Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tambahan Tips Nak Dapatkan Anak

Aku baru notice, dalam post aku yg ni, aku lupa nak senaraikan surah-surah yang diajar oleh makcik tu masa makan buah zuriat. So, kat bawah ni adalah surah-surah yang perlu dibaca bersekali:

Al-Fatihah - 13 kali

Al-Ikhlas (Kul Huwallahu Ahad) - 3 kali

Al-Falaq (Kul A'uzubirobbil Falaq) - 3 kali

An-Naas (Kul A'uzubirobbin Naas) - 3 kali

Alam Nasyrah - 13 kali


Besides than that, bila korang dah ready untuk berbaby, korang kena make sure at least 3 months before nak pregnant tu, dah amik folic acid. Ala, kat farmasi banyak, macam-macam brand. Sebenarnya folic acid ni bukannya ubat kesuburan, tapi dia supplement yang boleh mengelakkan baby kena spina bifida nanti. Err, apa itu spina bifida, sila search di internet ye...

Tips nak dapat baby

Asyik cerita miscarriage je..tak bersemangat orang nak baca kan? So, aku cerita la plak apa yang aku dah usahakan untuk pregnant lagi. Kalau tak usaha, macam mana nak jadi takkan boleh datang bergolek sendiri kutt. Maybe ada usaha-usaha ni yang boleh ditry, maybe berjaya kat korang, lain orang lain caranya, kan? :D Yang penting jangan stop berusaha, ada orang amik masa bertahun-tahun try. Ada orang sebulan, dua bulan dah nampak hasil.

Urut badan

Dah banyak kali aku cite pasal urut-urut ni. In fact dua tempat aku pergi urut. Satu kat Spa Artiyana-cara moden tapi urut tradisional (cerita kat entry ni dan ni) dan jugak urut dengan bidan kampung kat Muar, Johor. Errr, kampung apa aku tak ingat. Alhamdulillah, dua-dua kata aku takde masalah nak pregnant, sebab ada denyut di pusat, cuma belum masanya lagi. Beza urutan? Yang kat spa artiyana tu lebih rileks, tapi aku trust kak gee tu sebab masa berurut first time ngan dia la, melekat second baby cuma tak panjang hayat. Yang dengan makcik tu, sakit jugaklah, tapi lega dia urut. Harga pun murah dari spa la ofcoz!! Hehehehe

Makan buah zuriat

First time aku diperkenalkan dengan buah zuriat ni masa berurut kat Muar tu. Buah zuriat ni memang keras, hanya ada di Mekah saja. Nak tau gambar dia, search jelah kat google tu. Ada banyak cara makan buah ni, aku try dua. Tak taulah yang mana satu menjadi.

Cara 1 - buang sabut dan buah zuriat dipotong dua. Makan mentah isinya (yang warna putih tu) beserta dengan surah-surah Al-Quran. Masudnya, tak boleh makan masa period, dimakan selepas 5 hari habis period sampai period berikutnya setiap hari sekali. Isteri je makan. Yang isi putih tu rasa kelapa, tapi punyalah KEEERRRAASSSSSS!!!! aku makan tak habis pun...

Cara 2 - buang sabut dan buah zuriat dipotong dua. Rebus buah zuriat sampai air tukar kaler jadi macam air teh. Haruslah diminum suami isteri sambil baca selawat. Boleh minum dengan gula. Yang ni aku try tapi encik suami tak suka, so pun half way buat. Mencik.

Maharani and Premium Beautiful

Seriously masa member aku promote PB ni, aku terhooked with the idea yang Maharani and PB ni dah banyak tolong perempuan untuk lebih mudah pregnant. Kalau setakat nak slim balik, memang takdenye aku nak beli PB!! Aku rasa PB korang tau kan, ala-ala korset, girdle tu. Tapi maharani ni satu keluaran Hai-O lebih kurang macam supplement la, elok untuk perempuan. Maharani tu murah je, yang mahal tu PB!!! Tapi oklah, long term investment...huhuhu

Supplement USANA

Dalam blog aku ni, aku pun dah banyak cite pasal USANA. And Ada range dia yang boleh diamalkan kalau nak pregnant, tak merbahaya pun, sebab dia ni supplement, bukan ubat

Tengok kalendar waktu subur

Kalau korang memang takde problem laki bini dengan kesuburan, cara paling mudah, free dan berkesan (insyaallah) is to know when is your waktu subur and pakatlah dengan suami untuk bersama-sama masa tu, insyaallah, kalau Kun Fa Ya Kun kataNya, maka jadilah baby.. :) Cuma yang si perempuan kena lebih tahu pasal diri sendiri (bila hari pertama datng period yang last, berapa hari cycle period). Boleh kira kalendar macam kat babycenter ni.

