Pasal beras ke Pasal Exercise Yang Kurus Ni?

Antara aktiviti wajib di hari Jumaat, kalau tak bershopping, melepak kat opis sambil menganyam ketupat---> aktiviti yang pertama tu selalu aku buat bersekali dengan Karad dan Diana tapi aktiviti yang kedua tu, semenjak opis baru, dah lama tak buat. Sebab takde geng.


Tapi entah macam mana, hari ni setelah diajak oleh *PRO maka aku pun melepak la di biliknya sambil dengan ada sorang lagi *puan tu. Borak benda-benda biasa. Bila dah abih sembahyang Jumaat, *adik lelaki sorang ni plak melepak sama dan kitaorang bercerita pasal cara nak kurus.


According to him, kalau nak kurus, makanlah beras Herba Ponni, tapi takdelah makan terus kurus!! Ambik masa jugak. Lepas tu, boleh kurangkan masalah kencing manis jugak sebab beras ni kurang kanjinya.


Aku memang dah lama tau, dan pernah pun beli beras ni tapi tak tahan lama sebab encik suami tak minat makan, katanya tak puas. Tapi bila dengar adik lelaki tu cakap, aku macam nak terai balik jugak la.
Tapi lepas tu aku terfikir balik, kalau beli beras herba ponni pun, kalau asyik makan luar je pun tak guna kan? Hmmm....kenalah memasak balik lepas ni Aida oiiii!!!!
*nama dirahsiakan...hehehehe

2 comments:

Angah said...

Makanan apa pun kalau kurang karbo ngan lemak mmg mambantu kuruskan badan. Tapi kalau kita makan herbaponi dengan masak lemak/kari tak jadi gak hehehe..

Yang penting jaga pengambilan kalori dengan regular eksesais. InsyaAllah.

Aku dah 14 minggu, setengah kilo pun tak naik. memula risau sekarang suka hehe.. aku tetap kayuh (atas trainer) dan jaga makan jugak

Aida Manap said...

hahahahah..angah..betul-betul :)

waahhh bestnye ko leh eksesais lagi.tp doktor pun bagitau, kalau ko mmg selalu exercise, masa pregnant takde problem, janji jgn over la.. :)