunya dah dekat-dekat end of the year baru la orang analyse azam dia tercapai ke idak kan? Tapi dis morning, on the way to hospital for check up (ok, yang nih akan diceritakan different entry kelak), dengar lah sinar.fm nyer topik about azam tahun nih, dah tercapai ke idak and suddenly i feel like macam, hey, nak buat yang nih jugak la!!! Uppps, let me check prvious posts, ada citer pasal azam tak??? okeh set, takde...baru la boleh kelentong korang cenggini...so, let's begin!!!

(i) Azam wajib setiap tahun - nak kuruskan badan (apa cara la sekalipun!!)
Progress?? Okeh, yang nih boleh dikatakan 70% berjaya, sebab berat badan aku nih memangla cam yoyo. Naik lama, turun kejap. Huh, nyampah!!! Tapi dengan bantuan USANA (ehem) hopefully tercapailah hendaknya.

(ii) Belajar swimming
Progress?? Yeay!!! Yang nih dah berani jamin 100%!! Yer..yer..walaupun aku azam dari awal tahun, tapi dah nak dekat hujung tahun dapat buat, kira berjaya la jugak kan..heh

(iii) Belajar third language
Progress?? Yang nih kene carry forward next year., tak yah citer bebanyak. Hoh, boleh cenggitu?

(iv) Tambah income
Progress?? Dalam proses..hopefully everything went well..

(v) Start saving
Progress?? Walaupun after kahwin baru start saving RELIGIOUSLY, tapi sangat happy okeh, sebab nampak duit bertambah. Sebelum ni, masuk RM100.00, korek balik RM150.00, boleh??

(vi) Apply for Master Program
Progress?? Apply aje pun. Result? Tak lulus. Hasilnya? Kene apply lagik tahun depan.

Yang lelain tu, azam jugak tapi di luar bidang kuasa, contohnya:
(i) Mau kawen jugak tawon nih. Dapat pun kawen.Heh..
(ii) Nak ada baby. Yang ni, almost..dapat simpan for 2 months saja.Sad.
(ii) Naik Pangkat. Alhamdulillah, manage to be posted to higher responsibility. Alhamdulillah.

Bila buat list macam nih, baru notice yang banyak jugak azam aku tercapai. Masudnya selama ini boleh tercapai, sendiri aje taknak buat. So, kene start buat list untuk next year plak la starting with dapat baby. *Suka*

-Sugar Level Turun? That's Good News!!!-

Bagi orang-orang lama (ehem) yang ada diabetes, berita gembira bagi diaorang bila jumpa doktor adalah sugar level turun masa buat check up. Selalunya ramai yang akan puasa sunat dan berpantang sebelum nak jumpa doktor, especially 2 hari sebelum. Dan selepas jumpa doktor, diaorang masih berpantang jugak, tapi kali nih "pantang jumpa", teh tarik pun dibedalnya!!

Macam tu jugak ngan ayah aku. Sebelum ni, sugar levelnya memang la memanjang belas-belas je, yerla, makan tak berpantang, eksesais tak buat, macam mana? Lepas tu memang dah try macam-macam supplement, dari Luxor, Alpha Lipid, sampailah ubat style kampung nih, misai kucing la, jarum emas la, tah apa-apa lagi tapi keputusannya tetap belas jugak.

So, bila aku tengok testimonial Lady Imran yang ramai customer puas hati sebab sugar level akan turun, aku pun suruh la ayah try. Eh, bukan try kosong ye, aku la kene belikan, ala, invest 1st time, lepas tu kenela tuntut bayaran balik dari ayah. Eheh.

Good news?? Ayah aku check sugar level yesterday, turun 3.6!!! Padahal baru makan seminggu lebih. Now he's excited, sudah eksesais pagi petang dan skip makan malam.

Ayah aku akan ada appointment doktor bulan disember nanti. Kalau doktor pun puas hati, barulah terbukti USANA nih memang berkesan!

Tumpang lalu - bagi yang nak tau apa nih USANA, feel free to email me.. thank you!!

-Memain Ye, Kan Dah Kene Sergah Ngan Aku-

Oh, pernah tak korang tengah sibuk buat kerja (apa-apa jerla pun...) tetiba dapat message alert kat hand phone? Tak kira la, berbentuk lagu ke, orang cakap ke mahupun vibrato sahaja la kan. Mesti korang segera nak tengok sapa sms, mungkihkah kekasih hati, mungkinkah mak ayah, mungkinkah best friend nak belanja makan mahupun bank suruh bayar kad kredit, betul? Tapi bukak-bukak je, tengok-tengok Celcom..mesti hangin kan??

Ok...kalau celcom takpe, tapi apa yang berlaku kat saya semalam, sedang sibuk melayan pelanggan tetiba bertalu-talu sms masuk, berderet-deret plak tu...mana saya tau? Sebabnya phone di dalam handbag dan diletakkan di vontot. [ayat kak red] So, bertalu-talula rasa vibrato nye sebab dah silentkan phone awal-awal tadi. Lepas je abih layan kastemer, terusla aku check sapa yang sms tu, adakah encik suami belahan jiwa nak ajak deting malam nih?

Tapi bukak-bukak je, aku dapat sms yang kat bawah nih...


Siapa plak ni, bertalu-talu plak tu menghantar sms. Nak kata kastemer USANA, aku tak pablish nombor enset lagi. Ko tengoklah tu, berderet-deret masuk sms.

Lepas tu aku bukak la sms tu satu-satu....kurang asam!!! Ko tengok tu, semua sms kosong!!!

Aku mana boleh tahan, terus la call nombor tu...nasib baik ringing...

Aku : Hello, I nak bagitau la, your number keep sending email sms to my number repeteadly. Boleh saya tau nih siapa ye?
Mr X: Saya *tuuuuuttt*.. oh, sorry, salah nombor kutt...sapa nih ye?
(huh, ada ati lagik nak tanya aku sapa? Ko yang antar sms kat aku kan?? Aku dah tinggi suara masa nih)
Aku : Eh, you yang hantar sms kosong kat nombor saya, lagi nak tanya nama saya. Tak payah, cuma you better stop doing that sms thingy, kalau tidak saya repot sebab mengganggu saya!"

Terus aku put down the phone dah hasilnya, sampai sekarang takde sms-sms lagik dah..haaa, baru ko tau kene sergah ngan aku!!!!

-Kan Dah Tersalah Cakap!!!-

Orang tua-tua selalu kata, kerana mulut badan binasa. Memang betul la tu!!! Salute la orang tua-tua nih, tak belajar tinggi-tinggi pun kalau keluarkan perkataan, memang bernas kan?

Kenapa aku keluarkan entry nih plak?

