Ayam Masak Merah


Bahan utama
1/2 ekor ayam - digaul serbuk kunyit dan garam
3 biji kentang - dipotong wedges

Bahan yang dikisar:
10 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
*kisar sehingga lumat (tambah cili kering sekiranya nak pedas)

Bahan perasa:
Sos tomato
Sos cili
Tomato puree
Santan/susu segar
Gula perang

Cara-cara memasak:

1. Goreng ayam separuh masak dan kentang yang dipotong wedges. Keluarkan minyak sehingga cukup untuk menggoreng bahan-bahan yang dikisar.
2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan sos tomato, sos cili , tomato puree (mengikut citarasa masing-masing) dan kacau sehingga sebati. Masukkan air sekiranya terlalu kering.
4. Setelah kuah mendidih sedikit, masukkan ayam goreng dan kentang dan gaul sebati. Letak sedikit santan/susu segar serta gula perang dan biarkan seketika.
5. Siap untuk dimakan.

Nota kaki :
Sepatutnya tabur dengan daun sup sedikit biar naik warna hijau tu, tapi dah takde, bolehlaa....

Saya tak sleep walking laaa.....

Nota : Ini bukan cerita 18SX walaupun kejadian di bilik tidur. Jadi sesapa pun boleh baca. Sekian.

Encik Suami pergi training silat tiga kali seminggu, kalau takde halangan la. Aku pun takdela nak halang dia ke apa ke, sebab duduk rumah pun bukan buat apa-apa. And between aku dengan encik suami, dah ada mutual understanding iaitu balik je dari training, tak kira lah pukul berapa, dia mesti tapawkan aku teh tarik or nes tarik. (selalunya air tu aku bawak pegi opis the next day sebab by the time encik suami balik, aku dah tidur. Ngeeee).

As usual, masa hari yang dia ada training tu, aku pun, pukul 11 malam macam tu, tutup lampu, terus zzzz and tak sedar apa-apa. Sehingga jam 3 pagi tu aku tersedar, terasa nak terkucil. Bila aku pusing sebelah, tengok encik suami takde. Dalam hati mulalah aku nak hangin ni, "training apa pukul 3 pagi belum balik ni? Siapla pagi kang....aku siasat sampai lubang cacing!!" Aku bebel dalam hati jelah.

Disebabkan nak terkencing sangat, aku pun terusla ke toilet. Dari luar nampak terang and dengar suara pakcik tu batuk. Terus hati aku sejuk, rupanya encik suami dah balik, dia ke toilet. Maka aku pun teruslah pegi second toilet kat belakang.

Dah habis aku melepaskan hajat, aku baliklah semula ke bilik tidur. Sampai kat dapur, aku tengok suami aku pulak ke belakang, cari aku. Rupanya dia pun gabra bila masuk bilik, tengok aku takde. Dia ingat aku menggigau sampai sleep walking. Heh...

Kesimpulannya, nanti kalau nak pergi toilet, sila mintak izin dari encik suami supaya encik suami tak ingat yang kita ni sleep walking dan ambil kunci kereta lalu menuju ke Ikea. Sekian.

Tanpa Cerita #3

Antara kek yang aku paling suka nak buat...coklat kek kukus sebab senang and ramai gila puji sedap (sebenarnya kena paksa puji!!!)
BTW, pinggan antik tu saja nak simpan lelama, tunggu dah 20-30 tahun, boleh jual mahal, vintage and antique gitu!

Daging Black Pepper


Bahan utama:
Daging lembu - dihiris nipis-nipis. (lebih elok beli belah batang pinang, lembut)
*perap dengan biji lada hitam yang ditumbuk, sos lada hitam dan sedikit kicap masin sekurang-kurangnya 1/2 jam before masak*

Bahan hiris:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih 1 cm halia
1 biji bawang besar India
1 biji cili merah

Bahan tambahan:
Kacang panjang dipotong-potong
Cili api - ditumbuk sedikit

Cara-cara:

1. Goreng daging yang diperap dalam minyak dengan api yang besar selama 5 minit atau sehingga empuk.
2. Masukkan semua bahan yang dihiris ke dalam daging goreng tadi.
3. Masukkan kacang panjang yang dipotong dan cili api yang ditumbuk tadi.
4. Perisakan dengan garam. Sekiranya kurang rasa black pepper, tambah serbuk black pepper dan sosnya.
5. Siap untuk dihidang.

Nota kaki:
Kalau takde kacang panjang, boleh digantikan dengan brokoli atau capsicum.

Demo Second Time



Ye, seperti yang dinyatakan sebelum ni, bila encik suami berdemo maka haruslah aku memfollow sama untuk jadi videowoman tak bertauliah kan? Belajar dari pengalaman yang lalu maka kali ni aku telah bersedia untuk bertugas sehabis baik untuk merakamkan saat-saat "si jebat" dan "si tuah" berlawan.


Cikgu Hisyam tengah standby untuk sesi demo


Makanya pada 20 Feb yang lalu, aku pun joinlah encik suami berdemo keris di Putra Heights, USJ Subang. Seperti biasa, encik suami berlawan keris dengan cikgu Along, pasangan wajib dia.


video

Kalau gambar x clear tu, maafkanlah ye...first time upload video kat blog..seperti biasa, siapa berminat nak bersilat, bolehlah masuk laman web ini.

