Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Baik Punyaaaa!!!!!

Aku ngan encik suami ni memang takde aktiviti tertentu. Yerla, ada sesetengah couple, activites diaorang pergi vacation la, makan-makan la, jogging la, tengok wayang la. As for us, apa yang terasa nak buat, terus buat on the spot tak yah plan, sebab plan mesti selalu tak jadi.

So, last saturday, kitaorang pun teruslah buat plan nak pergi tengok movie. Terlanjur dah ada kat area The Curve tu, teruslah membeli ticket midnight (ye, sebab kitaorang tak suka booking, nanti rushing..selalu beli untuk later show...motif mengexplain???)

Dah berjaya beli ticket, Inception pukul 2350. Sangat suka walaupun dalam hati dah bajet dah, mesti aku tidur macam citer Sherlock Holmes tu. Tapi surprisingly, aku langsung tak tidur!! Either cerita dia terlalu best or memang cerita dia best! Heheh..

Anyway, yang buat aku sakit hati tu, bukan Leonardo Dicaprio ngan pelakon-pelakon tu jangan "umpama mimpi dalam mimpi", tapi ada jugak la penonton yang join sama nak mengincept mimpi orang...siap dengkur2 lagi ko!!! Bukan stakat slow punya dengkur, ni dengkur dengar satu cinema tu!!! Yang lawaknya, time citer dah nak dekat habis, boleh plak dia terjaga pastu bebuat minum air, konon tengah concentrate movie tuhla..huh!!!

Kesimpulannya, next time kalau korang nak tengok midnight, pastikan tak mengantuk, and kalau nak tidur pun, silalah bawak Breath Right untuk kesenangan orang lain. Sekian.

No comments: