His Majesty's Trolley

Aku ni ada sifat pelik aku yang bagi sesetengah orang agak mengada-ngada. Iaitu aku kalau nak start buat satu-satu benda, mesti dah complete baru aku akan teruskan.

Contohnya masa aku nak start buat stock expressed breastmilk untuk Encik Anak. Aku kena make sure aku dah beli semua peralatan (walaupun tak penting) macam sterilizer, warmer, rak pengering, tempat khas nak cuci botol, label, storage plastic, macam-macam lagila, dah complete..BARULAH aku rasa selamat untuk aku buat stok susu.

Same goes masa aku nak masak untuk Encik Anak. Aku kena ada semua benda, baru aku raa selamat untuk masak dan untuk memudahkan aku jugak, semua aku longgok kat satu tempat, aku letak dalam trolley yang aku panggil His Majesty's Trolley.

His Majesty's Trolley
Bagi aku lebih mudah macam ni, semua ada. Plastic container nak simpan food dia, makanan kering untuk dia (plus all types of pasta, raisins, dates, figs), cookie cutter, apple cutter..semua adalah! Tu yang Encik Suami kata aku mengengada tu!!!

Oh ye. Encik Anak pun ada periuk, senduk sudip, pisau, papan pemotong sendiri ye. Aku tak campur dengan kegunaan harian punya.

BTW, His Majesty tu refer pada Encik Anak.




No comments: