Berhijrah pulaklah kita ye...

Sesungguhnya berhijrah itu satu benda yang dituntut. Hey, Rasulullah S.A.W. dulu pun berhijrah sebelum agama Islam diterima di Makkah, kan?

Cheh, siap cerita berhijrah segala...padahal tukar tempat kerja pun dalam kawasan WP jugak...heheheh..



Apa-apapun, aku sebenarnya bersyukur sangat bahawa permohonan aku untuk bertukar ke tempat kerja di sekitar KL diluluskan. Yepp, officially, 1st September aritu aku dah bertugas di Pusat Bandar Damansara.

Memang banyak advantage aku kerja dekat dengan rumah ni. Yang paling important, time aku tak membazir kat atas jalan. 20 minit je you dari PJ ke PBD tu (7km), berbanding dekat 45mins-1hr from PJ to Putrajaya (45km++). Advantage yang lain, duit minyak, duit tol, duit service kereta dapat melabur ke baby plak (insyaallah).

And yang paling best, jimat duit makan malam sebab berbanding dulu yang aku maybe masak cuma sekali sehari (alasan sampai rumah lambat...), kali ni aku boleh masak everyday plus buat minum petang untuk encik suami sekali..:) takdelah rusty skill memasak aku, heh!!

Walaupun katanya kementerian ni akan pindah jugak ke Putrajaya, tapi takpelah, at least 2 tahun aku merasa kerja dekat ngan rumah. Dan yang paling penting semoga penghijrahan aku ke WPKL ini juga merupakan satu cara untuk aku pregnant nanti...insyaallah..

No comments: