Dah nak pindah dah ye....

Dalam diam tak diam, rumah mak ayah kat Melaka dah nak siap. Last check sama kontraktor (tak lain tak bukan, Pak Teh aku jugak..) katanya tiles sudah dipasang. Bagi individu-individu yang biasa dengan pembinaan rumah ni, sure dah tau, kalau dah letak tiles tu maksudnya rumah dah boleh dikatakan 75% siap la.

Perasaan aku skang ni dah bercampur baur plak. Memanglah dedulu tu rasa amat jeles bagi kawan-kawan yang lepas belajar je dah pandai berdikari, duduk rumah sewa. Ini aku tak, lepas abis belajar, memang kerja kat area KL/Putrajaya, dah sah-sahlah tak berpeluang duduk rumah sewa. And then before kahwin, aku dah bought over rumah PJ ni from ayah, lagilah tak terfikir nak carik rumah sewa. Tapi bila timbul kondisi di mana kengkadang aku perlukan chauffeur, ayah aku jugaklah yang dilantik secara tak bertauliah. Kalau duduk rumah sewa mestilah kena pergi sendiri kan?

Oh, sangat terasa bangga sebab masa aku nikah and kahwin dulu, buat kat my own house. Heh!! (okla, anggap rumah sendiri la walaupun masa tu rumah masih nama ayah....)

Oppps, terlari topik. Now, balik semula topik mak ngan ayah nak pindah..


Sekarang ni, sementara tengah mengira hari mak ngan ayah nak pindah, aku ada sedikit rasa melankolik. Yerlah, dulu masa diaorang duduk ngan aku, aku take for granted je. Kalau hari bekerja, balik opis, aku dah penat, kengkadang melepak je dalam bilik. Bila keluar, mak ngan ayah plak dah masuk beradu. Bila hari minggu, ada je plan aku ngan encik suami, selalu tinggalkan mak ngan ayah berdua.


Plan asalnya, walaupun rumah di Melaka dah siap, aku memang kalau boleh tak bagi mak ngan ayah duduk terus di Melaka, biarlah diaorang still duduk ngan aku. Lagipun rekod perubatan diaorang memang dah ada kat UH tu. Senang kalau apa-apa. Kira rumah Melaka tu jadi rumah persinggahan la. Tapi bila rumah dah siap, mak ayah plak dah excited nak duduk sana. Aku sebagai anak mengikut jelah...

Takpelah, mungkin lepas ni merasalah anak aku balik kampung jauh, kat Melaka ngan kat Alor Setar. Kalau tidak, orang tanya kampung kat mana? Kat Petaling Jaya...hehehehe, cam modern je kan?

Haji Manap, Hajah Siti Fatimah, don't worry, anak-anakmu janji akan visit selalu bawak susu kambing Afi Hanif (eh, macam iklan Sinar.Fm plak). Ala, Melaka ngan PJ, henjut sejam dah boleh sampai.. heheheheh

Sedangkan kerja pun tak make up, inikan plak dah berbadan dua

Baru aku notice, kalau aku tak miscarriage aritu, aku dah ada someone to be called as "my baby" dah. Yelah, during August last year, aku dah 2 months pregnant. Kalau tidak dalam March/April aku dah deliver dah. Dahla tahun ni, between February-March, 4 of my cousins delivered, semua boys. Kalau tidak mesti meriah and mesti tension anak aku, sebab saingan dia for exams sangatlah banyak, 4 orang!! Oh, well..belum rezeki aku lagi mungkin. (ayat penyedap hati).

Speaking of getting pregnant, haritu telah berjaya menonton Keeping Up With Kardashians, especially the part where Kourtney getting ready after her water broke. Aku sangat terkagum sebab dia boleh sempat bermake-up yang real punya make up, bukan setakat pakai bedak and lipstick. Muka maintain je plak tu..
And then sebab takde kerja kat opis, aku pun saja tengok actresses minah salleh bergaya walaupun pregnant.. walla, macam tak pregnant je.

