Check up 27 weeks

Hahah!!!! Kalau dah dasar pemalas tu, pemalas jugak la kan? Memula konon nak update everytime check up, sekali tu masa yang tak mengizinkan, hambik ko!!! Terus 27 minggu!!!

Alhamdulillah, aku masih boleh bertahan dan walaupun aku tak pernah mengandung sebelum ni, rasanya pregnancy aku yang kali ni (berdoa supaya lepas ni ada lagi la pengalaman mengandung lagi...) boleh dikatakan agak senang. Maybe baby ni dah tau, mak dia from bulan November onwards dah memang sibuk.

Anyhooo...last check aku, berat aku adalah sebanyak XX.2kg and katanya berat baby dalam perut adalah 1.2 kg. Sekali tu, check up masa 27 minggu tu, berat aku adalah cuma XX.4kg (yang xx tu masih angka yang sama ye..). Maknanya naik 200 gm sajalah!!! Dr. H pun agak surprised, siap risau kalau aku berdiet, tapi memang aku tak diet, cuma masa pregnant ni selera makan aku memang sedikit kurang. Aku still makan 3 kali cuma nasi tu memang ambil sikit je. Kudap-kudapan pun aku kurang. BTW, masa ni berat baby dah jadi 1.4kg. Maknanya kenaikan 200gm tu bukan aku yang punya, ahmad albab dalam perut yang punya!!!! Heheheheh...

Lepas ni nak cerita experience pergi antenatal class ngan breastfeeding class a.k.a. kelas penetekan. Gila la aku ni, entry dah tunggang terbalik dah...nasib la ye.

Mak bukan kedekut nak...mak cuba menjadi reasonable...

Bila difikir-fikirkan balik, mungkin betul orang kata hanya Yang Maha Esa je tau apa yang baik untuk kita, jadi janganlah berprasangka buruk, kan? Contohnya macam aku, baru sekarang la nampak jalan lurus terbentang luas di hadapan menuju cahaya yang bersinar-sinar di hujung jalan..Cheh, ayat berbunga-bunga!!!

Anyway, orang selalu cerita kalau nak dapat anak first, mak ayah akan over excited, beli macam-macam untuk baby kan? Kekadang tak important pun dibelinya. Dan alhamdulillah, aku tidak tergolong dalam kumpulan tu. Dan alhamdulillah jugak aku ni bukan orang yang branded conscious and so does encik suami.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya walaupun sekarang aku tengah carry my first child, tapi aku mengamalkan konsep, second hand pun takpe. Heh, kedekut kan aku? Nasib baik kakak aku ngan adik aku dah ada baby, so barang yang bulky-bulky tu semua aku pinjam diaorang punya, dari baby cot, stroller, car seat, kerusi makan baby, apa lagi..baju-baju baby pun aku pinjam diaorang. Bukan setakat baju baby, baju maternity pun aku pinjam kakak aku punya. Heh.

Walaupun macam tu, aku takdelah sangat kedekut, hokeh!!! Ada la benda-benda yang aku beli jugak, tapi my main concern adalah untuk masa depan anak aku. Alhamdulillah, aku dah amik polisi insurans for baby dari Prudential. Yang ni memang dia cover baby dari dalam perut lagi. And aku ngan encik suami jugak sebulat suara nak enroll dalam stem cell tu. Ala, yang dia amik darah baby from tali pusat, pastu simpan for future use tu...in case apa-apa dah boleh prepare.

Tapi lain orang lain pandangan kan? Kebetulan aku ni dah ada siblings yang dah beranak kecik. Katakan aku anak sulung, mengandung sulung, memang botak jugakla kepala aku agaknya. Huhuhu

Baby main nyorok-nyorok

Yepp..macam yang aku tulis kat previous entry, aku akhirnya berjaya jugak buat 3D scan. Di mana? Of coursela KPMC Kajang, sebab it's the cheapest and buka malam. Aku booked nak jumpa Dr. Anita at 8pm on Monday night aritu. Ingatkan kalau malam kira clearla hospital kan.

Rupanya hipotesis aku silap (cheh, mementang tengah course Qualitative Analysis..). Kiteorang sampai pukul 8.15 malam, tapi orang punyalah ramai nak jumpa Dr. Anita. Just imagine la, kalau malam, maka anak-anak yang tak berapa nak cukup umur pun ikutla sekali. Berlari sana sini, melompat sana sini, mak ayah boleh tengok je. Demn.

Pastu nak dijadikan cerita, aritu plak ada final bola sepak Malaysia vs Indonesia. Ok, aku tau kau nak tunjuk semangat Malaysia Boleh, tapi perlukah menjerit macam di mapley, sedangkan kau kat hospital. Bukan setakat lelaki, perempuan yang mengandung pun jerit2 sama. Tak paham aku!!!

Turn out, turn aku jumpa Dr. Anita adalah pada pukul 11 malam, 2nd last patient. Muka aku ngan encik suami dah serabai dah, sebab memang datang straight dari office. Pastu, dia godek-godek perut aku guna 2D scan memula, nampak la muka baby sesikit, tapi bila dia tukar 3D scan, tak nampak sangat sebab position baby tak sesuai, dia menyorok bawah placenta aku. And gender pun tak nampak sebab dia kepit rapat. Tapi kata Dr. Anita, 80% mungkin girl.

So, itulah cerita scan 3D aku, apa pun tak dapat, cd ka, gambar ka, siap aku cakap ngan encik suami, dah tak payah buat 3D scan la..aku sudah letih.. heh!!!

Yang penting semua sihat, alhamdulillah. Now kena focus with kelas QA plak. Anoher steps before digelar mahasiswi balik.. *excited*

Another reason to be thankful..

Diam tak diam, dah nak berkulat blog aku ni rupanya.Kena start mengarang balik ni, kalau tidak lari skil mengarang aku. Eh, ada ke?
Apa-apapun atas doa semua orang yang sayang kat aku, alhamdulillah kandungan aku dah nak masuk 27minggu..dah nak 7bulan tu!!
Insyaallah ari ni nak buat 3D scan. Harap-harap dah boleh tau gender..atuk, nyai, tok ngan tok wan dah tak sabar nak tau boy ke girl..

Swasta ATAU Kerajaan?

Aku ingatkan situasi nak pilih government or private ni occur masa aku nak sambung belajar dengan nak kerja je. Rupanya dah nak bersalin ni, timbul jugak pilihan nak ke government hospital or private hospital..

Personally, aku takde masalah dengan kedua-duanya. Kalau kat government hospital pun, aku still ada exttra benefits, contohnya dalam wad kelas satu due to my designation, cuma kat PPUM takdelah pakai kelas wad-wad ni. Aku jugak sebenarnya mampu ke private hospital sebab dari bujang aku dah covered by medical card and finance aku still ok.

Sebenarnya memang masa awal-awal mengandung ni, aku dah berniat untuk ke KPMC based on my friends experience yang katanya KPMC memang pakar dan harganya tak mahal, cuma aku takdelah ke KPMC Kajang, jauh...aku pilih KPMC Puchong, and my O&G specialist is Dr. Haizal. Cuma bila baby dah masuk 6 months ni, baru terfikir kalau ada complication dengan pregnancy aku, takut tak sempat nak ke KPMC Puchong je. The nearest hospital in my house area is PPUM. So, being me, aku pun listkanlah pro and cons with both hospitals :


PPUM

Pro

1. Dekat dengan rumah, 10-15 mins drive je.

2. Free, bawak Surat Jaminan (GL) je dari opis

3. PPUM is one of the hospital yang menggalakkan penyusuan ibu. High points for them!!!!

4. Doktor pakar ada, hospital well equipped, teaching hospital katakan

5. Service setakat ni ok, my family members never encounter any bad experience masa kat sini.

6. Location senang, kutt orang nak visit pun dah tau dah


Cons

1. Masa bersalin, tak boleh orang teman kat delivery room...waaa, encik suami, i want u to be there with me!!!!

2. Lepas bersalin je, kalau normal memang mak dah kena jaga baby dah, nasib kau la kalau baby menangis malam-malam..

3. Restricted visiting hours, biasala hospital kerajaan


KPMC Puchong

Pro

1. Dari check up, sampai deliver, awal2 dah attach dengan pakar O&G, yeay Doctor Haizal!!!

2. Layanan memang tip top la, walaupun awal-awal tu ada sedikit miscommunication dengan Nurse Aid dia, sekarang dah jadi member.

3. Abah nanti boleh masuk teman ibu dalam labour room...hihihi

4. Kalau tak larat, nurse jaga baby dulu sampai mak dah ok.

5. Boleh datang melawat sampai kol 10malam

6. In terms of pakar tu ada..tapi maybe tak well equipped, sebab ada je yang kena transfer balik ke hospital kerajaan jika ada complications.


Cons

1. Jauh sikit dari rumah, kalau tak jem 20 minit dah boleh sampai, kalau jem kat Puchong tu, adeehhhh, tak dapat dibayangkan bersalin dalam kereta... :(

2. Location sedikit secluded, memang susah nak cari la. Kitaorang awal-awal pun sesat

3. Of course la kosnya itu! Kalau bersalin normal, ok lagi sebab baru RM1,100 je, tu pun boleh bayar ansuran (macam kereta plak). Kalau ada complication, takut boleh sampai RM6k!!! Duit memanglah ada, tapi baik that amount simpan untuk sekolah baby nanti..


Dari list tu, memang dah jelas yang PPUM out-rank KPMC. So, discussion aku dengan encik suami, kami akan book jugak kat dua-dua hospital. Yerla, tak dapat dijangka kan? Kalau tetiba rasa nak bersalin sangat-sangat, at least boleh ke PPUM, tapi kalau masih boleh ditahan, maybe aku akan ke KPMC Puchong. Yang penting, kat KPMC, kalau tak jadi bersalin kat sana, duit akan dipulangkan semula. Alhamdulillah.. :D

Merasa Menjadi Student Balik...

