Kisah di Negeri K.O.R.

NOTA : Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, siapa yang terasa pedas, dialah makan cili berkg-kg..jangan salahkan aku kalau korang pun kena warded sebab cirit-birit and muntah-muntah jugak.

Di dalam sebuah Negeri (yang dinamakan Negeri K.O.R.) terdapat sebuah Bandar V yang diterajui oleh ketua bandar (KBV) dan disokong oleh Ahli-ahli Majlis. Negeri K.O.R. sendiri diterajui oleh Sultanah K.O.R.(SK).


Entah di mana silapnya, KBV yang dilantik rupanya berpenyakit. Sebut aja penyakit apa, semua dia ada. Darah Tinggi? Check. Kencing Manis? Check. Sakit otot? Check. Sakit gigi? Check. Dan perangai KBV ni jugak, apabila dia ada temujanji rawatan di hospital kerajaan, dia akan ambil cuti. Tak kiralah masa tu ada mesyuarat, kerja penting atau sebagainya. Walaupun Ahli Majlis pernah suarakan supaya dia dapatkan cuti sakit (kadang-kadang doktor bagi) atau dapatkan time slip, alasan KBV tidak suka ambil cuti sakit. Kira rekod tak cantik.Konon!

Yang menyebabkan Ahli-ahli Majlis tidak puas hati adalah dalam sebulan, 3-4 kali jugakla KBV akan ambil cuti atas alasan menghadiri temujanji rawatan yang macam-macam tu, kira semua disiplin rawatan dia dah pernah rasa, dentistry, O&G, medical, surgical, cuma Psikiatri je tak pernah. Andai kata ada Ahli Majlis yang dah plan cuti lebih awal, tapi tetiba KBV teringat yang dia ada temujanji rawatan pada hari yang sama, KBV akan selidik sampai ke akar umbi sebelum sokong cuti di HRMIS (sokong je pun..) dengan alasan SK tak benarkan satu bandar sampai dua orang mengambil cuti. Masalahnya, Ahli Majlis dah apply lama, KBV yang baru apply, tapi kengkonon atas alasan ada temujanji rawatan hospital, maka dialah yang berhak cuti walaupun orang lain dah apply 6 bulan terlebih dahulu.

Bukan setakat itu, sekiranya KBV terpaksa untuk menukar tarikh rawatan, dengan mudah beliau dapat tarikh yang baru dan mesti tarikh tu secara "kebetulan" ada mesyuarat. Yang kelakarnya, KBV ni mendapat rawatan di HKL. Mudah sangatkah menukar tarikh rawatan di situ? Bukan kalau kat HKL tu, nak tukar tarikh rawatan memakan masa berbulan-bulan untuk dapatkan tarikh rawatan yang baru bergantung kepada kekosongan tarikh??

Dan kalau tetiba ada kerja penting yang memerlukan dia menggantikan SK sekiranya SK tiada, maka masa tu jugaklah tetiba Ahli-ahli Majlis akan mendapat pesanan ringkas memaklumkan yang dia berada di klinik atas alasan blood pressure naik, demam panas, nak dressing luka, filling gigi tercabut dan sebagainya. Dalam masa setengah jam lepas tu pulak, maka Ahli-ahli Majlis akan terima pesanan ringkas yang KBV diberikan cuti sakit oleh doktor Kerajaan. Amboi, masa ni tak terfikir ke cuti sakit tu akan memburukkan rekod?

Ada jugak kes di mana apabila hari itu terdapat mesyuarat penting yang melibatkan pembentangan oleh KBV, pagi itu jugaklah beliau akan memaklumkan kepada Ahli Majlis yang dia sakit dan diwardedkan. Sakit apa? Cirit-birit dan muntah-muntah hari sebelumnya. Lepas tu dalam siri mesyuarat yang lain pulak, tetiba pulak dimaklumkan beliau warded kerana food poisoning. Dan seperti biasa, beliau dapat sijil cuti sakit dari doktor Kerajaan.

Ahli Majlis yang dah tak tahan dengan perangai KBV ni, telah meluahkan perasaan kat FB...waahhh, banyak betul maklumbalas yang diterima.


Hmm...ramai yang menyarankan Ahli Majlis untuk menyemak samada sijil cuti sakit KBV yang diberikan oleh doktor Kerajaan itu benar-benar authentic atau tidak. Nampaknya kenalah Ahli Majlis menjadi Sherlock Holmes pulak la lepas ni.

Masa nihla terfikir.. masa Ahli Majlis rezeki dinaikkan pangkat, ramai yang mencemuh kumpulan kami katanya terlalu junior dan belum layak untuk naik pangkat, tetapi senior macam KBV itukah yang diharapkan untuk memimpin negeri nanti??

3 comments:

art said...

Ada seorang wanita, hidup di negara Inderapuri. Kita panggil Negara(I) sahaja... Beliau bekerja dengan Raja Empayar yang kaya-raya dan begitu murah hati.

Emm... takde cerita menarik pulak di Negara (I) ni sbb tiada kejadian2 dramatik mcm cerita puan hamba...

Aida Manap said...

hehehehe...puan hamba, kebetulan negeri V ni byk cerita yang men"debar"kan dada... :)
tunggu i cerita pasal kesah di punch card machine plak...upppsss

Unknown said...

mne leh bgtw y ayong adore k.ngah...hahaha


*pssttt..berita sedih la. ta dpt pn ;( sbb tu la still koje kt tmpt lama lg...hurmmm...