Rebecca Gayheart

Kate Hudson

Jennifer Garner

Lepas tu aku tetiba teringat kat diri aku. Dahla tak pregnant pun malas make up, kalau dah pregnant, apala rupanya aku ni agaknya kan? Mesti selebet punya. Hisshhh...kena start make up balik ni.
p/s: pics sila dapatkan dari google.

BuZZ_aR @ Jeumpa D'Ramo

There are times when I want to quit my online business je. Sangat-sangat letih. Dah beberapa kali dah rasa macam, "aaahhh, leave it like that ajerla!!" tapi everytime I checked, ada tersesat buyer sorang dua, terus mood nak jual tu on balik. Oh, for you guys yang tak tau, I have 2 online business - jual buku secondhand and jual shawl. Err, USANA pun ada. Heheh. So email me if you want to know more.

Anyway, I am lucky that my friends are also into getting rich by selling stuffs. So, after having some thoughts, kitaorang decide to do a bazaar. Yepp, kitaorg jadi organizer bazaar plak. The name : BuZZ-aR @ Jeumpa d'Ramo. More info ada kat bawah tu:



So, for you guys yang interested, please mark your calendar and visit us:
1st & 2nd May 2010, 10am-5pm
Breakfast, dinner and lunch in Jeumpa (and not forgetting shopping!!)
@ Jeumpa D'Ramo, 102-104, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, Bangsar

You guys won't miss the place. The place is near with Bangsar Shopping Centre. Aku dah google pun from Bangsar Shopping Centre to Jeumpa. So, see you guys there ya!!! Don't forget to bring lots of CASH and CREDIT CARDS!!! Yepp, bayar pakai credit card pun boleh.. hehehehehehe

p/s: Dulu Elyana penyanyi berkaki ayam tu bertunang kat Jeumpa nihla...

Pemangkin ke Pejabat

Hari ni hari Rabu yang lemau. Yepp, orang selalu tulis hari Isnin lemau, aku terbalik kutt la plak.

Teringat nasihat puan Raja. Katanya sebagai motivasi untuk ke opis, (sebab aku dulu mempunyai masalah sangatlah liat nak ke opis..) aku kena mewujudkan satu "tarikan" untuk ke opis. Katanya jugak, untuk kumpulan sokongan selalunya dicadangkan untuk meninggalkan baju yang sedang dijahit manik di pejabat, jadi hari-hari excited nak pergi pejabat awal sebab nak habiskan jahitan. Kalau kumpulan macam aku ni, dinasihatkan join online discussion group or buat blog so that datang awal ke pejabat untuk kemaskinikan blog. PERINGATAN : perkara-perkara ini hendaklah dibuat di luar waktu bekerja.

Masa memula aku dengar idea untuk buat blog di pejabat tu, aku dah macam nak cakap, "tapi saya ada access internet kat rumah, baik buat kat rumah..." tapi takdelah aku cakap macam tu. Iyakan ajerla.

Cuma sekarang ni, untuk makluman semua, memang aku dah ada pemangkin untuk ke pejabat. Hehehehehe...Pemangkin yang telah dilantik tu memang hanya menggalakkan aku untuk datang ke pejabat sebabnya masa lunch hour, aktiviti-aktiviti lagha akan dibuat bersama-sama. Macam-macam aktiviti yang dah dibuat sebenarnya, tapi semua berdasarkan kerja ye anak-anak, contohnya:
i. Pusing Putrajaya naik Nadi Putraja
ii. Melihat tempat yang diadukan (kira buat lawatan tapak)
iii. Membuat aduan baru (contohnya pergi Maybank, Bank Islam dengan alasan buat mystery shopping, tapi sebenarnya membayar bil)

Kira, sekarang ni, pergi kerja semata-mata nak tunggu lunch hour sahaja.. heee, kalau tau bos aku ni, mati kene sembelih agaknya!!! Tapi lagi okla dari memang tak pergi kerja, kan..hehehe

p/s: Karad, jangan lupa aktiviti-aktiviti yang kita dah rancang!!!

Woo Hoo the Movie!!