Sebabnya aku rasa aku sudah tersalah cakap hari ni dan tak tau caner nak tarik balik...yerla, sepanjang 31 tahun hidup nih, tak penah plak tau ada gear reverse kat mulut nih la kan?

Ini semua gara-gara jemputan kahwin la...selalunya aku tak penah amik pot samada orang nih pegi tak kenduri orang nih atau orang nih dapat kad jemputan untuk orang tu. Tapi tadi sebab terserempak dengan kawan lama (mrs x) aku pun gatal mulut boleh tanya, "eh, pegi tak kenduri anak mr y nih nanti?". Tau apa jawapan yang ku terima??? Mrs x muka surprised cakap, "tak dapat jemputan pun..berapa haribulan??"

Aku dalam hati (demn you mulut!!! kenapa tak reti nak senyap, kan dah kantoi...) tapi senyum pastu kaber, cakap mr y sms mintak alamat je tp kad belum sampai (padahal kad yg cantik dah ada kat umah tuhaaa)

Jadi kesimpulannnya, biarlah bab menjemput-jemput kenduri kahwin nih diserahkan pada keluarga pengantin..takyah la kita nak tolong menjemput..kang tak pasal-pasal kantoi macam aku tadik..huhuhu

-Al Fatihah-

Mesti ramai dah tau pasal kemalangan membabitkan empat keluarga (semua perempuan) somewhere dekat Putrajaya tu kan?

Kemalangan nih rasanya sungguh dekat di hati aku, bukan sebab aku kenal keluarga nih, tidak...tapi cara kematian yang memang tak dijangka dan jalan tu memang jalan yang familiar jugakla.

Bagi you all yang terlepas berita nih, empat sekeluarga nih maut selepas sebuah kereta arah bertentangan (juga dibawa oleh perempuan) gagal mengawal kereta dia so terbabas dan terlanggar kereta arah bertentangan. Pemandu nih cuma patah kaki dan masih dirawat di hospital.

Aku rasa aku tak payah nak say out loud apa-apa tapi dah jelas, bawalah kenderaan tu berhati-hati. Kalau kita tak sayang nyawa kita, ingatlah nyawa orang lain. Kalau bawa laju tapi skil kurang, tak payah berangan nak pecut. Memang ajal maut di tangan tuhan, tetapi kalau kereta tu tak laju, mungkin impaknya lain dan tak begitu terasa.

Ini sebenarnya peringatan jugak untuk aku...memang aku bawak kete laju, tapi bertempat. Aku berani memecut bila dirasakan tiada kereta aje sebab aku nih pun bukannya a good driver..
Apa-apapun al-fatihah untuk arwah-arwah dan takziah untuk keluarga si mati. Nampak tenang si ayah menerima hakikat ini... Untuk pemandu kenderaan yang satu lagi, moga ini jadi pengajaran dan semoga cepat sembuh...

-Tips Untuk Pasangan Baru Berkahwin-

Cheh...tengok tajuk macamlah awak tu dah lama kahwin kan? Tapi disebabkan saya baru berkahwin la saya boleh bagi tips..kalau saya dah lama kahwin, saya buat pulak entry pasal "Tips Untuk Pasangan Yang Dah Lama Kahwin", ngerti??

Kalau dah lama kahwin macam nih jugak, alangkah bahagianya..

Okeh, terus kepada tips-tipsnya..

1. Money, money, money...
Nampak tak, sampai tiga kali I tulis tu, maksudnya it is important!!! Kalau newly wed tak diskas pasal nih dari awal-awal, it will drag and boleh affect marriage tu nanti.. Yerla, masa kapel2 dulu, memangla yang lelaki akan sponsor everything, sebab jumpa pun sekali sekala.
My advise : sebelum kahwin lagi (especially kalau dah bertunang,) sila diskas bab nih elok-elok, contohnya bills semua split ke (plus housing loan and car loan) or perempuan bayar utilities and lelaki bayar loan semua or kalau dedua ada loan, bayar sendirian berhad ke? Benda nih nampak kecil tapi trust me, banyak marriage rosak sebab perkara macam nih tak diskas dari mula. Especially related with utilities bills and belanja dapur. I got to know this guy nih yang akan buat derk je pasal belanja dapur, suruh bini bayar tapi bab menyopping barang dapur, semua amik yang dia suka je. Aci tak??

2. Have some "me time"
Haaaa....ini pun banyak my friend tanya perlu ada ke tidak? Personally, i am in favor with "me time" ni. Sebabnya masa before kahwin pun korang sure ada "me time" kan? Takde nak berkepit 24 jam dengan bf/gf dulu kan?
My Advise : perlu ada jugak some "me time" ni. For example, pegi kelas memasak ke, kelas menjahit ke, kelas berenang ke. Bagi saya tak salah, as long as korang tak buat benda-benda yang lagha, contohnya "me time" tapi pergi disco, clubbing..memangla laki hang marah!!!

3. Still hang out with your friends/clique
Amboi-amboi..mementang dah kahwin, orang lain korang dah tak nampak ye? Tapi kalau ada problem, orang tu yang korang jumpa meluahkan perasaan konon..
My Advise : Your friends are your assets...so, dah kahwin sekalipun, busy macam mana pun, make it a point to go out with your friends....it's a bonus kalau your life partner can get along very well with your friends and their partner sebab kalau get together senanglah kan? tapi tak salah kalau setakat minum-minum je belakang umah tu tak payah bawak suami pun takpe. Tapi perlu pastikan minum ngan jantina yang serupa la....lain kromosom kang, lain plak ceritanya..

4. Don't try to change your partner, but try to blend in
Ni lagi satu problem orang baru kahwin, culture shock!!! Masa tuhla timbul citer, sorang nih rajin sangat, sorang nih pemalas tahap gaban!!! Sorang nih kaki kartun, sorang nih kaki citer melayu...kalau korang cuba ubah perangai partner korang on the spot tu, memang gaduh besar macam kat bawah nihla jawabnya!!!

My advise : Jangan expect orang tu boleh berubah on the spot, contohnya kalau korang suka makan luar tapi partner korang suka makan kat rumah, jangan la paksa dia ikut korang makan kat luar ari-ari. Dan your partner pun jangan lah asyik paksa orang nih masak je, kott dia baru balik keje ke, penat ke (eh macam cakap melalui pengalaman je..:p). Cuba la rotate, dua hari makan kat rumah, satu hari makan kat luar...jadi dedua rasa happy, no longer gaduh-gaduh..

5. Remember, you have two family now!!!
Dulu ada satu keluarga, now ada edition keluarga yang beza perangai...
My advise : Try to treat your partner's family as your family also. Amboi, anak dia korang nak ye, tapi bab mak mertua, pak mertua korang tak nak ye? Tak susah nak ambil hati in law ni. Yang penting, kaji life diaorang and try to blend in. Yang perempuan, walaupun tak reti memasak, rajin-rajin lah duduk dapur tolong mak mertua. Yang lelaki, rajin-rajinlah menyapu, menebas laman kat depan umah tu.

