Nak Sihat Kena Urut Dik....

Masa aku gugur dulu, memang aku tak berpantang teruk-teruk. Ok, awal-awal tu kontrol makan je la, especially bab makan (tak boleh makan sayur yang sejuk-sejuk, tak boleh amik food yang unsur gatal-gatal, tak boleh minum nescafe) and pakai stokin. Tapi sekejap je, dalam 7 hari je. lepas tu, semua tinggal. Kontrol jalan slow-slow lagilah takde kan. Sampai bila mak aku ajak balik kampung berurut, aku siap cakap, takyahla kutt mak.



Bila baca entry Angah pasal dia berpantang macam bersalin masa gugur aritu, aku terfikir jugak nak buat, tapi biasalah, kat area PJ ni, susah nak cari orang yang masih expert buat benda-benda macam tu. Lagi pulak mak aku masa tu tengah kelam kabut jaga adik ipar aku yang bersalin twin, aku pun batalkan la niat nak berpantang ni.


Tapi semua tu berubah bila aku join Bengkel Sihat anjuran majalah Rapi. One of the penceramah is Kak Gee, from Spa Artiyana. Memula dengar talk dia tu, dalam hati dah bajet dah, "ala, dia ni nak promote spa dia, mestilah cakap macam-macam.." tapi bila dia sentuh cerita pasal kalau pernah gugur, pantangnya patut lagi teruk dari pantang bersalin, terus aku interested nak tau. She explained, sepatutnya bila gugur, masih kena buat apa yang dibuat masa pantang untuk bersalin, especially berurut. Sebabnya kalau gugur pun, rahim kena jaga, takut jatuh or kembang. Itu yang menyebabkan ada kes dua tiga kali pregnant pun masih gugur sebab rahim tak kuat.


Gambar kebas dari facebook Spa Artiyana


And because aku memang tengah process trying to conceive, aku akan try apa sahaja cara yang elok untuk mudah mengandung (except benda pepelik la macam yang dibuat dalam cerita Mayang Mengurai tu). Kebetulannya, lepas gugur aritu aku rasa badan aku macam tak sihat, tak selesa, lemah saja. That is because angin dah masuk dalam badan, itu yang tambah lesu je. Lagi pulak aku ni tak minat nak berurut regularly, itu yang perjalanan darah tak betul tu.

Maka hari Khamis yang lepas telah berjaya ke Spa Artiyana untuk try urut tradisional kat sana. Kak Gee kena urut aku dulu baru dia boleh advise apa yang aku perlu consume untuk jadi lebih sihat. Memula tu badan diurut biasa oleh Puteri, one of masseur kat sana. Bila tang perut, Kak Gee yang akan urut. Sepuluh kali aku tanya sakit ke idak, sebab aku pernah dengar kakak aku mengerang kena urut untuk naikkan rahim dia lepas bersalin first dulu (dia tu dahla memang jenis tahan sakit.)


Bila Kak Gee urut je perut aku, terus dia comment, "perut Aida ni dah masuk angin. Keras kat ulu hati ni..," which I can't deny la, dah nama pun minum nescafe hari-hari. Bila dia pegang part ari-ari, memang confirm katanya rahim aku jatuh sikit and dah kembang. Yerla, dah dekat 8 bulan aku gugur kan. Surprisingly, masa Kak Gee alihkan balik rahim tu, tak rasa sakit, cuma sengal sikit. And alhamdulillah, Kak Gee told me I don't have any other problem, senang nak mengandung cuma maybe rezeki belum ada. She also told me, I need to have another 2 sessions urut sebab kalau sekali je belum betul-betul sembuh which I am gladly will comply. Next session nanti Kak Gee akan bagi jamu to eat and also bengkung untuk mengecutkan rahim yang dah kembang tu. And not forgetting to bertangas.


Keseluruhannya, memang aku puas hati dengan service Kak Gee walaupun baru pergi first time. Insyaallah, aku nak jadikan urut ni aktiviti wajib every month, well, if it can make me healthier, why not kan? :)


Spa Artiyana is located at 1st Floor, Jalan Tun Mohd Fuad 3, TTDI. Ala, sebelah KFC besar kat TTDI tu or siapa yang biasa pergi pasar malam TTDI, dekat situlah areanya. Spa Artiyana pun ada kat Facebook. Kalau interested, check them out!!!

4 comments:

Angah said...

makcik rasa bangga nama disebut haha..

mmg betul tau, pantang ni penting untuk jangkamasa panjang. Bukan je untuk hubungan suami isteri, tapi jugak untuk conceive dan general health la..benda kat luar nampak la sakitnya tapi benda kat dalam ni mana nak nampak dan itu la yang kena jaga betul2.

Angah amalkan jugak minum jus bidadari. Alhamdulillah la lepas few mnths tu nampak kesannya.

insyaallah..nnt ada rezeki ko untuk jadi ibu ya.. aku doakan.

Aida Manap said...

tuhla angah..mmg untuk diri sendiri yang pentingnya..badan nak pakai lama, tempoh perkhidmatan ngan gomen pun lama lagik...adeehhh

eh, mana nak beli jus bidadari tu, sedap x?

Angah said...

jus bidadari keluaran DCL tu kat mana2kiosk yg jual macam2 ubat/tonik tu ada. sebotol RM 50 je. Minum pagi ngan malam. Rasa sedap macam jus kurma.

Aida Manap said...

oooo...ok angah..aku ku cuba juga.. :)