Kisah di Negeri K.O.R.

NOTA : Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, siapa yang terasa pedas, dialah makan cili berkg-kg..jangan salahkan aku kalau korang pun kena warded sebab cirit-birit and muntah-muntah jugak.

Di dalam sebuah Negeri (yang dinamakan Negeri K.O.R.) terdapat sebuah Bandar V yang diterajui oleh ketua bandar (KBV) dan disokong oleh Ahli-ahli Majlis. Negeri K.O.R. sendiri diterajui oleh Sultanah K.O.R.(SK).


Entah di mana silapnya, KBV yang dilantik rupanya berpenyakit. Sebut aja penyakit apa, semua dia ada. Darah Tinggi? Check. Kencing Manis? Check. Sakit otot? Check. Sakit gigi? Check. Dan perangai KBV ni jugak, apabila dia ada temujanji rawatan di hospital kerajaan, dia akan ambil cuti. Tak kiralah masa tu ada mesyuarat, kerja penting atau sebagainya. Walaupun Ahli Majlis pernah suarakan supaya dia dapatkan cuti sakit (kadang-kadang doktor bagi) atau dapatkan time slip, alasan KBV tidak suka ambil cuti sakit. Kira rekod tak cantik.Konon!

Yang menyebabkan Ahli-ahli Majlis tidak puas hati adalah dalam sebulan, 3-4 kali jugakla KBV akan ambil cuti atas alasan menghadiri temujanji rawatan yang macam-macam tu, kira semua disiplin rawatan dia dah pernah rasa, dentistry, O&G, medical, surgical, cuma Psikiatri je tak pernah. Andai kata ada Ahli Majlis yang dah plan cuti lebih awal, tapi tetiba KBV teringat yang dia ada temujanji rawatan pada hari yang sama, KBV akan selidik sampai ke akar umbi sebelum sokong cuti di HRMIS (sokong je pun..) dengan alasan SK tak benarkan satu bandar sampai dua orang mengambil cuti. Masalahnya, Ahli Majlis dah apply lama, KBV yang baru apply, tapi kengkonon atas alasan ada temujanji rawatan hospital, maka dialah yang berhak cuti walaupun orang lain dah apply 6 bulan terlebih dahulu.

Bukan setakat itu, sekiranya KBV terpaksa untuk menukar tarikh rawatan, dengan mudah beliau dapat tarikh yang baru dan mesti tarikh tu secara "kebetulan" ada mesyuarat. Yang kelakarnya, KBV ni mendapat rawatan di HKL. Mudah sangatkah menukar tarikh rawatan di situ? Bukan kalau kat HKL tu, nak tukar tarikh rawatan memakan masa berbulan-bulan untuk dapatkan tarikh rawatan yang baru bergantung kepada kekosongan tarikh??

Dan kalau tetiba ada kerja penting yang memerlukan dia menggantikan SK sekiranya SK tiada, maka masa tu jugaklah tetiba Ahli-ahli Majlis akan mendapat pesanan ringkas memaklumkan yang dia berada di klinik atas alasan blood pressure naik, demam panas, nak dressing luka, filling gigi tercabut dan sebagainya. Dalam masa setengah jam lepas tu pulak, maka Ahli-ahli Majlis akan terima pesanan ringkas yang KBV diberikan cuti sakit oleh doktor Kerajaan. Amboi, masa ni tak terfikir ke cuti sakit tu akan memburukkan rekod?

Ada jugak kes di mana apabila hari itu terdapat mesyuarat penting yang melibatkan pembentangan oleh KBV, pagi itu jugaklah beliau akan memaklumkan kepada Ahli Majlis yang dia sakit dan diwardedkan. Sakit apa? Cirit-birit dan muntah-muntah hari sebelumnya. Lepas tu dalam siri mesyuarat yang lain pulak, tetiba pulak dimaklumkan beliau warded kerana food poisoning. Dan seperti biasa, beliau dapat sijil cuti sakit dari doktor Kerajaan.

Ahli Majlis yang dah tak tahan dengan perangai KBV ni, telah meluahkan perasaan kat FB...waahhh, banyak betul maklumbalas yang diterima.


Hmm...ramai yang menyarankan Ahli Majlis untuk menyemak samada sijil cuti sakit KBV yang diberikan oleh doktor Kerajaan itu benar-benar authentic atau tidak. Nampaknya kenalah Ahli Majlis menjadi Sherlock Holmes pulak la lepas ni.

Masa nihla terfikir.. masa Ahli Majlis rezeki dinaikkan pangkat, ramai yang mencemuh kumpulan kami katanya terlalu junior dan belum layak untuk naik pangkat, tetapi senior macam KBV itukah yang diharapkan untuk memimpin negeri nanti??

Tanpa Cerita #2

Kepala - ikan kekisi
Badan - sayur pucuk paku
Ekor - ikan bawal
Kalau dah boring, mulalah kekreatifan menghias pinggan makan muncul...heheheh