Bas Nadiputra Ok laaa..

Kalau korang memang suka mengikuti perkembangan pengangkutan awam kat Malaysia (ada ke orang macam ni?) mesti korang pernah dengar pasal bas Nadiputra. Bas Nadiputra ni amat famous kat Putrajaya especially bila Perbadanan Putrajaya kenalkan kaedah Park n Ride di mana untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan masalah parking kat Parcel C-E, digalakkan untuk naik bas Nadiputra ni.

Sampai sekarang pun, orang-orang yang takde allocation parking ni masih degil untuk tidak menggunakan service Park n Ride ni, malah rela kena saman atas alasan susah nak bergerak, nak ambik anak dari sekolah, keselamatan kereta tak dijaga dan macam-macam lagilah. Perbadanan Putrajaya pulak memang dah war-warkan perkhidmatannya memang memuaskan dan tambang paling murah you all, sekali naik RM0.50!!!! Dahla tu, kat Park n Ride tu parking free ok...

Untuk membuktikan perkhidmatan bas Nadiputra ni bagus, aku ngan sidekick ku telah menjalankan operasi naik bas Nadiputra ni keliling Putrajaya, dari Park n Ride Presint 1, pusing parcel E (yang orang heboh takde parking tu..), sampailah ke Putrajaya Sentral. Perjalanan diteruskan dari Putrajaya Sentral ke Presint 3, balik semula ke Putrajaya Sentral. Last sekali, barulah balik semula ke Park n Ride, Presint 1. Dekat 2 jam setengah jugak naik bas ni.

Berdasarkan experience kitaorang (dedua menyamar ada urusan kat pejabat Kerajaan), memang perkhidmatan dia bagus. Kitaorang tunggu less than 10 minit untuk setiap stesen and this is not peak hours ye! Pemandu dia semuanya very courteous, menjawab pertanyaan dan soalan yang diajukan dengan cekap dan berhemah.

Sesungguhnya, aku rasa kakitangan yang ada kat Putrajaya ni yang kena ubah mindset. Cuba datang awal ke pejabat, sebab bila datang lambat, tu yang kalau boleh kereta nak terus parking sampai ke depan lif. And kalau kau datang lambat, memanglah lambat naik bas Nadiputra tu!!! Tapi kalau datang awal, masih sempat untuk parking kat Park n Ride and naik bas ke opis. Bila nak amik anak, tunggu kat bus stop depan, naik bas pegi Park n Ride, collect kete, ambik anak kat sekolah, hantar balik rumah, parking balik ke Park n Ride, naik bas pegi opis. takde masalah pun.

Tapi kalau sanggup nak bayar saman everytime or sanggup kereta asyik kemek/bercalar (sebab parking haram), pilihan di tangan anda..

No comments: