Pemangkin ke Pejabat

Hari ni hari Rabu yang lemau. Yepp, orang selalu tulis hari Isnin lemau, aku terbalik kutt la plak.

Teringat nasihat puan Raja. Katanya sebagai motivasi untuk ke opis, (sebab aku dulu mempunyai masalah sangatlah liat nak ke opis..) aku kena mewujudkan satu "tarikan" untuk ke opis. Katanya jugak, untuk kumpulan sokongan selalunya dicadangkan untuk meninggalkan baju yang sedang dijahit manik di pejabat, jadi hari-hari excited nak pergi pejabat awal sebab nak habiskan jahitan. Kalau kumpulan macam aku ni, dinasihatkan join online discussion group or buat blog so that datang awal ke pejabat untuk kemaskinikan blog. PERINGATAN : perkara-perkara ini hendaklah dibuat di luar waktu bekerja.

Masa memula aku dengar idea untuk buat blog di pejabat tu, aku dah macam nak cakap, "tapi saya ada access internet kat rumah, baik buat kat rumah..." tapi takdelah aku cakap macam tu. Iyakan ajerla.

Cuma sekarang ni, untuk makluman semua, memang aku dah ada pemangkin untuk ke pejabat. Hehehehehe...Pemangkin yang telah dilantik tu memang hanya menggalakkan aku untuk datang ke pejabat sebabnya masa lunch hour, aktiviti-aktiviti lagha akan dibuat bersama-sama. Macam-macam aktiviti yang dah dibuat sebenarnya, tapi semua berdasarkan kerja ye anak-anak, contohnya:
i. Pusing Putrajaya naik Nadi Putraja
ii. Melihat tempat yang diadukan (kira buat lawatan tapak)
iii. Membuat aduan baru (contohnya pergi Maybank, Bank Islam dengan alasan buat mystery shopping, tapi sebenarnya membayar bil)

Kira, sekarang ni, pergi kerja semata-mata nak tunggu lunch hour sahaja.. heee, kalau tau bos aku ni, mati kene sembelih agaknya!!! Tapi lagi okla dari memang tak pergi kerja, kan..hehehe

p/s: Karad, jangan lupa aktiviti-aktiviti yang kita dah rancang!!!

No comments: