Miscarriage First Time

First time aku sah mengandung, sangatlah gembiranya, macam dunia ini ana yang punya!! Yerla, aku nikah Mei 2009, Julai 2009 kutt aku dah sah pregnant and aku memang nak baby cepat. Dahla masa tu adik ipar aku jugak tengah mengandung twins, so macam rasa bestnya anak aku ada geng nanti. Heh. Masa tu aku tak fikir pun yang aku akan miscarriage. Maybe bila tiada keguguran dalam family aku, so aku pun take for granted benda tu.


Masa aku mengandung, istilah morning sickness tak wujud. Aku tak mengalami pun simptom-simptom orang mengandung - loya, muntah, fatigue, swollen breast...semua takde. Bila aku cerita kat orang, semua bagitau yang aku beruntung tak mabuk-mabuk. Rupanya lepas aku browse babycenter.com and buku "What To Expect, When You're Expecting", baru aku tau lagi kuat morning sickness kau, lagi tinggi kebarangkalian pregnancy kau akan berjaya.


Kesilapan pertama aku adalah aku tak jumpa specialist terus. Aku just pergi klinik yang biasa-biasa untuk buat urine test and bila dia kata memang aku pregnant, itu sajalah. Bila aku check dengan PPUM plak, dia kata the earliest aku boleh datang untuk buat antenatal examination ke hapatah is when I'm 4 mths pregnant. So sepanjang aku pregnant tu, takde specialist to advise me on the do's and dont's lah lebih kurangnya.


Kesilapan kedua ialah dah tahu pregnant, tapi tak jaga bebetul. Korang bayangkanlah, dalam pregnant yang baru 5-6 weeks tu, aku boleh lagi tengok midnight, pastu round uptown Setapak tu dari pukul 12 malam sampai 2-3 pagi. Maksudnya di sini, aku berjalan tu macam orang tak mengandung. Masa tu mak aku dah pesan, pregnancy awal lagi, rest lebih-lebih, tapi aku ni bodoh sombong. Kengkonon kalau kakak aku, adik ipar aku pregnant ok, meaning aku pun ok.


Kesilapan ketiga ialah aku tak stop kafein. Ok, walaupun masih tak 100% sure yang kafein boleh mempercepatkan keguguran, tapi doctor pun advise kena kurangkan. Dah aku ni, pagi wajib teh tarik/nes tarik, tengah hari nes ais, malam pun camtu jugak. Take ke dah berkoyan-koyan kafein tu namanya. Dahla tu, liat plak nak makan folic acid, celam celum orang tua-tua cakap - satu hari amik, esok lupa, lusa amik balik, camtuhla.


The final straw adalah apabila aku kena attend Kursus PTK untuk kenaikan pangkat dari 12 sampai 20 Ogos 2009. Masa kursus ni aku dah notice spotting sesikit tapi aku still buat derk je. Tapi bila spotting everyday and dah macam size 10sen tu, aku baru check klinik yang ada ultrasound. Masa ni hati aku dah 50-50, gugur ke tak. Masa buat ultrasound tu, doctor kata tak boleh detect heartbeat baby and tinggal kantung je. Kalau ikutkan aku masa tu dah almost 8 weeks, tapi kata doctor kalau ikut size kantung, macam baru 5 weeks. Meaning tidak berkembang or aku salah kira.


Doctor bagi aku mc 3 hari dengan pesanan keras - bed rest sahaja, bangun hanya untuk makan dan sembahyang!. Tapi memikirkan aku tengah kursus and kursus pun tinggal 3 hari (last day exam), aku malas nak mc. Lagipun aku rasa kalau kat rumah pun takdenye nak bedrest. Aku mana ada maid, tak masak kang, kebulur la aku. Natijahnya, 2 hari lepas tu, aku rasa severe cramp (macam senggugut period tu) and bleeding makin banyak. Habis je exam aku terus ke PPUM. Nak dijadikan cerita, time lebih kurang aku pregnant ni, Angah pun pregnant. Dan jugak masa dia gugur tu, dia cerita kene warded sebab doctor nak buat D&C. Maka aku ni sebelum ke PPUM, sempatlah mengemas beg mana tau kena warded jugak tapi alhamdulillah doctor tu kata tak payah D&C sebab semua kandungan (ye ke kandungan/) gugur habis. Yepp, 20 Ogos 2009. date aku miscarriage.


Masa doctor beritahu tu, aku macam sedikit tak berperasaan. Mungkin sebab aku dah expect atau mungkin sebab memang aku tak rasa aku pregnant. Dan terasa "padan muka kau", sebab tak menjaga pregnancy tu pun ye jugak. Bila aku tanya reason, katanya miscarriage dalam first trimester (0-12 weeks) adalah biasa sebab masa tu kromosom-kromosom baru nak bercantum dan kemungkinan jugak kromosom baby aku rosak. Makanya, badan akan automatik mereject barang tak elok, tu yang gugur tu.


Yerla, nak kata lelebih pun tak guna. Tapi memang dari gugur kali ini aku belajar banyak benda especially pasal diri aku.

4 comments:

Angah said...

aku merasa gugur 2 kali. 8 weeks without dnc. 12 weeks kena dnc. Aku tau sangat perasaan ko..

Aku doakan yang baik2 ok..InsyaAllah. Perancangan Allah tu sangat hebat dan tak terjangkau akal kita. Sekarang ni aku nampak banyak hikmahnya keguguran aku tu.

2005 tu kalau kandungan aku ok, makanya aku tak dapat pegi DPA.

2009 tu plak ko tau kan cerita aku camne..pastu dengan pindah kuantan, pindah rumah segala..camne aku nak handle emosi dan fizikal kalau aku peknen dan ada baby kecik?

So aida..Allah beri kita apa kita perlu, bukan apa kita nak. Sebab kengkadang apa yang kita nak tu akan menyusahkan kita..

*hugs*

Aida Manap said...

Memang betul apa yg ko cakap tu, ada hikmahnya, kita je tak nampak, tak tau. Yang penting, usaha dan doa, kan Angah?

Thanx Angah.. *hugs*

Hambali ® said...

insyaallah kami doa yang terbaik untuk ko ... amin.

Aida Manap said...

thanx seme.. :) doa kengkawan nilah kengkadang yg menguatkan aku...