Cuba tengok poster kat atas tu. Pernah tengok tak? Tak pernah kan. Yer, aku pun tak pernah, tapi bila aku dah tengok cite dia, best sungguh!!

Aku first tertengok movie ni masa pergi kedai cd kat Uptown tu. Mamat jual cd tu dok promote kata cite ni best, masa tu tak tergoda nak beli. Tapi last week sebab dah tak tahu nak tengok cite apa, aku pun beli la jugak. Cerita dia very believable and very Malaysian Chinese. The way diaorang potraykan pelakon dalam cerita ni, memang more or less is the same macam chinese kat Malaysia. In a good way, not in a bad way!!

Cerita dia simple. It's about a group of lelaki yang dirasakan so useless in their life telah berhijrah ke Beserah, Kuantan sebab terpengaruh dengan iklan yang diaorang akan dibayar gaji RM10,000.00 kalau sanggup buat kerja tu. Turn out, diaorang kena jadi dancer untuk tarian woo hoo (tiger in chinese kutt) yang memang famous kat kampung tu. Throughout the journey, masing-masing sedar dan insaf dan as expected, memanglah happy ending. Love story, sedikit sahaja, sangat cute in fact. Takde cerita dengki-dengki kat orang. Takde cerita pasal projek juta-juta. Lakonan pelakon dia boleh dipercayai and tak over sangat. Dari segi dressing and make up pun takdelah orang kampung tapi pakai bulu mata pelesu or baju mengerlip-ngerlip.

Sepanjang aku tengok citer ni, aku dok mengomel dengan encik suami, "kenapa orang Melayu kita tak boleh buat cerita macam ni? Ini tidak, asyik cerita dengki mendengki je..."

Cantik plak aku tengok view dia masa tu. Hmmm...ni yang rasa nak ke Cherating balik ni.

Ooo, for those yang nak tengok citer ni, silalah cari di kedai VCD yang berdekatan. Skang ni pun tengah promote kat Astro Wah La Toi ke apa, yang pay per view tu. Silalah tengok..tak rugi!!!

p/s: Gambar-gambar adalah carian di google

ANTM and AF..sama standard ke?

Disebabkan oleh keboringan, telah membeli America's Next Top Model (ANTM) cycle 11 and 12. Aku sebenarnya nak beli cycle 10, sebab haritu tengok halfway (back to back kat Channel V) tapi tengah syok tengok, encik suami ajak keluar. Lepas tu terus dah tak repeat-repeat. Nak tengok siapa menang.


Dalam diam tak diam, dah masuk cycle 14 rupanya ANTM ni meaning dah 14 tahun dah wujudnya show ni. Tapi yang paling best, walaupun dah 14 cycle, setiap peserta tu memang cun-cun, berbakat and show diaorang every konsep mesti lain.

Masa ni jugaklah aku terbandingkan dengan reality show kat Malaysia ni. So, sebab takde kerja, aku pun buatlah list kenapa reality show kat oversea tu tahan bertahun-tahun, tapi reality show Malaysia ni hampeh aje:

(i) ANTM tu, the way they evaluate peserta, is macam diaorang evaluate model yang dah ada experience walaupun ko join contest tu with zero modelling knowledge. Not like AF, dah minggu ke 7 pun dipanggil pelajar. Manalah tak naik lemak bebudak tu.

(ii) ANTM teach real life of being a model, jumpa orang, buat assignment, pegi go and see untuk jumpa client. AF, takde pendedahan langsung! Bila keluar, terus culture shock pastu buat perangai bebukan. Datang lambat la, tak hafal lagu la. Sebabnya, pendedahan yang diberikan cumalah semasa konsert AF je. Takde pun cara deal with wartawan (guna wartawan betul), or nyanyi kat crowd (dulu je ada sekali si Nubhan gi nyanyi tu kan?)

(iii) Judges ANTM bagi kritikan right on the spot. Kritikan membina. Judges AF, kritik lebih nak tunjuk dia je yang pandai, sebut term2 nyanyian. Guna normal term je tak boleh ke? So far aku suka Hetty Koes Endang kritik, siap ajar cara yang betul lagi.

(iv) Petugas-petugas ANTM pun take serious dengan kerja-kerja diaorang semasa pertandingan. Kalau make up...walla, cantiknya!!! Petugas-petugas AF? "Ala, diaorang ni student baru..baju tak cantik pun takpe..."

Hmm...apa nak dibuat. Produksi mungkin dah cuba sehabis baik, tapi tetap tak dapat menarik minat penonton. Apa-apa hal, balik kang nak borong ANTM cycle 1-10, tak puash hati selagi tak dapat collect semua.

Bas Nadiputra Ok laaa..

Kalau korang memang suka mengikuti perkembangan pengangkutan awam kat Malaysia (ada ke orang macam ni?) mesti korang pernah dengar pasal bas Nadiputra. Bas Nadiputra ni amat famous kat Putrajaya especially bila Perbadanan Putrajaya kenalkan kaedah Park n Ride di mana untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan masalah parking kat Parcel C-E, digalakkan untuk naik bas Nadiputra ni.

Sampai sekarang pun, orang-orang yang takde allocation parking ni masih degil untuk tidak menggunakan service Park n Ride ni, malah rela kena saman atas alasan susah nak bergerak, nak ambik anak dari sekolah, keselamatan kereta tak dijaga dan macam-macam lagilah. Perbadanan Putrajaya pulak memang dah war-warkan perkhidmatannya memang memuaskan dan tambang paling murah you all, sekali naik RM0.50!!!! Dahla tu, kat Park n Ride tu parking free ok...

Untuk membuktikan perkhidmatan bas Nadiputra ni bagus, aku ngan sidekick ku telah menjalankan operasi naik bas Nadiputra ni keliling Putrajaya, dari Park n Ride Presint 1, pusing parcel E (yang orang heboh takde parking tu..), sampailah ke Putrajaya Sentral. Perjalanan diteruskan dari Putrajaya Sentral ke Presint 3, balik semula ke Putrajaya Sentral. Last sekali, barulah balik semula ke Park n Ride, Presint 1. Dekat 2 jam setengah jugak naik bas ni.

Berdasarkan experience kitaorang (dedua menyamar ada urusan kat pejabat Kerajaan), memang perkhidmatan dia bagus. Kitaorang tunggu less than 10 minit untuk setiap stesen and this is not peak hours ye! Pemandu dia semuanya very courteous, menjawab pertanyaan dan soalan yang diajukan dengan cekap dan berhemah.

Sesungguhnya, aku rasa kakitangan yang ada kat Putrajaya ni yang kena ubah mindset. Cuba datang awal ke pejabat, sebab bila datang lambat, tu yang kalau boleh kereta nak terus parking sampai ke depan lif. And kalau kau datang lambat, memanglah lambat naik bas Nadiputra tu!!! Tapi kalau datang awal, masih sempat untuk parking kat Park n Ride and naik bas ke opis. Bila nak amik anak, tunggu kat bus stop depan, naik bas pegi Park n Ride, collect kete, ambik anak kat sekolah, hantar balik rumah, parking balik ke Park n Ride, naik bas pegi opis. takde masalah pun.

Tapi kalau sanggup nak bayar saman everytime or sanggup kereta asyik kemek/bercalar (sebab parking haram), pilihan di tangan anda..

Walaupun Kau Cute, Aku Tak Termampu Nak Tanggung

gambar dari pak google


Alololololo cute kan kucing kitty kat atas ni?