Akhirnya termakbul jugak doa aku nak sambung belajar..alhamdulillah!! Kali ni dengan biasiswa Kerajaan, di samping tu dapat sekali cuti belajar bergaji penuh, meaning aku cuti belajar tapi gaji tetap jalan dalam masa yang sama yuran dan elaun, Kerajaan bayar dan sponsor..alhamdulillah lagi sekali!!!

Sebenarnya memang aku dah berniat dengan encik suami, kalau percubaan nak dapat biasiswa Kerajaan untuk further study tak lulus, by hook or by crook aku nak buat part-time next year. Kenalah mintak restu dia walaupun duit sendiri kan, sebab si kenit yang bakal keluar ni, dia lah kena jaga...tolak ansur beb...

Kat mana belajar? Local je..walaupun peluang nak sambung overseas tu ada, tapi aku tak bolehlah nak selfish. Dalam keadaan encik suami yang tak boleh nak ambil cuti tanpa gaji, takkanlah aku nak suruh dia resign semata-mata nak teman aku. Dahlah nak cari kerja sekarang susah. And aku jugak bukanlah seorang yang pentingkan diri sendiri, sanggup pergi sana sengsorang tinggalkan laki ngan anak kat Malaysia niha. Kang balik-balik aku dah dapat "kawan baru" kang, tak ke melalak aku nanti???

Bila belajar? Insyaallah September 2012, ikut in-take student yang baru ni kan? Just nice la kiranya. Aku bersalin bulan Februari, cuti 90 hari. Masuk opis balik dalam bulan April..gedebak, gedebuk, bulan September 2012 jadi student balik...SELAMAT BERINOVASI KENGKAWAN!!! *you know who you are...heheheheh*

Takpelah, lagipun course aku amik ni sesuai further study local je. Lagipun setahun setengah je. Insyaallah, kalau ada rezeki, aku apply pHd, baru puas hati, duduk overseas 3 tahun.. :D

Alhamdulillah...

Cerita 4-17 Minggu..sambungan

The previous entry aku dah rambling about check ups and morning sicknesses and what not, so this entry nak cerita benda lain pulak.

Changes in life
For this time around, once dah tau aku pregnant, encik suami terus dah tak bagi aku drive to work, he will be my chaffeaur until rasanya pregnancy aku ni dah stable. Early pregnancies pun dia yang masak, with me telling him what to do next, of course la kan!!! Kira dah lulus la masak, sup ayam ngan ayam masak kicap tu lepas dah.. :D same with house chores. Semua dia tak bagi aku buat. maybe after 2 failed pregnancies baru he realised yang kali ni kena extra manjakan aku kut..heh! Love you dear!!!!

Kat office pun aku yang nak secret-secret ni terpaksa bagitau boss aku masa early pregnancy sebab kebetulan masa tu ada big event and banyaklah meeting kat Putrajaya. Aku plak carless, tapi boss asyik tibai aku suruh pergi meeting. So, kenalah bagitau yang aku tak boleh bergerak banyak-banyak sangat awal-awal ni and luckily she understands. Thanx Puan!!!

Bila dah tau pregnant, automatically terus stop ambil cafein. Memula tu memang macam NOOOOO!!! Dah nama addicted to nescafe kan? But as time goes by, dah tak rasa apa pun..yeay!

To tell or not to tell
Pregnant kali ni pun aku taknak heboh-heboh sangat, except to our parent la. Itupun mak aku dah noticed sebab memang awal-awal tu aku lemau je. Yang siblings aku boleh notice sebab tetiba aku tak drive pergi office. My in laws plak, husband aku yang bagitau. Alhamdulillah, bila dah masuk 4 bulan, baru aku rasa dah selamat untuk cerita kat orang, moga-moga korang sama-sama doakan aku ye?

Advise doctor
Dr. H kalau ikutkan tak larang aku nak buat apa-apapun tapi dia cakap berhati-hati, meaning I still can drive, cook and what not kalau ikut dia la sebab according to him, dia tak percaya and tak pernah dengar pasal rahim tak kuat, rahim lemah semua nihla. Makan pun dia kata boleh makan apa saja except nenas. I still can take cafein tapi kena kurang, seminggu sekali camtu (but still, encik suami tak bagi jugak..huhuhu). Takpelah, dah encik suami nak manjakan saya, saya redha sahaja...hehehe

Cerita 4-17 Minggu

Since now dah takde diary and since I've treated this blog as my diary (walopon partly saja..heheh) makanya I will write my journey throughout this pregnancy as my own memorabilia.. :)


Confirm pregnant and check up.


Still remember the date and day. It was on 10th June 2011 (Friday). I was late for about 3 days. Dah tak senang duduk dah tapi refrain myself to buy the pregnancy test kit sebab rugilah, asyik mengkayakan diaorang je. Pregnantnya tak-tak jugak. Tapi me being me yang stubborn, balik tu beli jugak and alhamdulillah, 2 blue lines keluar :).


Esoknya straight to KPMC Puchong untuk mengconfirmkan pregnancy and terus jumpa O&G specialist kat situ, Dr. Haizal (will be known as Dr. H lepas ni..). After telling him my previous history, terus Dr. H buat ultrasound kat aku. Nampak macam kecik je dot dalam bulatan kecil. Dr. H being a professional bagitau dia tak berani nak cakap apa-apa sebab still baru, 4 weeks. Dia bagi aku duphaston (kena makan sebiji sehari) to help increase my hormones. Dr. H kata maybe previous pregnancies tak jadi sebab hormon kurang. Folic acid sendiri consume yang sendiri punya sebab stock melambak. Next check up adalah lagi 2 minggu.


Then, masa 6 weeks pun Dr. H still not giving any hope, but masa buat ultrasound, dah boleh nampak dot tu dah besar sikit. Masa 8 weeks, barulah for the first time dengar heartbeat baby and the dot dah macam small tadpole. Masyaallah, that was the beautiful sound aku pernah dengar sebab two pregnancies before this memang tak pernah dengar heartbeat. Alhamdulillah!!! Sangat rasa relieved sebab dah lepas critical time, 8 weeks tu. Next check up is in another 4 weeks time, instead of 2 minggu macam biasa.


Check up masa 13 weeks tu, lagi happy tengok the development of our baby. Masa buat ultrasound, we can see the head, two tiny hands and legs and baby tu dok swim dalam placenta!! Active sangat!! Mengeliat sana sini masa ultrasound tu. Masa ni baru Dr. H sudah confident tu inform yang insyaallah my EDD is on Feb 2012. Dr. H bagi choice nak continue check up at KPMC or at other hospitals. After brief discussion with encik suami, dia kata terus deliver nanti pun kat KPMC sebab dah yakin dengan Dr. H.


Still taking duphaston until 13 weeks. Folic Acid still continue sampai sekarang. Cuma obimin tak ambil sebab Dr. H bagitau kalau ambil pun macam tak guna sebab takut aku muntah-muntah.


Morning sickness, fatigue, kerap pegi toilet, alahan


For the first few weeks, masih boleh berlagak sebab tak morning sickness lagi, cuma letih teramat masa balik dari office. But masuk 7 weeks, mula start muntah-muntah tapi still bearable lagi. Yang kelakarnya, muntah aku ni mesti 2 kali sehari and rotate plak tu, selang sehari. Kalau hari ini dah muntah, esok tak muntah. Macam tuhla. Lawak kan? Tapi sekali muntah tu, keluar semua yang dimakan. Until 15 weeks, instead of naik, berat badan aku turun almost 3 kgs.


Selera makan memang outlah, kekadang pening nak makan apa. Nasi, sekejap ok, kejap muntah. Mamak food, memang out langsung, dari roti canai sampai la ke kari-kari, padahal dulu ok je terima. Masakan berminyak macam kat kedai tomyam tu pun out. Ikan, langsung tak pandang. Aku boleh telan ayam, daging, kambing (aiyooo karnivor betul anak aku ni nanti!!). Pastu asyik nak makan spageti je. Kalau bihun sup pun, yang chinese style, clear soup tu. Air plak, surprisingly, asyik nak sirap bandung je padahal dulu sirap bandung tu tak pandang langsung! Buah yang diperkenannya, buah betik. Bagus jugak. Senang nak membuang. Heh.

Pegi toilet berkali-kali yang paling aku tak tahan tu. Masa pregnant ni sebab banyak pantang larang, last-last aku stick to minum air masak je, cuma kerap ke toilet tu yang lemah tu. Especially malam, sampai terhoyong hayang la aku. Dalam sehari dekat lebih 10 kali la jugak ke toilet.

Alahan plak, betullah masa pregnant ni your sense of smelling tetiba sensitif. Aku langsung tak boleh bau orang menggoreng. Dari jauh dah macam , "Allah, busoknyerrrrr!!!" Aku cuba elakkan pergi tempat-tempat yang ada goreng-goreng ni, macam pasar malam ke kedai mamak ke. Jimat duit. Heh


TBC

Besarku Kerana Berisi

Sesungguhnya Allah SWT sangat pemurah kepada hambanya. Jangan sesekali kita beranggapan buruk terhadapNya, kerana kita sebagai manusia yang lemah tidak tahu perancangan Yang Maha Esa untuk kita. Seperti status beberapa kawan aku kat FB, "Allah SWT has three answer to our prayers : Yes, Not Now or I have better plans for you. There's never a NO. Masyaallah."

Dan kerana perancanganNya yang teratur tu jugaklah, alhamdulillah aku sekarang tengah 17 weeks pregnant setelah diuji dengan 2 kali keguguran.

Semoga kandungan aku yang ni selamat dan moga anak yang lahir menjadi anak yang soleh/solehah, insan yang berguna kepada agama, negara dan bangsa. Tak kisahlah, baby boy or girl. Yang penting baby sihat. Doakanlah aku dan kandunganku yang ni ye?