Macam mana, dah konfiden nak kahwin tak? Ala, along the way korang belajarlah nanti nak adapt diri sendiri. Adi, this entry is specialy for you...heheheh..

-Kalau Dah Kreatif, Semua Pun Nampak Cantik-

Seperti biasa, kalau dilihat mana-mana function pun hiasan bunga mesti jadi perkara utama. Sebab tuhla flowerist ni boleh hidup, tak payah tunggu masa valentine's.

Dalam satu function yang aku kena bertugas, aku sempat lah snap gambar hiasan bunga dekat pentas. Masa abang flowerist tu tengah bertungkus lumus siapkan hiasan bunga tu, dari jauh aku nampak senang je, dia main cucuk-cucuk aje..dah namanya pun orang kreatip, kan?

Bila dah nak balik tu, sempatla snap gambar dengan harapan boleh dapat idea nak buat kat rumah...
Memula tuh tak perasan, sebab bagi aku hiasan yang dia guna biasa je..tapi bila tengok betul-betul picture nih on the left side, baru aku notice something..

Laaa....pakai setandan pisang siap dengan jantung dia sekali!!! Ni pisang hutan nih, sebab tuhla buahnya kecil-kecil je..

Hmmm, kalau dah kreatif, setandan pisang pun boleh jadi hiasan kat pentas utama. Respek la saya kat abang flowerist ni!!!!

-Dia Buat Rosak Plak Masa Ni...-

Apa perasaan korang kalau masa nak pegi tandas, masa tuhla samada tandas takde/tandas kotor/tandas rosak/orang beratur panjang?? Mesti rasa nak mencaruts je kan?

Itulah yang aku rasa masa nak ke tandas dekat Shell somewhere dekat Kampung Pandan. Dah memang tak tahan tahap impak maksima, masa tuhla plak tandas pompuan out-of-service macam kat bawah nih...


Abih tu takkanla i nak tahan sampai jumpa stesen minyak lain kan? tak tahan makcik..so, aku pun terusla redah toilet lelaki yang amazingly, bersih and tak rosak...


Masa nihla rasanya survival skill kena ada..eh, ada orang i tell you takkan masuk tandas lelaki walaupun dah tak tertahan ok!!! Aku, baiklah i melepaskan apa-apa yang patut dulu, kat toilet lelaki pun takpela, janji hajatku tercapai.

-You Make My Day La.. :D-

Everyday before nak pegi keja, aku akan stressed kalau terlambat keluar...kenapa aku stress??Nope, bukan sebab jalan jem sebab believe it or not, dari Petaling Jaya to Putrajaya [eh, dedua pun PJ...] jarang jem yang melekat tak bergerak tu.

Aku adalah stress kerana walaupun dah sampai office waktu yang sesuai sebelum punch card merah (read, before 8.30 am) tetapi disebabkan takde parking, gerenti merah punch card nanti..

Aku rasa orang semua dah ambil maklum akan teruknya parking kat Putrajaya nih..baik staffs or pelawat.... kalau nak dapat parking macam kat bawah nih, masa cuti raya ajerla aku rasa...

-wah, nyamannya kalau parking kat opis aku macam ni...gambar courtesy of this site -

Aku dah siap bajet dah..kalau aku datang opis before 8.15am, sempat lagikla memilih parking macam kat bawah nih..

-ish, kat mana nak parking senang nak keluar bila time mengular nih ek?Gambar courtesy of him -

Kalau sampai je lepas 8.15am, siapla...parking kat opis aku macam kat bawah nih..

-Aduhhh, tak migraine ko kalau ari-ari cenggini nak carik parking??Gambar courtesy orang nihaaa -

Jadi pagi semalam aku adalah terlambat keluar rumah (almaklumla black monday..) jadi dah terbayang parking yang penuh dan terpaksa tunjuk skill memarkir di tempat yang sempit (celah-celah kereta orang..) memang betul pun, sampai je kat parking lot, 3 kali pusing dengan harapan ada parkir, tapi malangnya nak mencelah pun dah tak muat..

Aku pun nekad, tekad dan berazam..okla, pusing last round, kalau takde jugak, parking luar la jawabnya.. (meaning kene menapak dekat 8 menit baru sampai opis..)

Tapi dengan tak disangka-sangka, ada satu keta tu baik punya keluar dari parking space bila aku tengah pusing tu, apa lagi, tak pandang kiri kanan, terus masuk jelah...bukan senang nak dapat parking baek punya (tiru gaya dafi AF cakap) macam tu!!!!

So, hari nih boleh kerja dengan tenang hati dan bersemangat tanpa rasa walang sebab dapat parking cantik...

U Make My Day La, Parking Space Kosong!!!! :D

-Nak Gaduh Balik Umah la Ence'-

Ari ahad aritu memandangkan satu hari dah takde kat umah, so aku dah inform encik suami awal-awal, makan dinner kene kat luar sebab ayam tak sempat defrost jadi tak sempat nak masak ayam masak merah.. [alasan, padahal memang malas..]

Disebabkan dah tak tau nak makan kat mana (for your info, area makan kat PJ nih tak banyak yang best..errm by PJ tu i mean area my house sahaja...) so we headed to uptown untuk makan and kitaorang duduk kat gerai nama Bintang Sue...gerai nih operated by pasangan husband and wife, wife dia chinese and husband dia indian, no wonderla anak lelaki dia macam muka melayu, chindian..handsome!!! <----haaa, dah lari topik tu!!!, encik suami boleh tegur plak...cisss!!!

Kenapa aku boleh ingat nama tu? Semua sebabkan insiden ni..sebabkan gerai nih kat ujung-ujung sikit, so jarangla orang order...yang aku tak boleh terima tu bila the wife marah-marah husband dia tengah-tengah orang and tuduh yang husband dia songlap duit jualan for that day, that's why la sale aritu kurang..yang husband tu boleh diam je bila wife dia tegur...dah la gaduh kuat ok??

And aku pun terfikir la....ko tu dah la operate business makan..pastu depan orang ramai ko nak gaduh-gaduh plak ngan laki ko...kan tak elok tu....lenkali nak gaduh, gaduh la balik rumah nanti ye tak? dahla suara sikit punya kuat..bingit telinga aku..
Kesimpulannya, depan orang kengkadang kita kene hipokrit jugak..walaupun tak suka orang tu, menyampah, gedik, tak reti bahasa (asik menyumpah je dalam hati), tapi depan orang kene la tunjuk kelakuan sopan sikit..tak mustahilkalau ada orang nak meminang kita, terus kensel kalau tau perangai korang macam tu..