Walaupun cute macam ni, memang tak terniat aku nak menjaga kucing kat rumah aku. Heheh. Encik suami satu family memanglah sayang kucing, kucing diaorang kat rumah pun banyak. Tapi aku masih belum sanggup la nak menjaga kucing atas alasan-alasan berikut:
(i) Aku kalau nak ada pet, mesti complete peralatan dia. Ada bakul dia tidur, ada pinggan dia makan, ada mangkuk dia minum, ada tempat dia nak uk uk..memandangkan semua tu mengguanakan duit, maka kensel la dulu nak bela kucing ni;
(ii) Susah la nak bergerak. Nanti nak cuti je kena fikir kucing nak letak mana, siapa nak jaga. Susah. Kalau nak angkut je, kengkadang ada tempat yang tak boleh bawak pet..so how?
(iii) Aku bukanlah seorang pembersih. Jadi kalau bulu kucing bersepah-sepah ni, aku rimas. Lagilah plak kalau taik ke kencing dia. Aku pernahlah pegi satu tempat ni (nama dirahsiakan) dengan bulu kucing melekat sana sini, dengan bau taik kucingnya lagi. Eeeee, kalau dah pemalas tu takyah la bela kucing.
(iv) kos nak merawat dia lagik satu hal. Sedangkan tuan dia yang sakit ni pun dapat rawatan percuma je (kedekut, pegi spital gomen je..) kucing plak dapat rawatan memahal ye??

Pandangan ini adalah personal ye? Aku boleh je nak bermain-main dengan kucing ni, tapi belum sampai tahap nak membelanya la..sebab tau diri ini tak termampu.

Jadi encik suami, kita takyah bela kucingla, kita bela anak je ok? Heh.

Random

1. Encik Suami telah demam panas yang teruk pagi Jumaat yang lalu. Pukul 3 pagi, dikejutnya aku, katanya dia sejuk. Memang iye pun, menggeletar habis orang tua tu. Sampai tiga selimut toto pun menggeletar lagi. Pukul 4 pagi kendian, dia kejut bagitau nak muntah. Aku check temperature dia, 39.8 celcius! Terusla ke PPUM and alhamdulillah nothing happened. Dia dapat mc 2 hari (hello doctor, ari Sabtu memang cuti la..) tapi aku terpaksa ambik EL 1 hari...huhuhu

2. Aku admit, aku memang tak suka lawak Din Beramboi, especially masa dia jadi juri Raja Lawak, tapi masa arwah meninggal dan begitu ramai artis-artis yang menyanjungi dia, aku insaf. Kadang-kadang apa yang kita nampak bukanlah hakiki sebenar, maka kenalilah seseorang sebelum kau nak judge orang tu dulu. Dan al-fatihah untuk arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di tempat orang-orang yang beriman. Aaaammmiinn.

3. Berjaya jugak membeli baju untuk wedding si Diana ni setelah letih aku pusing Tesco kat Mutiara Damansara. Ye, kalau aku pegi Jalan TAR mesti aku dah dapat dah baju yang perfect, tapi takpela, janji ikut tema warna yang ditetapkan. Oh, De Alfa, kenapa kamu tutup saat aku memerlukanmu?


4.

Pasal beras ke Pasal Exercise Yang Kurus Ni?

Antara aktiviti wajib di hari Jumaat, kalau tak bershopping, melepak kat opis sambil menganyam ketupat---> aktiviti yang pertama tu selalu aku buat bersekali dengan Karad dan Diana tapi aktiviti yang kedua tu, semenjak opis baru, dah lama tak buat. Sebab takde geng.


Tapi entah macam mana, hari ni setelah diajak oleh *PRO maka aku pun melepak la di biliknya sambil dengan ada sorang lagi *puan tu. Borak benda-benda biasa. Bila dah abih sembahyang Jumaat, *adik lelaki sorang ni plak melepak sama dan kitaorang bercerita pasal cara nak kurus.


According to him, kalau nak kurus, makanlah beras Herba Ponni, tapi takdelah makan terus kurus!! Ambik masa jugak. Lepas tu, boleh kurangkan masalah kencing manis jugak sebab beras ni kurang kanjinya.


Aku memang dah lama tau, dan pernah pun beli beras ni tapi tak tahan lama sebab encik suami tak minat makan, katanya tak puas. Tapi bila dengar adik lelaki tu cakap, aku macam nak terai balik jugak la.
Tapi lepas tu aku terfikir balik, kalau beli beras herba ponni pun, kalau asyik makan luar je pun tak guna kan? Hmmm....kenalah memasak balik lepas ni Aida oiiii!!!!
*nama dirahsiakan...hehehehe

Service tak baguslah, Nando's....

