Kalau korang perasan, semua produk pelangsingan ni, tak kiralah apa brand pun, mesti dia akan nyatakan satu kenyataan iaitu "Produk ini haruslah diambil dengan diet dan senaman yang sesuai."
Maksudnya, memang kalau nak kurus, kena eksesais jugak!!! There's no such thing as shortcut to kurusness, unless la kamu dilahirkan dengan kadar metabolisme yang TERAMAT TINGGI, makan je terus cerna jadik energy..perrggghhh senang bangat gitu!!!
Dulu masa aku kerja di company XYZ nih, memang aku boleh mengamalkan eksesais masa lunch hour. Mana tak, opis aku dekat ngan umah, jalan kaki saja. Company pulak bukannya company besar, so pakai sempoi je pun takpe. Lepas tu kat situ nak cari makanan yang halal pun susah. Untuk membunuh masa (kill time katanya), bila lunch hour je, aku akan lari guna ramp (opis aku nih share building untuk persatuan kanak-kanak cacat) dari tingkat 5 sampai bawah and naik balik. Ulang sampai 3 kali. Lepas tu opis nih toilet dia siap ada shower (sebab sebelah tu ada gym, aku tak join gym, mahal.) Memang badan menggiurkan la masa tu..ehem.
Bila dah kerja Putrajaya nih, hajat pun nak buat macam tuhla, joging lepas kerja, tapi tahan beberapa hari je. Yerla, time bersemangat waja, hujan plak. Dah postpone, lepas tu kalau bebetul eksesais, abih eksesais pun dalam pukul 6.30-7.00 petang. Perjalanan balik rumah ambik lagi 30-40 minit, huiihhsss, kang ada aku sampai umah, encik suami dah kemas beg aku letak kat luar suruh aku tidur kat hotel plak. Abih dah asyik balik lambat je..
Jadi pendekatan yang diambil, joging memalam ngan encik suami. Senang, aku kurus, dia pun bolehlah mengtonekan sikit perut dia tu..heheh..dan tak lupa jugak dengan dicampur pengambilan essentials USANA ngan Nutrimeal tu, bolehlah masuk tahun baru dengan gaya baru.
Korang eksesais cara mana plak?
No comments:
Post a Comment