And Angah, ko memang cekaplah beb!! :D

Insyaallah, next year ada little one to join this family..alhamdulillah.. :D

Tambahan Tips Nak Dapatkan Anak

Aku baru notice, dalam post aku yg ni, aku lupa nak senaraikan surah-surah yang diajar oleh makcik tu masa makan buah zuriat. So, kat bawah ni adalah surah-surah yang perlu dibaca bersekali:

Al-Fatihah - 13 kali

Al-Ikhlas (Kul Huwallahu Ahad) - 3 kali

Al-Falaq (Kul A'uzubirobbil Falaq) - 3 kali

An-Naas (Kul A'uzubirobbin Naas) - 3 kali

Alam Nasyrah - 13 kali


Besides than that, bila korang dah ready untuk berbaby, korang kena make sure at least 3 months before nak pregnant tu, dah amik folic acid. Ala, kat farmasi banyak, macam-macam brand. Sebenarnya folic acid ni bukannya ubat kesuburan, tapi dia supplement yang boleh mengelakkan baby kena spina bifida nanti. Err, apa itu spina bifida, sila search di internet ye...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!!

Yerrr, aku tau, orang lain dah beriya-iya posting berbelas-belas, aku ni baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal raya kan? Tu pun nasib baik ada..kalau takde langsung?


Apa-apapun, tengok jelah gambar raya kami berdua ni ye, doakanlah semoga semua selamat jadi tahun hadapan instead of memberi angpow sahaja, aku jugak dapat mengcollect angpow sekali..hehehehe



gamabr snap pertama..."eh, tak cantek...mata pejam..." encik suami membebel..





haaa, yang ni baru ok..mesra teramat la konon...hehehhehe

Tips nak dapat baby

Asyik cerita miscarriage je..tak bersemangat orang nak baca kan? So, aku cerita la plak apa yang aku dah usahakan untuk pregnant lagi. Kalau tak usaha, macam mana nak jadi takkan boleh datang bergolek sendiri kutt. Maybe ada usaha-usaha ni yang boleh ditry, maybe berjaya kat korang, lain orang lain caranya, kan? :D Yang penting jangan stop berusaha, ada orang amik masa bertahun-tahun try. Ada orang sebulan, dua bulan dah nampak hasil.

Urut badan

Dah banyak kali aku cite pasal urut-urut ni. In fact dua tempat aku pergi urut. Satu kat Spa Artiyana-cara moden tapi urut tradisional (cerita kat entry ni dan ni) dan jugak urut dengan bidan kampung kat Muar, Johor. Errr, kampung apa aku tak ingat. Alhamdulillah, dua-dua kata aku takde masalah nak pregnant, sebab ada denyut di pusat, cuma belum masanya lagi. Beza urutan? Yang kat spa artiyana tu lebih rileks, tapi aku trust kak gee tu sebab masa berurut first time ngan dia la, melekat second baby cuma tak panjang hayat. Yang dengan makcik tu, sakit jugaklah, tapi lega dia urut. Harga pun murah dari spa la ofcoz!! Hehehehe

Makan buah zuriat

First time aku diperkenalkan dengan buah zuriat ni masa berurut kat Muar tu. Buah zuriat ni memang keras, hanya ada di Mekah saja. Nak tau gambar dia, search jelah kat google tu. Ada banyak cara makan buah ni, aku try dua. Tak taulah yang mana satu menjadi.

Cara 1 - buang sabut dan buah zuriat dipotong dua. Makan mentah isinya (yang warna putih tu) beserta dengan surah-surah Al-Quran. Masudnya, tak boleh makan masa period, dimakan selepas 5 hari habis period sampai period berikutnya setiap hari sekali. Isteri je makan. Yang isi putih tu rasa kelapa, tapi punyalah KEEERRRAASSSSSS!!!! aku makan tak habis pun...

Cara 2 - buang sabut dan buah zuriat dipotong dua. Rebus buah zuriat sampai air tukar kaler jadi macam air teh. Haruslah diminum suami isteri sambil baca selawat. Boleh minum dengan gula. Yang ni aku try tapi encik suami tak suka, so pun half way buat. Mencik.

Maharani and Premium Beautiful

Seriously masa member aku promote PB ni, aku terhooked with the idea yang Maharani and PB ni dah banyak tolong perempuan untuk lebih mudah pregnant. Kalau setakat nak slim balik, memang takdenye aku nak beli PB!! Aku rasa PB korang tau kan, ala-ala korset, girdle tu. Tapi maharani ni satu keluaran Hai-O lebih kurang macam supplement la, elok untuk perempuan. Maharani tu murah je, yang mahal tu PB!!! Tapi oklah, long term investment...huhuhu

Supplement USANA

Dalam blog aku ni, aku pun dah banyak cite pasal USANA. And Ada range dia yang boleh diamalkan kalau nak pregnant, tak merbahaya pun, sebab dia ni supplement, bukan ubat

Tengok kalendar waktu subur

Kalau korang memang takde problem laki bini dengan kesuburan, cara paling mudah, free dan berkesan (insyaallah) is to know when is your waktu subur and pakatlah dengan suami untuk bersama-sama masa tu, insyaallah, kalau Kun Fa Ya Kun kataNya, maka jadilah baby.. :) Cuma yang si perempuan kena lebih tahu pasal diri sendiri (bila hari pertama datng period yang last, berapa hari cycle period). Boleh kira kalendar macam kat babycenter ni.

Ni cara-cara yang aku dah tryla, ada jugak yang pergi LPPKN, try makan biodex, blend sebiji kurma ngan susu kambing. Tapi aku tak buat perkara-perkara tu. Apa-apapun, macam aku tulis memula, orang berbeza-beza, Cubalah yang mana sesuai dengan kamu diiringi doa dan barulah bertawakkal. Insyaallah.

Sambungan Miscarriage Second Time

Nota

Seperti yang aku dah inform awal-awal, entry miscarriage ni bukanlah nak raih simpati orang. Lebih kepada personal note aku, apa yang aku boleh dan tak boleh buat kalau aku diberikan kesempatan pregnant lagi, insyaallah.



Selepas je aku check panty and ada spotting, aku snap picture, yerla as a proof kan. Tapi tak kuasalah aku nak post kat sini gambar tu! Kebetulan ayah aku fetch aku hari tu, terus telefon ayah aku suruh dia amik cepat sebab nak singgah ke klinik Lita Alis Bangi tu (another clinic yang aku tau ada ultrasound and dekat ngan office). Sampai sana je, as usual doctor buat ultrasound and seperti yang diagak, dia kata tak nampak apa-apa except kantung. By right bila dah 8 weeks, kau boleh dengar heartbeat baby and nampak cam tadpole dalam kantung tu, tapi yang ni empty. Aku terus suruh doctor buat referral letter sebab aku nak ke PPUM untuk buat transvaginal plak.



Balik je rumah, aku ngan encik suami terus ke ER PPUM. Sebab masa tu dah malam, tu pun kena tunggu lama. Kali ni doctor check katanya memang dah gugur tapi dia tak keluar habis lagi. Bagi mc pun 2 hari je. Katanya after 2 days, dah keluar. Masa ni jugak setiap kali check kat PPUM dah tak main ultrasound biasa dah, tapi kena cara transvaginal, masukkan alat kat dalam vayjayjay, sebab nak tengok rahim bukak ke tak.



Rupanya nan hado!! Gugur kali ni lagi teruk dari first time. Dah la sakit memang macam senggugut! Aku rasa cam nak cabut alat sulit aku tu tinggalkan. Pregnancy aku pulak tak keluar-keluar, dia dok bleeding je, nak tunggu keluar seketul daging/isi/tissue tu yang lama. Sampai aku ada cakap ngan encik suami, nak makan nenas biar keluar sendiri. Nasib baik tak makan, takut luka plak nanti. PPUM plak, dibaginya mc setakat 2 hari je, so jenuh aku kena datang untuk check confirm bebetul gugur and nak sambung mc. Pastu, takde plak disuggestnya buat d&c. Hmmm...macam-macam doctor aku jumpa, termasuklah doktor perempuan kasar dalam entry ni.

Masa ni jugak aku ada tanya salah sorang doktor kat ER yang attend aku tu kenapa aku still gugur kali kedua ni. And biasalah, jawapan standard doktor, kalau gugur masa 1st trimester tu normal, kecuali gugur tiga kali berturut-turut baru dia buat further check up, maybe ada masalah dengan ibu atau bapa atau dua-dua. Aku tanya jugak pasal injection yang konon-konon boleh kuatkan rahim tu. Doktor tu cakap, personally dia tak advise, sebab benda tu quite expensive, lagipun kalau nak gugur, inject pun dia gugur jugak. Memanglah aku tau benda tu, tapi aku tetap rasa guilty sebab tak dapat buat apa-apa untuk elakkan gugur. :(


Akhirnya, dah masuk 10 hari aku mc (bukan berehat, tapi tahan sakit), barulah daging/isi/tisu tu keluar habis. Masa tu barulah aku rasa lega. And kali ni emotional aku memang dah macam roller coaster dah, nasib baik mak ayah aku ada. Kalau aku dengan encik suami je, dah gaduh besar agaknya! Satu hari aku boleh terima hakikat yang aku gugur second time, esoknya aku boleh nangis melalak sebab sedih gila and as usual la, "why me????". Lusanya, aku akan sangat pissed off dengan encik suami sebab he never shed a tear, so aku assume dia suka aku miscarriage, tapi of course la tak, kan? Dia kenalah appear strong for me, kalau dah dedua melalak, apa cerita?



Aku sampai dah cakap ngan encik suami, "kalau macam ni, aida tak nak pregnant lagilah, kalau pregnant gugur je..." Sebabnya aku sangat kecewa sebab pregnant kali ni memang aku dah jaga sehabis baik dah. And lepas gugur, aku terus minum nescafe balik, konon dah malas nak berpantang.



Gugur kali kedua jugaklah mengubah aku. Dulu aku assume, everything will be ok...tapi now, tak lagi. Bila dah dua kali gugur ni, aku dah less opitimis in life. Apa yang berlaku, aku expect benda buruk dulu berlaku, baru benda baik.



Walau apapun, aku tetap redha dengan ujian ni. And somehow, it makes us stronger, me and encik suami. Aku tetap berpegang bahawa ujian Allah datang pada hambaNya yang disayangi. So, in a way Allah sayangkan aku dan encik suami, cuma maybe masa untuk kami berbaby tu belum sesuai..