Korang baca tiga-tiga incident ni dan nilai sendiri, berbaloi ke bayar mahal untuk dapat service macam nih?


Incident 1 - location : Nando's One Utama
Few years ago, aku ngan family aku dine in kat sana. Memanglah kitaorang sampai dah lambat, dalam kol 8.45 malam tu, tapi kedai masih bukak, so kitaorang tak salah la kan? Datang waitress untuk ambik order, budak Melayu. Muka tak senyum langsung! The whole family ordered 1/4 chicken except me, aku order kebab. Dalam 20 minutes, semua food sudah sampai except mine. Minah tu adalah dalam 5-6 kali lalu kat meja kitaorang, never mention anything. Sehinggalah family aku dah abih makan, kebab aku tak sampai-sampai, aku pun tanyalah minah tu, "where's my kebab?" Muka dia ni masam lagi, pergi check kat kitchen. Tak sampai 5 minute, senyum sikit, terus bagitau kat aku, "Miss, kebab dah habis la, would you like to order anything as a replacement?" Huh, mestilah taknak, tapi merah-merahla telinga dia kena tarbiah ngan aku.

Incident 2 - location : Nando's Mid Valley
Seperti yang aku dah citer kat entry ni, masa makan kat Nando's pun ada incident, tapi bukan terjadinya kat aku, cuma kat customer dekat meja sebelah kitaorang, but still, aku rasa, kalau kena kat aku, aku pun angin. Kakak tu panggil sorang waitress untuk buat complaint (waitress yang datang tu Melayu bertudung) and kakak tu cakap very polite. She informed the staff to change the soup yang baru dihantar sebab dia notice the bowl ada crack. Minah waitress tu boleh balas kerek plak, "Bukan saya yang serve akak tadi kan?". Apa lagi, kakak tu pun teruslah sound, dia kata dia bukan nak buat isu besar, dia cuma nak mintak tukar mangkuk soup tu aje, lagipun bukan dia kenal siapa yang serve dia, itupun nak berkira ke? Yang minah tu, lepas kena sound, dah la tak ambik any action, terus blah panggil waitress lain handle customer tu.

Incident 3 - location : Nando's Mid Valley
Happened to my brother. Food yang dia order dah sampai, tapi dia laki bini tak sentuh apa pun lagi sebab sibuk uruskan si kembar dalam trolley Mc Laren tuha. Tetiba datang sorang waiter, dahlah tak tanya apa-apa, tak cakap apa-apa, terus ambik sauce kat atas meja adik aku tu and bagi kat orang lain padahal ada je lagi meja yang dah abih makan and belum clear. Adik aku soundlah kat one of the waiter tu, "Kalau nak amik sauce pun tunggulah saya abih melantak. Ini ayam pun tak sentuh, dah bawak lari sauce tu pegi mana? " Padan muka kau!!!

Notice tak aku mention Nando's Mid Valley twice and kenapa aku cerita detail pasal siapa staff tu sebab aku rasa if your food is extra delicious, tapi kalau you tak train your staffs properly, memang lari orang! Dahla kamu tu dalam business yang bagi food service kat orang, tolong make sure staffs yang dipilih tu bebetul minat nak kerja fast food and plasant enough to meet with client!

And to adik-adik waiter and waitress, aku tahu korang kerja tu sementara tunggu result SPM, nak tunggu masuk IPTA/IPTS, nak tunggu semester baru bukak, tapi kalau orang dah bagi kerja, kerja la bebetul. Jangan ingat kamu tu dah cukup terer, kutt orang yang datang makan tu lagi plak ada label Dr. or Prof, kamu tau ke? Tak salah kalau jaga hati pelanggan selalu, lainlah pelanggan tu bermasalah.

Yer, aku berhak membebel sebab aku pernah merasa kerja kat Mc. Donalds and aku tau macam mana kerja layan orang ni. And aku berhak marah sebab aku yang keluarkan duit untuk bayar makanan ni. Mahal, tapi service tak seberapa, macam mana?