::Bad Hair Day? Sekarang tidak lagi!!!!::

Kita selalu dengar perempuan-perempuan yang free hair akan bising-bising kalau style rambut dia tak menjadi dan akan menyalahkan hari tu dengan mengatakannya sebagai bad hair day. Selepas marah-marah sebab style rambut tak menjadi, terus amik topi dan tutup rambut. Selesai satu masalah.

Jangan ingat perempuan bertudung takde bad hair day ye. Kalau perempuan bertudung, lagilah susah. Masa kita lambat, masa tu la tudung tak jadi tajam, tudung "berkaripap", tudung kembang kat tengkuk dah jadi macam ular sawa, kaler tudung tak ngam dengan kaler baju dan macam-macam lagilah. Kalau free hair boleh jugak tutup dengan topi. Kalau bertudung, takkan nak tutup ngan tudung saji kut? Redahkan ajerla apa yang ada tu...

Aku plak, yang cukup aku angin kalau pepagi nak pakai tudung, masa tuhla brooch tak cukup set. Lagi tambah angin kalau brooch bertatahkan permata tak kiralah dari Sabah ke, Korea ke, atau brand Avon ke, Tiffany ke, tapi bila nak pakai, dah tertanggal mata dia, terus jadi cacat. Sangat angin ok kalau pepagi ada masalah macam nih.

Jadi sekarang nih kalau offer brooch murah macam mana pun, kalau gila banyak mata dia, memang aku tak beli. Sebab aku nih clumsy and sangat tidak sayang barang. Kalau terjatuh, mata hilang dah tak cantik. Maka aku telah mengopted untuk menggunakan brooch yang simple tapi comel macam di bawah nih.

Cute kan? Tak kira lah orang kata macam bebudak, janji aku gumbira. Lagipun aku nih tua je di usia, di hati muda..ehem.
Brooches dibeli semasa hari Iqra' di pejabat aku, 5 for RM10.00


Ni aku baru test nak guna sebab tengok cute. Dah penat membelek, terasa aku pun nak buat sendiri brooch guna button ni. Tapi kat Malaysia susahlah nak cari button yang cute. Yang nih pun banyak button imported. Bought online, 6 for RM25.00

Harap-harap bila dah ada brooch baru nih, kuranglah bad hair day aku.

2 comments:

Unknown said...

oloh comelnyerr brooch. hee
bad tudung day? ahaha selalu je kena. nak2 tym bangun lewat, tym tu la tudung nak buat hal. memmg konpem satu hari tu muncung je la jwabnya. susah2 sauk je tudung ekin tu.

Aida Manap said...

masalahnya muka akak yang macam bulan penuh ni tak sesuai pakai udung ekin tu...tried before, bertambah bulan penuh jadinya...