Miscarriage Second Time

Selepas miscarriage 1st time, agak lambatlah jugak aku amik langkah-langkah nak mengandung balik. Maybe masa tu take for granted sebab belum setahun kahwin, so sabar-sabar jelah dulu kan? Sehinggalah aku dengar kebaikan berurut, seperti yang aku dah cerita dalam entry ni, barulah aku start nak rasa pregnant again.



And alhamdulillah, my prayers were answered. Aku confirm pregnant masa 22 April 2010, kalau tak silap aku la. Itupun risau sebab memang period aku dah lewat almost 5 hari. Kan ke period aku ni regular, tapi bila check semedang je negative, aku risaula. Bila check positive tu, lega betul hati aku. And no, aku masih tak pergi terus jumpa O&G, walaupun ada orang nasihatkan pergi dapatkan injection kuatkan rahim, tapi dah nama degil, degil jugakla kan? Kali ni memang aku tak hebohkan, cuma bagitau mak ayah aku and encik suami bagitau mak ayah dia. Aku bagitau closest friends je (geng Sri Aman), sebab kitaorang ada projek, so kang tak bagitau kang, katanya aku pemalas tak nak tolong nanti..heheh. Budak-budak opis pun tak tau.



Yang kelakarnya, punyalah taknak bagitau adik beradik aku, tapi terkantoi plak ngan adik ipar aku. Puncanya aku pergi letak Anmum Materna kat dapur, so masa dia datang, aku terlupalah nak sorokkan. Yang adik ipar aku plak, surelah boleh bajet (bukan "baget" ye..) tu aku punya. Takkanlah mak aku plak nak minum Anmum kan? (eee...simpang malaikat aku ada adik kecik lagik...)



Pregnancy kali ni pun, aku mengalami sedikit je morning sickness. Muntah ala lite-lite gitu, tapi yang terasanya, balik dari kerja memang dah letih gila la, memang kol 8.30 malam tu aku dah beradu la. Masa ni jugak aku dah memang jaga betul food intake aku. In fact dari aku berurut first tu aku dah mula stop amik watermelon, air tebu, air kelapa, rebung and air ais. Nescafe tu, bila confirm pregnant je aku terus stop. Cuma aku still buat kerja-kerja rumah, drive ke opis di Putrajaya, jalan-jalan macam biasa and sempat jugak aku outstation masa 7 minggu 6 hari.



Nak dijadikan cerita, aku terpaksa jugak pergi outstation dalam masa terdekat ni. Aku saja request yang paling dekat dalam list, iaitu Melaka ngan Johor and sebagai precaution, aku nak dapatkan advise dari doktor, sebab tanya encik suami, dia kata takpelah, dah kerja, pergi jelah. Aku STILL pergi ke klinik Mediviron Bangsar tu (sebab tu je the nearest clinic that I know ada ultrasound), again to do ultrasound and get doctor's advise whether aku boleh travel ke tak. Masa pergi tu aku dah inform yang this is my second pregnancy, first baby and stiiilllll doctor kata, "normallah kalau gugur first trimester ni...". Dahla taknak buat ultrasound, sebab katanya kecik, buat ultrasound memang tak nampak apa, sebarang ubat pun dia tak bagi. Kena charge RM10 je, nasihat pakar konon. So, terpaksalah teruskan jugak outstation tu.



Makanya 10-12 Mei 2010 tu aku pun pergilah jugak ke Melaka ngan Johor. Tahlah, aku rasa journey was okay, yerla, jalan highway je. Takdelah membahayakan sangat kutt, cuma memang travel dengan office car pejabat ini tak selesa macam travel guna office car pejabat lama aku. Dulu aku dilayan macam raja, beg driver tolong angkat. Nak berhenti makan kat rnr tu anytime je, tapi yang ni, semua kena angkat sendiri. Berhenti rnr pun untuk buang air je, sebab tau-tau driver dah tunggu dalam kereta. Aku plak, tak sedapla nak makan, so terpaksalah berlapar sedikit.



Tapi yang tak sedapnya, sehari selepas aku outstation and exactly cukup aku 8 minggu, the same thing repeat balik. Aku still ingat lagi, masa tu aku kat office, terasa nak ke toilet. Masuk-masuk je toilet, tengok panty, ada spotting lagi. Aku tak pikir apa dah...dalam hati aku, cuma terdetik, "Ya Allah, gugur lagi..."

Puasa Kekecik Dulu...

Setiap kali puasa, setiap kali jugaklah kita dengar cerita ibu bapa yang baru nak mendidik anak berpuasa ni tentang pujukan terhadap anak-anak dengan cara bagi duit raya. Selalunya RM1.00 sehari, kalau penuh, dapatlah RM30.00, kalau tak penuh, ikut hari berpuasa la. Ada jugak yang kencang dengarnya, ikut kemampuan la kan?


Lain orang, lain pandangan. Personally, aku tak berapa bersetuju dengan kaedah tu, tapi yelah, belum ada anak, bolehlah cakap. Sok-sok aku ada anak, tah lagi teruk aku "merasuah" anak aku semata-mata nak dia puasa gamaknya!



Teringat pulak bagaimana Haji Manap ngan Hajah Fatimah latih kitaorang berpuasa dulu. Yang paling penting, kitaorang by umur 7 tahun dah mula berpuasa. Aku tak ingat pulak kalau dari 6 tahun, sebab memory aku dari 7 tahun ke atas je. Mak ayah aku tak pernah merasuah kitaorang. Maksudnya, puasa penuh ke, tak puasa penuh ke, memang allocation duit raya takdelah untuk kitaorang. Tapi dari segi baju raya tu, mewah!!!



Lepas tu, yang paling aku ingat, kitaorang memang wajib bangun sahur! Takdenya nak cakap, "Ngantukla mak..", pastu mak kata, "Ala, siannya, oklah...tak yah sahur..". Jangan harap!!! Selagi tak bangun, selagi tu lah kena kejut ok!! Dah bangun satu hal, dipaksa makan satu hal! Tersengguk-sengguk kat meja tu biasalah kan? Jadi taktik mak ayah aku, nak suruh anak-anak dia jegil bukak mata jugak, maka pepagi buta tu dipasangnya la tape cartoon tom and jerry ke, mickey mouse ke, janji kitaorang bukak mata, tengok cartoon sambil makan.


Time nak buka puasa pun satu hal jugak. Masa pukul 6 petang tuh la, masing-masing dah merengek laparlah, hauslah, letihlah. Ada kejadian sampai goncang air botol dalam fridge tu!!! (Hahahaha, aku takmo citer siapa yang buat, nanti kena marah.. :p). Taktik ayah aku plak, pukul 6 petang je, dia dah bawak kitaorang naik kereta pergi round-round taman. Kalau tak pun, pergi kat Jaya Supermarket (yang dah roboh tu) pastu pergi tingkat atas sekali. Dulu kat dalam Jaya, ada kedai toys, Kathy's Toys kalau tak silap and kat situ ada la tempat bebudak main. Ayah aku bawak kitaorang lepak kat sana lah, to kill time, orang jawa cakap. Bila kitaorang dah leka tu, takdelah meroyan nak buka puasa walaupun dah pukul 6 petang kan? Dah nak dekat waktu berbuka, kitaorang baliklah..


So, nampaknya orang-orang tua ni lagi kreatif dalam mendidik anak-anak kan? Dan insyaallah, aku pun cuba nak amalkan bahawa money is not everything dalam mendidik anak-anak aku nanti. Memanglah aku mampu, tapi baiklah aku simpan kemampuan aku tu untuk masa tua aku, dah nanti nak harapkan anak bagi duit pun belum tentu kan? Apa-apapun, itu pandangan masing-masing, kalau korang nak bagi duit pun takpe, dah duit korang kan?

Cerita Minggu Pertama Ramadhan 1432

Alhamdulillah, diam tak diam, dah selesai seminggu berpuasa. Sekejap je rasanya. Ni kalau zaman kekecik dulu, rasa LAAAMMBBBAAATTNYYYAAAA nak raya la kan? Dah tua-tua macam ni, rasa sayang pulak nak tinggalkan Ramadhan (sebab bila raya, bankrap kasik duit raya...upppss.. :p). Ramadhan tahun ni jugak terasa lebih nikmat beribadat berbanding tahun dulu-dulu, belajar melalui pengalaman, barangkali.


Aku baca orang hapdet menu hari2, terpegun aku, gigih betul diaorg. Last year ingat nak buat macam tu, tapi tak terdayanya aku!!! *sebenonye malas...* Sebab malas, aku cerita sekaligus jelah ikut minggu, senang sikit.


1. Selera berbuka encik suami masih macam dulu jugak, he prefers to berbuka with kuih-kuih and murtabak (a must!!), solat maghrib baru makan something yang heavy-heavy. So far sudah dua loyang agar-agar santan aku buat...licin!!!


2. Baru minggu pertama, dah kene tipu ngan penjual kat Bazaar Ramadhan. Kalau mahal tak sedap tu ok la lagi, ni mahal tapi basi!!! Kesian encik suami tak dapat makan nasi briyani kambing dia, share aku punya nasi ayam.


3. Dalam minggu ni jugak, baru sempat masak 3 kali je, ayam masak kicap, kurma kambing ngan sayur goreng. Apa nak buat, tak sihat. Dan cemerlang jugak, baru sehari buka di luar - Penang Village. Yang lelain, buka di rumah adik aku dan buka di rumah sendiri. Minggu pertama jugak dah selamat jemput kakak ipar berbuka di rumah.


4. Dah sekali melalu. Huhuhu..nasib baik hari Ahad, takdela letih sangat. Yang kelakarnya, patutnya turn encik suami kejutkan aku. Memang dia kejutkan, tapi nak bagitau yang dah tak boleh sahur, sebab dah dengar bunyi azan subuh. Hmm, bangun subuh jelah jawabnya..

Cerita tu boleh, sikit-sikit ajelah...

Satu benda yang encik suami ingatkan aku dari mula-mula kitaorang berkawan, sampailah dah kahwin (and dah nak jadi mak ayah orang...insyaallah.. :D) ialah simpanlah sikit rahsia hubungan tu. Tak payah nak cerita kat orang semua, especially perkara dalam-dalam "kain" niha, tak payah nak dijaja kat orang.