-Charlie Dia Lain La..-

Seperti biasa, memandangkan hari ini adalah black monday, maka selepas lunch je mood kerja dah sampai kat umah, meninggalkan body aku aje dekat opis nih.

Untuk menampakkan yang saya ni pekerja yang rajin dan tak mengular, haruslah pura-pura mata melihat screen pc dan tangan pantas menaip walaupun yang dibuka adalah facebook dan personal email.

Sebab dah boring sangat, aktiviti bloghopping pun mulalah menjelma dan sampailah ke blog ini. Sangat comel adik Izdiyani ni which is kawan pada hanis zalikha.

Satu entry dia yang caught my attention sebab kewujudan serangga-serangga parasit kat kampus dia. Oh, adik ni belajar di negeri yang sama ngan saya ye, dia di merbok, saya di US...ehem..Ulu Sintok. Jadi bila dia citer pasal kewujudan charlie (satu serangga yang sangat annoying) terus teringat dulu serangga nih pun selalu mengganggu hidup kitaorang.

Dan maybe serangga nih banyak sebab biasala, kedah kan jelapang padi. Agaknya serangga tu makan hampas padi ke apa ke. Eh, I mana la tau, tak pernah jadi serangga, ok??

So, tataplah gambar charlie yang menawan di bawah ini:


Tapi kenapa charlie di US kalernya hijau? Ada charlie lainkah??

-Congratulations To Those Who Won-

Yepp...for bloggers yang tegar, right now memang dah tau dah for Nuffnang Blog Awards, Kenny Sia je yang menang from Malaysia..while one blogger from Singapore known as xiaxue bolot semua trophies..

Kak red ku tak menang.. <----akak, saya vote akak many-many times, ok??

Takpela..ada la rezeki nanti ye? Ini pun tengah cakap sengsorang dalam hati...bila lah aku boleh join pegi function macam nih...hmmm..

-Pre Loved Item, SHB updated-

At last..skang dah boleh start buat sale sebab blog dah ready..

Well, sebenarnya aku akan jual second hand books...so, my pre loved item is second hand books laa.. (SHB), geddit??

Anyway, memang i was thinking of buat one libraby dekat rumah, tapi memandangkan space skang tak muat, so kenela let go buku tu... below are some of the books yang aku jual, and the price memang cheap-cheap ok??




So, sapa yang interested, can browse through my blog - http://sellnletgo.blogspot.com for more details..:)

Gerenti tak menyesal u....

-Slim?? Sekarang Tidak Susah Lagi!!!-

Sebenarnya aku nih bukanlah obses sangat untuk kurus...sesapa yang kenal aku tau yang aku nih tak amik pot sangat kalau orang tegur aku dah berisi/makin chubby/makin gebu...sebab bagi aku senang je, kalau semua kurus, sapa la nak gemuk, kan?

Bila aku baca citer mrs imran pasal USANA and kebetulan dia ada mention about nutrimeal, aku pun terfikir nak try...memula try tu, memang tak nampak beza sebab aku nih bukanla jenis minat nak timbang-timbang ni...tapi bila makin ramai orang tegur, "Eh, dah nampak slim sikitla...", waahhh kembangla hidung i kan?


Hehhehehe....nih percubaan amik gambar sendiri yang akhirnya berjaya!!! Tengok tu, runcingkan dagu ku??? <---------------"nak rasa runcing tak siku i?? " encik suami mencelah...

So, sesapa yang nak try nutrimeal USANA nih, just contact me...gerenti BERBALOI-BALOI!!!!

-Ni Sign Apa Plak Nih??-

Dulu masa aku nak amik lesen, banyak jugakla sign yang nak kena diingat kan? Kena hafal semua tu sebab nak amik written test untuk dapat L..Lepas tu, sign2 nih plak nak kene ingat masa nak bawak keta secara praktikal...kiranya memang sampai sekarang expertla jugak sign-sign jalan tu...



::sign-sign yang perlu dihafal...letih wooo!!::


Tapi malam jumaat aritu, masa aku ngan encik suami tengah deting kat jalan telawi, bangsar, tetiba nampak sign yang pelik...

Aku : Eh, sign apa tu awak? Tak penah nampak pun sebelum nih

Dia : Haah laa..cepat-cepat amik gambar guna phone awak tu...

Malangnya sebab aku nih memang tak expert amik gambar masa keta tengah bergerak, maka inilah hasilnya....


::ni nak amik gambar sign ke nak amik gambar keta??::


Sebab encik suami kesian gambar yang i amik tu tak sharp, dia pun sanggup la parking tepi jalan suruh aku snap gambar bebetul dan hasilnya adalah di bawah ini..

Rupanya sign tu nak ingatkan orang supaya take care of their belonging sebab sini banyak peragut..jadi yang gambar besar tu, orang tengah mintak tolong. Yang gambar kecik tu peragut tengah lari...huh, mati-mati aku ingat ni sign untuk maraton, macam nak bagitau, "Marilah Jadikan Bangsar Tempat Marathon....", boleh gitu???

p/s: eh, korang memang perasan sign nih ke? ke aku yang ketinggalan zaman??

-Ish..Nak Bagitau Ke Idak Ni??-

Kalau kita bff sangat-sangat dengan orang tu, mesti apa sahaja yang berkaitan dengan dia (postive or negative) kita bagitau kan? SALAH!!!! Sebenarnya lagi close kita dengan orang tu, kadang-kadang apa benda yang memalukan dia lagi susah kita nak bagitau...takut dia kecik atila, takut dia terasa la...Ini pun boleh jadi test your friendship level..kalau dia berani bagitau korang pasal benda-benda kat bawah nih, gerenti memang dia anggap ko bff dia sangat-sangat!!!

Nafas kamu sungguh....errr...tak terkata la bau apa....
Ada orang, bau nafas dia tu memang err tak dapat dinafikan rasanya nak spray je ngan febreeze dalam mulut dia kan? Tapi kalau korang kawan yang baik, tegurla dia..mungkin dia tak perasan. Paling best pun hadiahkan dia gula-gula hacks hitam satu botol setiap kali jumpa dia...Dan sebagai bukti kamu memang sahabat sejati dia, hadiahkan la dia trip (fully sponsored) ke klinik gigi yang berhampiran....

Bau Badan Korang Tak Boleh Taaaahhhaaaannn!!!!
Bukti kawan korang tu ada masalah badan berbau nih ialah bila nak jumpa dia je korang mesti bawak minyak cap kapak la, minyak yu yee la, kasi kurang bau.. diaorang nih kadang-kadang spray minyak wangi pun tak jalan...baunya lekat ya amat!!! Jadi sebagai bukti korang adalah kamceng sampai bila-bila dengan dia, belikanlah dia kapur tawas ke kapur barus ke untuk dia gunakan..tapi kalau lepas nih korang hilang kawan, jangan salahkan i plak ye...

