CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

::USANA MODE SEKARANG!!!::

Dah lama aku tak buat entry pasal Usana. Bukanlah aku melupakan Usana because this supplement is veerrryyy good for you (hanya orang yang dah cuba je akan tau, kan?) tapi sebab takde berita terkini nak cerita pasal Usana, kan?

Lepas tu, kebetulan aku attended Kursus Pengurusan Perniagaan last 2 weeks ago, and Dr. Zainurain, lecturer from IIUM ada ajar pasal marketing Strategic/Marketing Mix also known as 4 P that is product, price, place (distribution) and promotion. To know more, read here. Dalam product, he did mention one type of product iaitu "unsought products" meaning produk yang memang tak dicari tapi sentiasa ada, contohnya insurans, supplement..

Kenapa aku mention pasal "unsought product" pulak kan? Sebab bak kata Mrs Imran memang susah kau nak mulakan cerita pasal produk ni. Yerla, kalau aku pun, tetiba jumpa long lost friend , alih-alih bukak cerita pasal supplement, aku pun lari!!

Sebenarnya ambik supplement nih dah jadi part of our routine, cuma kita tak sedar je. Memang aku admit, dekat market berlambak dah supplement, macam-macam brand - Proviton, 21st Century, Amway, Kosway, and range harga ada yang murah ada yang mahal.

You have to bear in mind, murah tak semestinya tak bagus and mahal tak semestinya elok. You should take supplements yang boleh provide all the necessary micronutrients to the cells ikut level yang ideal, so that nanti your own cells dalam jangka masa yang lama boleh optimise semua nutrient and bertindak sendiri, tak payah nak guna help from drugs lagi dah. And since I've been using Usana, I can say that my health memang dah tambah baik dah. Dulu letih je, now kurang sikit. Tapi sila ingat ye, makan supplement nih at least it takes 6 months or more untuk nampak hasil sebab dia bukan ubat, dia adalah supplement.

So, if any of you want to know more about Usana, just drop me an email. Act now untuk jadi lebih healthy masa hadapan. :D

Harapan Tinggi Menggunung

Hari ni dapat news from Angah, alhamdulillah dia dah almost 5 months pregnant. Nasib baikla masa dia order pekasam aku, sempat aku hantar. Kalau idak, aku tidak mahu bertanggungjawab kalau dia kempunan!!!

Aku sebelum nih tak rasa pun aku nih jenis orang yang cemburu. I mean, dulu walaupun kawan-kawan aku, cousins aku or even adik aku kahwin dulu dari aku, aku tak jeles pun. Bagi aku, itu rezeki diaorang, jodoh dah sampai.

Tapi entah mengapa bila bab anak ni, aku sedikit cenburu kalau dengar orang dah mengandung. Of course la I'm happy for them, tapi sedikit rasa sedih pun ada jugak la kan? Tapi sekali fikir balik, at least aku dapat merasa pregnant for 2 months and 5 days. Ada setengah orang, tak pernah appear dua line dekat pregnancy stick tu kan?

So, Aida..just sabar saja ye? Ada hikmahnya tu mengapa belum ada isi perut kamu tu. Kalau ada rezeki, insyaallah DIA bagi jugak (and hopefully twins..heheh)

Oh, untuk kawan-kawan yang lain, kalau kamu pregnant, please inform me!! I'm happy for you guys too you know..:D

If I Could Turn Back Time

"Kalau aku masih in my teen age", I might be different than who I am today."

Kelakar tak ayat di atas? Tapi itulah perasaan yang aku rasa skang ni. Aku rasa kalau aku masih pelajar SM(P) Sri Aman, PJ yang tersenarai dalam top 20 schools in Malaysia (cheh, berlagak tak hengat!!!) atau kalau aku masih student di Uni, aku mungkin tidak berada di tempat sekarang ni.

No!!! I'm not saying teenagers sekarang nih tak bagus!!! What I'm saying is...AKU JELES NGAN KORANG!!!! Yerla, time aku dulu manalah ada blog-blog ni. Internet zaman aku student pun baru terhegeh2 nak masuk Malaysia. So, pendedahan kurang and yang aku tau, guna internet nak chatting and emailing. That's all.

Tapi skang ni, with blog, with online business...perrghh. Aku rasa kalau aku student skang nih, aku dah grab opportunity to venture into this online business thingy and also blogging. Takdela macam skang nih, dah tua bangka baru nak blogging, pastu kena jaga bahasa sebab tak sesuai nak mencarut-carut lagi dalam blog.. :p Buat online business plak, kene compete ngan adik-adik yang idea lagi bombastic, sehingga aku yang tiru diaorg.

Tapi bila memikirkan peer pressure kalau aku jadi teenager skang ni, terus takde semangat nak balik ke zaman tu. Yerla, tengok dressing diaorang, aku pun tak sanggup nak pakai kadang-kadang. And gadget yang tak boleh tidak ko kena ada untuk join the group macam Ipod la, Blackberry la, PS2 la...tak payah la!!!

Well, nampaknya aku terpaksa la rentikan niat nak jadi teenager balik. Mungkin aku kene aim for higher status dan sesuai dengan usia aku sekarang kuttt..maybe menjadi datin atau datuk kah??? Hmmm...

The First Step to Achieve My 2010 Resolution *yerla tu...*

Tengok tajuk je, macam takut je nak baca entry ni kan? Ala-ala ilmiah cenggitu....tapi tak langsung ok?? Blog ni, ilmiahnya kurang, but I promised, you will learn something if you keep reading my blog.. (matila, tipu tahap dewa punya!!!)