Aku memula tu memang tak berapa nak setuju (and tak berapa nak faham jugak) ingatan encik suami tu. Yerlah, perbezaan orang lelaki dengan orang perempuan ni, bab bercerita la. Lelaki ngan bestfriend dia pun, cite benda-benda biasa je, kalau perempuan, ha kau!!! Semua dia nak cerita. Walau macam mana pun aku rasa aku masih memegang ingatan encik suami tu. Ada benda yang boleh dicerita, ada yang tidak.


And sebenarnya teguran/ingatan encik suami tu ada hikmahnya. Bila goalkeeper terputus tunang dengan tunangnya (nama takyah citerla, kang kene saman...), setelah difikir-fikirkan balik, memang betul pun. Kadang-kadang rasanya cerita di blog sang tunang tu memang nak menaikkan traffic je. Aku yang dah hidup lama pun (tak mengaku dah tua), masih tak sanggup nak cerita kisah cinta aku ngan encik suami, dia dah boleh cerita habis. Bukan tak boleh cerita, tapi tak payahlah detail kan?


Ye, memang itu blog dia. Memang suka hati dia nak tulis apa. Tapi kita kena ingat, orang yang kita tuliskan tu, suka ke apa yang kita buat? Kalau jenis tak kisah macam family redmummy, takpela. Itupun aku rasa redmummy pun tak citer habis semua pasal family dia.


So, aku selalu ingatkan diri aku. Kalau nak post kat FB, ingat-ingat sikit, bukan kita je yang baca, orang lain pun baca. Macam tu jugak kat blog. Masa menaip memanglah seronok, semua nak dicerita, tapi bila dah terkeluar, kau delete pun tak guna kalau orang dah baca, kan?


Tapi kalau sanggup nak tanggung padah kemudian, silalah.. :D

Ramadhan Datang Lagi..

Alhamdulillah, diam tak diam sempat jugak aku merasa Ramadhan tahun ni. Harap-harap berkatlah hendaknya segala amal ibadatku. Ni tahun ketiga Ramadhan aku dengan encik suami, agak sedikit terkilan kerana dua tahun sebelum ni, memang hari-hari buka puasa dengan lauk Pasar Ramadhan. Tak sempat aku nak memasak sebabkan dari opis sampai ke rumah, dekat kol 6.45petang baru sampai. Ingatkan tahun ni dapatlah menunjukkan skil memasak sebab dah dapat tukar kat KL, sekali dua-tiga hari before puasa, satu Kementerian pindah Putrajaya balik. Nasib badan...

Apa-apapun semoga Ramadhan kali ni dapat puasa penuh.. insyaallah!!!





Pindah Punya Pasal...

Yeee, akhirnya Kementerian aku berpindah jugaklah ke Putrajaya setelah dok berteka-teki bila nak pindah. And officiallynya Bahagian aku berpindah today, 25 Julai 2011.


Masalahnya, banyak benda yang tak siap lagi. Yang lawaknya, benda yang tak siap tu adalah building tu sendiri!! Aiyyoooo....tak dapat la aku bayangkan camno nanti niha. Dengar cerita (ok, yang ni cerita sohih ye, bukan kawan aku punya kawan yang cerita...) toilet pun takde air, how then??


Tapi dah namanya saya yang menurut perintah, ikut jelah. Nasib baik bahagian kitaorang ni pindah sebelum bulan Ramadhan. Ada jugak bahagian yang berpindah tengah-tengah bulan puasa la kan? Nasib badan...


So, kengkawan yang ramai kat Putrajaya tu, silalah beratur ambik nombor untuk bawak saya keluar lunch/minum petang ye...hehehe

Kenapa aku dikunci di luar???

Perasan tak apabila hidup kita dah terlalu rutin, maka kadang-kadang kita ni buat kerja semuanya kira macam auto mode. Aku ambik contoh driving dari rumah ke office la, aku rasa otak kita dah diprogramkan nak belok kiri, kanan, terus sebab hari-hari jalan yang sama, maka bila start enjin, tak fikir apa, terus drive je.

Samalah macam aku, rutin aku balik kerja, sampai depan pintu pagar rumah, *keluar kereta- bukak gate-masukkan kereta-tutup pintu gate-check surat-bukak gril pintu depan-bukak pintu depan-masuk rumah-kunci pintu-kunci gril.
*tak cukup duit nak pakai automatic gate, so kena pakai manual la.

Hari-hari buat benda tu sampai dah terprogram sendiri, buat tanpa berfikir.

Satu hari tu, aku pergi kerja dengan encik suami, he drove me to work sebab dia nak guna kereta, jadinya balik kang dia jugakla mengambil aku kat office. Maka rutin keluar kereta-kunci gril aku tetap buatlah tanpa berfikir, almaklumlah, automode katakan. Sampai aku sempat switch on kipas ngan tv. Tetiba dengar suara encik suami kat luar, "takkanlah sampai kunci suami kat luar kutt..."

Hahahahahahaha....rupanya aku terlupa yang haritu aku balik dengan encik suami maka aku telah terus mengunci pintu semasa dia di luar. Dia plak, keluar kereta terus siram pokok-pokok, so aku memang betul-betul lupa yang dia ada kat luar tu. Kesian plak aku tengok muka dia kena kunci kat luar masa tu. Heheheheheh.....i'm sorry!!!!

Sambungan Miscarriage First Time

Nota:
Entry berkaitan miscarriage adalah lebih sebagai jurnal peribadi. Mungkin dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang.

Nasihat aku kepada expecting mom, sekiranya kamu ada duit lebih, silalah ke hospital swasta atau klinik pakar wanita. Janganlah pegi-pegi klinik biasa yang cuma GP ni saja, sebab perkhidmatan memang tak memuaskan.

Ambil contoh aku niha, (sambungan entry yang ni) sebelum aku pergi Kursus PTK tu, aku dah noticed ada sedikit spotting di panty aku. And i did my own research, through website babycenter and buku What To Expect When You're Expecting tu. The answer is the same, iaitu normal kalau ada keluar sedikit bleeding tapi kebarangkalian nak gugur tu ada, and it's best to see a doctor to check on things. Hari Sabtu before kursus tu, sehari suntuk aku dengan encik suami cari klinik biasa yang ada service ultrasound dekat area PJ, TTDI, SS2, KJ (actually pergi klinik yang aku biasa pergi jelah...) tapi semua nan hado. Sehinggalah aku teringat klinik medicare ke mediviron tah nama dia kat Bangsar. So pergilah kat sana. niat aku satu je, kalau doctor bagi mc, aku memang sanggup kensel pergi kursus tu.

Bila turn aku jumpa doctor and dia buat scan, memang dia notice hanya ada karung sahaja. Bila aku kata aku dah nak masuk 8 weeks, dia macam nak bagi nasihat yang pregnancy aku ni maybe tak jadi, tapi cara dia bagi nasihat tu, ayat dia aku still ingat lagi sampai sekarang, "baby tu macam pokok, so maybe memula tu dia tumbuh tapi kadang-kadang tak cukup baja, dia boleh mati jugak.." Apakah? Samakan baby aku dengan pokok plak. And itu je katanya, tak bagi aku mc pun. Huh! So, bila tak bagi mc tu, aku continue la with the plan nak pergi kursus tu.

Doctor kat Bangi tu, Klinik Lita Alis, ada sedikit berbeza la, mungkin because she's a lady doctor. Masa aku jumpa, dia memang bagitau yang aku ni dah "threatened abortion" dah, tu pasal dia bagi mc, cumanya memikirkan aku dah hampir-hampir tamat kursus, and malas nak repeat, maka aku continue jelah.

Actually kebarangkalian gugur dalam 4 bulan pertama pregnancy tu adalah common. Kadang-kadang kandungan tu gugur sebab dia tak menjadi, kira satu cara body kita dispose tissue yang tak elok. Tapi kalau GP pun lebih prihatin dengan masalah kita, adalah lebih baik, ye tak?

Miscarriage First Time

First time aku sah mengandung, sangatlah gembiranya, macam dunia ini ana yang punya!! Yerla, aku nikah Mei 2009, Julai 2009 kutt aku dah sah pregnant and aku memang nak baby cepat. Dahla masa tu adik ipar aku jugak tengah mengandung twins, so macam rasa bestnya anak aku ada geng nanti. Heh. Masa tu aku tak fikir pun yang aku akan miscarriage. Maybe bila tiada keguguran dalam family aku, so aku pun take for granted benda tu.


Masa aku mengandung, istilah morning sickness tak wujud. Aku tak mengalami pun simptom-simptom orang mengandung - loya, muntah, fatigue, swollen breast...semua takde. Bila aku cerita kat orang, semua bagitau yang aku beruntung tak mabuk-mabuk. Rupanya lepas aku browse babycenter.com and buku "What To Expect, When You're Expecting", baru aku tau lagi kuat morning sickness kau, lagi tinggi kebarangkalian pregnancy kau akan berjaya.


Kesilapan pertama aku adalah aku tak jumpa specialist terus. Aku just pergi klinik yang biasa-biasa untuk buat urine test and bila dia kata memang aku pregnant, itu sajalah. Bila aku check dengan PPUM plak, dia kata the earliest aku boleh datang untuk buat antenatal examination ke hapatah is when I'm 4 mths pregnant. So sepanjang aku pregnant tu, takde specialist to advise me on the do's and dont's lah lebih kurangnya.


Kesilapan kedua ialah dah tahu pregnant, tapi tak jaga bebetul. Korang bayangkanlah, dalam pregnant yang baru 5-6 weeks tu, aku boleh lagi tengok midnight, pastu round uptown Setapak tu dari pukul 12 malam sampai 2-3 pagi. Maksudnya di sini, aku berjalan tu macam orang tak mengandung. Masa tu mak aku dah pesan, pregnancy awal lagi, rest lebih-lebih, tapi aku ni bodoh sombong. Kengkonon kalau kakak aku, adik ipar aku pregnant ok, meaning aku pun ok.