Ni cara-cara yang aku dah tryla, ada jugak yang pergi LPPKN, try makan biodex, blend sebiji kurma ngan susu kambing. Tapi aku tak buat perkara-perkara tu. Apa-apapun, macam aku tulis memula, orang berbeza-beza, Cubalah yang mana sesuai dengan kamu diiringi doa dan barulah bertawakkal. Insyaallah.

Tips Beli Wedding Gifts

Cuti sekolah sudah menjelang tiba..sepertimana jugak seperti tahun-tahun sebelumnya, cuti sekolah memang sangat sinonim dengan musim orang berkahwin. Sesetengah orang panggil ni musim dapat "surat saman". Masa ni jugaklah orang pening nak fikir, hadiah apa nak bagi kat pengantin kan?

Sebenarnya, ada tips yang korang boleh guna kalau nak beli hadiah wedding ni. Kat bawah ni aku listkan some of the tips based on my experience sebagai orang yang pernah terima wedding gifts dan orang yang selalu bagi hadiah kat orang:

1. Nak bagi duit ke nak bagi hadiah? Rule of thumb yang aku gunakan, kalau aku kenal pengantin tu, aku akan bagi hadiah supaya pengantin yang dapat guna. Kalau aku kenal parents/keluarga pengantin tu, aku akan bagi duit, supaya parents dia boleh guna. Kalau my cousin yang jadi pengantin, aku akan bagi both.


2. Beli hadiah yang pengantin boleh guna. Macam mana nak tau? Try to put yourself in their shoes and imagine, "kalau aku dapat hadiah ni, aku guna tak?" Barulah tak jadi kes hadiah kena recycle sebab tak digunakan.

3. Kalau korang keje as PR kat mana-mana company, tolonglah jangan bagi hadiah dari company tu, nampak sangat takde duit ok! Aku bagi tips ni sebab aku pernah terima hadiah kain batik belum berjahit penuh dengan logo company tu. Coincidently, masa adik aku kahwin, orang yang sama bagi hadiah set alat tulis kat adik aku, pun guna logo company tu jugak.. APAKAH??



4. If pengantin tu office mate, lebih elok kalau ramai-ramai kumpul duit pasal tu tanya straight forward, electrical stuffs apa yang diaorang nak..so takdelah pening pengantin kalau bukak-bukak wrapper, dapat rice cooker berjenis-jenis, sampai tak tau nak bikin apa sama itu rice cooker.

Masa aku kahwin dulu, alhamdulillah murah rezeki. Memang banyak stuffs yang aku dapat contohnya:


(a) dinner set, breakfast set, tea set, wine glass, gelas mamak, set cutlery, set periuk, set kuali, steamer, periuk deep fry.

(b) barang letrik plak, paling banyak aku dapat is rice cooker, pastu ada toaster, ada mixer, ada slow cooker


(c) barang-barang lain aku dapat, mangkuk tingkat (i loike, comel!!! ),tupperware , batik mahal, sampin, kain ela, album, frame gambar, tulisan Allah Muhammad, jam, buku keagamaan. Yang paling berguna, hadiah dari kakak aku - dapur gas.


Anyway, aku saja letak pics some of gifts yang aku dapat, bagi idea sikit korang nak beli apa. Tengokla, banyak yang dalam kotak lagi...and thank you kepada yang bagi hadiah...:)


-tengok tu, rice cooker yang belum pakai pun ada 3. Itu pun ada yang aku dah bagi kat mak aku and dah pakai sendiri-

-ini plak stok pinggan mangkuk yang belum habis guna lagi..-


-ada sambungan pinggan mangkuk lagi-

-cadar2 yang belum digunakan dan photo album. Aku dapt 8 cadar, jimat makcik takyah beli...-