Bulu Hidungnya Awww, Panjang!!!
Hahahahahahhahaha..kalau korang ada kawan yang bulu hidungnya macam di atas tu, nasihat aku tak yah tunggu lama-lama laaa....lari jauh2!!!

-Dugong sudah boleh kuak kaki!!!!-

Previously in aida's blog... [cheh, macam citer desperate housewife plak...kan bila new episode mesti dia recall balik last episode kan? Tak paham???!!! Tak paham, sudah!!!!]

At last, akhirnya azam nak belajar berenang tu tercapai jugak today...actually bukannya susah sangat pun nak pegi kelas tu kan? Pilih hari and time, datang masa yang ditetapkan, bayar duit, dan belajar la, betul tak??

Dulu aku ingat kelas nih dia buat every weekend je, kalau weekend susah sikit, banyak projek lain yang lagi best..so aku pun opted la hari jumaat from 1-2pm, kira sempatla aku nak berehat dan takdelah mengabihkan duit nak ke alamanda je kerjanya..

First time datang, memang aku suka cara kak latifah ajar..lembut, and clear dia ajar eventho aku amik dalam kelas and not personal coaching...hari nih i learned bubbles, floating, gliding and kuak kaki for breast stroke...

Oh ye, kelas nih dia ajar semua sekali, breast stroke, free style, back stroke...bukan macam ada certain class tu dia ajar free style saja...

Lepas nih berangan la aku nak ganti nurul huda abdullah kononnya....

-Sayang Punya Pasal, Ikutkan Ajelah-

Encik Suami saya yang tersayang ni, selera dia berbeza sikit dengan family member saya yang lain. He prefers masakan yang berkuah - sup or kuah kicap. Tapi dia tak suka food yang pedas-pedas, sambal goreng, lauk lemak kuning nih takde dalam menu dia sangat la..

Yang ayahanda i plak, memang la pedas-pedas tu peberet dia...jadi selalunya menu utama kat umah ni adalah sambal goreng.

Bila dah bersuami ni, tokleh la nak ikut selera kita saja kan? Jadi bila mak dah masak sambal goreng tu, aku nih kenala cepat-cepat pakai apron, pegang kuali, pegang periuk duduk kat dapur masak untuk encik suami.

Jadi, bila bahan basah pun dah abih (jangan beli ayam kat giant, dah macam nak busuk je..boikot giant!!!), gunakan sajalah apa bahan yang ada di dapur, lepas tu campak-campak aje...dan VOILA!!! Dah siap lauk untuk makan malam..

-Udang dengan Sotong Goreng Kunyit letak Jintan Putih Sikit-


-Sotong ngan daging masak black pepper...nih rasa cam prosperity burger pun ada..-

Siap sudah menu saya untuk malam ni...hmm, dah sayang punya pasal, ikut ajelah selera tekak dia nak makan apa..ye tak??


-I Dah Kurus Ke??-

Gambar ni was taken in June, after my wedding...note that pipi aku sangat tembam masa tu...Disebabkan oleh ketembaman pipi tu terpaksa la mengecilkan sedikit gambar ini..



This photo plak was taken early october, after aku dah terai nutrimeal and fibergy USANA. Note the pipi, sudah tidak kembung lagi.. :D. And note also, gambar yang kat bawah tu lebih berseri sebab i put on some make up [ehem..]


At first aku pun tak notice, sbb masa aku letak 1st picture tu as profile picture kat fb, kene kutuk la kan, sudah tembam tapi..ADA AKU KESAH???

So, bila letak 2nd picture tu as profile picture, aku tawakal jelah kalau orang kutuk, tapi comment yang aku terima lain plak.. :)

Wong Kon Ping, Noor Lyana and Yusniyati Bt Usop like this.

Noor Lyana cam da kurus jer!apekah rahsia nyer??;D
Yesterday at 5:17pm · Delete

Shah Sulong lyana: ha'ah. nk kata gi gym, dah lama ponteng
Yesterday at 5:38pm · Delete

Leena Johan So suweet!!!:)
Yesterday at 11:42pm · Delete


Hehehe...abaikan ajelah ek? aku dah try print+screen, tokleh plak..

Anyway, i think this is all because i take nutrimeal + fibergy from USANA...alhamdulillah, tak sesia orang nampak different dia...:D

-Salah Blog Nih ke atau Aku Yang Tak Reti Nak Schedulekan Entry??-

Masa memula aku blog hopping ni, aku kagum betul dengan orang-orang yang secara tertib boleh update blog even time opis hour...siap ngan gambar-gambar lagik!!! Dalam hati, terdetik jugak, "Ish, diaorang nih tak de keje lain ke? Tak takut ke nak upload gambar dalam pc opis??"

Sehinggalah bila aku baca tutorial adik yang tengah mengandung nih, baru aku tau..la, entry-entry nih boleh dischedulekan time dia bila nak keluar rupanya...

And me being auntie joyah pun teraila...dalam hati sungguh suka [ye, untuk pembaca tegarku, nantikan entry ku yang berduyon-duyon!!! Huh, konon..]

Tapi baru dua hari terai, aku dah hangin satu badan, yerla, aku schedule keluar kol 2pm, kol 8pm dia keluar...padahal setting time semua dah betul..

Iskk...nih salah blog ke salah aku yang tak reti-reti nih???

-Duyong ke Dugong Nanti Ni?-

::gambar hiasan semata-mata::

Yeay!!! Akhirnya niat nak belajar swimming akan tercapai!!! Yer...memang salah sendiri la kan kenapa taknak belajar berenang...dah tua-tua baru nak belajar..nasib baik ada kelas swimming untuk orang tua dewasa...

"Tapi bukan salah saya, mak ayah saya yang tak hantar saya kelas swimming jaman kekecik dulu", hati ku berkata..

Huh, ada hati nak salahkan mak ayah...

Bukan ko dulu, nuraida binti manap ada belajar berenang masa matriks, tapi belajar tak habis kan??
"betul..." jawab sendiri..

Dan kamu jugak nuraida binti manap, ada belajar berenang masa kursus 6 bulan kat atas bukit dulu kan? tapi alasan tak habis belajar sebab tak suka kat trainer tu konon..
"betul..." jawab sendiri lagi..

Eh, terlebih merepek la kat atas tu....anyway, esok akan mula balik kelas swimming dekat presint 16, masa lunch hour...tak sesia la lunch hour ai lepas nih..:D

For more info on this swimming class, do visit kak latifah's site...oh, diaorg pun ada personal coaching and dia ada jual muslimah swimsuit jugak..will report on it tomorrow, kalau saya tak lemas dan menjadi tapak sleman di kolam renang esok....