As usual, mana ada perempuan yang di antara new year resolution dia tak termasuk, "nak kuruskan badan.." or "nak ubah penampilan" or "nak jadi lebih bergaya..." ada ke yang tak berazam macam ni?? Ke ada yang azam tahun baru dia, "nak lebih berisi dari biasa...(kalau dia dah memang 'berisi')" atau "nak merasa masuk hospital.." mestilah takde kan? Kalau ada, tolong bagitau aku ek? Nak jugak kenal perempuan terpilih macam tu.. :D

Anyway, aku tersenarai sebagai seorang perempuan kat atas tuha....berazam untuk mengubah penampilan dan jadi lebih sihat. Aku rasa semenjak bekerja nih, without failed aku akan pergi kelas ajar make-up la, tukar penampilan la. Tapi tak pernah menjadi.

Cuma bila dapat tau majalah Rapi ada offer Bengkel Rapi Sihat, aku terus grab the opportunity and enrol. Bukan senang tau!! Bertahun2 aku baca Rapi, kali nih baru dapat join. Anyway, Bayaran dia tak mahal, it's only RM50 for bengkel sihat and extra RM200 if you want to join bengkel make-up dia.. kalau interested, beli majalah Rapi bulan Februari, all the details ada kat situ. Hopefully dapat jumpa korang kat sana. :D


Tengok tu...proof aku begitu serius nak join the bengkel.

Resipi Roti Goreng

Sapa kata perempuan yang ala-ala scan nih tak mendatangkan hasil?? Ye, perempuan ni sebenarnya pemerhati/observant yang sangat-sangat. Kadang-kadang orang lelaki tak perasan, orang perempuan akan perasan. Tapi tu semua ada kebaikannya ok?

Contohnya last week aku berkesempatan attend a course dekat INTAN. Well, kalau orang government attend course, memang makan sentiasa cukup. Ada satu hari tu, masa morning tea break, aku dihidangkan dengan kuih macam sandwich roll, tapi dia bukan sandwich roll, tapi tetengah tu ada sausage. Since aku tengok senang, aku pun buatlah kat rumah. Memang senang!!! And aku panggil nama dia, roti goreng (aku pun tak tau nama betul kuih/menu nih apa..)


Gambar from left to right, atas dulu baru bawah (pepandai la korang ek):
1. Bahan-bahan yang diperlukan | roti | sausage |tepung gandum (sedikit sahaja)
2. Sausage direbus sampai masak
3. Tepung gandum dicairkan dalam air (jangan cair sangat) ~ guna nak jadi gam untuk roti nanti
4. Gelek roti sampai leper. Letak sausage yang dah direbus dan gulungkan roti. Hujung roti tu, letak tepung gandum as glue.
5. Goreng roti dan hidangkan dengan mayonis and chilli sauce.

Sedap beb!! U have to try it laa...

Aku nih 3 in 1 machine ke?

Semasa aku attended kursus kahwin dulu, aku still teringat ada sorang ustaz nih buat lawak. Menurut kata dia, orang perempuan ni ibarat scanner. For example, kalau dia pergi rumah orang kahwin, she will scan everything, dari bilik tidur, langsir, pelamin, hantaran and even baju pengantin. Lepas dah absorb, on the way back, dia akan cerita la ngan husband dia.

Which is sometimes true though. Encik suami panggil aku 3 in 1, scanner, printer and also sometimes photostat machine because pergi memana aku akan scan (tengok), lepas tu dalam kereta aku akan print (cerita apa yang aku nampak kat encik suami) and sometimes aku jadi photostat machine (repeat apa yang aku dah cerita berulang-ulang kali dengan encik suami).

Teruk kan? Tapi sekali fikir betul jugak. Heh, ala, okla tu encik suami oiii, you pay the price of one but you get three items sekali with the price of 1...tak best ke?? Eh, tapi walaupun aku s"scan" macam tu, aku akan make sure aku dapat hasilnya tau?? Contoh hasilnya?? TUNGGU NEXT ENTRY!!! :D

Nak Tak Nak Cite La Jugak

Aku cuba mengelakkan untuk berentry pasal kerja, tapi cannot tahanlah!!! I think maybe sebab dah tak larat nak menahan perasaan, so aku kena citer jugak kat sini. Ish...harap-harap takde sapa la yang baca..


Kenapa saya rasa tempat kerja saya sekarang tak best?

(i) Kerja rutin yang SANGGAAAATTT rutin sehingga bukak mata nak pegi kerja je dah terfikir alasan nak mc or EL or at least pergi kerja lambat. ---> dah kira tahap kronik ni, ok??

(ii) Rasa sangat-sangat helpless sebab kerja adalah sebagai posmen tak bertauliah

(iii) Sokongan tak kuat. Kira macam terkontang-kanting buat kerja sendiri

(iv) Tak ada peluang outstation!! Okla, bukan la nak menggedik sangat tapi at least opis lama dulu dua bulan sekali ada jugak outstation. Ini 8.30pg - 5.30ptg, same work, same place, same environment. Bisa mampus aku macam nih!!!!

Dahla...tak boleh bebel banyak-banyak pasal perkara ni...bahaya!! Tapi harap-harapnya aku berjayala melepaskan diri secara berhemah dari sini.. ammiin