Kesilapan ketiga ialah aku tak stop kafein. Ok, walaupun masih tak 100% sure yang kafein boleh mempercepatkan keguguran, tapi doctor pun advise kena kurangkan. Dah aku ni, pagi wajib teh tarik/nes tarik, tengah hari nes ais, malam pun camtu jugak. Take ke dah berkoyan-koyan kafein tu namanya. Dahla tu, liat plak nak makan folic acid, celam celum orang tua-tua cakap - satu hari amik, esok lupa, lusa amik balik, camtuhla.


The final straw adalah apabila aku kena attend Kursus PTK untuk kenaikan pangkat dari 12 sampai 20 Ogos 2009. Masa kursus ni aku dah notice spotting sesikit tapi aku still buat derk je. Tapi bila spotting everyday and dah macam size 10sen tu, aku baru check klinik yang ada ultrasound. Masa ni hati aku dah 50-50, gugur ke tak. Masa buat ultrasound tu, doctor kata tak boleh detect heartbeat baby and tinggal kantung je. Kalau ikutkan aku masa tu dah almost 8 weeks, tapi kata doctor kalau ikut size kantung, macam baru 5 weeks. Meaning tidak berkembang or aku salah kira.


Doctor bagi aku mc 3 hari dengan pesanan keras - bed rest sahaja, bangun hanya untuk makan dan sembahyang!. Tapi memikirkan aku tengah kursus and kursus pun tinggal 3 hari (last day exam), aku malas nak mc. Lagipun aku rasa kalau kat rumah pun takdenye nak bedrest. Aku mana ada maid, tak masak kang, kebulur la aku. Natijahnya, 2 hari lepas tu, aku rasa severe cramp (macam senggugut period tu) and bleeding makin banyak. Habis je exam aku terus ke PPUM. Nak dijadikan cerita, time lebih kurang aku pregnant ni, Angah pun pregnant. Dan jugak masa dia gugur tu, dia cerita kene warded sebab doctor nak buat D&C. Maka aku ni sebelum ke PPUM, sempatlah mengemas beg mana tau kena warded jugak tapi alhamdulillah doctor tu kata tak payah D&C sebab semua kandungan (ye ke kandungan/) gugur habis. Yepp, 20 Ogos 2009. date aku miscarriage.


Masa doctor beritahu tu, aku macam sedikit tak berperasaan. Mungkin sebab aku dah expect atau mungkin sebab memang aku tak rasa aku pregnant. Dan terasa "padan muka kau", sebab tak menjaga pregnancy tu pun ye jugak. Bila aku tanya reason, katanya miscarriage dalam first trimester (0-12 weeks) adalah biasa sebab masa tu kromosom-kromosom baru nak bercantum dan kemungkinan jugak kromosom baby aku rosak. Makanya, badan akan automatik mereject barang tak elok, tu yang gugur tu.


Yerla, nak kata lelebih pun tak guna. Tapi memang dari gugur kali ini aku belajar banyak benda especially pasal diri aku.

Resipi Shepherds Pie


Inti
250gm minced beef
1 biji bawang holland (potong dadu) - kaler kuning tu..
4 ulas bawang putih - potong dadu
2 sudu besar cream of mushroom soup - aku beli brand campbell
Italian Herbs - tak ada pun takpe
Serbuk cili - tak ada pun takpe
Sayur-sayur - mushroom, carrot, celery, brocoli - potong dadu/kecil-kecil

Topping
Mashed potato - resepi kat bawah
Mozarella cheese

Cara-cara:
1. Goreng bawang besar dan bawang putih sampai agak layu.
2. Masukkan minced beef, biarkan masak dan hampir kering
3. Masukkan sayur-sayur yang dah dipotong dadu/potong kecil-kecil
4. Masukkan cream of mushroom
5. Tambah perisa dengan italian herbs, serbuk cili dan garam ikut citarasa masing-masing
6. Masak sampai jadi agak pekat dan agak kering
7. Jadikan inti as base loyang/corningware/bekas aluminium pakai buang ke..ikut citarasa korang dan ratakan
8. Letak mashed potato atas dia, ratakan. Tabur dengan cheese
9. Bakar da;am 180c selama 10-15 minit untuk cairkan cheese sahaja.

Resepi Mashed Potato
2 biji ubi kentang
1 sudu besar butter
3-4 besar susu segar
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara
1. Kupas kulit kentang, potong empat dan rebus sehingga empuk
2. Lenyek-lenyekkan kentang rebus
3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter telah cair, padamkan api.
4. Masukkan kentang lenyek dan gaul sehingga rata. Tabur sedikit serbuk lada hitam sebagai perisa.

Macaron

Macaron..macaroon...sama jerla, aku pun tak tahu mana satu yang betul sebenarnya. Yang pasti aku tahu macaroon ni merupakan satu delicacies from Perancis.



Aku dah lama tahu pasal macaroon ni, tapi takdelah terhingin beriya-iya nak makan, sebab maybe aku ni bukan orang yang sweet tooth. Tapi bila menjenguk ke blog Nurul bercerita yang dia ngan husband dia buat projek memacaroonkan diri, maka aku pun terus meroyan "NAK MACAROON...NAK MACAROON!!!!!!"

Aku tau, ada jugak orang cakap macaroon ni season dia macam cupcakes jugak...ingat tak dulu satu ketika everybody is talking about cupcakes and tetiba ramai usahawan muda kaya sebab terer buat cupcakes kan? Tapi masa cupcakes season tu aku buat derk je sebab aku tak suka cupcakes kutt...

Anyway, masa pergi ke blog chics, baru realise dia ada buat macaroons wih reasonable price maka dengan tak sabau-sabau aku pun order.

Hasilnya...walllaaaa, memang best y'all!!! Memang tak sesia la aku mengorder dan gila macaroons...lepas ni nampaknya kene order lagi dan lagi dan lagi..


Ni flavour yang aku beli awal-awal..lemon and nutella. Encik Suami pun suka jugak...ngeeee

Tanpa Cerita #4


Happy Anniversary and Happy Birthday Encik Suami..Semoga ikatan yang direstui Allah ini akan terus berkekalan sehingga ke akhirnya....

Supplement for Diabetic - Debtin 6 Plus

Kalau benda baik, tak salah kita berkongsi kan? So, aku nak kongsi satu supplement lagi yang boleh membantu bagi sesiapa yang ada masalah diabetes. Mana tau, kalau berkesan, doakan aku dan encik suami cepat timang baby ek? :D


Maklumat mengenai ubat ni pun ayah aku dapat masa dia tengah ambil ubat kat PPUM. One of the pharmacist recommend ubat ni kat ayah aku - Debtin 6 Plus. Katanya boleh dapat kat mana-mana farmasi. Ayah aku pun survey la ubat ni, yerla kut main recommend-recommend rupanya tak sesuai dimakan oleh pengidap diabetes, macam Jus Tok Guru tu. Bila ayah aku tengok ingredient dia, memang boleh dipercayai la sebab mengandungi bitter melon (peria katak), fenugreek (halba), baker's yeast extract (ragi roti) dan Gymnema Sylvestre. Kalau google pasal ingredients ini memang semuanya boleh membantu sekiranya ada masalah kencing manis.

Alhamdulillah, ayah aku dan abang ipar aku pun dah try makan supplement ni, memang boleh mengurangkan kadar gula dalam darah. Tapi nama pun supplement, ubat doktor still kena makan jugak. Lagi satu pesan pharmacist ni, hanya diabetic je yang boleh makan, kalau takde tu dinasihatkan jangan makan. Maybe dikhuatiri gula yang sedia sihat tu pun habis dihilangkan agaknya.

Anyway, aku dengan encik suami pun dah survey supplement ni. Kat Tesco Mutiara Damansara ada, harga dia dalam RM70++ jugakla. Kalau berminat nak beli, kat bawah ni packaging dia.

That's Why I Need You In My Life....

Lokasi : Kat umah sendiri.
Masa : Lepas makan malam.

Kejadian berlaku apabila ada lebihan nasi dan si isteri teringat yang puasa gantinya tak habis-habis lagi. Maka wujudlah dialog seperti di bawah:

Aku : "Nasi ada lebih lagi, bolehlah buat sahur esok pagi. Lauk asam pedas pun ada lebih lagi tu..."

Encik suami tengok aku dengan muka pelik..


Encik Suami : "Nak sahur apanya? Kan ke petang tadi baru bagitau yang awak tu dah tak boleh sembahyang?"


Aku termenung kejap. Haah la, nak sahur apanya...aku tak boleh puasa, tengah bendera merah.Camna tuan punya body boleh tak ingat, encik suami plak yang tolong ingatkan untuk aku....

Heheheheheh, encik suami...that's why I need you in my life... :D

Ayam Masak Merah


Bahan utama
1/2 ekor ayam - digaul serbuk kunyit dan garam
3 biji kentang - dipotong wedges

Bahan yang dikisar:
10 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
*kisar sehingga lumat (tambah cili kering sekiranya nak pedas)

Bahan perasa:
Sos tomato
Sos cili
Tomato puree
Santan/susu segar
Gula perang

Cara-cara memasak:

1. Goreng ayam separuh masak dan kentang yang dipotong wedges. Keluarkan minyak sehingga cukup untuk menggoreng bahan-bahan yang dikisar.
2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan sos tomato, sos cili , tomato puree (mengikut citarasa masing-masing) dan kacau sehingga sebati. Masukkan air sekiranya terlalu kering.
4. Setelah kuah mendidih sedikit, masukkan ayam goreng dan kentang dan gaul sebati. Letak sedikit santan/susu segar serta gula perang dan biarkan seketika.
5. Siap untuk dimakan.

Nota kaki :
Sepatutnya tabur dengan daun sup sedikit biar naik warna hijau tu, tapi dah takde, bolehlaa....

Saya tak sleep walking laaa.....

Nota : Ini bukan cerita 18SX walaupun kejadian di bilik tidur. Jadi sesapa pun boleh baca. Sekian.