-Tips Mudah Simpan Duit-

Ish you all nih, tak susah lah nak simpan duit nih...kalau tau cara, you all mesti boleh punya.. Captain Cash pun ada ajar sikit-sikit kan kat tv3 tu..Ok you all, trip untuk simpan duit dah nak mula..please buckle up your seat belt and enjoy you ride!!!!

1) Mesti ada rekod pasal saving and expenses
Ala, tak susah pun...you all pakai microsoft excel tu je, or kalau duit dah berlebih, beli buku akaun kat Popular tu, yang penting kene ada column on expenditure and saving...baru tau berapa banyak yang korang dah guna for that particular month kan? kalau nak tengok contoh dia, email me at cikcipunz@yahoo.com, kan sharing is caring!!!
PERINGATAN : email adalah strictly untuk dapatkan format expenditure and saving nih ye, bukan nak pinjam duit!!! Makcik nih bukannya along..

2) Dapat je gaji, the first thing yang perlu dibuat is bayar diri sendiri!!!
Apa maksudnya tu??? Meaning, dapat je duit, benda yang penting korang kene buat adalah masukkan duit dalam saving, bukan bayar hutang dulu. Ini tak, bila dah bayar hutang, dah belanja tak hingat, baru teringat.."eh, saving tak masuk lagik...duit tak cukup la plak. Masuk bulan depan la..." Kalau begini gayanya, tak kaya-kaya la kamu ye!!!

3) Saving untuk diri sendiri secara RELIGIOUSLY EVERY MONTH!!!
Banyak expert, dia advise wajib saving minimum 10% of your income...bagi aku, tak semestinya 10% of your income. Kalau gaji tetengah bulan pun dah tak cukup, takyahla saving 10% pastu korek balik, takde maknanya...korang at least saving setakat yang termampu, kalau RM20, haa, savingla RM20 tu..tapi jangan la keluarkan...

4) Sediakan different account untuk different saving/purposes.
Jangan berangan la konon akaun yang masuk gaji tu adalah akaun untuk saving korang..memang tak menjadi la jawabnya. Duit tu makin habis lagi adalah..For starting, boleh bukak satu akaun lain and name it as emergency account...kalau segan nak masuk RM20 tetiap bulan tu, masukkan je guna ATM Machine...takde pun orang tau, dan yang penting, every month duit bertambah.. :D. The most important, different account is for different purposes, baru banyak sikit saving.

5) DO NOT UNDER ESTIMATE THE POWER OF COINS!!!!
Ce cite (gaya cakap, tiru awie dalam citer Zombie Kampung Pisang) apa yang korang buat dengan duit syiling korang? Mesti campak-campak aje kan? Apa kata, lepas nih korang collect cuit-duit syiling tu masukkan dalam tabung (ala macam zaman kita kekecik dulu). Diam tak diam, makin banyak you!!! Pastu bolehla shopping ngan duit tu...yerla, bayangkan kalau korang terdesak, tetiba teringat ada duit syiling, kira-kira dapat dalam rm100.00, tak ke banyak membantu semasa tengah sengkek??

6) Last sekali, walau macam manapun jangan miss untuk bayar hutang-hutang korang termasuklah hutang PTPTN ye
Haruslah diingat, bila skip bayar, dia akan bertambah dan accumulate..itu yang banyak orang terus kene declare bankrap sebab hutang dah menimbun. Tapi kalau korang bayar secara berhemah every month memang tak timbul masalah ni..Dan takyah bayar banyak, janji minimum amount lepas, cukuplah..gerenti orang citibank tak kacau korang tanya bile nak bayar credit card...

Nih serba sedikit tips untuk simpan duit yang memang aku sendiri buat dan berkesan..namapk susah, tapi bila dah buat every month, ianya akan jadi automatik...kalau nak kaya plak, aku tak expert sangat, tapi do click petua Mentor Jutawan kat link belah kanan aku tu, for further info...

-Jangan Dibuat..Kang Kalau Buat, Siapla!!!-

Dialog di atas selalu terkeluar dari mulut mami i kat anak-anak dia (dan suami dia jugak...) kalau apa yang dilarang TETAP kitaorang yang tak reti bahasa ni nak buat jugak!!!

Kenapa tetiba mention dialog nih plak la kan? Sebabnya, Abby Fan, Sinar.Fm buat topik nih and automatic kenangan zaman dolu-dolu masa kekecik teringat balik...yerla..ada benda yang kita masa kekecik tu rasa macam, "ala..small matter je la mak...tak yah la nak membebel, menaga selalu" tapi bagi mak kita, "itu big matters ok!!! kang kalo dah kawen buat perangai macam nih, potpetpotpet...." Kan dah kene bebel...so, let's the drum roll begin!!!!

1. Minum air sejuk sampai habis tapi tak refill botol tu, simpan je botol kosong tu dalam esbok (peti ais) balik....dengarlah mak saya menaga, membebel....antara dialog dia, "orang bayar bil letrik peti sejuk tu sebab nak sejukkan air dalam botol, bukan botol kosong!!!"

2. Dah abis guna ice cube lepas tu tak refill ice cube balik...reason dia sama la macam nomot satu tu...

3. Tak keluarkan sampah sarap dalam poket baju kurung, seluar jeans, seluar track (tak kira la tisu ke, duit syiling ke, wrapper gula-gula ke), lepas tu terus masukkan dalam washing machine terus..

4. Penyapu letak terbalik, instead of bulu penyapu tu kat atas, kitaorang letak bulu penyapu tu kat bawah..lama-lama bulu penyapu tu jadi macam misai dato' k la plak (oopppssss.....)

5. Tuala tidak disangkut lepas pakai, main letak je atas katil basah-basah macam tu.. (dulu aku pun tak amik pot, skang nih kalau encik suami buat macam tu, i plak yang menaga menyinga okeh!!!)

6. Masuk rumah, selipar ngan kasut tak susun elok-elok, bersepah-sepah.. ada sebelah kat hujung sana, sebelah kat hujung sini...haaa, dialog menaga mami i, "tu siapa yang nak susun tu, orang gaji korang ke??" (padahal kitaorang mana ada orang gaji...)

7. Haaa, yang ni memang bisa bikin mami i mengamuk ke tahap dewata ke-7...lepas makan tak nak cuci pinggan sendiri...siapa yang buat macam ni siapla kena bebel 3 hari 3 malam jawabnya...

Rasanya list ni kalau disambung mau sampai 10 entry pun tak abis...but what i can say is, memang walaupun masa kecik dulu kene sound bila tak buat benda-benda niih rasa berbulu je..tapi bila dah ada family sendiri, barulah tau apa larangan mami i tu ada jugak reasonnya la kan...hmmm...

-Pre Loved Item, SHB-

Memang ramai orang dah bagitau, kalau nak extra income, jual aje barang-barang kat rumah yang pre loved itu dekat internet, sure boleh untung punya...especially kalau jual kat eBay (kan Hazirah??)

Kalau browse thru banyak blog pun, memang itula yang dibuatnya..noy, hanis zalikha (to name a few) pun memang ada jual pre loved items..but they focused more on clothing line...yang makcik nih, memangla banyak baju tapi most of it is baju kurung and i don't think so people wants it la..hoh

So, memandangkan duit tak cukup space kat rumah tak muat sudah, so saya pun akan menjual my pre loved items jugakla...

Nak tau apa dia? TUNGGGUUUUUU!!!!!!

Gambar kebas pinjam dari sini

-Adakah dengan memakan MEGI boleh bertuah??-

::err, kat blog nih takde, kalau nak, sila ke sini ye..::

Saya satu family memang tak pernah menang apa-apa cabutan bertuah pun. Pernah sekali dulu di opis lama dapat cabutan bertuah, tapi yang tu kebetulan sponsor banyak, so siapa yang datang gerenti dapat hadiah..tu pon saya dapat hadiah cenonet je ye...

Bukan setakat hadiah cabutan bertuah aja yang kitaorang tak pernah menang..masuk apa-apa contest pun gerenti takkan menang...

Jadi bila redmummy ada warwarkan contest pasal cara memasak maggi mee yang paling unik, rasa macam nak join, maklumla stok maggi kat umah tu memang tak penah abisnya...wah, kalau menang lumayan hadiahnya..

*mode berangan*
belum menang dah berangan!!!!!!

bagi readers-readersku yang tah berapa kerat ni, kalau nak join pun bolehla jenguk-jenguk kat http://www.MAGGI.com.my/myway

p/s: balik kerja nih kene paksa encik suami amik gambar saya memasak megi..TAK KIRA!!!!

Things You Don't Know About Me-

Okeh..akan cuba menyediakan satu entry yang boleh membuatkan orang lebih kenal siapa saya...

1. Saya terlalu addicted dengan air nescafe (be it tarik or ice but i'm not in favor sangat with o..) ye, saya tahu, kafein is not good for you..stop hanya semasa pregnant dan semasa berpuasa (sebab takut kena gastric) tapi sekarang dah bermaharajalela meminumnya dengan tidak syak lagi...

2. Dahulu suka sangat dengan warna hitam...sekarang sangat suka warna purple tetapi bila disusun baju kurung yang dipakai untuk bekerja, kebanyakannya warna hijau....buta warna kah saya?

3. Amat tidak gemar memandu...terpaksa membawa kereta sendiri untuk ke pejabat sahaja..tidak pernah lagi memandu kenderaan sendiri ke kl malah baru dua kali memandu kenderaan ke mid valley yang jaraknya tidak sampai pun 5km dari rumah sendiri.

4. Gagal dalam mengingati jalan-jalan..Maklumat 4 dan 5 adalah berkaitan. Sebagai contoh, lebih rela melalui jalan jauh sebab tak familiar dengan satu-satu jalan. Dari parlimen nak ke putrajaya, akan melalui jalan duta - jalan semantan - seksyen 16, pj - lebuhraya persekutuan - tol sg besi - tol upm - putrajaya [ya Allah, aku baca sendiri pon penat!!!] sedangkan lebih mudah kalau dari parlimen - jalan istana - sungai besi (ala, yang ada lapangan tudm) - tol sg besi - tol upm - putrajaya... geddit???

5. Mempunyai daya ketahanan yang tinggi jika cuaca panas tetapi sangat tidak tahan dengan cuaca sejuk...boleh menggigil kesejukan tetapi perlu memasang aircond di rumah setiap malam...[kata sejuk menggigil, apakah??]

6. Sangat possesive dengan kawan-kawannya...kalau kawan-kawannya ada kawan baru yang lain, mudah terasa kecil hati tetapi tidak pernah ditunjukkan...

7. Boleh menjadi seorang yang talkative teramat jika kena gayanya...tak caya cuba tanya encik suami yang terpaksa dengar bebelan saya 24-7 (jika hari sabtu dan ahad, hari bekerja kurang sikit hournya...)

Dah..cukup dulu kat sini...kang banyak2 kang terlebih kenal, bahaya.....

Oh..oh..oh...sebelum terlupa, saya sedang dalam percubaan untuk membuat bisnes...tunggu maklumat terkini SHB saya ye.. :D

-I Dream of Jeanie-

Korang ingat tak jaman [yerr..saya pun berdarah jawa macam hanis zalikha...aik, tetiba menyamakan diri dgn hanis zalikha plak??] sekolah dulu, everytime penggal sekolah mula, mesti cikgu kelas akan edarkan borang to fill in and without failed mesti ada kolum cita-cita anda (kena isi tiga plak tu...). Dan sebagai pelajar yang patuh..(sebenarnya lurus bendul), sampai termenung-menung nak tulis cita-cita yang setanding dengan orang lain...jaman dulu, mana tau nak pilih cita-cita jadi pelakon ke penyanyi ke, keje PTD pun tak tau masa tu, ok??

Jadinya (cuba nak mengelak tulis so, anyway dan yang seangkatan dengannya..) ini adalah cita-cita yang memang tak tercapai...cita-cita berturutan dari perasan nak jadi sampaila sekarang nih jadi apa..

:: nih cita-cita first. Memang minat kalau jadi doktor..Doktor Aida, perghhh macam best je kan? tapi cita-cita nih terus tak jadi lepas pak haji manap cakap kalau jadi doktor raya tak boleh cuti raya (chitt, kalau tak boleh cuti raya, macam mana nak dapat duit raya??) ::


:: lepas tu bila dah pandai membaca novel/kuat mengular kat rumah, mula berazam nak jadi penulis buku, konon ada talent la..pernah juga buat novel sendiri zaman sekolah-sekolah dulu, tapi bila check balik, rupanya semua cerita yang telah dipublishkan cuma "novel saya" tu, saya tukar nama watak je (ciri-ciri memplagiat assignment dah wujud nampaknya...) ::

:: sebab dah tak boleh jadi penulis, ambil yang ala-ala lebih kurang la...jadi wartawan..macam best je boleh ke sana, ke sini bergambar ngan orang top-top, tapi cita-cita ni pun terbantut bila hajah fatimah cakap wartawan ni ada yang kaki kelentong, terus tak jadi.. ::
:: haaa, ini cita-cita yang paling bertahan, menjadi pensyarah (konon, jadik cikgu taknak, jadik pensyarah nak..) Minat jadi pensyarah ni timbul sebab banyak cikgu yang best-best masa kat secondary school dulu, so berazam untuk jadi lecturer, nanti boleh ajar bebudak jadi baik.. ::

:: tapi last sekali apa yang ditulis kat borang tu semua tak jadi, akhirnya saya jadi servant of the government, dalam erti kata lain, servant to the people jugak..kalau tau ini endingnya, dari awal lagi dah tulis dalam borang tu sesiap..huh... ::


Cita-cita anda bagaimana...dah tercapai??

-Sebab Hujung Minggu Mari Deting-

Ambooiiii, tajuk post je dah nak dekat satu muka surat...bab cerita karang habis merapu...back to my topic (cheh...speaking london...), yesterday aku dan encik suami sempat berdeting again..(yerla, dah nama takde anak lagik, detingla dua orang kan??).

Saya sebenarnya [apakah? sekejap aku, sekejap saya, sekejap i...layan jerla....] memang dah tergedik-gedik nak tengok cerita papadom before dia menang award lagik, so ajaklah encik suami konon-konon nak tengok movie on friday night. So, dah pakai cun-cun, by 8.45 pm sudah berada di cineleisure..(saya sempat check, papadom ada show @ 9.15pm and 11.45pm). Sekali tu, masa tengah beratur, tengok screen, show pukul 9.15pm sold out, yang 11.45pm tengah fast filling [eh, fast filling ke fast selling ek?]

So, dah berpakat dengan encik suami, kalau seat tak best kol 11.45pm show, amik ari ahad punya show, and memang betul pun...seat untuk 11.45pm adalah 2 ROW FROM FRONT..jadi telah membeli tiket untuk hari ahad..

Ok...enough of the rambling..mari teruskan pada komen about Papadom...
Personally, afdlin has come back...aku memang suka dia berlakon tapi previous years, cerita dia yang cuci and sumolah tu memang i tak boleh terima..never watched both the movies pun...kalau keluar tv pun tak tgk..

Dalam cerita ni, feeling dia memang lain..and saya bertambah sayang pada noorkhiriah [kalau dapat jumpa roh hantu yang funny and lawak macam ni, jumpa banyak kali pun takpe..]

And liyana jasmay, i tabik u!! dulu tak beerraaapppaaa suka sangat sebab she's too cute (logik tak?) tapi mmg in this movie, she nailed it very well..no wonder award pelakon terbaik dia dapat..

And saya tak segan nak bagitau, selain cerita Cinta by Khabir Bhatia [huh, saya sudah type khabia bhatir...apakah?] dan cerita waris jari hantu (errr, sapa punya ek?), papadom is the third malay movie yang saya tengok and nangih-nangih dalam cinema nasib baik pakai mascara *maybelline l'oreal, takdela macam panda sedih di pagi raya...(errrkk, motif iklankan untuk *maybelline l'oreal???)*edit lepas tengok balik brand mascara tu..

Tapi bila cuba promote cerita nih dengan pak haji manap, jawapannya senang saja..
PHM : Ala, tunggu jual cd RM5.00 aje...
Me: ......*ingat dapat tgk sekali lagi...*

-Macam tu Punya Org Pun Ada ke?? -

Selamat petang..

Baru selesai membloghoppingkan diri ke blog Hanis Zalikha.

Sangat comel orgnya [and yessss, mmg comel coz she is a model!!!], and as usual i like blogger yg cerita pasal life dia...and hanis is officially nanti akan jadi blog yg saya ikuti sampai lebam...

Anyway, ada satu entry dia pasal copycat..and she did letak contoh di situ...my god!!! mmg sejibik sepotet org tu tiru ok??!!!

And saya pun terfikir di situ, kalau awak buat blog pasal kehidupan awak, tapi end up u cut paste pasal life org lain, blogging kah namanya itu????

-kalau DIA boleh, aku pun BOLEH!!!!-


Sapa yg tak tau url nih kan? saya rasa bila saya bloghop mana-mana blog, mesti url nih tersangkut kat blog yg diaorg selalu visit..termasukla aku ye..:)

Sebenarnya dah lama aku jadik silent reader kak red ni..dr dia blog lama sampai dia blog baru...in fact dulu tersangkut kat blog kak red nih sbb rajin masuk blog mr.manager yang dah ada personal blog sendiri..

First time follow blog kak red ni mmg terus terhooked dah...sbbnya, blog dia mmg lain dari yg lain..yepp, walopon blog tu citer pasal everyday life dia, tp yg penting kak red sangat jujur dlm penceritaannya..dia takde nak cover2 line nak tunjuk yg she is the best among the bloggers, nope, she's not that person!!! walaupun she knows that she is among the best, dia tetap merendah diri...

And dari segi bahasanya, mmg tersusun dan kengkadang blh buat aku tersengih depan pc kat opis nih..:D. layout tu takyah nak citer la...mmg tersusun and rapi.. Readers kak red nih jugak blh dikatakan sesuai dengan amanat PM..1Malaysia you!!! Mmg susah kita nak dpt blog mcm nih yg semua org blh baca tanpa rasa prejudis...

Kak red jugak tak kedekut ilmu..tgk je la kat blog dia, ada je tips on how to become a good bloggers like her...Rahsia RM tu, mmg nampak senang tp bukan mudah nak capai kan kak red?

Tapi insyaallah, will try to follow apa yg kak red ajarkan tu..kalau ada rezeki, ada la kan??
And to kak red..thank you...u taught me a lot on how to become a good daughter, a good wife and a good mother, insyaallah..:D
:: ini bukan kak red ye? i tak brani nak curik gambar dia, i letak bunga merah pun oraitla::

-Friends..LOVE U GUYS!!!!-

Dalam hidup ni, kalau takde kawan mmg tak meriah hidup...

Mmg betul, family comes first..tetapi bagi saya, ada certain2 part i 'd rather tell my problems to my friends, rather than my family..

And i'm glad that i'm blessed with friends yg bukan setakat happy-happy saja, kalau tgh sad or depressed pun they will be with me jugak...I did one entry about friendship kat sini tapi once in a while will still put entry about my friends, coz i love u guys!!!

Here are photo taken by khairil fikry, now officially jadi our official photographer during gathering @ manda's... enjoy!!
p/s: korang tak kisah ai letak gambar u guys kan? heheheheheh

GAMBAR INNOCENT... standing, l-r : encik suami, me, farah, elina and khairil (photographer of the year)

seating : l-r : faizal, akasyah, akalil, manda with baby maiya

MIA : hazirah and partner (plus the kids), hanitah and partner (plus the kids), leeysha and yap

GAMBAR NOT SO INNOCENT!!
:: okla, takdela teruk sgt gambar nih, kan? ::