Cuba tengok poster kat atas tu. Pernah tengok tak? Tak pernah kan. Yer, aku pun tak pernah, tapi bila aku dah tengok cite dia, best sungguh!!
Aku first tertengok movie ni masa pergi kedai cd kat Uptown tu. Mamat jual cd tu dok promote kata cite ni best, masa tu tak tergoda nak beli. Tapi last week sebab dah tak tahu nak tengok cite apa, aku pun beli la jugak. Cerita dia very believable and very Malaysian Chinese. The way diaorang potraykan pelakon dalam cerita ni, memang more or less is the same macam chinese kat Malaysia. In a good way, not in a bad way!!
Cerita dia simple. It's about a group of lelaki yang dirasakan so useless in their life telah berhijrah ke Beserah, Kuantan sebab terpengaruh dengan iklan yang diaorang akan dibayar gaji RM10,000.00 kalau sanggup buat kerja tu. Turn out, diaorang kena jadi dancer untuk tarian woo hoo (tiger in chinese kutt) yang memang famous kat kampung tu. Throughout the journey, masing-masing sedar dan insaf dan as expected, memanglah happy ending. Love story, sedikit sahaja, sangat cute in fact. Takde cerita dengki-dengki kat orang. Takde cerita pasal projek juta-juta. Lakonan pelakon dia boleh dipercayai and tak over sangat. Dari segi dressing and make up pun takdelah orang kampung tapi pakai bulu mata pelesu or baju mengerlip-ngerlip.
Sepanjang aku tengok citer ni, aku dok mengomel dengan encik suami, "kenapa orang Melayu kita tak boleh buat cerita macam ni? Ini tidak, asyik cerita dengki mendengki je..."
Cantik plak aku tengok view dia masa tu. Hmmm...ni yang rasa nak ke Cherating balik ni.
Ooo, for those yang nak tengok citer ni, silalah cari di kedai VCD yang berdekatan. Skang ni pun tengah promote kat Astro Wah La Toi ke apa, yang pay per view tu. Silalah tengok..tak rugi!!!
p/s: Gambar-gambar adalah carian di google
2 comments:
Haaaa... agak2 nak ke Cherating tu hello2 aku yek.. nak tido free meh la umah aku..
Nak cop aku sombong pun boleh jugak but I only watch a number of malay movies. soapy and sloppy la kebanyakannya. bukan tak menyokong tapi baik la duit 10 hengget tu aku beli biskut daripada tengok cerita yg entah hapa2.
hahahah...ko sama la ngan aku angah...aku lagi teruk, movie arwah yasmin ahmad pun aku tak berapa nak terima sangat...tp takdela sampai nak kutuk2..tu pilihan masing2 kan?
Post a Comment