::Please La Jangan Tipu Macam Tu::

Note : Entry yang penuh rasa kebencian. Sila baca dengan membaca istighfar banyak-banyak kali...

Seperti yang telah dituliskan dalam entry nih, maka setelah bayar semua purchase through online, maka tibalah masa untuk terima pakej. Oh, untuk makluman, mestilah saya akan pilih baju yang saya muat, ye tak? Kalau takde size L, saya akan pilih Free Size. Apa kejadahnya saya nak pilih size yang saya tak muat, betul?? Hari-hari saya terima pakej, dah macam artis plak. And alhamdulillah, baju yang saya beli semua muat, fits me nicely hingga buat encik suami tersengeh melihat saya memakainya.

EXCEPT ONE.

Orang itu telah membuat dua kesalahan kepada saya yang tak patut dibuat oleh peniaga, tak kiralah apa jenis pun perniagaan tu.

First, saya dimaklumkan bahawa item akan diposlajukan on Thursday last week (before Raya Haji). Sila refer email dia kat saya, "Hi Aida,Thank you for your payment, will post out your parcel today =)Cheers..."

So, aku dah budget dah, kalau poslaju hari Khamis, since hari Jumaat cuti, maka akan dapatlah parcel hari Sabtu, betul? Tapi sampai hari Isnin next week tunggu tak sampai-sampai, aku pun emaillah, mintak tracking number. And this is her reply, "Hi Aida,I just sent email about ur tracking num. I just post it today because Thurs the courier boy could not make it. Thousand apologies... =)".

FINE!! Dahlah taknak inform buyer awal-awal, aku plak kena keep track. Of courselah, my money kan? Tapi sebab dia dah post, aku pun tunggu jelah.

Second, bila dah sampai item tu, IT DOESNT FIT ME!!!!!

Aku rasa muka telur nih lagik cantik dari muka aku masa try baju tak muat. Courtesy

Marahnya, tau tak!!! Aku rasa macam nak tukar jadi Incredible Hulk aje!!! Aku beli item tu at the first place, sebab it clearly stated there FREE SIZE. Sebab tuhla aku beli, sekali item sampai, M SIZE!!! Dahla harga dia RM45, tak muat plak tu...kalau ko, ko tak hangin ke?? Kalau aku yang salah tu takpela..

To all people yang buat business online tu, please explain your product precisely. Jangan la tipu customer macam tu. Dari aku nak promote ko kat blog nih terus tak jadi. Aku pun dah email dia telling her that I am not satisfied, aku tak sure la dia nak reply ke idak. Tunggu dan lihat ajela..

2 comments:

Unknown said...

omg kak. pernah terkena sekali. bukan baju tapi shawl. sakitnya hati.dh la beli 2 helai tapi dua-dua takde kualiti langsung. benci betul la

Aida Manap said...

itula...kene pandai pilih kan?tapi how to choose, online..

moral of the story, dah sekali terkena jgn harap i nak singgah your online store lagik..

nanti..citer ni ada sambungannya lynn...tunggu akak sambung...