Encik Suami pergi training silat tiga kali seminggu, kalau takde halangan la. Aku pun takdela nak halang dia ke apa ke, sebab duduk rumah pun bukan buat apa-apa. And between aku dengan encik suami, dah ada mutual understanding iaitu balik je dari training, tak kira lah pukul berapa, dia mesti tapawkan aku teh tarik or nes tarik. (selalunya air tu aku bawak pegi opis the next day sebab by the time encik suami balik, aku dah tidur. Ngeeee).

As usual, masa hari yang dia ada training tu, aku pun, pukul 11 malam macam tu, tutup lampu, terus zzzz and tak sedar apa-apa. Sehingga jam 3 pagi tu aku tersedar, terasa nak terkucil. Bila aku pusing sebelah, tengok encik suami takde. Dalam hati mulalah aku nak hangin ni, "training apa pukul 3 pagi belum balik ni? Siapla pagi kang....aku siasat sampai lubang cacing!!" Aku bebel dalam hati jelah.

Disebabkan nak terkencing sangat, aku pun terusla ke toilet. Dari luar nampak terang and dengar suara pakcik tu batuk. Terus hati aku sejuk, rupanya encik suami dah balik, dia ke toilet. Maka aku pun teruslah pegi second toilet kat belakang.

Dah habis aku melepaskan hajat, aku baliklah semula ke bilik tidur. Sampai kat dapur, aku tengok suami aku pulak ke belakang, cari aku. Rupanya dia pun gabra bila masuk bilik, tengok aku takde. Dia ingat aku menggigau sampai sleep walking. Heh...

Kesimpulannya, nanti kalau nak pergi toilet, sila mintak izin dari encik suami supaya encik suami tak ingat yang kita ni sleep walking dan ambil kunci kereta lalu menuju ke Ikea. Sekian.

Tanpa Cerita #3

Antara kek yang aku paling suka nak buat...coklat kek kukus sebab senang and ramai gila puji sedap (sebenarnya kena paksa puji!!!)
BTW, pinggan antik tu saja nak simpan lelama, tunggu dah 20-30 tahun, boleh jual mahal, vintage and antique gitu!

Daging Black Pepper


Bahan utama:
Daging lembu - dihiris nipis-nipis. (lebih elok beli belah batang pinang, lembut)
*perap dengan biji lada hitam yang ditumbuk, sos lada hitam dan sedikit kicap masin sekurang-kurangnya 1/2 jam before masak*

Bahan hiris:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih 1 cm halia
1 biji bawang besar India
1 biji cili merah

Bahan tambahan:
Kacang panjang dipotong-potong
Cili api - ditumbuk sedikit

Cara-cara:

1. Goreng daging yang diperap dalam minyak dengan api yang besar selama 5 minit atau sehingga empuk.
2. Masukkan semua bahan yang dihiris ke dalam daging goreng tadi.
3. Masukkan kacang panjang yang dipotong dan cili api yang ditumbuk tadi.
4. Perisakan dengan garam. Sekiranya kurang rasa black pepper, tambah serbuk black pepper dan sosnya.
5. Siap untuk dihidang.

Nota kaki:
Kalau takde kacang panjang, boleh digantikan dengan brokoli atau capsicum.

Demo Second Time



Ye, seperti yang dinyatakan sebelum ni, bila encik suami berdemo maka haruslah aku memfollow sama untuk jadi videowoman tak bertauliah kan? Belajar dari pengalaman yang lalu maka kali ni aku telah bersedia untuk bertugas sehabis baik untuk merakamkan saat-saat "si jebat" dan "si tuah" berlawan.


Cikgu Hisyam tengah standby untuk sesi demo


Makanya pada 20 Feb yang lalu, aku pun joinlah encik suami berdemo keris di Putra Heights, USJ Subang. Seperti biasa, encik suami berlawan keris dengan cikgu Along, pasangan wajib dia.




Kalau gambar x clear tu, maafkanlah ye...first time upload video kat blog..seperti biasa, siapa berminat nak bersilat, bolehlah masuk laman web ini.

Kisah di Negeri K.O.R.

NOTA : Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, siapa yang terasa pedas, dialah makan cili berkg-kg..jangan salahkan aku kalau korang pun kena warded sebab cirit-birit and muntah-muntah jugak.

Di dalam sebuah Negeri (yang dinamakan Negeri K.O.R.) terdapat sebuah Bandar V yang diterajui oleh ketua bandar (KBV) dan disokong oleh Ahli-ahli Majlis. Negeri K.O.R. sendiri diterajui oleh Sultanah K.O.R.(SK).


Entah di mana silapnya, KBV yang dilantik rupanya berpenyakit. Sebut aja penyakit apa, semua dia ada. Darah Tinggi? Check. Kencing Manis? Check. Sakit otot? Check. Sakit gigi? Check. Dan perangai KBV ni jugak, apabila dia ada temujanji rawatan di hospital kerajaan, dia akan ambil cuti. Tak kiralah masa tu ada mesyuarat, kerja penting atau sebagainya. Walaupun Ahli Majlis pernah suarakan supaya dia dapatkan cuti sakit (kadang-kadang doktor bagi) atau dapatkan time slip, alasan KBV tidak suka ambil cuti sakit. Kira rekod tak cantik.Konon!

Yang menyebabkan Ahli-ahli Majlis tidak puas hati adalah dalam sebulan, 3-4 kali jugakla KBV akan ambil cuti atas alasan menghadiri temujanji rawatan yang macam-macam tu, kira semua disiplin rawatan dia dah pernah rasa, dentistry, O&G, medical, surgical, cuma Psikiatri je tak pernah. Andai kata ada Ahli Majlis yang dah plan cuti lebih awal, tapi tetiba KBV teringat yang dia ada temujanji rawatan pada hari yang sama, KBV akan selidik sampai ke akar umbi sebelum sokong cuti di HRMIS (sokong je pun..) dengan alasan SK tak benarkan satu bandar sampai dua orang mengambil cuti. Masalahnya, Ahli Majlis dah apply lama, KBV yang baru apply, tapi kengkonon atas alasan ada temujanji rawatan hospital, maka dialah yang berhak cuti walaupun orang lain dah apply 6 bulan terlebih dahulu.

Bukan setakat itu, sekiranya KBV terpaksa untuk menukar tarikh rawatan, dengan mudah beliau dapat tarikh yang baru dan mesti tarikh tu secara "kebetulan" ada mesyuarat. Yang kelakarnya, KBV ni mendapat rawatan di HKL. Mudah sangatkah menukar tarikh rawatan di situ? Bukan kalau kat HKL tu, nak tukar tarikh rawatan memakan masa berbulan-bulan untuk dapatkan tarikh rawatan yang baru bergantung kepada kekosongan tarikh??

Dan kalau tetiba ada kerja penting yang memerlukan dia menggantikan SK sekiranya SK tiada, maka masa tu jugaklah tetiba Ahli-ahli Majlis akan mendapat pesanan ringkas memaklumkan yang dia berada di klinik atas alasan blood pressure naik, demam panas, nak dressing luka, filling gigi tercabut dan sebagainya. Dalam masa setengah jam lepas tu pulak, maka Ahli-ahli Majlis akan terima pesanan ringkas yang KBV diberikan cuti sakit oleh doktor Kerajaan. Amboi, masa ni tak terfikir ke cuti sakit tu akan memburukkan rekod?

Ada jugak kes di mana apabila hari itu terdapat mesyuarat penting yang melibatkan pembentangan oleh KBV, pagi itu jugaklah beliau akan memaklumkan kepada Ahli Majlis yang dia sakit dan diwardedkan. Sakit apa? Cirit-birit dan muntah-muntah hari sebelumnya. Lepas tu dalam siri mesyuarat yang lain pulak, tetiba pulak dimaklumkan beliau warded kerana food poisoning. Dan seperti biasa, beliau dapat sijil cuti sakit dari doktor Kerajaan.

Ahli Majlis yang dah tak tahan dengan perangai KBV ni, telah meluahkan perasaan kat FB...waahhh, banyak betul maklumbalas yang diterima.


Hmm...ramai yang menyarankan Ahli Majlis untuk menyemak samada sijil cuti sakit KBV yang diberikan oleh doktor Kerajaan itu benar-benar authentic atau tidak. Nampaknya kenalah Ahli Majlis menjadi Sherlock Holmes pulak la lepas ni.

Masa nihla terfikir.. masa Ahli Majlis rezeki dinaikkan pangkat, ramai yang mencemuh kumpulan kami katanya terlalu junior dan belum layak untuk naik pangkat, tetapi senior macam KBV itukah yang diharapkan untuk memimpin negeri nanti??

Tanpa Cerita #2

Kepala - ikan kekisi
Badan - sayur pucuk paku
Ekor - ikan bawal
Kalau dah boring, mulalah kekreatifan menghias pinggan makan muncul...heheheh

Tanpa Cerita #1

patutlah bila aku bawak balik stok shawl baru, encik suami geleng kepala je..
ni pun ada yang tengah bersidai lagi..kena tambah stok penggantung jawabnya...

Demo First Time..

Semasa aku masih berada di fasa "teman tapi mesra" dengan encik suami, aku memang dah diberitahu yang dia aktif bersilat - silat seni gayong dan gelanggangnya di Gurun, Kedah. Masa tu aku suka dengar dia cerita pasal pengalaman dia. And dari situ aku memang dah agak, minat dia terhadap silat sangat mendalam.

Walau bagaimanapun, bila encik suami dah bekerja di KL, kurang pulak aku dengar dia cerita pasal silat. Sampailah kami berkahwin. Aku ada mention kat dia, kalau boleh aku nak kengkawan dia buat demo silat masa wedding kami, kalau tak dapat kat PJ, kat Kedah pun jadilah. Tapi dia buat derk je..padahal dia selalu cerita buat demo masa kenduri kahwin orang lain. Nyampah!!




Encik Suami on the left. Sibuk buat muka "samseng kampung dusun" dia. Lawan dia adalah Cikgu Along. Perasan tak awek pakai baju shocking pink tu? Orang suruh snap gambar, dia yang excited tengok laki dia berdemo...

Akhirnya pada 6 Februari yang lalu, dapatlah jugak peluang teman encik suami berdemo di kenduri kahwin orang. Kebetulan pengantin lelaki pun ahli silat jugak, jadi kiranya membuat demo kepada ahli kelab la ni.



Kenkonon bawak aku sekali untuk rekodkan dia bersilat. Sekali tu, aku punya excited tengok dia berdemo siap pakai keris lagi, maka punyalah lupa nak rekod or nak snap gambar. Heh.



Oh, untuk sesiapa yang berminat nak join silat ni (ada jugak kelas untuk kids), boleh browse ini website. Gambar pun cilok dari sana. Don't worry, cikgu Hisyam ni keluar Majalah 3 on 19th February hari tu..

Sambungan Dulu dan Sekarang....

Ni gambar aku semasa 25 November 2010. Masa ni pun dah rasa kembang sana-sini, benci tau!!


Mengambil langkah perubahan. Masa ni 31 Januari 2011. Ada sedikit perubahan.


Ni masa 2 Februari 2011. Lagilah bertambah perubahannya, kan?


Ni masa 4 Februari 2011. Bayangkan tu baju 5 tahun lepas. Dulu kalau pakai, memangla tak cantik, terbonjol segala lemak-lemak. Sekarang, pakai dah okay je.

Aku masih menanti-nanti perubahan yang paling besar. Jika betul, maka akan aku hebahkan apa yang menyebabkan perubahan saiz aku ni. Masa tu korang nak tanya pun tanyalah ek?

Cuti CNY

Memang ramai orang berebut-rebut ambil peluang cuti Hari Wilayah plus CNY. Mana taknya, kalau apply cuti extra dua hari (or tiga hari kalau korang tak kerja kat wilayah), jumlah cuti semua lebih kurang 9 hari, termasuk Sabtu dan Ahad minggu sebelum tu.


Nasib baiklah aku dan encik suami sama-sama berpakat taknak ke mana-mana cuti ni, satu sebab mestilah tempoh perjalanan akan bertambah sebab jem dan kedua, bila dah sampai kat satu-satu tempat tu, punyalah ramai orang, masyaallah!!! Baik kitaorang lepak kat PJ, balik Melaka pun tidak, balik Kedah pun tidak.

Walaupun duduk kat PJ je, tak bermaksud kitaorang tak ke mana-mana ye? Macam biasalah, masa nihla nak berjenjalan tempat yang asyik penuh je kalau hari minggu kan? Jadinya telah berjaya ke Mid Valley, The Curve, Fahrenheit 98 dan jugak ke Jalan TAR. Tapi betullah, takde orang pun boring jugak nak shopping. Hmm...



Anyway, berjaya jugak singgah ke Janda Baik untuk mengambil batu sungai dan berenang-renang ke tepian. Ingatkan nak ajak nephew aku sekali, Ajim, tapi dia pulak dah demam..so, encik suami jelah bermandi-manda hari tu. Yer, dia sorang je mandi. Aku tak bermandi-manda. Huh. Nyampah!

singgah tengok budak demam..kesian terbaring. yang adik-adik kembarnya sihat walafiat..


encik suami me"reccee" tempat yang sesuai untuk bermandi-manda


antara batu sungai yang dijumpai. macam bentuk love kan?


gaya orang seronok dapat mandi manda


ada sebab aku amik gambar dekat cenggini...


sebabnya, tension tak dapat mandi...tengok, encik suami...baaeeekkk punya lepak dalam sungai..huh

Dulu dan Sekarang

1. Dulu?
Bila orang bagi nasihat, satu hari kena minum sekurang-kurangnya 8 gelas air (1.5 liter), terus rasa nak pitem. Macam susah nak capai target tu..

Sekarang?
Tidak lagi!!! Jangan kata 8 gelas, 3 liter minum pun takde masalah. Tapi jenuh nak ke tandas selalu la...

2. Dulu?
Nak membuang kumuhan yang terperap kat perut seminggu sekali pun susah, sampai perut dah rasa sebu dan keras. Dengar orang cerita hari-hari dapat membuang sangat rasa kagum yang teramat.

Sekarang?
Tidak lagi!!!! Pagi-pagi wajib melawat Dr. Tan dulu. Perut pun dah tak keras dah.

3. Dulu?
Bangun je tidur mengadu dengan encik suami, pinggang lenguh. Kengkadang kat opis pun tengah buat keje, tetiba pinggang lenguh, terpaksa mintak izin bos balik awal pegi klinik.

Sekarang?
Tidak lagi!! Bangun tidur pun cergas je. (kecuali perasaan malas nak kerja tu ada la jugak. Yang tu tak dapek den nak tolong eh...)

4. Dulu?
Tengok perut sendiri rasa nak menangis pun ada...macam anak seploh hokeh!!!

Sekarang?
Tidak lagi!! Ada la perut tu, tapi keluasannya telah berjaya dikawal. Heh.

Rahsianya? Kalau tercapai yang satu tu, aku akan syer apakah rahsianya. So, doa-doakanlah yang satu itu tercapai. Aaaammmiiinnn....

Mari Kita Berjazzercise

Setiap kali beli majalah Rapi, aku akan without failed baca kolum pengalaman bagaimana mereka kurus. 8 out of 10 stories akan kata diaorang kurus sebab join aerobic classes. Maka aku yang pemalas nak joging ataupun bersukan cara lain, mulalah mencari-cari kelas aerobic yang dekat dengan rumah (sampai nak bersenam pun cari dekat dengan rumah, punyalah pemalas...), tetapi NAN HADO!!!! Yang ada pun kalau kau join True Fitness kat Jaya 33 tu (which aku dah join dua tahun lepas tapi burn je membership sebab tak datang regularly).




Jadinya bila aku dapat tau ada kelas jazzercise yang dekat dengan rumah, of course lah aku excited nak join. Masa aku dapat tau tu, bulan November 2010, tapi masa tu busy dengan kerja-kerja opis, so tangguh sampai bulan Disember. Bila bulan Disember, encik suami pulak suggest, joinlah tahun 2011 nanti (azam baru konon). Masuk pulak Januari 2011, tak nak join sebab waswas, kalau preggie dah sah-sahla tak boleh lompat-lompat kan?



Sampailah 1 Februari 2011, barulah aku terjaga dari tidur yang lena. Kalau asyik waswas pregnant tapi tak pregnant-pregnant, sampai bila pun tak buat apa-apa kan? So, nekad pergi jugaklah kelas tu. And surprisingly, I enjoyed it!!!!



Now, tak sabar nak pergi kelas jazzercise ni. Lagi-lagi pulak, bulan Mac 2011 nanti dia pindah kat Right Angle, Section 14, Pee Jay. Walking distance aja

Oh, for you guys yang tak tau, jazzercise ni macam dance class, tapi lebih on fitness..dia combine semua yoga la, plies la, so bukan ajar menari bodoh-bodoh. Kalau korang memang tak reti menari sekali pun boleh follow sebab step dia senang.



To learn more about Jazzercise, silalah masuk sini dan sini and mari kita join jazzercise ramei-ramei!!!!

Bye Bye Jan, Welcome Feb..

Diam tak diam sudah Februari rupanya...

Not that I don't like February..I LOVE FEBRUARY!!! Particularly 2011's February sebab cuti lama. But instead of taking advantage of the long holiday from 29th Jan sampai 6th Feb, aku tetap kerja macam biasa on 31st Jan and 2nd Feb.

Ala, nama je datang kerja, tapi macam holiday, get what I meant?? *wink*

By the way, alhamdulillah, my January tidak mendatangkan sebarang masalah, instead sempat lagi 2 kali balik jumpa ayahanda bonda di Melaka. Dan kerja-kerja di pejabat sungguh menyenangkan sehingga kadang-kadang rasa dah mula jatuh cinta. Relation with officemates pun sudah mula intimate *kecuali dengan kak limah...* while with sahabat-sahabat lama telah berjaya menambah kedutan muka dengan berjumpa sambil bergelak ketawa like nobody's business...

Apa-apapun, semoga tahun 2011 ni flying smoothly macam January hendaknya. Ammmmiiinnn...

Oh, lupa...selamat hari wilayah!!!

Vertigo Datang Lagi

Hari ini aku cuti sakit sebab vertigo aku datang lagi.

Apa itu Vertigo? Bahasa mudahnya, vertigo adalah satu simptom di mana bila dia datang, pengidap dia akan rasa objek di sekelilingnya berpusing dengan laju. Dia tak sama dengan rasa giddiness sebab kalau giddy atau pening, kita boleh tahan lagi. Kalau vertigo, sampai termuntah rasanya. Ianya berkait rapat dengan masalah keseimbangan dalam telinga yang tak berapa nak seimbang.

Aku mula-mula kena Vertigo pada tahun 2008, semasa hari lahirku. Memang masa memula kena tu aku rasa "tamatlah riwayat aku...". Masa tu aku tengah tidur mengiring, bila aku nak pusing je, tetiba aku rasa pening berpusing yang amat melampau. Bila aku bukak mata je, aku tengok dunia berpusing. Tak tahan, aku terus pejam mata and baring stagnant-tak bergerak. Lama jugak aku baring macam tu, tapi rasa tu tak hilang-hilang jugak.

Dahla aku tidur bilik berkunci. Bila rasa pening tu tak hilang-hilang, memang aku tak tahan, sampai kena tepon mak aku bukakkan pintu guna spare key. Muntah tak payah cakaplah, banyak kali jugak la..last-last mak aku tenyeh minyak cap kapak, urut belakang aku, pakaikan koyok, paksa jugak aku tidur. Dapatla aku tidur balik. Bila dah sedar-sedar, memang rasa penat teramat tapi alhamdulillah, pening tu dah hilang. Petang tu bila aku jumpa doktor baru aku tahu yang aku kena Vertigo.

Vertigo ni, dia datang tak kira masa. At least macam pening kepala kamu dah boleh bajet, kalau makan lambat or tak cukup tidur, mesti pening tapi Vertigo ni, kalau dia kena, ya Allah. Tensen yang teramat ok!

Takpela, dah diberikannya cubaan, aku redha je. Dalam menaip-naip ni pun, aku dah mula terasa balik dia nak datang balik. So, time to take some rest balik...