Sayangnya aku dengan kesihatan aku!!!!

Aku rasa dalam dunia ni takde orang yang suka nak pegi klinik or hospital, let alone nak buat check up-check up nihla kan. Kalau dah terpaksa, barulah pergi. Pernah la jugak terasa nak buat full medical check up tu, siap dah tanya klinik dah. Tapi harapan tinggal harapan la kan.

Kalau ikut family history, memanglah aku patut rasa risau, mana taknya, Tuan Haji Manap ada diabetes, Puan Hajah Fatimah pulak ada hypertension. Elok sangatlah tu.

Tapi aku tak risau dengan blood pressure aku sebab setakat ni apabila aku pening kepala je, aku akan check and bacaan masih ok. Yang aku risau adalah kandungan gula dalam darah aku. Apatah lagi masa aku miscarriage aritu, doktor pun ada mention, kalau diabetes pun boleh penyebab miscarriage.

Jadinya, bila hari ni opis aku ada buat hari pemeriksaan kesihatan, maka dengan hati yang berat, aku pun pergila check. As expected la, aku mengalami masalah berat badan berlebihan, itu memang dah agak dah. Nasib baik belum obese. Bila time blood pressure and rest heart beat, pun ok. Bila time, glukose je, aku dah berdebar-debar.

Tapi alhamdulillah, turn out bacaan glukose aku masih ok, eventhough aku tak bekpes lagi. Lega aku...tapi bila dapat konsultation, doktor masih pesan, sebab aku ada family history and ada masalah berat badan berlebihan, masih kena jaga makan, eksesais semua-semua tuhla.

Bacaan kalau nak tau korang ok ke tak, adalah seperti di bawah ini:
Tekanan Darah
>130/85mmHg : Tekanan darah tinggi
Glukos Darah
(Berpuasa :>6.0 mmol/L = berisiko)
(Tidak berpuasa: >8.0 mmol/L = berisiko)
*sumber : Pejabat Kesihatan Putrajaya

So, bagi korang yang agak was-was nak check macam aku ni, pergilah check. Cheh..ayat berlagak sebab dah sudah check!!

5 comments:

afzan said...

aida, you should consider trying to have coffee/tea withour sugar la babe...its good...membantu dalam reducing weight also...i have doing it for a year and it works...bcause you already got enough sugar from other sources pon...reduce makan nasi pon another thing...

Unknown said...

uhuk.~ mmg ta ske g sepital.!
ta mo cek2 dh. TT____TT
pape pn k.ngh jg kesihatan tu ok.?!

Aida Manap said...

Ap - well, i guess i hv to try that la..aku ni plak pagi2 kalau tak dpt nes tarik or teh tarik, tak sah!!!
Ayong - yerr....marilah menjaga kesihatan sama2.. :D

Angah said...

kalau aku plak.. aku makan hentam segala benda tapi moderately dan eksesais la..

eksesais je cara untuk bakar lemak dan nyahtoksin melalui peluh.

Aida Manap said...

mmg tu yg paling berkesan angah..tu yg aku cuba buat skang ni...tp belum jadi...hehehhe