kerja la janji ada income...

Semasa saya berkesempatan menjadi panel penemuduga di ipoh dulu, agak kehairanan jugak dengan pemikiran sesetengah calon yang datang. Katanya tak memilih kerja tetapi bila ditanya kenapa tak bekerja? Katanya menunggu kerja dengan Kerajaan [?] memilih jugak la tu namanya...

Jika ditanya, aidamanap tidak pernah memilih kerja. Malah pernah merasa hampir semua kerja kecuali operator pengeluaran dan jugak pump atendant..kalau diberi peluang, mahu juga rasanya.

Pengalaman pertama aidamanap bekerja adalah semasa menunggu keputusan SPM. Masa tu sempatlah kerja dengan Guardian di Jaya Shopping Complex, Section 14 (ye, bangunan yg roboh itu). Teman sekerja masa tu, Hanitah dan Aleysha...sungguh bangga memakai uniform biru, dan sungguh bangga jugak dapat memegang duit sendiri.. :). Tak lama di Guardian, berpindah pula ke syarikat guaman perumahan, Nordin Torji & Yussoff Ahmad di Menara MPPJ (sekarang MBPJ). Kerja sini rileks bangat, menguruskan fail-fail perumahan, tapi gajinya kencang bah...seminggu sebelum kemasukan ke U, aidamanap berhenti untuk merilekskan diri di rumah.

Selepas dari itu, semasa semester break, without failed aidamanap akan kerja..apatah lagi ayahanda bonda dah bagi warning, nak keluar KL, sila pakai duit sendiri, peruntukan tidak diluluskan..huh!!

Aidamanap dah kerja di Mc. Donald (bukan Mc. Curry yer...), Kedai Buku Koperasi DBP, Kilang Kicap Campbell (admin staff), PTPTN (haah, PTPTPu..) dan satu company swasta yag lain (nama dirahsiakan). Alhamdulillah, aidamanap tak pernah menganggur..tp rasanya semua adalah disebabkan oleh tidak memilih kerja...kalau nak harapkan tunggu kerja Kerajaan je, sampai sekarang pun belum tentu...

Adik-adik kat luar tu, jangan memilih kerja...even kalau kerja Mc. D pon, peluang naik pangkat ada....janji berusaha lebih..

2 comments:

Melati said...

sgt setuju. kerja bkn sekadar nak cari duit, tp utk pengalaman gak. sy pnah kerja kt 3 tmpt berlainan, sbg waitress dan cashier, wpun x lasting lama kat setiap tempat (sy kerja wkt sem break). tp kt setiap tmpt kerja tu sy dpt pengalaman dan soft skill.

syg betul org yg lagi rela menganggur, b'latih nak jadi malas. duit takde, life pon x de

Aida Manap said...

yepp...susah nak cari budak muda yg berfikiran mcm ni, for them, kerja is dekat opis which is not true..kan?